Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

"RAYAKU TANPA LEMBU"

"Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar."

"Laa ilaaha illallahu wallahu akbar."

"Allahu akbar walilaahill hamd."

Hai! Alamak, sudah lama aku tak sentuh buku ini. Kalau buku ini buku fizikal, rasanya labah-labah sudah siap berkeluarga atas buku ini.

Bukan apa, kadang-kadang selalu ada benda yang tidak jangka dalam hidup kita. 😔 (Contohnya tertidur sebaik sahaja sembahyang Isyak, ingatkan hendak taip seketika.)

Macam malam raya Aidilfitri, baru aku perasan rupanya aku ada taip penuh bersemangat untuk kau orang tentang kisah Aildilfitri aku, tetapi... hehehe, aku terlupa.

Kalau nak aku update bab itu, cakaplah.

Baiklah, berbalik pada topik sendu di atas, raya haji ini berbeza daripada raya aku pernah nikmati sebelum ini. Sebab hati kanak-kanak aku pertama kali tidak tengok lembu sembelih tahun ini. Huhuhu!

Maafkan aku encik lembu sebab aku tidak jenguk kau raya tahun ini. Tidak dapatlah aku mohon duit raya pada engkau.

Lembu: Wey, aku tidak kisah pun sebenarnya.

Apalah jenis kawan aku ini?

Lembu: Wey, sumpah aku tidak peduli. Pergilah bla dari kubur kawan aku ini! Dah tengah malam ini!

𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎

Pada raya haji tahun ini, aku hanya makan sahaja. Yalah, aku buka instagram, tengok-tengok orang pakai baju raya. Sebenarnya aku dalam fasa terkejut dan terkesima. Sebab aku ingatkan raya haji bulan lapan.

(Siapa geng pakai T-shirt hari raya, angkat kening!)

Inilah padahnya bila catat bila hendak cuti sahaja pada kalendar. Planner pula jarang jenguk bahagian kalendar.

Selain aku makan dan berkomunikasi bersama adik-adik aku, aku telah mula ada hubungan dengan seseorang. Iaitu encik dinding dan encik siling rumah.

Nooroo: *tunjuk kat kipas* Kau jangan berani nak jatuh dan putuskan badan aku ke lapan  bahagian!

Kipas: *tertanggal skru*

Sebelum raya, biasanya akan ada orang tambat lembu dalam kawasan masjid. Namun, disebabkan kawasan surau dekat kawasan perumahan kita orang tidak memandai, jadi pengerusi kita orang campak dia dekat taman permainan.

(Yalah, sebab dia gabung dengan pangsapuri, jadi sempitlah. Tidak mungkin hendak sembelih lembu tengah koridor pula.)

Tidak mengapalah, encik pengerusi. Terima kasih sebab tambat dengan taman. Dapatlah masa kecil aku dapat belajar bahasa lembu.

Pengerusi kawasan: Kau siapa? Dan kenapa pintu rumah aku pecah!

Lembu di kawasan taman perumahan kita orang sentiasa tidak tenang. Masa sehari sebelum raya haji, ramai budak termasuk aku ucap takziah kepadanya.

Masa inilah juga ramai orang kunjung taman dan tak akan balik rumah selagi jam belum menunjukkan dekatnya mahgrib. Kalau boleh setiap hari ada orang hendak tanya dia soalan serta menganjingnya.

Kawan: Siapa paling cantik?

Lembu: Mestilah aku.

Kawan / Aku :

Aku: Pergh, dia boleh cakaplah!

Dan budak-budaklah yang paling seronok jumpa lembu. Tidak cukup ke lawatan zoo sekolah masa enam tahun?

Sehari selepas ucapan penuh perhormatan, azan takbir raya mula berkumandang dari surau. Bermacam situasi sebelum tahun 2020, ada yang mandi sunat hari raya dan ada mengangkat takbir di masjid.

Tet. Itu bukan apa yang aku hendak cerita.

Baiklah, mari kita rewind balik pada zaman 10 tahun yang dahulu, semasa aku enam tahun.

Aku dengan pakai baju raya berwarna apa, aku tak ingat datang ke taman untuk melihat lembu. Lembunya bukan seekor sahaja, tetapi empat ekor termasuk kambing sekali.

Aku memang terujalah sebab aku ini selalu tengok rancangan Animal Planet. Dah Tok Ma aku selalu pasang cerita itu masa jaga aku, aku pun tertengoklah.

Ketika orang termasuk ayah aku menyembelih kawan kita, encik lembu. Memang ramai menjenguk-jenguk lembu itu disembelih sambil berzikir.

Dipendekkan cerita, masa orang laki nak sembelih lembu terakhir. Adalah pak cik itu buka ikatan lembu itu, tiba-tiba lembu itu lari daripada kawasan taman. Dia dahlah hampir rempuh aku pula itu!

Nasib aku tak jatuh longkang.

Mulalah perlumbaan antara sekumpulan lelaki dan seekor lembu jantan. Aku waktu kecil tengok pun pelik, apa fasal lembu itu lari? Mesti dia takut kena sembelih ataupun jumpa skandal untuk ucapkan selamat tinggal.

Lembu betina: Kanda dari mana ini? Macam mana boleh sampai kanda dinda? Bukan kanda dikorbankan ke hari ini?

Lembu jantan: Kanda nak pesan sesuatu kepada dinda.

Pak Imam: Ha, itu pun lembunya! Cepat kejar!

Lembu jantan: Maafkan kanda, sayang sebab pernah benci sayang sebab sayang gemuk. Jangan lupa kuruskan badan! *lari*

Pencarian itu berhenti apabila hendak masuk azan Zuhur. Orang pun sudah balik rumah untuk bersembahyang. Lagipun sesi memotong lembu yang lain telah disiapkan. Lembu itu seorang, eh seorang apa. Seekor sahaja tinggal.

Aku pula? Aku sebagai kanak-kanak, aku pun balik rumah dan tertidur. Mungkin penat aku main dengan kawan dekat taman tadi.

Aku bangun daripada tidur, aku pun tanya ayah aku. Ayah, buatlah sesuatu.

Eh gurau sahaja.

Nooroo Kecil: Ayah, lembu itu dah jumpa ke belum.

Ayah aku: Dah jumpa dah. Lepas Zuhur. Rupanya dia nyorok belakang pokok depan rumah kita.

Cis, sudahlah hendak langgar aku! Selepas sorok depan rumah aku. Menyesal aku tertidur. TvT Kalau tidak boleh panggil lembu nak tanya dia soalan.

Betul ke kalau main sorok-sorok waktu Mahgrib, nanti kena sorok dengan hantu kopek?

Lembu 10 tahun yang lalu: Hmph, memang patut pun aku mati!

Baiklah, berhenti pandang siling.

Raya haji tahun ini mungkin rasa macam sendu. Tidak boleh tengok lembu atau kawan kita yang muka macam lembu dikorbankan. Kes naik lagi.

Selangor itu tidak mahu kalah, ke?

Korbankan bukan korban melalui korban binatang korban sahaja, namun korbankan segalanya untuk membuat kebaikan. Tidak semestinya kita tidak nampak hasilnya, kita rasa usaha kita berguna.

Macam sekarang.

"Kenapa aku tidak boleh dapat itu?  Sedangkan aku sudah berusaha dah."

"Covid ini asyik naik dan turun. Malaslah nak belajar lagi!"

Mungkin hasil dari apa kita korbankan kita tak nampak. Ianya bukan dibalas dengan apa yang kita hendak semata-mata. Boleh jadi ianya dibalas dengan kesihatan, dapat tempat tinggal, internet okey dan masih ada tempat bergantung.

Baiklah, bagaimana dengan cerita saya malam ini? *pandang kandang lembu*

Lembu betina tua: Mana suami saya?

Nooroo: Saya dah sebut dalam cerita saya. Dia dah ke alam lain, kak!

Lembu betina tua: Tidak! Tidak mungkin. Mooooo! *nangis* Tidak dapat saya tunjukkan yang saya sia sia diet.

Nooroo: Ha? Diet?

Penjaga lembu: APA KAU BUAT MALAM MALAM INI, HA?

Nooroo: Argh! *lari*

...

Selamat Hari Raya Aidiladha, semua!

Apa pula pengalaman kau orang semasa hari raya korban? Ada ke kau orang korbankan kawan kau orang?

Ada yang mahu ditanyakan Nooroo? Ha, boleh ditanyakan ke sini. Manalah tahu hendak tanya nama lembu itu ke.

Semoga tidur lena. Hahaha, harap tidak mimpilah dikejar lembu malam-malam. Ataupun kau orang yang kejar lembu itu.

Assamualaikum dan bye kepada orang bukan Muslim!







.
.
.
.
.
NOOROO : LATE NIGHT TALKS
----------------------------------------
" Mo Mooo Moo. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro