NR: BENCI TAPI CINTA
NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe
...
Sinopsis. Tatabahasa. Jalan Cerita. Penyampaian Watak.
.
Long ago, the four nations lived together in harmony. Then, everything changed when the WeChat Nation attacked.
.
Only the Avatar, master of all four elements, could stop them. But when the world needed him most, he vanished.
.
A hundred years passed and Dark Nooroo and I discovered the new Avatar, a girl named AloeVeyrra03
.
And although her skills are great, she has a lot to learn before she's ready to save anyone. But I believe AloeVeyrra03 can save the world.
.
AloeVeyrra03
THE WRITER OF 'BENCI TAPI CINTA'
Dark Nooroo: Apa benda ini, siot?
KERAJAAN SINOPSIS
15 Daerah
Tidak tahulah mahu kata apa tetapi sinopsis awak memang agak menarik. Tetapi kadang - kadang saya tertukar dengan Faris dengan Fariz. Dato' oh Dato'. Kenapalah Dato' namakan anak - anak Dato' dekat - dekat sama?
...
KERAJAAN TATABAHASA
10 daerah
Mula - mula saya baca, sempat beristighfar sekejap. Janganlah terasa, huhuhu. Tetapi panjang sangat perenggan awal - awal itu. Awak kena pandai pendekkan sedikit perenggan itu.
"Riz..kenapa cakap macam tu? Adik Fariz tu" tegur papa
Pembetulan:
"Riz... kenapa cakap macam tu? Adik Fariz tu," tegur papa.
Awak kena peka dengan simbol - simbol dalam dunia penulisan. Janganlah jadi seperti crush kita yang selalu tidak peka tentang perasaan kita. Eh, apa benda aku mengarut ini?
Simbol noktah digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat. Contoh:
"Duduk dulu," aku tidak membantah lagipun papa tiri aku baik dohh.
Pembetulan:
"Duduk dulu." Aku tidak membantah. Lagipun papa tiri aku baik kot!
Simbol koma (,), bukan orang koma... simbol koma digunakan pada penghujung dialog jika selepas dialog itu ada ayat pengikat macam ujar, tanya, seru, maki dan seumpama dengannya.
Beberapa Ejaan Yang Salah
Sebok - Sibuk
Tak de pape - Tidak ada apa - apa/ Tak ada apa - apa
Yela - Yalah
Korang - Kau orang
Jangan terlalu banyak gunakan bahasa pasar kerana ini mencacatkan penulisan kita. Salah satu sebab buku kita tiada tumpuan ramai adalah disebabkan tatabahasa kita.
Sekejap, kenapa aku serius sangat. Mungkin sekarang aku ngantuk kot.
Dark Nooroo: Woi, sekarang pukul 6:34 minit petang masa kau tulis, tau!
Owh. Entahlah. Ngantuk aku tidak ikut jadual.
Kesalahan terakhir yang saya dapat kesan ialah babak imbas kembali. Kalau awak nak buat babak imbas kembali, awak cuma kena sendengkan sahaja. Tidak perlu letak 'end of flashback'.
Okay, tamat sudah bab serius. Mari kita pergi ke bab yang paling saya suka.
...
KERAJAAN PENYAMPAIAN WATAK
15 daerah
HAHAHAHA, saya tidak tahu apa salah Fariz dekat saya sampai awal - awal bab lagi saya sudah benci dia. Mungkin sebab mulut dia. Masa dia kahwin pun saya rasa mahu hempuk Sara. Alahai, kahwin sahajalah dengan Faris. EEE GERAM PULA AKU.
SUDAHLAH BUAT SARA SEBAB CEMBURU BUTA DIA TU. EH AKU EH AKU. EEEEE.
Dark Nooroo: *hulur punchbag*
*Campak punchbag dalam sisa loji* GERAM BETUL. PASTU MENGADA - NGADA DEKAT DENGAN SARAH. EEEE EEEE EEE, DAHLAH CEMBURU BUTA. Hahahaha, tetapi ini first time saya sokong watak antagonis. Saya mahu Sara kahwin dengan Faris TvT.
"Bila kamu bencikan akan watak tersebut, maksudnya penulisnya telah lakukan kerja yang bagus."
Hahaha, watak awak memang benar - benar hidup. Tidak fasal - fasal jadi mangsa makian saya. Kalau jumpa Faris dekat mana - mana, saya campak dia dalam loji. Eh, geram!
Saya tidak fahamlah, kenapa Sara tidak kahwin sahaja dengan Faris? Haih, ini pun minta pelempang daripada aku juga. Tidak mungkin sebab tidak mahu ayah tiri dia kecewa pula. Pelik benar Sara ini. Tidak fasal - fasal dapat musuh baru.
...
KERAJAAN JALAN CERITA
20 daerah
Jalan cerita memang... mantap! Senang mahu faham. Yang ini saya tidak tahu mahu kata apa tetapi memang terbaiklah!
...
DAERAH KESELURUHAN
60 daerah
60% × 100 ÷ 80 = 75%
...
Maafkan saya kalau bab ini macam hambar ke atau apa. Saya tulis dalam keadaan mengantuk amat TvT. Saya tidak faham sungguh dengan mata saya. Dalam kelas pun mahu tidur juga.
Maaf kalau awak terasa hati ke atas apa yang saya ucapkan atau merepekkan sebentar tadi. Harap awak terima ulasan saya dengan hati yang terbuka.
"Kalau kau gagal. Cuba lagi. Yakin pada diri sendiri dan cuba lagi. Untuk hidup di dunia ini, kita kena yakin pada diri sendiri, cuba lagi dan terus pandang ke hadapan."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro