Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14 - Personaliti Watak

Sepanjang seribu tahun aku hidup dekat dunia ini, aku tak pernah dengar ada orang mengaku dia hidup seribu tahun.

Tuuut...

Selalu aku baca Wattpad, selalunya... bukan selalu sahaja, memang banyak! Watak lelaki yang serius sangat, watak perempuan kalau baik itu... baik sangat!

Lepas itu, watak lelaki itu mudah terpengaruh dengan watak antagonis. Jaranglah kalau watak lelaki dalam novel itu bijak. Kalau ada, bagi nombor telefon dia, nak bagi anugerah cekedis.

Dan kalau heroin dia nak kena rampas oleh kawan baik sendiri, dia pun melerakan dan akhirnya menangis dalam tandas. Waktu itu aku macam, bapak lemah jantan ini. Ini kalau adik aku memang aku luku kepala dia berkali-kali.

Bagi watak heroin pula, kalau dia orang tak baik sangat, mesti playgirl atau mafia. Ataupun jenis lemah dan dua kali kurang bijak dengan watak hero.

(Bukan semua en...)

Kalau ada orang lelaki... bagi air tiba-tiba dan paksa minum. Jangam ambil. Tak kiralah dia buat ayat memujuk melangit, jangan teguk! Dan kau orang kena belajar pertahankan diri!

Huh... huh... okeylah aku puas juga untuk luah apa yang aku rasa selama ini. *Pandang kiri dan kanan* Okey, tak ada orang bawa cangkul lepas aku cerita setakat ini.

Orang di belakang: *bawa batang penyapu*

Tetapi, dari personaliti dia orang... aku seronoklah juga rasa geram dan rasa gembira masa membaca. Dapatlah pengajaran dari ketidakcerdikan dia orang itu.

Namun, tak akan semua hero dan heroin kena sama sahaja perwatakkannya. Pergi novel itu... hero dia serius. Pergi novel ini... novel dia serius juga.

   Walaupun aku okey sahaja sebab jalan cerita dia berlainan dan best, akan tetapi kita kena buat perubahan!

...

PERSONALITI WATAK KHAS DARI NOOROO

1 - Royal

Personaliti yang dipegang watak ini ialah mereka yang perasan yang dia orang ini raja. Sebenarnya agak unik sebab aku belum jumpa lagi jenis macam ini.

Dia orang akan rasa macam dia orang perlu diperlakukan macam raja atau permaisuri. Kiranya dia orang nak dekat sama dengan Chuunibyoulah.

Eh Chuunibyou ini apa? Ah, demi kau orang. Aku sanggup rentas lautan Google.

Sindrom Chuunibyou -  Remaja yang punya imaginasi tinggi, dia orang nak sangat menonjol macam watak anime yang dia orang selalu tengok. Dia orang selalu percaya dia orang ada kuasa dan rahsia sendiri.

Jangan risau, dulu pun aku percaya yang mak aku kata aku ini anak alien. Harap-harap adik aku percay... ehem, tak percayalah aku kata dia anak pungut.

.

2 - Depression

Jarang-jarang sekali ada watak yang mempunyai masalah mental. Masalah mental bukan setakat menangis sebab crush kahwin empat. Tapi banyak.

Ada banyak yang dihadapi oleh watak depresi...

- Anxiety
- Anxiety Social
- Bipolar
- Skizofernia
Isomnia
- PTSD (Trauma)

Untuk tulis watak ini, kalau kau orang tak pernah kena depresi... mungkin agak susah bagi kau orang sebab watak ini bukannya macam orang biasa.

Dan dia orang tak akan sesekali tunjuk yang dia orang ada penyakit itu. Watak ini selalu ada masalah nak percaya orang. Jadi, kalau kau orang nak tulis pun, pastikan ada buat kajian.

Aku ada buat buku tentang  hero yang ada kebimbangan sosial iaitu Anxiety Love. Jadi, bolehlah baca sebagai rujukan. Kalau kau orang nak tahu, sebenarnya buku itu terinspirasi dari aku yang  ada kebimbangan sosial (dah sembuh).

Janganlah kau orang jadi macam buku aku pernah baca. Dia autisme, tiba-tiba sembuh macam magik dekat akhir cerita. Dan aku pandang teks yang tertulis itu macam... what the ikan.

.

3 - Tsundere

Dia orang ini nampak sahaja macam garang, tak kisah dengan orang tapi dia orang ini sebenarnya baik hati. Atau ayat lebih tepatnya, ego dia orang tinggi melangit.

Misalnya genre Romance. Nampak saja hero itu benci heroin tapi sebenarnya dia orang paling kasih pada heroin.

Hubungan ini sering terjadi pada adik beradik. Ya, dia seorang sahaja boleh buat adik dia macam-macam, kalau kau buat adik dia... malam ini juga kau duduk bawah tanah.

.

4 - Yandere

Asyik-asyik watak antagonis yang ada personaliti ini. Kenapa tak buat dekat hero ataupun heroin?

Dia orang obses dengan cinta hati dia orang. Bahkan dia orang ini cemburu buta. Orang tanya crush dia fasal kerja sekolah pun terus nak dibunuh orang itu.

Golongan inilah yang membawa nasib character development yang bagus! (emot batu) 🗿✨

.

5 - Kuudere

Ramai orang salah anggap, ingat watak ini serius memanjang dan tiada emosi. Bukan dia serius pun, dia cuma tak pandai bergaul dengan orang.

Dia orang ada cara sendiri untuk hiburkan orang, cuma agak pelik dan... tak dijangka pun. Yalah dia orang kan pendiam.

Manusia-manusia ini selalu jujur dan boleh dipercayai. Kalau kau orang tengok anime, kau orang dapat tahulah perangai macam mana... kiranya paling tepat seperti Violet Evergarden dan Chise Hattori.

.

6 - Dandere

Dia orang ini agak pemalu. Pemalu dia sampai suara pun tersekat di skala enam. Biasanya dia orang ini memang pemalu sampailah bergaul bersama orang.

Sering sangat ayat ini keluar.

"Eh, dulu sebelum kenal... kau ini pemalu gila. Tapi sekarang banyak pula cakap."

.

7 - Deredere

Haaa, ini golongan yang aku nak peluk, tampar dan nasihat dalam masa yang sama! Sebab dia orang ni baik sangat dan pentingkan orang lain dari diri sendiri.

Kalau ada orang nak air dan dia ada satu gelas yang cukup untuk seorang... dia akan bagi satu gelas itu kat orang tersebut.

Memang banyak heroin ada watak ini. Ah, bagilah hero pula yang pegang!

.

8 - Darudere

Watak inilah badut-badut yang sentiasa menceriakan novel kau orang. Dia orang ini muncul sebagai watak pemalas, tak ada semangat dan tak mahu susahkan diri.

Hrm, macam kenal sahaja orang ini. *Pandang cermin*

Kalau jumpa duit dua ratus ringgit sekalipun, dia akan biarkan sahaja di jalan itu. Bak kata dia orang, senang tuan dia nak cari balik.

.

9 - Depan baik, belakang jahat

Kau tengoklah watak novel ini. Depan orang punyalah baik, lemah lembut dan calon isteri atau calon suami yang bukan kaleng-kaleng sepanjang zaman.

Tapi sebaliknya... fuh, kepala itu bertanduk, tau!

.

10 - Tak banyak cakap tapi baik

Watak ini kira gabungan kuudere dan deredere. Dia orang tak banyak cakap tapi baik sangat. Dia orang bagaikan bidadari dan bidadara yang muncul dalam hidup kita.

Sayangnya... huhuhu *keluarkan air mata palsu* aku tak ada kawan macam ini. Tak apalah, asalkan ada kawan masuk lumpur sama-sama.

.

11 - Serius dan Loyal

Spesies dia orang jenis setia kepada orang yang mereka suka. Hatta kena sepak atau kena tendang pun, dia orang pun tetap suka pada orang itu.

Untuk tambah lagi menarik, watak ini akan bertegas dan tampak garang di hadapan watak antagonis. Ush, boleh bayangkan best gila dapat baca watak hero atau heroin macam ini.

.

12 - Simp yang ceria

Dia orang ini jenis muka tebal sangat. Aku pun tak akan sanggup tergedik-gedik atau memikat crush aku secara berdepan. Walaupun dia orang selalu bagi second-hand embrrassment, dia orang pun salah satu juga badut sarkas di sesebuah novel.

Wait... aku rasa aku pernah baca novel yang ada heroin macam itu.

thefatiha__ with Mrs. Isaac insert.

Oooh... Pipa!

.

13 - Gedik dan berlagak

Apa kata... kita pindahkan perangai watak antagonis pada hero dan heroin pula. Jadi, itulah macam mana aku dapat idea hasilkan ramuan personaliti ini.

Dia orang gedik, sombong dan berlagak. Bangga sangat dengan crush dia. Tapi toxic-toxic dia pun, dia baik sebenarnya cuma kurang dipukul kepalanya menggunakan batang penyapu.

.

14 - Naif

Golongan manusia ini selalu blur dan pelupa. Jangan risau, dia orang peka juga dengan tanggungjawab dia orang. Akan tetapi jangan salahkan dia orang kalau lupa salah satu tugas dia orang atau tak faham apa kau orang terangkan.

Dia orang ini F bagi matapelajaran buat lawak. Lawak orang pun tak faham, apatah lagi nak buat lawak sendiri.

Tambahlah sikit penambah rasa. Buat dia orang serius ke. Ceria ke. Sensitif ke. Barulah hidup watak tu!

.

15 - Suka manipulasi

Kalau dalam fantasi, orang akan salah sangka dia ini ahli nujum. Dia orang ini mahir dalam manipulasi dan menggoda orang untuk kepentingan mereka sendiri.

Kalau jadi pelakon pun, mesti dapat lebih lima belas anugerah. Dia orang pun ada personaliti tersembunyi seperti cepat marah, kuat menangis ataupun ada depresi. 😎🤏😢

.

16 - Gila-gila

Gusi kau orang akan kering kalau duduk sebelah watak ini. Mereka ini jenis otak terlebih masuk air.

Model rujukannya ialah Alia, orang aku dari Pemuda E.R. Dia dengan monyet, monyet pun tak mengaku keluarga. Watak ini boleh jadi comfort character kau orang serta boleh buat kau tergelak seorang diri dalam bilik.

...

Jadi, itulah idea personaliti datang dari budak kecil ini. Dah, aku bagi kau orang enam belas personaliti dah. Jangan kau buat hero serius, heroin baik lagi.

Bagi kelainan! Janganlah sampai aku buat semua watak dengan personaliti ni.

Manusia pun ada pelbagai identiti juga kerenah masing-masing. Itu menjadikan kita lebih dekat dengan sesebuah novel.

Macam kita suka A sebab dia pemalu sangat dan comel! Kita suka B pula sebab dia prihatin dekat orang akhirnya selepas dia bunuh berpuluh-puluh orang.

Bila ada personaliti ini, ada juga emosi. Jadi senanglah kau orang nak mainkan emosi pembaca dalam masa yang sama. *Diketuk oleh batang penyapu*

| Ada soalan boleh ditanyakan di sini |

-------- (☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

Maaflah kalau ada yang terasa...

"Suka hati akulah. Ini novel aku kan. Ikut akulah nak buat hero itu serius ke beruk ke."

Huhuhu, aku cuma luahkan pendapat aku. Tak seronoklah kalau seorang sahaja simpan tips ini. Naklah juga kongsi kat kau orang semua.

Lagipun tak naklah orang sangka Wattpad ini hero dia serius sahaja. Mestikan pelbagai. Seperti slogan Alif Teega, apa hal? Munasarawak.

Okeylah, jumpa di tips seterusnya!








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro