Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: BUKAN AKU YANG DULU

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...

Wahai @ismieqyra si penulis rupawan.
Di sini puisi, dia mahu tuliskan.
Kisah cinta dimusnahkan perjanjian.
Alana Raisha, si cantik menawan.
Cintanya dimusnahkan, oleh bodohnya si jantan.
Tanpa penerangan, terus diceraikan.
Menangis teresak  tak usah soalkan.
Masihkan Raisha ada harapan?
Untuk mendapat cinta sejati dalam kehidupan.







"I wish I were a little girl again because skinned knees are easier to fix than a broken heart."

SINOPSIS

10 markah

Sinopsis awak sudah best dan saya agak terkejut bila baca nama Raisha. Rasa macam. EHHH, RAISHA! KEMBAR KAU DEKAT SINI! RAISHAAAA!

(Raisha merupakan manusia yang berasal dari Anxiety Love, karya saya.)

Tetapi, sinopsis awak agak dipenuhi dialog. Awak sepatutnya seimbangkan dialog itu dengan ayat.

Tetapi pastikan Alana bersama Tengku Faiz Izhan. Kalau Alana kahwin dengan bekas suami dia, saya akan upah pembunuh darkweb untuk bunuh dia dengan cara yang kejam. MUAHAHAHAHAHAHAHA!

Dark Nooroo: Kau pula yang macam pembunuh.

...

TATABAHASA
10 markah

Ada beberapa ayat yang awak tidak sendengkan. Perkataan 'hrm', 'okay', 'argh' wajib disendengkan atas sebab... sebab... sebab. Masya-Allah, ngantuk sangat ini sampai tidak boleh fikir dengan betul.

Dark Nooroo: Sekarang pukul 4:10 petang. Celah mana ngantuknya?

Ngantuk saya tidak ikut jadual.

"Ehemm... kau pergi mana sampai balik lewat macam ni?" Soal suara tersebut.

Pembetulan:

"Ehem... kau pergi mana sampai balik lewat macam ni?" soal suara tersebut.

"Ehem, kau pergi mana sampai balik lewat macam ni?" soal suara tersebut.

Tidak dinafikan lagi, memang kena kecilkan huruf selepas tanda soal itu jika ayat itu ialah ayat penyata. Memang sudah menjadi peraturan dalam dunia penulisan.

Lagi satu, simbol koma (,) bukan emoji orang 🛌 terbaring koma. Tidak. Sekejap, itu emoji orang tengah tidur.

Berbalik kepada apa yang saya ingin utarakan tadi, simbol koma (,) hendaklah diletakkan di akhir dialog jika selepas dialog itu ialah ayat penyata.

"Saya tak buat semua ni abang. Please believe me, abang." Katanya dengan suara perlahan.

Pembetulan:

"Saya tak buat semua ni abang. Please believe me, abang," katanya dengan suara perlahan.

Selain itu, saya ada perasan awak tertinggal simbol.

"Masuk" Jerit Tengku Areeq dari dalam.

Pembetulan:

"Masuk!" Jerit Tengku Areeq dari dalam.

Memang tidak boleh diabaikan simbol ini. Kalau tertinggal simbol ini masa periksa, memang cikgu senyum manis ke arah kita lalu terus tolak markah. Kita? Berhuhulah kita di penjuru dinding.

"Tak adalah... Mana ada aku nangis..."

Pembetulan:

"Tak adalah... mana ada aku nangis..."

Selepas simbol elips (...), memang kena letak huruf kecil selepasnya. Sebab ianya masih sambungan ayat. Bukan ayat  baru yang mengharuskan letak huruf besar di hadapan perkataan.

2:00 a.m juga sepatutnya dieja menjadi 2:00 pagi. Sama juga dengan 2:30 p.m. Seharusnya digantikan dengan 2:30 minit petang.

Ada beberapa ejaan yang salah macam ok. Sepatutnya dieja dengan perkataan okey atau okay bagi bahasa Inggeris.

Babak imbas kembali tidak perlu ditebalkan perkataannya. Hanya perlu disendengkan sahaja. Okey... itu sahaja. Mari kita beralih ke bahagian yang saya suka.

...

PENYAMPAIAN WATAK
15 markah

Awal - awal lagi saya mahu cakap, saya rasa sedikit tidak kasihan dengan Alana Raisha sebab ada nama 'Raisha' dalam nama dia. Hal ini mengingatkan saya kepada Raisha tidak guna dalam Anxiety Love itu. Jadi, saya akan memanggil Alana Raisha dengan gelaran Alana.

ARGH, JAHANAM SIOT ARYAN BUAT ALANA MACAM ITU! AKU LEMPANG, BERTERABUR GIGI. BARULAH AWEK KELILING PINGGANG KAU BERLARI DARI DIA SAMBILTERKENCING - KENCING!

KALAU HERO SEBENAR DATANG, KAU JANGAN BERANI TERHEGEH - HEGEH DATANG PADA ALANA. MEMANG AKU TERUS LEMPANG KAU LAGI SAMPAI KAU JUMPA 'AYAH PIN'. ARGHHH!

Pada awal bab pengenalan itu, saya nak tegur. Awak sepatutnya hidupkan lagi watak. Tidak mungkinlah tengok gambar sahaja sudah terus percaya? Buatlah mula - mula Aryan tidak percaya kemudian terdengar suara kata.

"Woi, bukan boleh percaya bini kau itu."

"Entah, muka baik ini selalunya nampak jahat."

Kemudian buat Aryan tolak Raisha ke. Tumbuk Raisha ke. Tikam Raisha ke. Tolak dia dari tingkat dua ke.

Dark Nooroo: Sekejap, sekejap. Kau cakap sahajalah kau tengah berdendam dengan Raisha.

Tak. *tengah gores gambar Raisha*

HAHAHAHA, saya gurau sahajalah. Markah untuk Penyampaian Watak itu... penuh! 20 markah!

...

JALAN CERITA
15 markah

Walaupun jenis cerita awak ini memang banyak jumpa dekat tempat lain. Kena fitnah, kena halau, lepas itu suami atau isteri tuntut balik tetapi saya tidak tahu macam - mana awak buat sampai saya terkejut. Macam... eh, sampai sini sahaja bab dia? ARGHHH!

Jalan cerita awak memang terbaiklah!

Jalan cerita awak juga  tersusun. Tapi saya rasa awak patut buat plot twist untuk menghidupkan lagi jalan cerita awak. HAHAHAHA, BUAT PLOT TWIST BANYAK - BANYAK! MUAHAHAHAHAHA!

...

MARKAH KESELURUHAN
55 markah

55% × 100 ÷ 80 = 69%

...

Maaf kalau saya tersilap kata atau terkasar bahasa. Harap awak boleh terima teguran saya dengan hati yang terbuka.

Amboi, formal benar ayat!

Hahahaha, saya akan sentiasa menunggu update awak. Mari kita akhiri penilaian kita dengan sebuah lagu.

Nabila Razali - Pematah Hati
...
Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau benar berbeza
Langit dan udara

Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Pasti kau tak tahu

Kadang kumahu, kadang tak mahu
Kadang kurindu, kadang tak rindu
Kadang kucinta, kadang tak cinta

Kamu
Kerna kucinta akhir terluka
Pernah janji untuk setia
Pasti kau tak tahu
Aku tahu tentang perangaimu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro