Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

Sejak tadi Firaz memandang wajah Fariza yang agak tidak bermaya. Wajah yang pucat. Tidak seperti selalu.

" Kenapa wajah awak nampak resah?" soal Firaz.

" Saya tidak selesa dengan pensyarah baru. Saya tak selesa" jujur Fariza.

" Pelik, bukan pensyarah tu bagus?" Firaz sengaja ingin menduga Fariza.

" Tuan, saya tak mahu sesiapa kecuali Tuan. Saya hak Tuan sehingga Tuan tak perlukan saya"

" Jadi aku tak mahu kau nampak begini. Aku mahu kau sentiasa ceria. Jaga diri kau baik-baik. Aku mahu kau jadi semula seperti Angle" Firaz menggosok-gosok rambut Fariza.

"Semester saya akan berakhir. Saya nak pratikal di syarikat Tuan boleh?" soal Fariza sambil mendang wajah Firaz.

" Buat surat hantar. Satu lagi mulai esok aku mahu kau lebih bergaya dari sekarang. Aku dah masukkan duit dalam akaun. Jadi seperti Angle"

"Tuan tak kisah kalau lelaki pandang saya"

" Ingat lagi bagaimana kau datang sini. Ikut saja. Lepas cuti setiap hari Sham akan ke Kolej"

"Baik Tuan. Saya naik rehat dulu" Fariza meninggalkan Firaz sendiri dia ruang tamu.

Dia tak pernah faham dengan Firaz. Tapi dia tahu lelaki itu telah banyak membantunya. Walaupun lelaki itu adakalanya berubah kasar, adakala berubah baik. Namun dia tahu Firaz adalah anugerah yang terbaik. Lagipun Firaz membesar tanpa kasih sayang.

Firaz memandang lama wajah yang sedang nyenyak di sisinya. Dia hanya ada Fariza sebagai orang yang memahaminya.

Pagi itu Fariza rasa dia kembali sihat. Dia lihat Firaz tidak ada di sisinya. Dia memandang jam, sudah pukul 8.30 dia terbangun. Fariza membersihkan diri. Apabila dia turun ke bawah dia lihat sarapan telah tersedia.

Ada sekeping nota yang Firaz tinggalkan.

Jangan lupa makan tepat pada waktunya dan jangan lupa keluar shopping. Kalau malas pergi seorang ajak isteri Sham teman.

Fariza tersenyum sendiri. Dia tahu walaupun lelaki itu emosinya tidak selalu Sama. Tapi jauh di sudut hati Fariza tahu dia lelaki yang baik. Dia juga banyak berubah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro