Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: NERDY SPY GIRL

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...


Menghubungi ejen Nrairizzz
.
[Error 404]

Airizz: Apa misi kali ini?

Nooroo: Misi kali ini... misi kali ini... misi kali ini... misi kali ini ia...

Airizz: Woi, cepatlah.

Nooroo: Hehehe. Misi kali ini ialah misi 'NR: NERDY SPY GIRL'.



















"You don't always win your battles, but it's good to know you faught."
- Lauren Bacall

SINOPSIS
15 markah

Sinopsis awak sudah best, cuma... perenggan dia. Fuuh, beristighfar saya baca. Punyalah fokus saya baca supaya tak salah baca. Hehehe.

Sepatutnya awak kena jarakkan sedikit supaya mudah orang nak baca. Kalau tidak, memang berpinar mata cuba fokuskan setiap ayat.

Dan bila saya baca sinopsis macam... wau. Budak tingkatan 5 susah ada syarikat sendiri! Hebatnya! Siap jadi pengintip lagi? Aku ni...

Itulah fasal. *Muzik sendu mula dimainkan* Hidup tidak selalu indah. Banyak cabarannya sebelum kita boleh bertukar menjadi rama - rama yang cantik. Huhuhu...

Okey, abaikan episod sedih beberapa saat tadi dan mari kita beralih ke bahagian Tatabahasa!

...

TATABAHASA
10 markah

Yang pertama sekali yang saya mahu tegur, saya ada perasan awak tak sendengkan ayat awak. Macam 'bang', 'kring', 'haih', 'hey', 'hello' dan beberapa patah perkataan bahasa English. Ianya wajib disendengkan sebab perkataan itu umpama alien dalam dunia penulisan bahasa Melayu.

  Dia mencedok nasi goreng sambil menyindir Maya " kenapa lah mesti ada perempuan ini di meja makan? Tak seleralah aku nak tengok muka kau. Dah lah pakai cermin mata besar. Kau sengaja nak malu kan aku dekat sekolah, kan?"

Pembetulan:

   Dia mencedok nasi goreng sambil menyindir Maya. "Kenapalah mesti ada perempuan ini di meja makan? Tak seleralah aku nak tengok muka kau. Dahlah pakai cermin mata besar. Kau sengaja nak malukan aku dekat sekolah, kan?"

Selain itu, saya ada menyedari awak tertinggal simbol dan tidak rapatkan simbol (") dengan ayat. Benda - benda begini sepatutnya tidak dipandang remeh.

"...Saya tak nak masuk kelas terlalu lewat." Pesan Maya.

Pembetulan:

"...Saya tak nak masuk kelas terlalu lewat," pesan Maya.

Bila akhir dialog berakhir dengan ayat penyata selepasnya, memang wajib letak tanda koma (,) di akhir dialog.

"...Saya mix Melayu+Inggeris+Perancis..."

Pembetulan:

"...Saya mix Melayu, Inggeris, dan Perancis..."

(Banyak bebenornya mix. Aku ini anak Melayu jati saja.)

Penggunaan simbol yang sebetulnya:
(--- / ~~~) Pembetulan  (...)
(??? /?!) Pembetulan (?)
(?! /!!!) Pembetulan (!)

Ha, kalau nak tulis bunyi. Kena letak dalam kurungan "..." macam di sebelah kiri ini. Sebagai contoh, "Kring! Kring!" Ha, begitu...

Akhir sekali ialah kesalahan ejaan.

Handfone - Telefon /Handphone
Remeber - Remember
Pape roger - Apa - apa, roger! / Apa - apa, bagitahu!
Ok - Okay/ Okey

Okey, *susun kertas* marilah kita sama - sama ke bab menggila.

...

PENYAMPAIAN WATAK
20 markah

Fuh, nama tidak mahu kalah, en? Maya Alf... Ave... Alviana. Af... Auf... Alfred Michelle. Pergh! Saya pun ambil nama berdasarkan orang sebenar. Tetapi bila buka Wattpad, macam - macam nama yang berbelit terpapar!

UwU! Bad girl! Huhuhu, tetapi siapa kata budak perempuan yang agak kasar ini langsung tiada hati perut? Apalah yang emak Maya tidak puas hati sangat? Maya itu jugalah yang duduk dekat rahim dia selama sembilan bulan lebih. Siap tuduh anak dia 'pembawa malang' lagi.

(Entah - entah emak Maya kena guna - guna.)

Tetapi memang tabik spring pada Maya sebab dia ini rendah diri! Jenis low-profile. Sanggup berpakaian nerd semata - mata 'sesuatu' itu. Haih, nasiblah Damia tidak sekejam Raisha.

Dark Nooroo: Raisha lagi.

Huargh, watak Alf... Al apa, en? *Scroll atas* Huargh... watak Alfraid. Eh. Watak Alfred jarang muncul TvT. Baca dekat sinopsis, watak dia best tetapi jarang muncul.

...

JALAN CERITA
10 markah

Jalan cerita awak tersusun jugalah. Jalan cerita pun memang terbaik namun ada sedikit kekurangan. Maya dan Alfred budak sekolah, bukan? Jadi kenalah ada unsur - unsur 'sekolah' dengan lebih banyak. Seimbangkan dengan pekerjaan sambilan mereka.

Bila saya baca, rasa macam dia sudah maju habis universiti pula. Tetapi tidak mengapa, boleh diperbaiki lagi.

Yalah. Dia orang kan budak sekolah, mana dapat senapang semua itu? *muka ingin tahu yang amat*

Cakap fasal senjata, teringat pula Declan Secret Room. Fuuh, kalau saya masuk. Memang seminggu baru keluar! Banyak gila pistol dan senapang. HAHAHAHA.

...

MARKAH KESELURUHAN
55 markah

55% × 100 ÷ 80 = 69%

...

"From failing, you learn. From success, not so much."

Itu sahaja misi kita kali ini, ejen. Saya harap awak akan berusaha memperbaiki kesilapan awak. Sebab bila kita ubah kesilapan kita, sebenarnya kita telah membawa diri ke perubahan yang lebih besar.

Pergh, berceloteh pula! Akhir kata, terima kasih... hiks... sudi bagi saya nilai buku awak!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro