16.0 - Tulis Orang Ada Depresi
Hi dan assalamualaikum, semua!
Ini sebenarnya topik yang agak berat. Kalau hal berkaitan kesihatan mental, lebih-lebih lagi watak utama dia ada depresi. Aku akan duduk termenung memandang dinding sambil fikir perasan yang aku pernah ada masa depresi.
Depresi ini ada banyak jenis. Tak semestinya dia orang jenis tak ada semangat nak hidup sahaja.
...
JENIS DEPRESI
Pertama - Bipolar Disorder
- Akan ada satu minggu itu, dia orang akan rasa lesu... lemah dan tak semangat buat kerja. Nak tidur saja kalau boleh. Motivasi semua entah lari ke mana. Erm, sama macam duit dalam dompet aku.
- Dan ada satu minggu pula, dia orang akan semangat gila. Ah, tidur itu dah dipadamkan serta-merta dari kamus dia orang. Memang masa ini kau orang akan tengok dia orang bertungkus-lumus buat kerja macam robot.
- Tetapi, kesian jugalah. Dia orang macam kena serang secara tiba-tiba. Malah, boleh rosakkan kerja harian.
.
Kedua - Anxiety Social
- Dia orang ini jenis takut untuk bergaul dengan ramai orang. Bukan yang takut presentation. Itu pun satu kelas aku takut.
- Dia orang gugup berada di keramaian, rasa sesak nafas. Sampai rasa nak cepat-cepat balik rumah. Duduk rumah lagi selamat TvT!
- Namun, tak bermaksud dia orang anti sosial. Dia orang adalah bercakap-cakap dengan member dia orang macam biasa.
.
Ketiga - OCD ( Obsessive Compulsive Disorder)
- Dia orang selalu disalah anggap sebagai pembersih dan tidak boleh nampak benda kotor walau satu habuk pun. Memang ya, tetapi tak adalah sampai nampak sekeping cekedis tumpah kat lantai nak menjerit.
- Dia orang akan susun benda ikut kategori. Kau jangan berani ubah kedudukan yang dia orang dah susun sebab dia orang akan susun balik jadi asal.
- Dia orang ada rutin dia orang yang memang kalau dia orang tak ikut, dia orang akan rasa resah gila.
Contoh setiap petang, tepat pukul 5, dia orang kena basuh pinggan. Kalau tak, memang akan rasa nak gigit kuku. Kalau tak ada pinggan sekalipun, dia orang akan basuh lagi pinggan yang dah basuh.
- Dia orang pun ada perasaan was was yang melampau. Kalau kau orang, dah basuh tangan. Mesti kau orang dah yakin kau dah basuh tangan, kan?
Bagi OCD, tak. Dia orang akan basuh tangan banyak kali. Macam, eh aku dah basuh sampai bersih ke?
Situasi dia macam ini, kau basuh tangan sekali sebab nak makan nasi. Dan kau mesti cedok nasi, cedok kuah kalau tak lapar kau nanti.
Dia orang pula, sebelum ambil pinggan basuh, lepas cedok nasi basuh lagi, lepas cedok sup pun basuh lagi tangan dan bila nak makan pun dia orang basuh lagi.
Kalau terpegang dinding ke apa ke, ah basuh tangan. Macam menyusahkan. Lagi memeritkan, dia orang tak nak pun basuh tangan lagi tapi dia orang kena buat juga.
- Dan kalau dia orang kena basuh tangan 31 kali hari tu, 31 kali je dia akan basuh. Lepas tu dia tak akan basuh dah.
- Jadi kalau karekter kau orang hanya watak yang tak suka benda kotor. Itu perfectionist. Bukan OCD. Sebab aku pun mungkin baling kerusi kat adik aku kalau dia makan atas katil aku.
Like... katil tempat tidur dan belajar kot. Eh.
.
Keempat - Skizofernia
- Okey, ini penyakit depresi terakhir aku tahu. Nanti aku jelas benda yang aku tak tahu kena penyepak pula.
- Tch, skizofernia dia susah nak diterangkan. Dia lebih dengan berkait suara yang dia dengar dalam kepala dia.
- Selain suara, dia orang selalu terkhayal benda yang tak nampak. Contohnya, dia orang ternampak trauma dia orang. Situasinya macam A tengah bawa kereta, tetiba dia ternampak dia dilanggar lori. Padahal itu bayangannya sahaja.
- Dia orang ini pun spesies paranoid. Macam dia terbayang sebenarnya itu bukan mak dia, itu orang lain yang menyamar jadi mak dia.
Kadang-kadang, dia orang akan dengar suara yang suruh dia orang buat kejahatan. Dan aku benci penjahat sebab dia orang selalu guna cara ini untuk bebaskan diri. Dia orang nak kena skizofernia betul-betul ke apa?
Dan suruh benda jahat itu. Memang menyeksakan.
Contohlah, watak utama ini ada skizofernia. Dan dia duduk dengan adik dia dekat ruang tamu. Tidak semena-mena, suara itu menyampuk dengan penuh kasih sayang.
"Bayangkan kalau adik kau membesar jadi orang jahat? Hisap rokok... berzina. Dan kau akan dimalukan. Kau tak risau ke? Kau tak takut ke?"
Watak utama itu mula rasa ketakutan dan terbayang sesuatu yang tidak diinginkan. Dia terhalusinasi yang adik dia pegang pisau, nak bunuh dia. Cepat-cepat dia cekik adik dia padahal adik dia tengah tengok tv.
- Sebenarnya, dalam banyak-banyak penyakit depresi... penyakit inilah yang paling aku susah nak tulis. Sebab dia orang nampak sahaja okey... dalam otak, memang serabut gila.
.
ORANG DEPRESI ITU MACAM MANA SEBENARNYA?
1 - Bukan asyik fikir nak bunuh diri
Kalau sebut fasal depresi, orang yang tak ada benda ini akan fikir dia orang jenis nak mati dua puluh empat jam. Bukaaan... bukan. Salah tu.
Tidak semestinya dia orang akan rasa nak mati. Kalau rasa pun, sebenarnya dia orang nak diselamatkan dari rasa stress dia orang alami.
Tak adalah sepenuh masa nak bunuh diri, dia orang lalui hari dia orang macam orang biasa juga. Namun dia orang rasa risau dan terikat sama ada trauma masa lalu atau masalah yang dihadapi sekarang.
.
2 - Macam manusia biasa
Macam aku kata tadi, dia orang pun manusia biasa. Jangan kau berani buat watak utama ini sedih memanjang. Aku tak adalah murung, duduk atas katil sebulan lamanya.
Dia orang ada perkara yang buat dia orang gembira. Misalnya bersukan, menulis, melukis, buat muzik, main ballet. Dia orang pun ada kawan yang membuatkan dia orang selesa.
.
3 - Suara
Suara atau overthinking inilah menjadi punca utama menganggu hidup dia orang. Dia macam tiba-tiba sahaja muncul dan ibarat kembar jahat yang menghasut kita supaya putus asa.
Kau tak boleh senang-senang sahaja kata. Janganlah overthinking. Ianya sama macam kau kata jangan dahaga dekat orang yang nak air.
"Kau ini memang tak gunalah. Itu tak boleh ini tak boleh."
"Semua ini salah kau."
"Dia orang berpura-pura je. Sebenarnya dia orang pun tak nak kawan dengan kau."
Dan bila suara itu bisik dalam kepala dia orang, percayalah. Kita orang tak akan menangis tiba-tiba. Kalau dekat tempat awam, kita orang tahan sampai balik rumah.
.
4 - Tak ada motivasi
Ha, yang kau orang anggap dia orang asyik fikir mati itu memang salah semata-mata. Dia orang cuma tak ada semangat nak buat kerja. Kalau boleh nak rehat sahaja kerana rasa 'penat' sangat.
Nak lawan suara itu lagi, nak buat kerja lagi. Mahu gembirakan diri lagi.
Dia orang biasakan akan baring sahaja atas katil dan habiskan masa di media sosial. Kalau ulat buku, dia orang akan baca buku. Mudah nak kata, dia orang tak nak jumpa orang masa ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro