NP: You're Mine Naughty
NOOROO'S PROMOTE
________________________
"Promote ini bukan kaleng - kaleng!"
YOU'RE MINE, NAUGHTY!
"Akan ku jejaki walau di mana pun kau berada."
☾︎--------------♫︎---------------☽︎
SEBUAH KARYA
➪ yanarosy
❀.❀
KATEGORI: Romantik
GENRE: Romance
❀.❀
KATA - KATA PENULIS:
Loading...
Supportlah buku Yana, nanti Yana belanja ais krim. Tak adalah, gurau je. 😂
❀.❀
SINOPSIS
Maleeha Ayana baru sahaja tamat pengajiannya di Amsterdam dan bercadang untuk pulang ke tanah airnya, Malaysia. Tetapi setibanya dia di Malaysia, ketenangan mula bertukar menjadi huru-hara apabila dia sering diganggu 'mamat naughty'.
Namun, kata orang jangan benci, takut nanti diri sendiri yang akan jatuh cinta. Jiwa Maleeha Ayana hampir terpikat namun dia enggan terjerat dalam permainan lelaki darat. Mulut sentiasa manis bergula.
Faiq Emiir, lelaki yang mengganggu ketenteraman Maleeha Ayana. Siapa dirinya yang sebenar?
"Siapa nak kahwin dengan awak?" - MALEEHA AYANA
"Awak cantik, macam bidadari." - FAIQ EMIIR
"Saya yakin saya tak akan jatuh cinta dengan awak!" - MALEEHA AYANA
Tatkala pasangan itu ingin mengecapi kebahagiaan, satu persatu rahsia mula terbongkar. Dapatkah gadis itu menerima semuanya?
"Saya silap, saya tak sepatutnya kahwin dengan awak dulu. Lelaki semua sama je!" - MALEEHA AYANA
"Percayalah, cinta dan kasih sayang saya hanya untuk awak, sayang." - FAIQ EMIIR
❀.❀
JAMINAN
- Sekali lagi saya ingin tanyakan. Anda bosan waktu PKP? Dompet kosong? Asyik baring atas katil? Belek instagram dan Wattpad sahaja? Tahniah, anda ialah single teragung yang buku ini tercari-cari untuk membacanya!
- Si hero ini bukanlah bad boy ataupun nerd boy. Dia merupakan seorang lelaki nakal yang sering mengacau kehidupan Ayana. Argh, memang nak naik gila dibuatnya!
- Tetapi jangan risau, nakalnya bukan buat anda sakit hati tetapi nakalnya membuatkan anda tersengih tak kering gusi! Tidak bagi Ayanalah, rasa nak hempuk sahaja lelaki itu.
- Namun, apa rahsia Faiq sampai disimpan kemas sangat-sangat? Bermacam teori mungkin dikemukakan. Untuk tahu, kena baca cerita inilah jawabnya!
- Jadi, kenapa masih membaca lagi. Cepat! Cepat bangun! Pergi membaca sekarang. Membaca kan amalan mulia. Dari sibuk belek laman sosial tidak henti-henti, baik membaca kisah Faiq dan Ayana. Dijamin tidak akan bosan!
- Apa tunggu lagi? Cepatlah jenguk 'You' re Mine Naughty' sekarang!
- (Sekejap, nama author ini Yana. Watak utama pun dipanggil Yana. Adakah Yana dan Ayana ialah orang yang sama?)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro