NR: KERANA CINTA
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
...
"Trut... trut..."
Reader: Hello?
... : Hello, saya Soloz. Eh, maksud saya.... hello, saya Nooroo. Saya nak ajak kau orang baca buku 'Kerana Cinta' dari nurasyaa_. Rasanya enak, sting aku dan macam - macam lagi. Apa tunggu lagi? Ma...
Reader: *letak panggilan*
SINOPSIS
20 markah
Fuuh, sinopsis awak memang menarik perhatian. Kalau netizen Instagram nampak ini, pasti menjerit 'sting aku, yahu'! HAHAHAHAHA.
Saya tak tahu mahu kata apa. Tetapi memang terbaiklah
...
TATABAHASA
15 markah
Seperti yang saya katakan sebelum ini, simbol soal (?) dan simbol seru (!) tidak patut digabungkan(?!). Haih... sudah banyak kali saya katakan. Mereka tiada jodoh! Kalau rapatkan, tetap tak serasi!
Sudah memang takdir mereka berdua untuk bersendirian.
"Hello" Raisha menjawab panggilan tersebut dengan malas...
Pembetulan:
"Hello." Raisha menjawab panggilan tersebut dengan malas...
Dalam dialog, awak jangan terlupa untuk letak noktah. Dialog akan nampak pelik tanpa sebarang simbol. Bagai Nobita tanpa Doraemonnya. Memang aneh dan... sedih huhuhu.
Dark Nooroo: *pandang tepi* Patutlah. Cerita Doraemon tengah bersiaran sekarang.
Simbol koma (,) digunakan dalam dialog hanya jika selepas dialog itu ada ayat pengikat.
"Ibu okay je cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran ibu," perlahan suaranya.
Pembetulan:
"Ibu okay je cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran ibu." Perlahan suaranya.
Ejaan 'yelah' juga hendaklah ditukarkan kepada 'ya'lah. Salah itu.
Eh, itu sahaja? Tidak mengapalah. Mari kita ke bahagian menggila!
...
PENYAMPAIAN WATAK
20 markah
Fuuh, memang menguji jiwa! Saya sampai tercarut dekat ibu Raisha. Hahahaha, kalau dalam 'Anxiety Love', saya carut dekat Raisha. Tetapi, dalam 'Kerana Cinta', saya tercarut kat ibu Raisha pula.
Watak antagonis awak itu memang betul - betul hiduplah. Sama dengan watak heroinnya. Kalau sekarang tidak ada Covid, saya sudah lama pergi rumah ibu Raisha dan tekup muka dia dengan bantal.
...
JALAN CERITA
20 markah
Jalan cerita memang saya tidak mahu tegur... memang mudah difahami dan tersusun! Hahaha, terkejut saya, belek - belek tiada bab lagi. Akak, updatelah cepat TvT.
Plot twist dia TvT. Fuuh. Saya tidak puas hatilah. Kenapa Hanif kahwin dengan Raisha? ARGHHHHHH!
...
MARKAH KESELURUHAN
75 markah
75% × 100 ÷ 80 = 94%
...
Maaf kalau tersilap kata dalam review ini. Harap awak terima dengan hati yang terbuka.
Ada email atau tidak? Hehehe, mahu hantar sticker.
"Every failure is a lesson. If you are not willing to fail, you are not ready to success."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro