Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

Fariza menghubungi Syam. Dia diberi cuti sakit selama seminggu.

Fariza balik ke rumah. Dalam perjalanan Syam telah membeli makanan untuk Fariza.

"Cik, Tuan tak ada sini. Dia keluar negara."

"Saya tak apa-apa. "

"Tapi, cik nampak pucat sangat. Malam nanti saya minta isteri saya teman. Ataupun nak ke rumah  saya ."

"Terima kasih. Saya okey. Maklumkan pada tuan saya balik rumah. Terima kasih. Saya masuk dulu."

****

Firaz baru saja tiba di tanah air. Dia mengambil teksi. Dalam perjalanan dia lihat pesanan dari Syam.

"Tuan.  Cik sakit. Ada di rumah Tuan . Saya ajak tinggal di rumah saya dia tak mahu. Saya risau juga" Firaz melihat jam di tangan, 3 jam yang lalu pesanan itu di hantar.

Firaz tahu Syam begitu menjaga Fariza.

Dia membeli makan malam untuk dia dan Fariza.

Firaz tiba saja dia lihat gelap saja rumah. Waktu sudah hampir maghrib. Firaz masuk dia lihat Fariza sedang nyenyak di sofa.

Dia hampiri Fariza dan meraba badan Fariza. Dia agak terkejut apabila badan Fariza begitu panas. Dia mendukung Fariza ke bilik.

Firaz mendapatkan air dan mengelap badan Fariza. Dia juga menguatkan penghawa dingin agar Fariza tidak sangat merasa panas.

Fariza tersedar apabila merasa badannya basah. Sakit sendi -sendi tubuhnya.

Dia memandang ke kanan Firaz sedang nyenyak. Dia ingin bangun tetapi terasa pening.

Dia menggejutkan Firaz.

"Awak, Awak, ." Firaz membuka mata.

"You, dah sedar. Pukul 3.00 pagi. Kenapa?"

"Saya nak pergi toilet." Dengan wajah yang masih mengantuk Firaz turun dari katil dan mendukung Fariza ke tandas.

"Saya nak mandi. Semalam hanya mandi pagi sahaja." Firaz hanya mengangguk. Dia tinggalkan Fariza.

Dia menyediakan roti dan air Milo. Apabila Fariza selesai mandi dia membawa ke katil. Awak minum dan makan sikit. Lepas tu makan ubat."

Fariza akur, Firaz juga mandi dan apabila dia kembali Fariza sudah nyenyak di buai mimpi. Dia memandang lama Fariza dan kembali memejamkan mata.
Firaz jaga lihat Fariza tiada. Dia memerhati jam sudah pukul 10.00 pagi. Dia membersihkan diri dan turun ke bawah.
Fariza sedang nyenyak di sofa.  Dia merasa suhu badan Fariza panas. Tanpa fikir panjang Firaz membawa Fariza ke klinik.
Dia begitu risau. Dr hanya memberitahu bahawa Fariza demam biasa dan mungkin over stress.
Firaz menanti Fariza sedar.Sejak dia membawa Fariza pulang gadis itu masih tidur .

"Dah petang, lama benar saya tidur. Awak dah lama balik." Soal Fariza sambil mengikut rambutnya.

"Dari semalam saya balik. Awak bangun mandi. Kita makan. Saya dah beli bubur" Ujar Firaz.

"Saya, tak lalu nak makan bubur. Awak saja makan " tolak Fariza perlahan.

"Awak fikir saya akan biarkan awak tak makan. Sudah jom saya bawa awak ke bilik air " paksa Firaz.

"Demam pun kena marah juga" rungut Fariza sambil menggaru rambut yang tidak gatal.

"Bukan marah. Yang tu tegas, sebab awak degil" terang Firaz.

"Tapi, boleh ka saya ingkar arahan. Takkan" Fariza tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro