NR: DIA LELAKI ITU
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
Dark Nooroo: Mana budak ini? Sepatutnya dia review buku sekarang.
Kelihatan Nooroo sedang duduk sambil makan roti telur menghadap telefonnya. Lagu pembukaan episod Attack On Titan mula dimainkan.
Dengan suara yang merdu, Nooroo mula menyanyi. "LALALALALALA. VIDA SOLA VIVIRAS!"
Dark Nooroo: ...
"LAAA... SOLA SOLA VIVIRAS."
Dark Nooroo: Wey, kau sepatutnya review buku 'Dia Lelaki Itu'. Buku @umihsmida.
"SOLA SOLA VIVIRAS."
"LAS... LAS... LA VIVIDAS!"
Dark Nooroo: *angkat kerusi* Bismillah...
SINOPSIS
15 markah
Baiklah. Ehem! PERTAMA KALI SAYA MAHU TEGUR PADA BOCAH-BOCAH DEKAT LUAR SANA.
Dark Nooroo: *hempuk Nooroo dengan bantal*
Maaf... maaf. Terlalut pula. Baiklah. Kita buat suara ala-ala wanita Melayu sedikit. Anggap saya sedang bercakap menggunakan suara Mira Filzah. Ehem!
Sinopsis awak sudah bagus tetapi yang membuatkan saya mengurut dada bukan sebab lelaki hensem pada cover awak. Namun, kerana perenggan awak.
Awak sepatutnya jarakkan sedikit supaya dapat menyejukkan pandangan. Yalah, kalau sudah panjang berjela, monyet dekat hutan pun tak mahu baca.
Tetapi kalau Airien tak nak Syah, bagilah saya Syah. Hehehe... (Sendu teramat selepas direject Afiq.)
...
TATABAHASA
15 markah
Ada beberapa perkataan yang awak tidak sengetkan macam 'erm', 'daddy-mummy' dan 'huh'.
Ada juga yang awak sengetkan tapi tidak perlu sengetkan pun seperti Taman Wangsa Highschools. Sengetkan 'Highschools' sahaja. Benda lain tidak perlu kacau.
"Pukul 5:47."
Pembetulan:
"Pukul 5:47 minit petang."
Jangan garu kepala. Memang dalam konsep penulisan begitu. Yalah. Macam koordinat pula. Pukul 5:47 bahagian. Sekejap... tidak mungkin pukul daging lembu pula.
Simbol koma (,) pula perlu diletakkan pada akhir dialog jika selepas ayat dialog itu ada ayat pengikat. Ramai selalu terlepas pandang ini.
Mesti simbol koma tengah menangis sekarang, ramai tidak ingatkan dia.
Selebihnya awak boleh rujuk di bawah.
"Airien." Sapa Pak Jab merangkap tukang kebun di rumah agam itu.
Pembetulan:
"Airien," sapa Pak Jab merangkap tukang kebun di rumah agam itu.
Eh, sekejap! Sekejap! Sebelum kita beralih ke bahagian seterusnya. Saya mahu tegur fasal ini.
"Tengku Azizul, owner Taman Wangsa Highschool. Your dad, right?" Tanya Syah setelah sunyi seketika.
Pembetulan:
"Tengku Azizul, owner Taman Wangsa Highschool. Your dad, right?" tanya Syah setelah sunyi seketika.
"Tengku Azizul, owner Taman Wangsa Highschool. Your dad, right?" Syah bertanya setelah sunyi seketika.
Huruf 't' itu mesti dikecilkan sebab ianya ayat penyata selepas dialog. Lainlah jika awak buat ayat bukan penyata selepasnya macam pembetulan kedua.
Sebentar, berbelit-belit ke saya sampaikan? Ke sebab saya murung sedikit saya buat puding roti hangit beberapa hari lepas? Huhuhu...
...
PENYAMPAIAN WATAK
15 markah
Airien. Airien ini... Airien ini orang apa sebenarnya? Kerja dengan Tigerlah. Mafia ke? Atau orang-orang Mafia? Seram pula saya TvT.
Watak Airien, semuanya... memang hidup! Saya suka Airien sebab dia savage sedikit. Hahaha...
Sekejap.
*Tekan butang Emergency Meeting*
ASAL AKU PUNYA PERCAKAPAN MACAM MATANG SANGAT? INI BUKAN AKU INI... INI BUKAN AKU!
Dark Nooroo: Pergi sambung! *baling bantal pada Nooroo*
Baiklah. Mood menggila on.
HUARGH, KENAPA SYAH ITU SELALU TAK MUNCUL? Tetapi maafkan saya tunang Airien, sudahlah saya lupa nama awak. Saya tak nak awak dengan Airien pula itu. Kejamnya... HAHAHA, TAPI KISAH APA AKU. MUAHAHAHAHA. SHIP GO BRR BRR.
Jangan penulis dia buat watak Syah itu mati sudahlah. Hantar Amani dari 'Cinta Sekali Lagi' kan... (Gurau.)
Macam saya ulas tadi, ada beberapa watak yang saya rasakan macam watak utama tetapi tak berapa sangat nak muncul.
Untuk buatkan watak awak lebih menarik, awak terang sahaja dengan panjang berjela dan santai pada dialog sesuatu watak. Barulah pembaca rasa lebih seronok untuk membacanya.
Ha, haaa... tiba-tiba jadi matang balik penulisan.
...
JALAN CERITA
15 markah
Saya agak konfius... apa kena mengena tajuk dengan jalan cerita? Tergaru kepala saya memikirkannya. Rasanya sebab cerita awak tak habis lagi, mungkin tidak sampai lagi part itu.
TETAPI... WAU, JALAN CERITA AWAK... AKSI AWAK. MEMANG SAYA BAGI TEPUKAN BANYAK KALI! PAP! PAP! PAP! PAP!
Okey, saya memang tidak tahu mahu kata apa dah tapi jujur dari hati saya. Jalan cerita awak memang terbaik!
...
MARKAH KESELURUHAN
60 Markah
60% × 100 ÷ 80% = 75%
...
Huhuhu, harap awak tidak terasa dengan kehambaran saya sehingga mahu datang ke rumah saya semata-mata mahu membakar rumah saya. Rasa matang sangat ulasan saya kali ini TvT.
Mungkin bila meningkat umur ni, makin matang rasanya.
Macam biasa, hati saya ini selembut kain Soflan. Rasa macam tidak sampai hati mahu tegur terang-terangan. Mesti kena bertapis.
Maaf kalau tersilap kata atau awak langsung tak gelak dengan lawak saya. Saya harap awak terima review ini dengan hati terbuka seluas pintu ke hati awak. Cia cia cia...
Akhir sekali, terima kasih pada rakan awak kerana request saya untuk review buku awak. Okeylah itu sahaja. Sebelum saya terus merepek, baik saya mengundur diri...
Oh, ya. Selamat Tahun Baru!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro