Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

Firaz membuka mata. Dia terjaga dari tidur. Rupanya dia bermimpi. Sudah dua minggu dia tidak bertemu Fariza. Dia tahu gadis itu tidak akan hubunginya . Firaz bangun dan terus bersiap. Niat hati dia ingin kembali ke Villa.

Tiba-tiba saja masuk satu pesanan dari Fariza.

Awak, saya nak balik Kampung. Abah dan mak kemalangan.

Dia lihat saja terus membalas pesanan itu.

Tunggu saya.

Dia memasukkan beberapa helai pakaian. Dan segera meninggalkan rumahnya.

Apabila dia tiba di villa dia lihat Fariza sedang menanti dengan penuh cemas.

" Awak tenang. Kita balik jenguk mereka" pujuk Firaz. Dia menggosok rambut Fariza.

Adakala dia juga tak pasti apa perasaannya pada Fariza.

Apabila mereka tiba di hospital abang dan kakak Fariza sedang menanti.

" Baru kau nak muncul ?" soal Izman.

" Biasalah Along, dia hidup senang, kayaraya mana mahu balik Kampung yang kotor ni" sindir Irma.

" Along, angah bagaimana dengan abah dan mak?" kali ini Firaz bertanya bagi mematikan sindiran.

"Okey,  tak teruk sangat. Cuma doktor nak pastikan tak ada apa-apa saja. Cuma luka-luka" jawab Izman.

" Waris Puan Zaleha dan Encik Bakar. Boleh masuk" panggil seorang jururawat.

Fariza dan Firaz cepat-cepat masuk. Fariza bersyukur sebab kedua mereka hanya luka-luka sahaja. Dia memeluk kedua mereka.

" Mak , abah adik rindu sangat" Fariza memeluk dan mencium mereka"

" Adik, buat apa susah-susah balik. Abah tak apa-apa" Encik Bakar memeluk erat tubuh Fariza.

" Firas...terima kasih. Abah tak tahu nak balas jasa kamu bagaimana"

" Abah, ini tanggungjawab saya sebagai anak. Kalau tak ada apa, kita pulang" ajak Firaz.

Mereka pulang ke rumah berempat. Izman dan Irma telah menghilangkan diri.

" Abah, mak apakata abah dan mak ikut saya balik. Bila dah sembuh saya hantar balik sini. Lagipun kami berdua boleh tolong jaga" ajak Firaz.

" Firaz, abah dan mak tak apa-apa. Kamu pasti sibuk" ujar Haji Bakar.

" Kami temankan abah dan mak. Boleh Fariza masak untuk mak dan abah " cadang Firaz.

" Kamu berdua pergi rehat dulu. Mak dengan abah juga nak masuk rehat"

" Baiklah mak" jawab Fariza.

Masuk saja bilik Firaz baring terus. Fariza agak terkejut kerana bilik mereka begitu lain. Dia tak sangka pula abah akan sediakan bilik air serta semua susun atur telah di ubah.

Tiba-tiba ada tangan melingkar di pinggangnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro