Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: I ADORE YOU

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...

⠀ ⠀» [ i adore you ] «
lagu oleh : miithewii

⠀ ⠀ 0:00 ─〇───── 0:00

⠀ ⠀ ⇄ ◃◃ ⅠⅠ ▹▹ ↻





.
.
.
.
.

SINOPSIS
15 markah

Sinopsis awak okey sahaja sebenarnya, yang merasa kekurangannya adalah pada daya penariknya. Bila baca, rasa macam cerita ini cerita childhood friend ke lover yang biasa namun ianya jauh lebih dari disangka.

Otak aku: AAAAA BEST GILA JALAN CERITA DIA!

Aku : Sekejap lagi otakku yang tak pandai Addmath. Kita terangkan apa yang patut dulu.

Untuk memperbaikinya, boleh cuba tambah babak cemas (jangan banyak sangat) ataupun secubit ayat bombastik dalam sinopsis. Asalkan magnet penarik itu jadi kuat untuk mendekatkan reader untuk terus membaca.

Contohnya... pentengkaran watak sampingan.

.

TATABAHASA
15 markah

Huhuhu, cerita awak seronok sangat sampai terhanyut saya. Tidak sempat cari kesalahan dalam cerita sebab semuanya puurfect bak kata Adrikins dalam Miraculous Ladybug.

Tetapi, tidak semua sempurna dalam dunia ini. Bahkan tiada sekolah di Malaysia yang ada lif. Pihak sekolah ingat kita orang boleh terbang sahaja ke masa nak naik sampai tiga tingkat?

Bagi sendengkan perkataan... misalnya, woi, korang dan tu wajib sengetkan.

"Sihat je," Kwangmin segera cedok aiskrim coklat dan diletakkan ke kon aiskrim.

Pembetulan:

"Sihat je." Kwangmin segera cedok aiskrim coklat dan diletakkan ke kon aiskrim.

"Sihat je," ujar Kwangmin, dia segera cedok aiskrim coklat dan diletakkan ke kon aiskrim.

Koma di hujung dialog dan ayat penyata bagaikan kawan dunia akhirat. Jadi kalau lepas dialog itu tiada ayat penyata, jangan pandai-pandai letak koma sebelah dia. Nanti ada yang bergaduh pula.

Eh sedikit sahaja teguran. Saya dah kata, tatabahasa awak setakat ini memang ✨burrito✨ Eh, silap... ✨puurfect✨ dan perlu diperbaiki lagi.

.

PENYAMPAIAN WATAK
20 Markah

Aku: Jadi, apa kau tunggu lagi?

Otak:

Otak: CERITA INI WATAK DIA MEMANG BETUL-BETUL FEEL MACAM BUDAK SEKOLAH! Rasa tersindir pula dengan cerita saya sendiri.

Lagi-lagi bahagian Lee Seokmin kena penyakit mental. Waktu itu memang simpati sangat akan dia.

Rasa geram juga pada perangai toxic Yuju namun alhamdulilah... cangkul saya tidak berpeluang beraksi mengorek tanah masa itu.

Waktu Vernon terhantuk akar pokok, berkerut-kerut muka macam nenek kebayan makan mi pedas Korea. Sakit wey... akar pokok kot.

Watak sampingan dia hidup dan langsung tiada sesiapa yang tertinggal di belakang. Semuanya dirancang dan diceritakan dengan penuh teliti.

Tidaklah timbul isu macam mana orang itu boleh jadi macam ini. Macam mana dia boleh mati serta sekian, sekian...

Ketika Umji dipersalahkan masa rahsiakan ugutan Dayung. Buat pertama kalinya, saya berpihak pada watak utama. Selalunya sayalah pembangkang utama kalau watak utama rahsiakan perkara (contohnya kanser) dari watak yang lain.

Nasib baik saya anak sulung, jadi saya faham perasaan Umji waktu itu.

Eh?

.

JALAN CERITA
20 Markah

Langsung tiada lubang-lubang macam jalan tar di Malaysia. Memang semuanya telah diterangkan dengan penuh jelas sekali.

Apa-apa pun, cerita ini memang seronok untuk dibaca! Kalau semua bintang boleh dikutip, akan ku lemparnya ke cerita ini.

.

MARKAH KESELURUHAN
70 Markah

70% × 80% ÷ 100% = 87.5%

.

Maka, berakhirlah ulasan saya di sini. Harap awak berpuas hati dan janganlah kata risau kadang-kadang semasa membaca lawak saya. Sebab saya pun worry sometimes sometimes dengan diri saya.

Terima kasih sebab percayakan saya untuk ulas cerita awak.

Kirim love dekat Umji dan Vernon!






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro