NR: RINDU KITA YANG DULU
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
...
Kehadapan MerrMaeve,
Mataku ingin melihat kamu.
Tanganku mahu memegang kamu.
Tapi masa katakan nanti dulu.
Jadi aku menunggu.
Walaupun aku tidak tahu berapa lama aku patut menongkat dagu.
Tapi aku percaya.
Kita pasti bertemu.
"I can't wait for the day when I don't have to miss you anymore."
SINOPSIS
15 markah
Saya tak tahu nak kata apa tentang sinopsis awak. Sinopsis awak berjaya tarik perhatian saya untuk membaca! Saya macam... wah, macam best sahaja! Terus tekan 'teruskan' dan mula baca.
Ada satu kesalahan yang membuatkan awak tidak dapat 20 markah.
Mengapa kawan baiknya sejak kecil lagi pergi meninggalkannya tanpa jejak.
Pembetulan:
Mengapa kawan baiknya sejak kecil lagi pergi meninggalkannya tanpa jejak?
Walaupun nampak remeh, tapi ianya penting dalam dunia penulisan. Kalau ada kata tanya, wajib letak simbol soal '?' pada akhir ayat.
Walau bagaimanapun, cerita awak memang terbaiklah!
...
TATABAHASA
15 markah
Masuk sahaja dalam dunia 'Rindu Aku Yang Dulu', saya ada perasan beberapa kesalahan di dalamnya.
"Dik, jangan gopoh sangat. Lambat lagi orang nak sampai tu." Ujar abangnya, Husayn...
Pembetulan:
"Dik, jangan gopoh sangat. Lambat lagi orang nak sampai tu," ujar abangnya, Husayn...
"Dik, jangan gopoh sangat. Lambat lagi orang nak sampai tu." Abangnya, Husayn mengujarkan kata sambil...
Kalau ayat penyata, kita sebagai penulis diwajibkan untuk meletakkan tanda koma selepas ayat penyata. Ayat penyata contohnya, 'ujar', 'tanya', 'gumam', 'desis' dan seumpama dengannya.
Dialog yang selepasnya tiada ayat penyata tidak perlu diletakkan koma.
Sekejap, kenapa serius sangat ayat aku. *Meroyan* KEJAP, INI BUKAN NOOROO. INI BUKAN NOOROO KALAU TAK MENGGILA!
Dark Nooroo: *pijak kaki Nooroo*
Ehem. Okey, kita sambung semula.
"Siapa panjat dahan paling tinggi dialah anak jantan!" Jerit Sayf.
Pembetulan:
"Siapa panjat dahan paling tinggi dialah anak jantan!" jerit Sayf.
Jangan pelik! Jangan garu kepala, takut - takut ada kelumumur ke sampai kena beli banyak pencuci rambut. Em... em... em...
Apa fasal merepek pula aku hari ini?
Sebab dalam dunia penulisan. Dia memang kena kecilkan kalau itu ayat penyata. Lainlah kalau lepas dialog itu ayat dia macam, "..." Syaf melaung kepada Aralyn. Bolehlah letak huruf besar.
Kalau watak utama sedang membuat panggilan, jangan letakkan di tengah - tengah. Terkejut saya masa baca. Macam... eh, Wattpad aku rosak ke? Kenapa tengah - tengah?
Seeloknya buat ke tepi. Kalau di sebalik talian, buatlah sendengkan. Tapi kalau tak nak, sertakan ayat selepasnya. Contoh,
_____________
"Assalamualaikum, kau dah beli Maggi dekat Kedai Tomyam ke?"
"Itulah aku nak cakap dengan kau! Mana ada Maggi dekat Kedai Tomyam!"
"Eh, adalah!"
"Ada. Ada dekat mana? Aku tanya pekerja dia, dia kata ada tomyam sahaja."
"Aku kan kata 'dekat' kedai Tomyam. Sebelah kedai itulah maksudnya!"
"Kau ni kan..."
"Bye! Hehehe!"
___________________
Nooroo melekapkan telefon ke telinganya. "Assalamualaikum, kau dah beli Maggi dekat Kedai Tomyam ke?"
Suara Dark Nooroo di sebalik talian kedengaran tegang. "Itulah aku nak cakap dengan kau! Mana ada Maggi dekat Kedai Tomyam!"
Kening Nooroo bercantum. "Eh, adalah!"
"Ada. Ada dekat mana? Aku tanya pekerja dia, dia kata ada tomyam sahaja," marah Dark Nooroo.
"Aku kan kata 'dekat' kedai Tomyam. Sebelah kedai itulah maksudnya!" Nooroo mengujarkan kata sambil tersengih - sengih.
Dark Nooroo cuba mengawal kemarahannya. Kalau betul - betul Nooroo ada di hadapan matanya, mesti diluku - luku kepala Nooroo itu. "Kau ni kan..."
"Bye! Hehehe!" Cepat - cepat Nooroo menutup talian.
________________
Ha, begitu! Sementara Dark Nooroo pergi beli maggi dekat kedai Tomyam, mari kita beralih ke sesi menggila.
...
PENYAMPAIAN WATAK
20 markah
Awal - awal lagi saya ingin memohon maaf kepada Sayf kerana tersalah sebut namanya menjadi 'Saytan' (Setan).
Hahaha, mula - mula geram gila dengan Sayf tetapi bila dia terangkan kenapa dia tinggalkan Aralyn, terus berputik rasa empati... ha, bukan cinta. Terus berputik rasa empati terhadap Sayf. Huhuhu, maaf kutuk kau selama membaca sebelum ini.
Entahlah. Bila Lisa meninggal itu, ada dua perasaan. Perasaan sedih dan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Ianya seakan teruja atau rasa syukur. Erm, entahlah.
(Jahat betul aku gembira Lisa meninggal. Sudahlah dia baik)
...
JALAN CERITA
20 markah
Jalan cerita awak memang tersusun! Mantap! Fuuh... semantap maggi kari! Memang terbaik!
Saya memang cadangkan kepada mereka yang sukakan cerita bernilai persahabatan dan cinta, bolehlah jenguk buku 'Rindu Kita Yang Dulu'! Walaupun agak klise pada mulanya, tapi memang terbaiklah!
...
MARKAH KESELURUHAN
70 markah
70% × 100 ÷ 80 = 88%
...
Awak memang ada bakat menulis yang terpendam. Syabas! Kalau awak cungkil lagi bakat awak, mesti jadi penulis terbaik! Jangan putus asa.
Walaupun 'vote' macam kurang, jadikan ianya semangat untuk terus menulis. Menulis itu ibarat seolah ibarat kehidupan lain bagi penulis. Kenapa mahu kisahkan orang baca atau tidak? Sebab kita menulis dan kita seronok akan hal itu.
Silent reader pun pembaca juga tau. Ha, tetapi jangan selalu amalkan. Buruk amalan itu. (Hek ek leh, tapi bukan main cakap. Huhuhu, tetapi yalah. Kita orang pun nak semangat juga.)
Kalau ada terbit buku ke di masa hadapan, bagitahu tau!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro