Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

NP: Adawiyah Humairah

NOOROO'S PROMOTE
________________________
"Promote ini bukan kaleng - kaleng!"

ADAWIYAH HUMAIRAH
"Jika takdir kau adalah jodohku, jauh terpisah kita  tetap bersama."

☾︎--------------♫︎---------------☽︎

SEBUAH KARYA
IkaSyafiqah1

❀.❀

KATEGORI: Romantik
GENRE: Romance

❀.❀

KATA - KATA PENULIS:

Loading...

Selamat membaca dan semoga terhibur. Jika ada sebarang kesalahan boleh maklum di ruang komen... ❤️❤️❤️

❀.❀

SINOPSIS

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Adawiyah Humairah yang bakal dijodohkan dengan kenalan rapat orang tuanya.

Adawiyah bungkam.

Tan Sri Izham Iskandar dikenali sifat yang tegas dalam mendidik demi masa depan anak - anaknya. Adawiyah buntu mendengar arahan dikeluarkan bapanya. Abang - abangnya juga tidak dapat membantu jika Tan Sri Izham bersuara.

Bagaikan takdir dia dengan Tengku Thaqif Danish, mereka dipertemukan secara tidak sengaja. Pertama kali mengenali lelaki itu membuatkan hati Adawiyah berdongkol geram. Sudahlah annoying, mulutnya juga turut berbisa seperti ular.

"Apa kau buta? Jalan pakai mata bukan pakai lutut!" - THAQIF DANISH

"Muka je tampan tapi mulut tak ada adab!" - ADAWIYAH HUMAIRAH

Mengetahui siapa bakal jodohnya. Lantas Adawiyah membuat penyamaran dalam satu misi supaya mereka berdua tidak disatukan.

"Kau orang ni pantang jumpa, macam anjing dengan kucing! Elok kahwinkan saja! Sesuai!" - FARAH

Ya. Orang kata jangan benci terlalu dalam, nanti terlanjur jatuh cinta. Siapakah di antara mereka yang jatuh cinta? Adawiyah Humairah atau Thaqif Danish?

Pada masa yang sama, Adawiyah tidak tahu siapa yang melindungi dia saat dia ingin dibunuh oleh seseorang yang dia tidak kenali. Dia cuba mencari dalang di sebalik semua kejadian yang menimpa dia serta orang terdekat dengannya.

Siapakah musuh yang ingin membunuhnya? Adakah Thaqif dapat mengenali Adawiyah tatkala gadis itu menyamar? Apakah pengakhiran cinta mereka?

❀.❀

JAMINAN:

- Watak heroin yang kasar tetapi menghiburkan hati? Watak hero yang ego, serius tahap melampau? Ya, anda di tempat yang betul! Kalau anda inginkan cerita seperti ini, anda sememangnya patut menjenguk buku Adawiyah Humairah ini.

- Adawiyah Humairah bukan setakat sahaja ada genre Romance. Unsur misteri membuatkan anda membuat teori konspirasi pun ada! Siapa yang ingin bunuh Adawiyah? Apa yang mereka mahukan? Semuanya akan terjawab dalam buku ini.

- Oh, *bisik dekat telinga* dan adik kepada watak hero ini dapat tengok hantu, tau!

- Sesiapa yang sedang bosan... asyik buat dalgona coffee sahaja, ha eloklah itu datang dan melawat 'Adawiyah Humairah'. Sama - sama kita menghayati kisah hidup Adawiyah.

- Mungkin plot awal agak membosankan, tetapi bila masuk bab konflik... pergh! Apa? Nak tahu kenalah baca!

- Siapa agak - agaknya akan jatuh cinta dulu? Adawiyah? Thaqif? Adawiyah? Thaqif? Sungguh memeningkan! Apa tunggu lagi? Lepas kau orang penat hadap kelas online, marilah berehat dan berhibur sebentar di 'Adawiyah Humairah'!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro