Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 - Short Story Kata Orang Putih

Imagine It!
Meganize.
Build It!
Meganize

Jiran: *tutup telinga dengan bantal* Siapa pula nyanyi pukul 3 pagi ini? Orang nak tidurlah!

Dark Nooroo: Tahu pun. Dah nak dekat beratus kali dia ulang lagu tu. Maklumlah, tulis tips sambil dengar lagu katanya.

Jiran: Tapi biarlah penyanyi dia je nyanyi! Eh, macam mana kau boleh masuk rumah aku?

Dark Nooroo: *tunjuk ke arah dinding yang berlubang*

...

Selain cik Romance, encik Action dan cik Fantasi... genre bernama Short Story ataupun nama Melayunya cerpen, menjadi bahan bacaan terbanyak di kalangan orang.

Fuh, dah macam ayat permulaan karangan SPM pula.

Yalah, sebab senang hendak kita kau orang nak habis. Kelemahannya... cepat sangat kita orang habiskan. TvT Nak lagi kisah seterusnya watak utama.

Huh, hidup manusia memang complicated betul. *Duduk kepala ke bawah, kaki ke atas di atas kerusi*

Novel dan cerpen ini meskipun macam pelanduk dua serupa, dia orang ini memang berbeza. Kalau kau orang perasanlah kan, konflik novel cerpen ini, mesti konflik dia ringan-ringan.

Jarang gila kalau orang buat konflik berat dalam cerpen. Kalau ada pun, kadang-kadang novel itu plot dia agak laju. Sampai terkebil-kebil mata pembaca semuanya. Hahaha, tapi tak semua, ya?

Janganlah kau orang rasa macam...

"Eh, dia ini macam mengutuk aku."

Dan kepada diri aku masa hadapan yang mungkin baca tips ini, ya. Memang aku puji kau sekarang. Janganlah terburu-buru nak sumbat semua plot dalam satu bab. Slow-slow. TvT

...

MACAM MANA NAK BULI WATAK SECARA RINGKAS?

Tips 1 - Prolog yang kuat

Kurangkan elemen lambat bangun pagi. Dan juga babak abang atau adik kejutkan watak utama dengan lemah lembut. Sebab aku tak akan kejut ala ala ibu, aku akan simbah air coway yang sejuk tu.

Jujur aku katakan, elak risiko buang prolog demi pendekkan jumlah bab. Mana tahu bab pertama kau orang agak bosan, dia orang memang akan malas nak baca buku kau orang.

Namun, bila wujudnya encik Prolog... pembaca akan terus baca sebab dia memang tak ada bahan bacaan lain nak baca... eh, maksud aku, prolog kau orang menarik.

Ha, aku ada bagi tips Prolog di bahagian bab sebelum ini. Pandai-pandailah kau orang belek.

.

2 - Show, don't tell

Daripada kau bagitahu detail... apa detail dalam bahasa Melayu, en? *Intai Google* Bu... bu... ha, butiran!

Contohnya pakaian watak.

Puteri Al-Comel memandang Oren atas dan bawah. Pakaian yang disarungkan itu warna belang oren dan putih yang tua. Malah seluar itu pun dipadankan sama warna oren baju lelaki itu. Eee, buruknya. Sampai hati lelaki ini pakai begini untuk keluar date dengannya! 

Ha, macam berbelit-belit dia punya ayat. Kalau pembaca yang mudah blur, nescaya satu keluarga lalat boleh berkampung dekat leher dia.

Puteri Al-Comel memandang Oren atas dan ke bawah. Mimik mukanya memang tidak boleh dikawal lagi, berkerut-kerut semacam! "Kenapa awak pakai baju macam itu?"

Oren merenung pakaiannya yang bertemakan oren sebelum dipandang wajah puteri itu kembali. "Aku rasa okey je? Kenapa pandang aku macam banduan penjara dah kenapa? Kan ada belang-belang putih juga kat baju ini?"

"Aaaaa, sampai hati awak buat macam ini kat date kita." Oren sudah terundur ke belakang melihat puteri itu terguling-guling menangis seperti budak tak dapat gula-gula. Dia rasa macam nak buat-buat tak kenal pula.

(Hahaha, kau orang dah tahu spoiler, jadi aku takkan buat cerita ini)

Seperti aku kata, enjoy sahaja masa kau orang tulis. Tidak payah susah-susah nak terang panjang lebar macam terang soalan Matematik Tambahan. Kita orang faham.

.

3 - Elakkan klise

Selagi ada plot twist, tambah sebanyak mana yang boleh. Jangan risau, novel ini tak ada imej... jadi pesakit jantung mungkin akan selamat. Cuma risau otak kau orang ada peratusan akan meletup.

Walau ramai sekarang suka klise. Tapi kita kenalah ada kelainan. Tak akan asal serempak dengan lelaki tak kenal sahaja kahwin. Mak bapa cari jodohkan untuk kita, auto gaduh manis-manis.

Lepas itu dapat kahwin dengan pilot, punyalah tolak. Aku pun macam... heroin itu buta ke... dia tak suka orang tu? Tambah-tambah lagi tu crush dia. Takut cinta bertepuk sebelah kononnya.

Namun, aku tetap suka. Tetapi macam aku kata, selagi boleh elak klise, kita elak. Sebab ada kalanya aku akan skip sebab aku rasa aku boleh agak plot twist.

Juga Nooroo masa rancang plot: Ah, nak buat itu tak... tak naklah. Klise sangat.

.

4 - Backstory jangan panjang sangat

Kalau dalam genre cerpen, backstory cukup tertumpu sama ada pada watak utama atau penjahat sahaja. Muahahaha, kesian kau orang tak dapat backstory.

Oc Baru: Eh, Nooroo gelakkan kita ke tadi?

Oc Lama: Jangan risau, benda ini benda biasa.

Ini untuk jimatkan ruang plot lain dan tak meleret sangat bab itu. Kalau akulah kan, aku akan buat satu bab itu separuh dia backstory watak itu sebab nak jimat bab. TvT

.

5 - Karekter jangan banyak sangat

Bagi novel, aku sangat okey dengan nama-nama. Sebab mungkin aku akan ingat masa aku baca nanti. Akan keretapi, bila aku masuk dunia cerpen, otak aku terus keluar dari kepala aku bila jumpa nama banyak.

Kau orang hadkan nama watak. Kalau nama watak itu muncul sekejap, misalnya dia muncul sebagai pemandu lori sebab nak langgar hero sahaja dan biar dia diselamatkan heroin je. Tak payah susah-susah letak nama.

Melainkan kalau kau orang nak ikut jejak langkah pencipta Attack On Titan, Hajime Isayama... kau orang munculkan banyak watak bagi pembaca pening.

   Kemudian kau bunuh watak yang tak penting.

  😆✨👍🏻

  Tak, aku tak pernah buat lagi. Namun, adalah aku rasa teringin nak buat.

...

KESILAPAN MENYEKSA WATAK SECARA PENDEK.

Okey, bagi aku tarik nafas panjang-panjang dulu. Huuuup!

"Plot laju sangat."

"Macam tak cukup feel."

"Eh, ada plot hole."

"Aduh, lupa nak matikan watak ini. Eh, benda ini tak boleh disebut kuat-kuat!"

.

1 - Tak buat rangka plot

Antara punca banyak plot yang berlubang ialah kita tak rancang betul-betul.

B : Mereka dah lama rancang! Kita sahaja yang lalai.

Eh, salah tempat ini wey.

.

2 - Tahu nak habiskan sahaja

Sepanjang kita menulis, kita kena hayati setiap babak yang kita tulis. Benda ini bukan macam kita tulis karangan aku sebuah pensel atau aku sebuah Iphone.

Kita rasa seronok masa menulis. Kalau orang dia dengar muzik, rasa seronok. Kita sebagai penulis seronok menulis. Yalah, habis itu tak akan kau datang sini pula. Seronok membaca. Mesti hampa kalau cerita dia baca tak bagus sangat.

Pinterest pernah kumpulkan kata-kata...
"Tumpukan pada satu anak tangga, bukan semuanya."

Jadi kalau plot dalam bab satu itu, kau tumpu pada plot itu. Tulis apa yang kau orang nak tulis dalam bab itu, baru pening kepala fikir bab lain.

Kalau watak kau orang kena seksa pun, kau orang pun seronok buat benda itu.

B : Aku rasalah kan... penulis ini macam psikopat tapi bukan, cuma dia bukan buat dekat manusia. Dia seksa watak dia sendiri.

C : Oh, kiranya penulis macam psikopat kepada watak sendirilah?

Nooroo: Eh, dahlah masuk tak dijemput. Bila masa aku seksa watak? Aku bagi kasih sayanglah. *Rangkul bahu watak*

Watak Nooroo:

Watak Nooroo: Tak apa, jangan risau... aku dah redha.

...

Jadi, begitulah perbualan kita fasal cerpen atau nama panjangnya cerita pendek. Hahaha, adakah kamu sudah berkobar-kobar mahu buat short story? Adakah kamu akan buat cerita marvelous meletop sampai terkenal satu Wattpad? Adakah kamu mahu menulis sekarang?

Ha, pergilah tulis. Sabit ke (Libatkan) aku pula.

| Ada soalan boleh ditanyakan di sini |

-------- (☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

   Huhuhu tapi kalau kau orang ada buat cerita short story, bolehlah ajak aku berkenalan dengan hero atau heroin kau orang. Mana tahu kita orang boleh jadi bestfriend.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro