Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: MOTIVATION FOR YOU

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...

Dark Nooroo: Hari Jumaat yang mulia ini, aku akan siasat seseorang.

Dark Nooroo: *Tendang pintu bilik Nooroo.*

Nooroo: Argh! *Tersedak aiskrim sendiri* Uhuk! Uhuk!

Dark Nooroo: Ha, sekarang kau kena pergi review buku _psychocat_! Cepat! Cepat! Jangan lengah!

Nooroo: Ish, awak boleh tak jangan kacau saya makan aiskrim? Saya tengah menikmati pemandangan dinding ini. Janganlah kacau saya makan aiskrim.

Dark Nooroo: *angkat kerusi*Kau ini kan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















SINOPSIS
15 Markah

Awak punya sinopsis itu, bukan setakat pembaca dengan saya boleh tertarik, dengan monyet depan rumah saya pun turut teruja untuk membacanya!

Namun, dekat hujung ayat awak itu. Ada sedikit kesilapan.

Keep smile dear because i always loving you...

Pembetulan:

Keep smile, dear, because I always loving you.

Huruf 'i' itu kena besarkan. Dia tidak boleh kecilkan melainkan dia dalam kelompok huruf lain. Sekejap... apa benda aku cuba putar belit ini? Tidak mengapalah, yang saya cuba sampaikan, huruf I itu kena besar.

Walau bagaimanapun, sinopsis awak memang terbaik dan huhuhu... menyentuh hati dan kalbu saya.

...

TATABAHASA
15 markah

Satu sahaja kesalahan tatabahasa awak iaitu awak lupa untuk menyengetkan perkataan yang sudah tersalah pangkal jalan!

Dark Nooroo: Apa benda kau merepek ini? Mentang-mentang dalam PKP, biul terus otak kau.

Wah, hebatnya kamu dalam berbicara! Hahaha, tidaklah. Ya, memang awak terlupa untuk menyendengkan perkataan. Perkataan pasar seperti 'ni', korang' serta perkataan bahasa Inggeris wajib disendengkan!

Tetapi, gaya pengolahan ayat awak... fuuh. Memang saya tabik spring toing toing! Penuh inspirasi dan penuh makna!

...

CARA PENYAMPAIAN
20 markah

Cara penyampaian awak dalam bercerita memang cukup menusuk hati! Mudah difahami dan membangkitkan semangat! Lagi-lagi bahagian bunuh diri itu.

Kalau kita bunuh diri, kita seperti menyokong apa yang mereka katakan. Macam... oh, betullah. Dia memang tak berguna. Sebab itu dia bunuh diri.

Ayat itu memang terus masuk ke dalam kepala otak saya, buatkan saya rasa macam. Oh, hatiku rasa terharu! Huhuhu...

Lagi satu, bahagian biskut kering itu! Memang tidak pernah terfikir pun. Hebatlah awak!

...

MARKAH KESELURUHAN
50 Markah

50% × 100 ÷ 60 = 83%

...

Tahniah kerana menghasilkan buku ini. Jika tiada siapa pernah mengucapkannya, biar saya ucapkan. Saya bangga dengan awak sebab hasilkan buku motivasi dan menaikkan semangat ini!

Mungkin disebabkan buku awak ini, ada manusia telah keluar daripada depresi mereka. Jadi, saya ingin ucapkan syabas sekali lagi.

Ada Telegram atau Email, tak? Saya nak hantar sticker.

Akhir kata, terima kasih kerana percayakan saya untuk review buku awak!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro