NP: Camouflage
NOOROO'S PROMOTE
________________________
"Promote ini bukan kaleng - kaleng!"
CAMOUFLAGE
"Full of insincerity, filled with dishonesty."
☾︎--------------♫︎---------------☽︎
SEBUAH KARYA
➪ inkydingy
❀.❀
KATEGORI: Ngeri
GENRE: Thriller
❀.❀
KATA - KATA PENULIS:
Loading...
Selamat membaca. Maaf kalau ada kurang.
❀.❀
SINOPSIS
/ˈkaməflɑːʒ/ disguise; action or devices intended to disguise or mislead. (Tindakan atau alat yang bertujuan untuk menyamarkan atau menyesatkan.)
...
"Full of insincerity, filled with dishonesty."
...
DIA ialah seorang lelaki tipikal idaman gadis di luar sana.. Dia mempunyai rupa dan mampu memikat hati, harta yang menggiurkan serta perwatakan yang membuatkan gadis di luar sana boleh angau berhari-hari.
Bibirnya murah dengan senyuman menggoda, kata-katanya manis bak gula. Dia bukan seorang lelaki keras kepala mahupun diingin dengan sesiapa.
Dia ialah dia... Aydin Damian.
Namun itu semua luaran yang hanya mampu dilihat melalui mata kasar manusia. Aydin Damian, tidaklah sebaik yang disangka.
Kerana... dalam diam, dia ialah musuh yang dibenci semua orang.
"You're a devil, with fake angel wings. Always remember that until your last breath." - ARVIN DYLAN
Itulah kata ayah Aydin yang disemat dalam jiwa anaknya sejak Aydin kecil lagi. Dia ialah manusia yang membuang kemanusiaannya. Aydin sering menyangka, senyumannya sudah cukup manis untuk memperdayakan mereka.
Tetapi, seorang gadis muncul dalam hidup Aydin. Gadis itu ialah Myria (Miria) Qiandra, gadis yang menyembunyikan kebijaksanaannya di sebalik peribadinya yang pendiam.
Pertemuan kali pertama yang menyerlahkan keistimewaan Myria Qiandra membuatkan Aydin menyimpan hasrat untuk menjadikan gadis itu permainannya.
Namun, siapa yang menyangka, gadis yang dipandang remeh oleh Aydin telah menjadi satu-satunya orang yang berjaya melepaskan diri dari terpedaya dengan penyamaran seorang Aydin Damian.
"Myria, kenapa awak jauhkan diri dari saya?" - AYDIN DAMIAN
"Sebab... semua tentang diri awak palsu." - MYRIA QIANDRA
"Aydin, suatu hari, kau akan bertemu dengan seseorang. Seseorang yang berjaya melihat wajah sebenar kau di sebalik topeng yang sedang kau pakai." - ARVIN DYLAN
Mungkinkah Aydin akan terus terperangkap dalam penyamaran yang diciptanya sendiri? Atau mungkin gadis itu bisa merubah segalanya?
❀.❀
JAMINAN
- Satu perkataan. Dua abjad huruf. Dalam Bahasa Melayu. MENAKJUBKAN!
- Mula-mula dalam tanggapan saya, saya ingatkan cerita ini biasa-biasa sahaja. Tetapi... bila saya tengok ke dalam buku ini, fuh. Memang gila! Memang luar biasa!
- Saya bukan mahu mengampu tetapi memang cerita ini sangat terbaik! Ah, bilalah penulis ini mahu update ceritanya lagi?
- Kepada yang suka novel kejam dan ngeri, bolehlah baca buku ini! Sekali awak tekan, saya jamin awak tak akan menyesal! Malah rasa bersyukur sebab ditemukan dengan buku ini!
- Heroinnya seorang yang kuat dan bijak. Jadi, rasa-rasanya heroin itu dapat tak rungkaikan wajah di sebalik topeng hero? Itu kenalah baca!
- Jemputlah dan bawalah ramai orang untuk baca buku ini! Bawa satu rombongan online pun tak apa. Lagi banyak, lagi meriah! Apa tunggu lagi, marilah kita menjenguk dunia 'Camouflage' ini!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro