Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: AKU WANITA BERDOSA

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...

Ting! Anda mendapat mesej daripada asyounme
______________________________
Life is hard, but that doesn't mean you should give up. Wake up and stay strong. Your story isn't over yet.
.
.
.
.
.











SINOPSIS
10 markah


Izinkan saya menegur kesalahan anda. Jangan marah, tau. Risau pula saya kalau awak naik helikopter dan serang saya macam FBI.

| mariah | asif | iman | hairi | alif |

Setiap dari mereka mempunyai perwatakan yang berbeza.

mariah = gadis yang dicintai alif tanpa disedari oleh mariah

asif = seorang lelaki yang hanya tahu memainkan  perasaan perempuan

alif = sayangkan rakan karibnya sendiri namun adakah dia hanya bertepuk sebelah tangan?

hairi = lelaki yang ego namun akhirnya jatuh cinta kepada seorang perempuan tanpa dia sedari

iman = lelaki yang mencintai seorang perempuan, sanggup berkorban walau apa sahaja

Pembetulan:

Mariah, Asif, Iman, Hairi dan Alif. Setiap daripada mereka mempunyai perwatakan yang berbeza.

Mariah merupakan watak utama. Orangnya (nyatakan personalitinya seperti cekal, emosional dan gila - gila). Nampak sahaja lembut, tetapi kawan baik dia lelaki tau! Namun, dia langsung tidak sedar cinta Alif, kawan baiknya mula berputik terhadapnya.

Asif merupakan seorang lelaki yang hanya tahu memainkan perasaan perempuan. Berbanding pula dengan Iman, lelaki yang mencintai perempuan sehingga sanggup berkorban walau apa sahaja.

Alif... seperti kita tahu, dia merupakan rakan karib Mariah dan sangat cintakan Mariah. Tapi adakah cintanya hanya bertepuk sebelah tangan?

Hairi, bos di tempat kerja Mariah. Orangnya ego dan agak serius sampai cicak nak lalu terberak sendiri. Meskipun egonya tinggi mencecah bangunan KLCC, dia akhirnya jatuh cinta kepada seseorang tanpa dia sedari. Adakah seseorang itu Mariah?

Maaf sebab terpaksa cakap begini tetapi sinopsis awak kurang unsur tarikan. Biar sahaja cerita panjang lebar tetapi berguna. Jangan jadi macam buku Sejarah. Panjang benar parah perkataan dia sampai saya tertidur membacanya.

Dark Nooroo: Patutlah hari itu dapat C.

Woi, woi, jangan beritahu!

...

TATABAHASA
10 markah

"Assalamualaikum awak. Jom kita pergi lunch sama ii" kata Alif dengan nada gembira.

Pembetulan:

"Assalamualaikum, awak. Jom kita pergi lunch sama-sama," kata Alif dengan nada gembira.

Simbol dua roman (ii) jangan digunakan dalam penulisan kecuali awak nak senaraikan sesuatu dalam novel awak. Gantikannya dengan simbol simpang (-).

Simbol soal (?) dan simbol seru (!) tidak boleh digabungkan (?!).

Dark Nooroo: Aih, sudah tak ada lawak dalam ayat kau?

Kau nak aku melawak, en? Tak apa, tak apa.

Simbol koma (,) digunakan selepas ayat pengikat. Bukan ayat kena ikat dengan tali, en? Ayat pengikat iaitu ujar, kata, bicara, tutur, beritahu dan seumpama dengannya.

"Kita lunch McD nak ?" aku memberi cadangan.

Pembetulan:

"Kita lunch McD nak?" Aku memberi cadangan.

Simbol-simbol juga mesti rapat. Tidak mengapa, dia orang tidak akan kena virus Covid kalau dekat. Sebab virus itu terkena pada manusia sahaja.

Saya perasan kalau bunyi - bunyi aneh macam krak atau prang awak selalu boldkan. Tidak payah bold. Kesian dia orang terpaksa pakai make up (bold itu tebal. Jadi maksud Nooroo di sini, bila anda bold sesuatu perkataan itu, bererti perkataan itu memakai make up. Tak perlu fahamkan pun. Sahaja tulis panjang - panjang).

Letak sahaja dalam simbol seperti ini; 'krak'. Kemudian sendengkan.

Ada juga beberapa perkataan yang tidak disendengkan. Macam, hehehe. Hehehe itu juga perlu disendengkan. Tu, je, ni dan okay pun kena sengetkan dia. Jangan risau, perkataan ini mempunyai makna mendalam tetapi tiada otak. Jadi tak perlu risau otak mereka senget kalau sendengkan.

Kalau awak tak mahu sendengkan. Rajin - rajinkan menaip jadi 'itu,' 'sahaja' atau 'saja', 'ini' dan 'okey'.

Beberapa Ejaan Yang Salah
Btw - By The Way
Yelah - Yalah
Tak de - Tak ada
Gi - Pergi
Keje - Kerja
Haduh - Aduh
Cam - Macam

...

PENYAMPAIAN WATAK
10 markah

Huhuhu, rasa kesian pula Alif. Cinta bertepuk sebelah tangan. Nasiblah saya tak pernah menjadi sebegitu.

Dark Nooroo: Hek ek leh. Dulu kau crush dekat Hanako tetapi dia suka akan Yashiro. Conan pun sama. Dia suka orang lain. Apa lagi? MegaMan pun suka perempuan lain.

*mula menangis* Janganlah ingatkan.

Namun, penyampaian watak awak kurang hidup. Macam... semua perwatakannya macam sama sahaja. Maaf sangat - sangat. Rasa bersalah pula sebab kata begini. Tak apalah, saya langkau sahaja bahagian ini sebab saya sudah tegur.

...

JALAN CERITA
15 markah

Permulaannya juga sudah menarik. Huhuhu, saya mati - mati ingat Mariah sudah mati (Spoiler). Mulalah otak plot twist saya memikirkan mesti ada orang muka sama dan nama sama dengan Mariah akan muncul sekejap lagi.

Rupanya mimpi Alif sahaja. Kurang asam punya Alif. Itulah orang kata, baca doa sebelum tidur. Tidak mahu dengar.

Saya ada satu soalan. Apa kena mengena tajuk ' Aku Wanita Berdosa' dengan jalan cerita? Tergaru kepala saya memikirkannya. Nasiblah saya tidak buat teori konspirasi mengenainya.

Walau bagaimanapun, jalan cerita awak memang tersusun dan mudah difahami!

...

MARKAH KESELURUHAN
45 markah

45% × 100 ÷ 80% = 56%

...

Terima kasih kerana percayakan saya untuk review awak. Maaf kalau saya silap kata. *Kunci pintu dengan pelbagai mangga* Macam saya kata tadi, janganlah rempuh rumah saya. TvT

"Every first draft is perfect. Because all a first draft has to do is exist."
- Jane Smiley -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro