Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 - POV, Bukan Pos Laju

Hai, hai dan hai semua! Maaf, tidak boleh bersalam sebab masih Covid. Nanti kalau bukan kau orang, aku yang masuk hopsital esok hari.

Sudah baca topik? Ya, itulah tips yang kau orang akan baca nanti. Siapa salah sangka aku ulas servis Pos Laju, boleh buat kerja lain sebab aku bukan jelaskan servis Pos Laju.

Hehehe... melainkan kalau Pos Laju nak promosi ke. Hehehe...

Pos Laju : Aku bukan syarikat penerbitanlah. Aku hantar barang je!

Aku : Lah, manalah tahu boleh promosi juga ke.

Pos Laju : *Buat muka menyampah*

Ha, berbalik pada topik. Apa ke benda POV ini? Kalau nama panjangnya bukan Pos Laju, tak mungkin perisa baru maggi pula.

Nama panjang POV ialah Point Of View. Tetapi kalau dia maksud Malaysia, nama dia berubah kepada Sudut Pandangan. Sudut Pandangan ini pula secara ringkasannya, pandangan dari watak kita dalam novel.

...

TIGA JENIS SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan pertama - Diri penulis

- Sudut pandangan ini diambil dari watak utama itu sendiri. Maknanya, watak utama itu cerita kisah di sekeliling dia. Kalau kau orang pernah buat karangan, 'aku sebuah pensel' atau 'aku sebuah Google Meet'... mungkin kau orang akan faham.

- Contohnya;

(Aku)

Aku merebahkan tubuhku ke atas katil akhirnya. Jam di dinding aku kerling... sudah pukul 1 pagi! Namun mataku masih belum mengantuk! Ah, tidurlah! Esok ada kelas online ini!

- Bagi aku, sudut pandangan ini terletak pada nombor dua tersusah hendak tulis. Lagi-lagi kalau personaliti kau orang berbeza dengan personaliti watak itu.

_

[ Tips ]

1 - Fahami personaliti watak.

  Kau orang faham sepenuhnya watak kau orang sebelum tulis. Takut-takut kalau kau orang tulis, termasuk sekali perangai kau orang. Nanti orang ingat watak utama kau orang ada split personality pula.

  Sebab itulah kalau kau orang perasan, ramai penulis yang gunakan POV ini, watak utama dia mesti sama sahaja personaliti dia orang.

  Jadi kau orang boleh tulis dalam kertas siap-siap personaliti dia orang. Contoh macam aku:

Nama: Oyen Bin Pintu (Oyen)

Umur: 31 Tahun

Positif: Amanah dalam melakukam kerja, Tak mencarut, Suka melayan budak-budak

Negatif: Mudah rimas dengan perempuan, Meluru dalam segala tindakan, Ego

- Watak utama kau orang bukannya dapat baca fikiran orang lain.

  Contoh:
  
   Aku keluar dari bilik dengan tujuan untuk membuat air Milo, memandangkan kelas onlineku dalam masa rehat. Saat aku masuk ke dapur, aku mendapati adik aku pandang aku macam nampak hantu. Detik hati adik, 'Apa fasal ada pontianak dalam rumah aku ni?'

   Dan kalau perkara di atas pernah terjadi, aku sumbat mulut adik aku pakai kunyit. (Gurau.)

_

Contoh penulis yang pakai sudut pandangan pertama:
-   Choco_Lyn
-   appleflakes

.

Sudut pandangan kedua - Penulis Jadi Pencerita

- Sesiapa yang pernah berangan jadi host rancangan, kau orang boleh salurkan bakat kau orang dekat sini.

   Sudut pandangan ini hampir sama dengan sudut pandangan pertama, tapi lain sikit. Kalau yang pertama, watak utama cerita kisah hidup dia... ini penulis yang tulis fasal hidup watak utama.

- Contohnya;

(Kau)

Kau merebahkan tubuh ke atas katil akhirnya. Jam di dinding kau kerling... sudah pukul 1 pagi! Namun mata kau masih belum mengantuk! Ah, tidurlah! Esok ada kelas online ini!

- Hahaha, macam seronok sahaja baca, kan? (Nooroo nak cuba sebenarnya)

- Yang seronok tulis SP (sudut pandangan) yang kedua ini, pembaca lebih beremosi memahami watak utama. Rasa macam tengah bayangkan diri sendiri dalam dimensi lain pula.

   Sebab itulah, kalau cerpen seram... akan selalu guna SP yang kedua ini. Yalah, dia orang nak bagi kau takut kot.

Penulis CreepyPasta: Alamak, budak ini dah tahu! Cepat, kita culik budak...

Nooroo: Dekat sana ada makanan tak?

Penulis CreepyPasta:

Penulis CreepyPasta: Kita hantar OC ki...

Nooroo : Okey, okey! Nah, bantal busuk aku. Asalkan jangan hantar langsuir kat aku.

- Ha, satu lagi. Jangan keliru pula. Nanti ada yang sekejap 'kau' kemudian tiba-tiba 'aku'.

.

Sudut Pandangan Ketiga - Watak Utama

- Sudut pandangan ini banyak digunakan oleh novel. Senang nak cerita semua benda. Sudut pandang ini penulis guna untuk cerita dari A sampai Z setiap kejadian yang ada dalam cerita ini.

- Contohnya;

Dark Nooroo merebahkan tubuh ke atas katil akhirnya...

Dark Nooroo : Tukar.

Nooroo : Ala...

(Dia)

Watpad merebahkan tubuh ke atas katil akhirnya. Jam di dinding dia kerling... sudah pukul 1 pagi! Eh, sekejap. Dia kan sebuah aplikasi... mana boleh tidur. Tidak apalah, buat kacau sahajalah. Bosan sangat ini!

- Dari SP 3 ini, kita boleh korek isi hati setiap watak. Maknanya kalau watak itu pakai spender apa pun kita dapat tahu. Kalau SP 1 dan 2,  kawan sebelah potong kuku hari ini pun kita tak tahu.

...

TIPS SUDUT PANDANGAN

Tip - Mendalami fikiran watak utama

- Kau orang boleh tulis apa yang watak kau orang fikirkan sekali dengan dialog. Kiranya macam ganti ayat penyatalah.

   "Kau dah siap kerja sekolah ke?" Osas tersenyum manis namun di dalam hatinya berkecamuk seribu rasa. Tolonglah jangan siap, nanti aku seorang kena berdiri kat luar nanti!

- Kalau kau orang pandai buat lawak hambar, kau orang bolehlah tambah lawak sedikit dekat belakang. Dapatlah juga keringkan gusi pembaca walaupun sesaat.

   Hahaha, sebab masa aku tulis... aku selalu rasa macam bila-bila masa sahaja nak buat lawak. Sampai aku terpaksa tahan tangan aku bila nak tulis babak orang mati atau sedih.

- Bila fikiran setiap watak dikembangkan, pembaca akan makin memahami dan rasa macam seorang bestfriend kepada watak tu. Tapi terangkan biar ringkas, ya?

   (Boleh rujuk bahagian 10 untuk tahu buat dialog yang hidup)

...

Memandangkan aku nak pergi buat kerja sekolah sekejap, jadi aku bagi kucing jiran sebelah aku buat outro. Silakan, meow.

Kucing Putih: Ehem!

Meow Meow Meow Meow Meow Meow Meooow. Meow Meow Meow Meow Meow Meow Meow. Meow Meow Meow Meow Meow Meow. Meoow Meow Meow Meow Meeeeow Meooooow Meow.

| Meow meooow meeow meow me meow |

-------- ฅ^•ﻌ•^ฅ (di sini)

Meow Meow Meeeow Meow Meow Meow Me. Meow Meeow Meoow Meow Meow Meow.

Meow! *lambai tangan*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro