NP: My Fav Junior
NOOROO'S PROMOTE
________________________
"Promote ini bukan kaleng - kaleng!"
MY FAV JUNIOR
☾︎--------------♫︎---------------☽︎
SEBUAH KARYA
➪ sweeti_bunny
❀.❀
KATEGORI: Romantik
GENRE: Romance
❀.❀
KATA - KATA PENULIS:
Loading...
Assalamualaikum! UwU Saya minta maaf kalau cerita saya tak best, tetapi saya harap anda tetap support cerita saya. Sekian, terima kasih.
❀.❀
SINOPSIS
Menceritakan tentang seorang budak perempuan yang bernama Aliya Qistina. Dia seorang yang tomboi dan nakal namun pada masa yang sama, dia agak pemalu orangnya.
Perempuan yang sedikit pelik, itulah gelaran bagi Aliya Qistina. Hal ini kerana gadis remaja ini suka melakukan pelbagai hal yang aneh-aneh. Walaupun perangainya pelik tahap tepuk dahi, ada pula seorang senior yang tertarik padanya iaitu Nazim.
Ya, Nazim ini dikenali sebagai murid paling popular di sekolah itu kerana wajah kacaknya menjadi igauan para gadis. Bukan sahaja kacak, pengawas rakan sebaya pula itu! Memang menggelupur habis gadis-gadis di sekolah itu.
Lelaki berkulit putih, bibir tidak terlalu merah dan pipi yang kemerahan itulah si Nazim! Bagaimana dengan Qistina? Qistina cumalah seorang gadis berkaca mata dan budak baru masuk sekolah menengah.
Walaupun umur mereka berbeza... yalah, Qistina itu budak tingkatan satu kot! Nazim baru berumur 17 tahun. Tetapi, sikap kebudak-budakkan Qistina memikat hati Nazim..
Persoalannya. Apakah kisah cinta mereka akan terjadi?
❀.❀
JAMINAN
- Cinta zaman sekolah... cinta monyet ataupun buatkan kita tersengih-sengih bila teringatkannya. Tetapi bagaimana dengan kisah cinta Qistina dan Nazim? Adakah sampai ke jinjang pelamin atau hanya cinta monyet?
- Rasa muak dengan hero badboy? Ha, di sini kita ada hero yang soft personality. Comel sahaja sampai rasa mahu tergigit bantal membacanya. Jangan meroyan mahu jadikan suami pula! Dia tetap sukakan Qistina.
(Sekejap, macam pernah aku dengar ayat kedua terakhir itu.)
- Jemputlah baca kisah antara senior dan junior ini! Pasti mencuit hati dan membuatkan anda ingin membaca lagi dan lagi!
- Ha, kenapa masih membaca ini lagi? Pergilah membaca 'My Fav Junior' sekarang! Memang rugi kalau tak belek dan membaca bait pertama. Cepat!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro