Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0 2 - malam ini

0 2 - malam ini

TERASA indahnya.

"Aira, sini!"

Dia yang memanggilku.

"Aira!"

"Abang."

Abang tersenyum kepadaku. Tanganku ditariknya berlari menuju laut yang terbentang indah. Kaki kami berdua memijak pasir yang terasa lembutnya, seakan-akan menenggelami kaki.

Dia Safar Haya, abangku satu-satunya.

"Kenapa abang?" soalku ketika berusia 12 tahun. Abangku 14 tahun.

"Jom tengok laut sama-sama. Cantik, kan?" Haya mengajak sambil tersenyum manis. Masih menggenggam erat tanganku.

Aku yang hanya tinggi paras bahunya, mendongak kepala memandang Haya. Lelaki yang selalu tersenyum, menampakkan satu lesung pipit kanan yang terlihat amat manis. Aku mula menatap laut.

Seperti yang dikatakan abang.

Laut cantik.

"Nanti tahun depan dan tahun seterusnya kita ke sini lagi, ya? Setiap tahun!"

Aku sedikit tergamam dengan permintaan Haya. Perlahan-lahan aku mengangguk kepala, sambil membalas genggaman tangan Haya.

"Iya."

Mata yang terpejam akhirnya terbuka. Mimpi yang terasa nyata. Aku mimpikan abang. Kami berdua berada di pantai, melihat cantiknya laut. Rasa sebak hadir dalam diriku, sungguh aku merindukannya ya Allah.

Aku rindu abang.

Telefon yang berada di meja sebelah kuraih. Melihat waktu yang tertera. Hari Ahad. Hari perkahwinanku.

Dengan seseorang yang bakal menjadi tanggungjawabku.

[ ♡ ]

SEBATANG rokok aku keluarkan. Berada di kamar mandi untuk merokok. Aku sudah melafazkan akad nikah. Aku sudah membuat seseorang sah menjadi isteriku. Tetapi aku tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengannya.

Mengahwini seseorang yang aku tidak kenal langsung. Seseorang yang pernah bertakhta di hati arwah Haya. Apa aku layak mengisi tempat di hatinya?

Kutatap rokok lama-lama. Seharusnya sekarang bukan untuk merokok, aku gila, ya?

"Apa awak buat lama dalam tu? Jom solat sama-sama." Suara yang lembut itu mengajakku mengejutkan aku.

Tak bagus untuk jantungku.

Lantas aku membuka pintu kamar mandi perlahan-lahan setelah mengambil wuduk. Melihat seorang gadis yang sudah mengenakan telekung untuk menunaikan solat Isyak. Mata kami berdua bertembung untuk sejenak. Luka bakar pada bahagian kiri wajah menyebabkan mata kirinya buta.

Dian Amirah, isteriku.

"Dian," panggilku.

Dian memandangku.

"Jom," ajakku. Dian sekadar tersenyum tipis lalu mengangguk.

Usai menunaikan solat Isyak dan membaca doa, Dian menyalami tanganku. Kami berdua melipat sejadah dan menyimpannya.

"Awak."

Dian menepuk tempat di sebelahnya, mengajakku duduk bersama atas katil. Aku menurut lalu duduk di sebelahnya. Memandang Dian tanpa telekung, rambut hitam yang terurai panjang dan dirawat dengan baik.

Tersentak aku saat Dian tiba-tiba meraih tanganku, mengenggam lembut. Aku menatapnya dengan tatapan tidak mengerti.

"Terima kasih sebab jadi suami saya."

Perempuan aneh. Dia mengahwini aku yang bukan cinta hatinya. Namun dia berterima kasih.

"Arwah banyak cerita tentang awak. Arwah kata dia sayang awak sebab awak satu-satunya adik dia," beritahunya kepada aku.

Aku mengalihkan perlahan tangan Dian yang mengenggam tanganku mengundang perhatian Dian. Badan kupusing tidak memandangnya. Membelakangi Dian.

"Awak?"

"Kau tak perlu berterima kasih."

Walaupun aku berusaha sekuat mana pun, aku takkan dapat menjadi seperti Haya. Sudah jelas hati gadis itu ada nama Haya yang tertera. Seharusnya menjadi milik Haya, bukan diriku. Seharusnya gadis ini bersama Haya.

Tetapi abang pergi meninggalkan Dian untukku.

Aku yang tidak dicintai Dian.

"Betullah apa yang arwah cakap, awak memang berhati dingin."

Ternaik kedua-dua bahuku. Laju aku berpaling menatap Dian.

"Berhati dingin?"

"Iya, berhati dingin." Dian tersenyum menyakat. Aku menunduk malu. Apa aku memang berhati dingin?

Tersentak Dian saat aku menahannya pada kepala katil. Membulat mata gadis itu. Mata kami berdua bertaut buat seketika. Sejenak, aku berasa wajahku memanas. Wangian Dian yang menyebabkan aku tidak dapat mengawal diri.

Dian yang sepertinya faham tatapan mataku, merona merah wajahnya seperti epal masak ranum.

"Dian."

"Ya... ya?"

"Kalau kau tak suka, tolak aku," beritahuku awal-awal.

Dian mengetap bibir.

"Awak tak jijik? Luka bakar saya."

Terangkat keningku. Aku memandang lama luka bakarnya.

"Aku harus jijik?" Tersentak kecil Dian, Dian sekadar menggeleng perlahan.

Melihat Dian yang mendiamkan diri dan memandangku dengan wajah merona. Aku menganggap Dian sudah memberikan jawapannya. Bibir kudekatkan pada telinganya, membisikkan sesuatu.

"Malam ni kau milik aku."

[ ♡ ]

SAFAR HAYA

Phone sy bersemut hiks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro