NR: MYSTERY 9 PRINCESS
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
...
Nooroo: *Baca atas katil, eh kantoi aku ulas atas katil* Fuh, rasa sejuk pula kaki aku ini.
Nooroo: Janganlah Chaenyong datang dekat aku. Ala, bukan aku terlibat dalam permainan itu.
Chaenyong: Tapi kau baca
Chaenyong: *hilang*
Nooroo: Sekejap? Apa? *pandang belakang*
SINOPSIS
5 Markah
Hai @Peanutwoongie! Hari ini saya hendak ulas buku awak!
Boleh saya bagi pendapat? Yalah, habis itu kenapa orang suruh saya ulas. Sepatutnya awak panjangkan sinopsis dia, jangan letak slogan dia sahaja.
Ini penting supaya pembaca dapat tahu isi cerita awak. Kalau tidak, dia memang belek-belek dan beralih kepada cerita lain sebab sinopsis tidak begitu menerangkan.
Kalau hendak tulis sinopsis senang sahaja...
Terangkan permulaan
- Mereka berdua main permainan kemudian Chaenyong dicabar masuk rumah berhantu.
Terangkan konflik
- Chaenyong mati.
Konflik yang perlu diselesaikan
- Chaenyong tiba-tiba nak semua orang mati dengan dia. Mati seorang sahaja sudahlah.
- Adakah watak-watak utama dapat lari daripada kematian mereka?
Begitu... 😝
...
TATABAHASA
10 Markah
Tatabahasa awak tidaklah begitu bermasalah sangat. Awak hanya lemah sedikit pada bahagian letak simbol.
Masa baca Prolog itu, saya terkejut jugalah sebab ingatkan memang perenggan dia tengah-tengah.
Sepatutnya awak buat susun atur dia jadi begini.
Bukan begini.
Tidak apalah, nanti boleh tukar.
Seperti yang saya katakan tadi, awak kadang-kadang pergi dekatkan simbol soal (?) dengan simbol seru (!) menjadi (?!) begini. Kita kena terima hakikat dia orang ini tidak ada jodoh.
"Argh!!!!"
Pembetulan:
"ARGH!"
"Argh!"
Sama juga kalau gandakan dia orang. Simbol soal dengan simbol seru ini memang ditakdirkan untuk berseorangan. Huhuhu, sama nasib dengan kita yang bersinglet ini.
"Unnie..." Tegur Sana lembut.
"Awak ni kan Tzuyu comel la. Aku dekat sini isi minyak la" Jungkook menyerabutkan rambut Tzuyu.
Pembetulan:
"Unnie..." tegur Sana, lembut.
"Unnie..." Sana menegur, lembut.
"Awak ini kan Tzuyu... comellah. Aku dekat sini isi minyaklah." Jungkook menyerabutkan rambut Tzuyu.
Kalau kata nyata, memang kena kecilkan huruf selepas dialog. Kata nyata macam tegur, sahut, jerit dan sama macam spesies-spesiesnya yang lain.
Untuk simbol dalam dialog. Umpama awak cakap dengan kawan-kawan. Mesti ada ayat yang awak hentikan barulah awak sambung. Hehehe, kena banyak cakap masa tulislah.
Jangan risau, tidak nampak pelik pun. Inilah buatkan cerita kita nampak lagi hidup dan masuk ke dalam hati.
Dan satu lagi, kalau awak hendak Imbas kembali. Jangan tulis 'flashback', cukup sendengkan. Usah risau, pembaca awak tahu awak sedang mengimbau masa lalu.
...
PERKEMBANGAN WATAK
15 Markah
Fuh, tidak sangka dia orang sanggup main permainan masuk rumah hantu. Kalau saya, lebih lera tiada lagi kawan dari dipaksa buat benda macam itu.
Perkara menarik tentang novel awak ini, dia orang takut, saya pun takut. Boleh bayang roh tidak tenang duduk depan saya. Huhuhu, adalah kadang-kadang rasa hendak buka sedikit pintu bilik.
Dan ya, fuh rasa macam baca manga Attack On Titan. Semua orang mati.
Jungkook sebagai contoh. Cakap dengan dia, akhir sekali dia mati. Dasar.
Babak yang paling emosional bagi saya masa Momo dalam kapal terbang. Serta bahagian itulah kapal terbang terhempas. Yalah, kalau sudah terhempas, apa sahaja kita boleh buat? Tidak mungkin mahu terjun keluar kapal terbang pula.
Sebab itulah saya tak mahu naik kapal terbang.
Tetapi nak pergi melawat Sabah dan Sarawak...
Walaupun Mina hidup pada akhirnya, saya tumpah kesian pada dia sebab... yalah, kawan dia semua sudah mati. Huhuhu, lepas itu jumpa pelajar serupa kawan dia. Huhuhu...
*Letak papan tanda; 'Don't touch me, I'm soft.'*
...
JALAN CERITA
20 Markah
Jalan cerita awak memang meletup gila! Senang hendak baca dan memang tak dapat dijangka. Saya agak terganggu sedikit sebab ada kesalahan Tatabahasa namun alhamdulilah saya dapat faham.
Saya sebenarnya kurang gemar baca fanfic KPOP yang kumpulan dia banyak. Kerana susah nak ingat nama watak. Tetapi buku awak lain, saya dapat faham setiap inci watak tersebut.
Huhuhu, macam mana nak dapat tangan ajaib macam awak?
...
MARKAH KESELURUHAN
50 Markah
50% × 100 ÷ 80% = 63%
...
Saya susun sepuluh jari bersama sepuluh lagi jari kaki saya jika saya ada buat awak terasa hati ke. Maklumlah saya hanya manusia yang beli maggi dengan seringgit.
Saya harap ulasan ini dapat membantu awak menjadi penulis yang lebih berjaya! Ganbatte!
Akhir kata, terima kasih kerana percayakan saya untuk ulas cerita awak!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro