"PUASA OOO PUASA"
Assalamualaikum dan selamat malam juga selamat bermoreh kepada yang sedang makan sekarang. Kongsilah sedikit apa yang kau orang moreh itu. Hehehe...
Yalah, maggi aku dah habis. Selalunya kadang-kadang moreh maggi.
𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎
Cakap fasal puasa, mesti masa budak-budak dahulu, (sesetengah) kau orang ingat akan mati apabila puasa. Dan tidak sangka... kita yang melebih-lebih sebenarnya.
Namun, masa aku dengar ibu bapa aku cerita fasal puasa... aku waktu zaman puasa setengah hari itu macam... kau orang tidak lapar ke?
Budak-budak punya sorok makan puasa dahulu, sampai sanggup minum air paip. Masa aku kumur sampai tertelan air paip, mahu tersedak aku sehingga aku taubat, tak nak kumur mendongak macam aku tengok dalam movie.
Yalah, dia orang kan kumur lepas tu buat bunyi 'glup glup glup' itu. Aku pun nak cubalah. Tidak semena-mena tertelan. Pahit gila.
Masa aku budak-budak dulu, memang tidak jadi masalah untuk aku berpuasa cuma memang penat jadi aku tidur sahajalah. Dasar pemalas punya diri.
Aku: Kenapa kita kena puasa, ummi?
Ummi: Untuk merasai macam mana keperitan orang susah sepanjang hari. Ada yang tidak dapat makan tau.
Aku: *pandang susu Dutch Lady* Akak tak tahu pula orang susah minum ini waktu Mahgrib.
Perkara paling manis dan pahit mestilah.
MAIN MERCUN!
Tidak, tidak baru 200 patah perkataan lebih ini. Tunggu lebih 500 patah perkataan baru kita cerita.
Mestilah solat terawih. Zaman aku puasa penuh dahulu, memang aku punya nakal ini tahap kalau ditawarkan jadi babysister, gorilla pun lari masuk ke habitatnya semula.
Masa orang solat terawih, akan dengar suara budak-budak ketawa dan tapak kaki yang beirama hero. Ha, itulah aku dan kawan-kawan aku tengah main kejar-mengejar.
Pak iman bagi salam, baik-baik budaknya. Semua duduk tahiyat akhir. Pandai betul kita orang menyamar dahulu. Bila salam terakhir solat witir, terus berebut-rebut masuk dewan nak ambil moreh.
Aku: *solat witir satu rakaat*
Aku: Allahuakbar! *nak sujud*
Imam: *baca doa qunut*
Aku: Alamak... *terus bangun dan baca doa qunut*
Masa solat terawih inilah ada peperangan antara jemaah kanak-kanak perempuan dengan budak-budak lelaki.
Bergaduh dekat belakang. Susunan saf kita orang sebelah kiri, perempuan manakala sebelah kanan, lelaki. Sekarang dekat surau tak tahulah susunannya bagaimana. Yang pasti, mesti jarak 1 meter dan pakai topeng muka.
Fasal gaduh itu, biasalah... ejek-ejek. Pernah ada satu kejadian memang membakar pihak perempuan sebab ada budak lelaki rakam kita orang masa tak pakai tudung. Memang bertekak teruklah.
Lepas ejek itu, budak lelaki pun tercabarlah ego dia orang, dia orang baling mercun masa lepas habis solat terawih dekat kita orang. Wey, memang terus balik rumah sebab kena kejar.
Alhamdulilah, lepas meningkat usia, nakal kita orang dan dia orang pun berkurangan. Muka jemaah sebelah pun jarang nampak datang mengacau.
Bila bulan sudah datang pada aku, aku dah tak adalah main kejar-kejar dengan kawan aku dekat belakang. Kalau penat, duduk dan berbual-bual sahajalah.
Nampak tidak manis pula budak tiga belas tahun berlari macam orang gila dekat belakang. Kurang duit hantaran nanti.
Eh...
Selepas bermoreh, aku dengan kawan-kawan aku ada satu aktiviti pelik dan menarik. Kita orang akan pusing satu kawasan perumahan. Lagi satu pusing, kita orang balik rumah.
Walaupun lalu dekat kubur dan semua syaitan kena ikat masa itu, aura dia... Masya-Allah, macam ada benda kejar aku dekat belakang.
Kadang-kadang main mercun dekat jalan raya.
Mercun yang selalu main macam bunga api, mercun lebah, mercun papan.
Mercun roket ini kalau hendak main, memang kena jauh daripada orang kalau tidak mahu kena ma...
Mak cik: HEY, ANAK AKU NAK TIDURLAH!
Marah...
Mercun lebah ini antara yang aku takut berbanding mercun gasing sebab dia boleh terbang. Kau bayangkanlah, dicampak ke bawah kemudian terbang seperti burung. Arah terbangnya memang hendak ke arah manusia.
Huru-hara dengan suara pekikan pengganti cik ponti di malam Ramadhan itu.
Tetapi paling menakutkan masa hendak baling mercunlah. Takut wey kalau terbaling benda lain. Mahu raya dekat hospital nanti.
Jadi jangan peliklah kenapa aku selalu balik pukul 11 malam masa Ramadhan dulu-dulu.
Sekarang ini lepas solat terawih, terus balik rumah. Memang tidak sempatlah keliling satu kawasan perumahan.
Huhuhu... rindu pula Ramadhan dulu-dulu.
Ha, aku ada satu soalan penting yang aku tak pernah tanya mak aku.
Zaman aku puasa penuh dahulu, aku tidak tahu pun fasal haid apa semua itu. Bila aku dah besar ini, baru aku tersedar.
Aku tidak pernah nampak pun mak aku makan depan aku yang budak kecil kalau beliau tidak boleh solat dulu. Bila aku datang bulan ini, baru aku nampak mak aku makan sorok-sorok.
Macam, masa mak aku tak boleh solat... mak aku makan dekat mana?
Ke mak aku makan masa aku tidur?
....
Walaupun suasana berbeza dan saf tidak lagi rapat. Tak ada moreh, mungkin ada hikmah serta kebaikkan di sebalik semua yang berlaku. Percayalah, mesti banjir masjid dengan air mata bila Covid hilang masa Ramadhan tahun depan nanti.
Insya-Allah. Aamiin.
Sekarang aku solat terawih sendiri kat rumah. Lepas solat terawih, terus baring atas katil. Kerja rumah entah ke mana. TvT
Macam mana dengan puasa kau orang? Mari kongsikan memori Ramadhan di sini!
Ada soalan hendak ditanyakan Nooroo? Sila soal di sini! Nooroo akan jawab di lain malam!
Selamat malam, assalamualaikum dan selamat beribadah untuk malam Lailatul Qadar bagi umat Islam!
.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
-----------------------------------------
"Ramadhan is like a rare flower
that blossoms once a year and just
as you begin to smell its fragrance,
It dissapear for another years. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro