Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

Fizal Zaffan memandang lama gadis yang sejak tadi berjalan seorang diri di shopping mall. Gadis itu benar-benar mencuit hatinya. Dia rasa seperti pernah lihat gadis itu. Namun dia tak pasti Di mana.

Firaz menyentuh bahunya.

" Kena Fiz cari Raz? soal Firaz.

" Pasal projek papa. Kenapa Raz tak mahu handle?"

" Raz tak cukup staff. Tunggu lagi empat minggu. Ada staff baru masuk"

Firaz memandang Fizal asyik memerhati seorang gadis.

" Kenapa Fiz. Asyik pandang gadis itu sejak tadi?"

" Entah , gadis itu begitu menarik. Sejak tadi Fiz lihat dia hanya bersendirian. Dia nampak begitu senang"

Firaz hanya memandang sepi. Dia tak tahu kenapa Fariza begitu menarik perhatian. Kalau sebelum ini sepupunya. Kali ini Fizal juga jatuh hati.

" Fiz, Raz kena beredar sebab ada hal. Nanti apa-apa Raz akan hubungi Fiz. Kirim salam pada papa dan mama"

" Okey..kita jumpa nanti" ujar Fizal.

Ketika berjalan ke pakir kereta Firaz menghubungi Fariza. Dia meminta Fariza segera pulang.

Fariza akur, namun Firaz tidak pulang ke rumah. Namun Fariza rasa lebih selesa kerana dia perlu mengulangkaji pelajaran.

Fariza memandang lama katil tempat Firaz selalu temankan dia belajar. Tapi kini sudah 2 minggu Firaz tidak pulang. Dia juga tidak tahu kemana Firaz pergi.

Tiba-tiba hatinya rasa sakit. Fariza menutup buku dan terus naik ke katil. Dia meletakkan tangannya di tempat Firaz baring. Akhirnya dia terlelap.

Fariza rasa lega apabila dia telah menghabiskan kertas peperiksaan yang terakhir. Dia kembali ke villa kerana telah lama tidak ke sana.

Namun dia terhenti apabila terdengar suara orang batuk. Fariza cepat-cepat berlari kebilik. Dia lihat Firaz sedang baring.

"Awak, kenapa awak tak beritahu saya awak tak sihat" Fariza begitu cemas. Dia meletakkan belakang tangan di dahi Firaz.

"Saya nak tidur. Awak jangan ganggu" marah Firaz.

" Awak tak boleh begini. Badan awak panas. Saya bawa mandi. Tolonglah. Awak jangan beri saya risau"

Pertama kali Firaz rasa terharu bila Fariza memujuknya.

" Kenapa, bukan lebih mudah awak bebas jika saya " Fariza menutup mulut Firaz.

" Saya...saya sayang awak Firaz. Jangan tinggalkan saya" Fariza memeluk erat tubuh Firaz.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro