Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

prologue - merelakan dia pergi

prolog - merelakan dia pergi

AKU.

Ya, kau.

Aku... entahlah. Selalu begini, selalu begitu. Apa aku memeningkan? Mungkin ya atau tidak. Aku mengelirukan, ya? Maaf.

No problem.

Itu yang selalu aku katakan kepada abangku.

Kedengaran simple, tetapi masalahku tidak simple.

"Aira."

Namaku Aira. Entahlah, aku lelaki tetapi namaku seperti perempuan. Ibuku salah anggap bahawa aku akan terlahir perempuan, nyatanya aku lahir lelaki yang benar-benar lelaki. Aku hidup dengan nama ini.

Mati dengan nama ini.

"Aira!"

Aku berpaling.

Dia... abangku.

"Ada aiskrim kat sana!" beritahunya dengan senyuman lebar di bibir. Manis.

"Eh, dia kenapa kat situ?" Suara abang bertukar cemas.

Aku sekadar menundukkan kepala. Aiskrim. Kedengaran langkah abang yang berlari dengan cepat. Sehingga aku mendengar bunyi pelanggaran yang amat dahsyat. Menarik perhatian, pemandangan pertama yang kulihat sangat tragis.

Dia abangku. Dia abangku terbaring atas jalan tar.

"Abang..."

Dia abangku. Benar-benar abangku.

"Abang!" Lantas aku berlari mendekatinya. Menyentuh tubuhnya yang berdarah dilanggar kenderaan.

Abang hanya memperlihatkan senyuman kepadaku. Tangannya yang lemah cuba memegang wajahku. Aku tarik tangannya agar dapat menyentuh aku. Bibir abang bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.

"Abang..." Lirih suaraku memanggilnya.

"Aira..."

"Jangan cakap apa-apa, abang. Jangan cakap apa-apa..." Tersekat-sekat nafasku. Aku tidak mahu mendengar apa yang ingin abang katakan. Aku tidak mahu.

Abang tersenyum kelat.

"Aira."

"Abang..."

"Aira... ajar abang mengucap. Cepat."

Tersentak aku. Bagai ditusuk sembilu. Laju aku menggelengkan kepala. Apa abang benar-benar akan meninggalkan aku? Aku memandang kiri kananku, ada orang-orang yang mulai memanggil ambulans.

Masih ada peluang.

"Bahkan sekarang... abang dah tak ada kekuatan... untuk bercakap..."

"Sebab tu aku suruh jangan bercakap! Abang... doktor akan sampai jadi bertahan sekejap lagi, okey? Dengar aku, abang... aku tak nak abang mati. Bertahanlah sebentar demi aku... aku mohon." Tangannya aku genggam erat, kuusap lembut. Tanpa sedar air mataku tumpah mengenai kulitnya.

"Aira... janji dengan abang."

"Abang... kan aku dah kata..."

"Abang sayang Aira. Sangat. Jadi Aira pun... sayangkan diri Aira juga."

Tergamam aku.

"Janji?"

Air mataku merembes tanpa henti. Aku tidak minta begini. Apa abang harus pergi sekarang? Pendarahannya terlalu banyak. Aku tatap wajah abang, dengan hati yang berat aku mengajarkan kalimah syahadah.

Meski aku berusaha membantah, tetapi aku harus merelakan abang pergi dengan tenang. Yang namanya ajal itu sudah menjemput abang.

Aku juga akan dijemput, seperti abang.

[ ♡ ]

SETELAH seminggu berlalu, aku perlahan-lahan menerima kenyataan bahawa abang telah pergi buat selamanya. Tidak akan hidup kembali lagi. Aku tahu, sangat tahu. Abang tidak akan hidup balik. Tiada gunanya aku menunggu seperti ini.

Hari-hari yang membosankan ini akan tetap berjalan seperti biasa meski abang sudah tiada.

Kotak rokok aku keluarkan. Hisap sebatang untuk hari ni.

Hisap, asap keluar. Hisap lagi, asap keluar. Hisap dan hisap lagi, kemungkinan jangka hidupku tidak lama. Aku memandang sebatang rokok yang aku hisap, sudah pendek. Sekarang tiada siapa yang nak suruh aku berhenti merokok selain abang.

Ibu bapaku sudah menyerah dengan kelakuan aku. Aku tak pandai macam abang. Duduk rumah goyang kaki mengharapkan keluarga yang tanggung hidup aku. Aku harus cari kerja, tapi aku ni pemalas. Asal ada duit je, aku guna untuk beli rokok.

Hah...

Hah.

"Abang..." Aku menangis. Ya, ketawalah kalau mahu ketawa.

Aku juga manusia.

"Abang, aku rindu..." Terhinjut-hinjut bahuku kerana menangis. Sungguh, aku merindukannya.

Sungguh, aku adik yang tak berguna.

Malam yang panjang itu, tangisan menemani aku. Aku harap tangisanku tidak terdengar, kerana itu sangat memalukan. Lelaki tak boleh menangis, huh?

Apa aku harus jadi perempuan untuk menangis? Ataupun bayi? Kanak-kanak?

Tidak.

Sudahlah. Biarkan aku menangis sebentar sahaja.

[ ♡ ]

Sorry jika scene tak jadi huhu. Sy lupa nak beritahu, sy campur pov 1 dgn pov 3. Tapi lebih fokuskan pov 1 (maaf berbelit ii TT)

Tulis scene mcm ni mengundang air mata sy huhu (sorry, sy hati tisu orangnya) tak tahulah ada yg menangis tak HAHAHAH

Tu je la. Maaf bebel panjang ii. Btw tyy sudi baca no prob! Sweetnya korangg 🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro