NR: HIKAYAT CINTA SAHABAT
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
...
@ainqalbi menghantar satu mesej kepada anda!
.
_____________
Periksa mesej?
----------------------
.
.
.
.
.
My Darling,
You hold so much sadness
in your eyes.
I can almost touch
the scars of your soul and cry.
- Alexandra Vasiliu -
SINOPSIS
20 Markah
*Baca Sinopsis* Putera dan Saffiyah. Siapa saja tidak kenal mereka, bukan?
Eh...
Tetapi... saya tak kenal dia orang, kak. Jumpa pun tak pernah. Apatah lagi nak cakap-cakap.
Dark Nooroo: Erm. *Terus tinggalkan kerusi dan makan maggi.*
Gurau sahajalah! Hahaha, sinopsis awak memang terbaik. Bukan sahaja terbaik... luar biasa, menakjubkan dan seumpama dengannyalah!
Baca sinopsis sahaja sudah tertanya-tanya, kenapa pula dengan si Saffiyah, tidak mahu lebih daripada Putera. Lah... dia tidak anggap Putera sebagai keluarga dia ke?
Ingatkan Saffiyah ini ada teman lelaki atau bekas suami orang pada awal sangkaan, namun bila baca sahaja. Fuh... hebat!
...
TATABAHASA
15 markah
Pengolahan ayat awak memang mantap sampai susah saya nak cari kesalahan Tatabahasa. Fuuh, macam ini rupanya perasaan cikgu-cikgu dalam menanda kertas peperiksaan. Tahu cari salah sahaja!
Praaang!
Pembetulan:
"Praaang!"
Kalau hendak buat bunyi benda, kena kurungkan dia dalam simbol kata ("..."). Lagipun sekarang kecoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kena duduk dalam rumah!
(Tak boleh cakap banyak fasal PKP, nanti rasa bengang itu meluap-luap pula.)
...
PENYAMPAIAN WATAK
20 markah
HAHAHA, watak Saffiyah itu mahu penampar daripada saya. Awal-awal bab sahajalah. Masuk pertengahan bab, terus lap hingus mahu beri pelukan padanya. Kurang ajar Hilman.
Satu sebab kenapa saya tak menggila dengan watak Putera. Kerana nama dia itu... nama dia itu sama dengan nama ex-crush saya. 🤣 Jadi, dia punya rasa nak menggila itu berkurang sedikit.
Tetapi, awak memang mahirlah dalam pengolahan watak. Huhuhu, kena tuntut ilmu ini.
...
JALAN CERITA
20 Markah
AAAAAA, AJARLAH SAYA MACAM MANA NAK BUAT JALAN CERITA PLOT TWIST DARI AWAK. SAYA NAK MINTA DEKAT HAJIME (Pencipta Attack On Titan) TAPI DIA TINGGAL DEKAT JEPUN. HUWAAA!
Jalan cerita awak memang memecahkan otak. Ianya ibarat macam kerusi. Awak punya plot twist, kerusi pun boleh berkecai sampai jadi debu. Memang mantul!
...
MARKAH KESELURUHAN
75 Markah
75% × 100 ÷ 80% = 94%
Ada Email atau Telegram? Nak hantar sticker. Hehehe...
...
Eh, saya bukan bodek tau atas tadi. Itu memang benar sebenar-benarnya! Hahaha!
Kalau awak hantar manuskrip 'Hikayat Cinta Sahabat' ini dekat mana-mana syarikat penerbitan. Saya jamin, syarikat itu mesti hampar karpet merah, pasti mereka akan terima.
Namun, kalau tidak terima. Jangan salahkan saya pula. *Lap Peluh* Takut kena serang kalau tidak diterima.
"Kalau anda jatuh, cuba bangun lagi. Daripada situ, anda akan belajar bagaimana untuk tidak terjatuh macam tadi."
Teruskan berusaha!
Penghujung ayat, terima kasih kerana percayakan saya untuk review buku awak!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro