Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NR: AKU DAN MEMORI SENJA

NOOROO'S REVIEW
---------------------------
Review Ini Bukan Beshe Beshe

...

😘 miroroweb

___________________________________

_______________________________

😘 @miroroweb "A view of ocean and the sunset, but yet, he was still looking at me."

#AkuDanMemoriSenja#Nooroo'sReview




















SINOPSIS
10 markah

Sinopsis awak sudah bagus, tetapi disebabkan kesalahan tatabahasa yang berterabur, ianya mencacatkan sinopsis itu. Huhuhu... saya sebenarnya rasa bersalah mahu tegur. Tetapi, tidak mengapa, bukan?

"Aku minta pada Tuhan ,jodoh aku ialah arash , tapi kalau Tuhan tak izinkan , aku kena redha" ~ ERINA

Pembetulan:

"Aku minta pada Tuhan supaya jodoh aku ialah Arash. Tapi kalau Tuhan tak izinkan, aku kena redha." - ERINA

Penggunaan simbol (~) tidak boleh digunakan sesekali dalam bidang penulisan. Sekejap... macam pernah nampak simbol ini dalam Matematik tetapi di mana ya?

*termenung sekejap*

Tidak mengapalah, tidak mahu saya ingat. Nanti menangis pula kau teringat. Huhuhu...

...

TATABAHASA
10 markah

Pengolahan ayat awak sangat baik. Memang saya tabik baca pengolahan ayat awak itu. Tetapi masalah awak hanya terletak pada masalah tatabahasa sahaja setakat ini.

Ada beberapa perkataan Inggeris yang saya perasan awak tak sendengkan. Seperti yang saya kata sebelum ini, perkataan ini tak akan pening kalau awak sengetkan dia. Sengetkan sahaja.

Bukan perkataan itu datang ketuk rumah malam-malam... WOI, KENAPA SENGETKAN AKU, WOI! Hahahaha, 😂 tak ada lagi setakat ini.

(Kalau ada, matilah saya.)

" Graduan seterusnya ialah Erina Afrina binti Mohd. Bakri , beliau merupakan graduan daripada jurusan pengurusan pelancongan . kata pengurus majlis.

Pembetulan:

"Graduan seterusnya ialah Erina Afrina binti Mohd. Bakri. Beliau merupakan graduan daripada jurusan Pengurusan Pelancongan," kata pengurus majlis.

"Graduan seterusnya ialah Erina Afrina binti Mohd. Bakri. Beliau merupakan graduan daripada jurusan Pengurusan Pelancongan." Pengurus majlis mengumumkan nama seterusnya.

Simbol mesti dirapatkan dan jangan jarakkan. Mereka bukan manusia yang perlu menjaga jarak sepanjang 1 meter.

Simbol koma (,) digunakan di akhir dialog jika selepas dialog itu ada ayat pengikat. Ayat pengikat macam 'ujar', 'bicara', 'tengking', 'maki' dan seumpama dengannya.

Simbol seru (!) dan simbol tanya (?) tidak boleh digabungkan (?!) atau digandakan (!!).  Memang takdir mereka untuk forever alone. Termasuk penulis Nooroo's Review sekal... eh, apa benda saya tulis ini?

Setiap pertemuan itu ada perpisahan dan tidak semestinya perpisahan itu ada dalam setiap  pertemuan. (Bisik hatiku )

Pembetulan:

'Setiap pertemuan itu ada perpisahan dan tidak semestinya perpisahan itu ada dalam setiap  pertemuan,' bisik hatiku.

Seperti dalam kehidupan, mesti ada peraturan yang kita perlu ikut. Kalau dalam menulis pun, ada juga peraturan. Pergilah mana-mana pun, mesti ada peraturan di sekeliling kita. Itu membuatkan hidup umat manusia lebih berdisiplin.

Dark Nooroo: Ha, ha. Sudah bermadah pula budak ini.

Awak hanya sendengkan babak yang awak perlu imbas kali sahaja. Dan sendengkan perkataan luar bahasa Melayu. Kalau mahu imbas sekali, cuma sendengkan... tidak perlu tulis 'FLASHBACK'.

Perkataan 'baek', 'jum' dan 'yelah' merupakan ejaan yang salah. Sepatutnya perkataan asalnya adalah 'baik', 'jom' dan 'ya'lah.

"aku co...cok biji mata kau ni ariq ". Kataku gagap , bulu roma toksah cakap dah naik ahhh tengok muka ariq macam tu.

Pembetulan:

"Aku co... cok biji mata kau ni, Ariq," ugutku, gagap. Bulu roma tidak perlu diujarkan lagi! Memang menegak seperti rumput-rumput tatkala terpandang muka Ariq begitu. Eee, seram!

Jangan asyik guna perkataan 'kata'. Guna perkataan lain juga macam 'ugut', 'jerkah', 'sakat', 'luah'. Pembaca akan mudah rasa bosan jika awak asyik mengulang ayat yang sama.

Baiklah, babak tatabahasa sudah tamat! Mari kita beralih kepada dua babak yang lain!

...

PENYAMPAIAN WATAK
15 markah

Sebelum saya mahu menggila, saya mahu tegur benda ini sebentar.

" dah dah , eish, budak manja ni " .sambil tangan mama mencuit hidungku.

Pembetulan:

"Dah, dah. Ish, budak manja ni!" Mama mencuit hidungku, geram! Aku hanya tersengih sambil menggosok hidungku yang disentuh tadi.

Awak mesti bayangkan yang awaklah watak utama dalam ini. Nak syok sendiri, syok sendirilah! Bayangkan, awaklah 'Afrina'. Tetapi kekalkanlah perangai watak itu. Jangan bubuh (letak) perangai awak pula.

Huhuhu, love triangle, huh? Ke... cinta segi empat tepat (spoiler)? Hahaha, tetapi tahniah! Awak berjaya buat saya keliru untuk pilih mana satu yang sesuai dengan Afrina.

Rasa mahu pilih Ariq. Rasa mahu pilih Arash. Huhuhu. Tetapi saya hendak pilih Arasy. HAHAHAHA kejamnya gue.

...

JALAN CERITA
20 markah.

Saya abaikan sedikit tatabahasa awak dan memang wau. Memang jalan cerita awak terbaik! Cuma kesalahan tatabahasa awak yang mengotorkan sedikit jalan cerita awak. Jadi, saya harap awak tahu yang mana satu awak perlu perbaiki.

Jalan cerita yang tersusun... mudah difahami. Dan ya, jujur saya kata. Awak mempunyai masa hadapan yang baik!

...

MARKAH KESELURUHAN
55 markah

55% × 100 ÷ 80% = 69%

...

Saya rasa bersalah sebab saya tahu, mesti awak agak terkilan dengan teguran saya. Sebab itulah... huargh, saya minta maaf kerana terlalu jujur.

Dark Nooroo: Budak ini. Sebab itulah kau kena review.

But, it's okay. Awak tahu di mana salah awak, jadi, bangun! Betulkan apa yang awak salah. Awak dah tahu apa yang salah? Bagus! Sekarang tiba masa untuk ubahnya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro