"ANIME ONII-CHAN!"
Soalan:
-------------
Akak suka tonton anime ke? Kalau ya, anime apa yang akak suka dan watak mana yang akak suka?
- WanLuqman3
𒊹︎︎︎---------❤︎---------𒊹︎︎︎
Anime? Aku tak adalah minat sangat tetapi banyaklah juga aku tengok (Aik, macam pelik sahaja ayat ini).
Aku waktu kecil, aku tak tahu apa benda anime ini. Semua aku pukul sama rata, gelar dia animasi. Awang Khenit pun aku gelar animasi.
Sampailah aku besar sikit, baru aku tahu anime ini dari Jepun.
...
Baiklah, anime pertama yang aku tengok ialah Befor Green Gables. Cerita seorang perempuan bernama Anne yang berambut warna merah oren ini.
Masa kecil-kecil, aku akan bawa makanan ringan duduk tercongok depan televisyen yang atas meja itu. Duduk tengok siaran itu masa dalam Astro Ceria. Sekarang dah tak ada dah.
Anne merupakan watak kegemaran aku. Sebab apa? Anne tabah kerana penulis cerita ini selalu seksa dia. 🤣 Kenapa aku cakap macam itu?
Yalah, sudahlah anak yatim. Dijaga mak cik yang anak pula ramai. Lepas itu, mak cik dengan pak cik dia meninggal, nenek dia tak nak terima dia.
Kemudian, masuk ke rumah anak-anak yatim. Kena buli tapi tetap positif. Siap boleh kawan dengan si pembuli itu. Selepas beberapa tahun... atau bulan duduk dekat situ, kena jaga oleh pasangan yang tidak punya cahaya mata.
Memang banyak musimlah. Sampai Anne jadi dewasa pula itu.
Tetapi, bahagian paling sentimental bagi aku, ialah bahagian Anne tanya kenapa nama dia 'Ann'. Siapa sahaja yang letak nama anak dia dengan nama buruk macam itu?
Huargh, inilah part menyentuh hati aku ini! Bukan Anne pergi sentuh hati ayam! Bukan! Kalau tak, memang aku hempuk penulis dia.
Mak Cik dia pun jawab. "Nama kamu bukan Ann. Tetapi..." Mak cik dia pun tulis nama Anne. "Ada E di belakang."
Anne apa lagi? Macam wah, nama aku Anne ada e di belakang rupanya! Menggila habis budak kecil itu.
...
Aku sebenarnya tidak suka sangat tengok anime, tapi aku suka uji perasaan aku. Jadi, aku akan banyak tengok anime yang orang kata best dan menyedihkan hati.
Macam AnoHana, punya teruk aku menangis bila Menma nak tinggalkan kawan-kawan dia. Sudahlah dia mati kerana lemas dalam sungai. Lagu dia pun minta kena tampar (sedih sangat).
You Lie In April juga sangat best. Cerita ini juga kategori muzik. Dari cerita inilah, aku teringin nak jadi ahli muzik. Berangan-angan duduk di atas kerusi sambil mainkan piano. Fuuh...
Tetapi... Kouru meninggal! 😭 Memang penulis jalan cerita anime ini suka matikan watak untuk tambah kesedihan, ya? Aku suka seksa watak untuk jadikan sedih, bukan matian dia orang. 😭
My Oc: Uhuk! Uhuk! Kurang ajar betul.
...
Anime Attack On Titan pula aku tengok beberapa bulan lepas. Aku tonton selepas aku tengok ramai teruja dengan Season 4. Jadi, aku seorang yang suka tengok melalui jalan cerita, memang aku tengok balik dari Season 1.
Mula-mula tengok, fuh. Banyak kematian, babe? Terbeliak mata aku pandang skrin. Hajime ini berguraukah? Petra mati. Semua mati. Erwin mati. Aku nak matikan watak aku pun fikir dua tiga kali.
Tetapi, plot twist dia... FUH! KEBABOOM SIOT. 🤣 Mahu meletup otak aku lihat plot twistnya. Luar dari jangkauan. Aku kena minta ilmu dari Hajime ini.
Banyak gila saya suka. Ada yang dah mati. (Sedihnya.) Tetapi yang paling saya suka mesti EREN JAEEGAR. Titan paling saya suka... FOUNDING TITAN, kakak Historia.
Sekarang, tengah tunggu episod 5. Huhuhu...
...
Sebenarnya banyak lagi aku tengok. The Promise Neverland (Dengar, dengar, ada keluar Season 2 tahun hadapan!)... Yokai-Watch... Chuniibyou. Tapi aku malaslah nak tulis. Nanti jadi bab 1 pula.
Anime apa pula kau orang suka tengok? HAHAHA, berkumpullah peminat anime di sini!
Ada lagi soalan mahu ditanyakan? Tanyalah! Saya akan jawab pada malam yang lain!
Akhir kata, selamat malam! Semoga tidur lena!
.
.
.
.
.
NOOROO: LATE NIGHT TALKS
----------------------------------------
"Night is the wonderful opportunity to take rest, to forgive, to smile, to get ready for all the battles that you have to fight tomorrow."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro