Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: MR. HANTU

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...

-svtbbuing (Auni) berselubung di dalam selimut. Rasa takut tidak usah dikata. Badannya sudah menggeletar teruk. Paling bengang, boleh pula telefonnya berada di ruang tamu!
.
Terketar - ketar Auni bertanya. "A... apa... apa kau nak?"
.
Telefon itu dicampakkan ke riba Auni. Bibir perempuan itu bergerak, cuba melunaskan kata. "Buku kau akan... direview."
.
Serentak dengan itu, suara  perempuan menjerit kedengaran.















SINOPSIS
5 markah

Awak punya sinopsis itu sudah okey tetapi terlalu ringkas! Untuk menarik peminat pembaca, awak seharusnya membuat sinopsis dengan lebih panjang lagi.

Contoh, awak tulis cerita ringkas sampai nak masuk konflik besar. Jangan cerita semua, nanti mengamuk para pembaca. CAM HEK EK LEH. BAIK AKU BACA BAB YANG TERAKHIR SAHAJA. Nanti takut ada rumah yang kena bakar pula.

Pada akhir sinopsis. Awak buatlah persoalan. Adakah Minjie akan meninggalkan Joshua? Apa akan jadi pada Joshua? Mari sama - sama kita meneroka ke dunia antara persahabatan hantu dengan manusia!

Menjawab soalan pada sinopsis awak itu... antara hantu dengan manusia, wujudkah perkataan 'chingu'? Setakat ini saya tak pernah kawan dengan hantu. Tetapi lepas tengok Yokai-Watch, MESTILAH WUJUD PERKATAAN 'CHINGU' ITU. HAHAHHA

...

TATABAHASA
10 markah

Puan Jeon buat muka derp.

"Ni kunci rumah baru kamu.Nanti Min tak duduk sini dah"

Pembetulan:

Puan Jeon menayangkan riak menyampah. Tangannya masih menghulurkan segugus kunci itu. "Ni kunci rumah baru kamu. Nanti Min tak duduk sini dah."

Awak sepatutnya tidak terlalu banyak buat jarak perenggan. Jangan risau, kalau rapat, huruf - huruf itu tak akan kena Covid punya. Tapi itulah masih ramai lagi manusia yang gagal jaga SOP.

Dark Nooroo: Kau dah melalut teruk ini.

"...Lagipun senang kalau Min nak cari ketenangan untuk study.Ha, gituww" ujar Puan Jeon sambil mengetuk kepala anaknya.

Pembetulan:

"...Lagipun senang kalau Min nak cari ketenangan untuk study. Ha, gitu," ujar Puan Jeon sebelum mengetuk kepala anaknya.

Waktu saya baca, dalam kepala otak saya terfikirkan Puan Jeon buatkan kepala Minjie itu sebagai dram masa bercakap. Fuuh, kejam betul pemikiran saya.

Lagi satu, awak jangan terlupa untuk letakkan noktah. Kalau cikgu mata pelajaran bahasa Melayu saya dulu memang pantang gila dengan orang tak letak noktah masa karangan. Memang terus tolak markah!

Nak menulis, jangan rapatkan tulisan. Contohnya macam, "...Min gurau je.Hehehe...", sepatutnya dijarakkan seperti ini, "...Min gurau je. Hehehe...".

Ada juga beberapa ejaan yang saya perasan awak tulis salah. Sebentar, mahu senaraikan.

Jugak -  Juga
Gituw - Gitu/ Begitu
Tido - Tidur
Je - Saja/ Sahaja
menci - Benci
Dipress - Dipresi
Eskerim - Aiskrim
Tak pepasal - Tidak fasal - fasal

Okey setakat ini? Risau pula kalau alamat kena hack sebab tak puas hati dengan penilaian saya.

Tanda koma ', ditulis selepas ayat penyata. Sebagai contoh,

"Dasar budak gatal.Kalau aku jumpa, sah makan kasut"omel Joshua sambul menggeleng.

Pembetulan:

"Dasar budak gatal. Kalau aku jumpa, sah makan kasut," omel Joshua sambil menggeleng.

Pada akhir perbincangan kita mengenai tatabahasa, ada satu lagi saya nak tegur.

"Wonu-ah, gwenchana?"Minjie menepuk bahu adiknya yang diam dari tadi. Sakit ke?

Pembetulan:

"Wonu-ah, gwenchana? (Maksud)" Minjie menepuk bahu adiknya yang diam dari tadi. Sakit ke?

Huhuhu, kelemahan setiap novel fanfic Korea, mereka jarang letakkan terjermahan. Saya yang hanya faham bahasa Inggeris dengan Melayu pun ternganga sajalah. Jadi seeloknya letak terjemahan.

...

PENYAMPAIAN WATAK
20 markah

Awak... sampai hati awak buat jiwa seorang Nooroo bersendu ketika membacanya. HUARGHH, I FEEL MY HEART CRACKED.

Saya tak boleh cakap banyak, nanti kiranya bagitahu 'spoiler' bak kata orang putih. Tidak mengapalah. Saya bagitahu jugalah.

Dari mana Joshua tulis surat itu dengan penuh dramatik sampai buatkan saya nangis? Sepatutnya buat Minjie nangis tetapi dengan saya sekali turut sertai mengeluarkan peluh mata. Nak tuntut ilmu, tuan punya badan sudah mati. Hrm.

Huhuhu, ingat hebat ke buatkan orang rasa menangis?

Dark Nooroo: Sembang. Kau pun tergelak masa orang maki watak anta...

Woi, woi, woi. Diam. *tutup mulut Dark Nooroo*

...

JALAN CERITA
15 markah.

*nyanyi* Oh, you... jalan ceritamu sangat 'UwU'. So stoplah being so 'UwU'. You buat I 'UwU'.

Jalan cerita awak memang sangat best seperti mana lagu yang saya nyanyikan di atas. Tersusun sahaja jalan cerita cuma... (jantung semua orang berdebar) ada kekurangan sedikit.

*Tarik nafas dalam - dalam* Macam mana Joshua mati? Macam mana dia boleh berada dekat rumah itu? Apa kaitan Joshua dengan rumah Minjie itu? Masa mak Minjie beli, takkan dia tak perasan kehadiran Joshua. Oh, lupa... dia hantu.

Kalau awak tambahkan babak bagaimana Joshua mati mesti lagi terbaik. Macam dia mati sebab jatuh dari tingkap ke (teringat pula Hali's Death). Mati kena rompak ke. Mati dalam keadaan khusnuh khotimah ke.

Okey, itu sahaja. Yang lain memang terbaik!

...

MARKAH KESELURUHAN
50 markah

50 × 100 ÷ 80 = 63%

...

Maaf kalau tersilap kata, atau tersilap teguran. Maklumlah saya hanya manusia biasa yang makan Maggi untuk sarapan.

Awak ada bakat untuk jadi penulis. Cuma jangan pernah putus asa dan teruskan melangkah. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada diri kita di masa akan datang tetapi kita masih boleh pilih apa yang baik untuk kita.

Tetapi kalau... *tersenyum sumbing* nak buat anak Minjie nampak Joshua, boleh juga. Hehehe, saya tanya sahaja.

Dark Nooroo:  *hempuk kepala Nooroo*

DIRECT BY:
Nooroo_Edayu03

SPECIAL THANKS TO:

-svtbbuing
Dark Nooroo (tukang Sampuk)
Keyboard
Typo
Selimut
Lagu



















I

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro