HOLLA!
Bismillah...
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
TINGKATAN WATTPAD
NOOROO'S VOTE
OGOS
MASA: TEMPOH MENONTON EPISOD ONE PIECE
...
Bahagian A
( 4² markah)
1. Kenapa belum tidur? Beri dua sebab kalau tidak Wattpad akan buat bug! *Tarik nafas dan hembus nafas laju-laju*
Jawapan:
.
.
.
NOOROO'S VOTE
Selamat datang ke Nooroo's Vote. Servis ini dibuka sempena 750 followers Nooroo di Wattpad. Tanpa kau orang... huhuhu, aku tak akan menaip di sini.
Dekat buku ini, promosi buku ada, promosi akaun ada, vote cerita kau orang ada... tapi jawapan bocor untuk soalan di atas tiada.
Maklumlah kertas peperiksaan sekarang banyak soalan KBAT.
Jadi membiarkan mangsa terbuang, marilah kita membaca syarat yang ditaip ini.
.
SYARAT - SYARAT
- Buku berunsur LGBT dan 18 sxx tidak dibenarkan
Maklumlah aku bawah umur lagi, tetapi kalau dah atas 18 tahun pun... tidak boleh baca buku ini. Nanti tidak fasal-fasal otak itu kena cuci dengan Clorox.
- Semua genre dibenarkan
- Sama ada kau orang masukkan buku ini dalam reading list kau orang ataupun kau orang promote buku ini dekat mb.
Huhuhu... yalah. Ini supaya buku ini mendapat sambutan.
- Mohon bersabar
Wattpad ini ada had limit vote. Kalau aku paksa juga tekan bintang, pak cik Wattpad akan lempang aku guna skuter anak buah dia. Jadi aku sebagai pengguna hanya redha sahajalah.
- 1 buku untuk satu penulis pada setiap satu batch.
- Aku hanya akan vote bab yang kau orang sudah publish.
Nanti tidak timbullah isu.
"Nooroo, hang kenapa liat sangat tak vote bab ini!"
"Nooroo, aku ken suruh mu vote citor ini. Dok vote sapa habih pun!"
"Nooroo, cano nok tido lapang jam dalam maso tigo jam?"
Contoh kalau kau orang terbitkan bab sampai 29, 29 bab sahaja aku vote.
.
.
.
.
Sebarang pertanyaan boleh tanya di sini.
(☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞
Baiklah, mari kita pergi ke ruangan mengisi borang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro