NP: Code Name: Ryzen
NOOROO'S PROMOTE
________________________
"Promote ini bukan kaleng - kaleng!"
CODE NAME: RYZEN
☾︎--------------♫︎---------------☽︎
SEBUAH KARYA
➪ Angel_k20
❀.❀
KATEGORI: Aksi, komedi
GENRE: Action, humor
❀.❀
KATA - KATA PENULIS
Loading...
Bosan? Sedih? Marilah gelak bersama - sama Cikgu Harraz a.k.a Ryzen, Shaurin dan jangan lupa, sediakan tukul untuk ketuk kepala si sotong Sohok.
❀.❀
SINOPSIS
RYZEN - Harraz Zayne. Kerana kepintarannya dalam menyelesaikan kes jenayah berkolar putih, kali ini dia dihantar ke kawasan pedalaman untuk menyiasat kes pengambilan, penyeludupan dan penularan dalam kalangan penduduk kampung. Pengalaman baru, kata pihak atasan. Dia, Cikgu Harraz, si 'hot stuff Mr. Cool' terpaksa akur.
SHAURIN - Shafa Raisha. Kerana keramahannya dalam kedinginan serta kebijaksanaannya dalam mengorek rahsia sampailah ke akar umbi, dia dihantar untuk membantu Ryzen bagi mencari maklumat penting bagi kes yang diamanahkan. Bertukar angin, kata ketua jabatannya. Dia, si mak cik kantin, 'Mak cik Aisberg' terpaksa tunduk.
"Mak cik, aku mahu mati." - RYZEN
"Milo ais untuk cikgu." - SHAURIN
Detik berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari. Hari berganti minggu. Sedar tidak sedar, mereka berdua sudah bekerjasama melebihi seminggu.
"Kita tak ada kemajuan." - RYZEN
"Ini semua salah kau." - SHAURIN
Kenapa? Persoalannya tersebut sentiasa menjadi tanda tanya. Dengan kemunculan tiba - tiba Tauke Cincau iaitu broker tanah di hujung kampung seberang, mereka berdua bertambah bengang. Kawan atau lawan? Entahlah... si botak misai lentik itu sangatlah sukar untuk didekati.
"Ada yang cuba menjadi langau?" - TAUKE LANGAU
"Langau tak mandi, tauke." - SOHOK
Ryzen dan Shaurin, kedua - duanya dalam kebingungan. Apa mahu jadi pada penduduk kampung tersebut? Ketum dan tuak masam menjadi minuman... ibu bapa terserong, anak terkehel. Patut sahaja pihak polis menandai kampung tersebut sebagai 'dark spot'.
"Menurut perintah, tuan!" - RYZEN, SHAURIN
10 hari. Masa yang dihitung berdetik laju. Berjayakah Ryzen dan Shaurin menutup kes tersebut dalam masa yang ditargetkan?
❀.❀
JAMINAN:
- Cerita ini memang best! Hahahaha, kenapa banyak cerita yang terbaik ini? Macam biasa, awal - awal saya hendak baca sampai bab 5 sahaja. Tiba - tiba terbaca sampai bab 17!
- Kalau kau orang sukakan cerita ejen - ejen. Diberi misi dan selesaikan, memang kau orang patut kunjung cerita ini! Lawak pun ada! Ada juga saya ni tergelak membacanya.
- Watak antagonisnya. Fuuh, memang menguji jiwa! Patutlah kena sediakan penukul. Tetapi tak apa, saya sediakan bom nuklear sahajalah. Saya rasa kasihan kalau kamu tak jenguk buku ini. Memang terbaik! Jadi, apa tunggu lagi? Pergilah jenguk buku dia sekarang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro