0 1 - antara dua pilihan
0 1 - antara dua pilihan
"AIRA, kamu gantilah abang kamu."
Aku yang ingin keluar rumah, jadi terhenti langkah. Apa maksud ibu? Ibu dan ayah sedang memandangku.
"Apa maksud?" soalku tidak mengerti. Naira ibuku menghampiri aku. Aku sedikit terkejut.
"Seharusnya tiga hari lagi perkahwinan abang, tapi kamu tahu Allah lebih sayang dia. Ibu tak nak buat macam ni, tapi semua kad perkahwinan ibu dah edarkan. Persiapan pun hampir siap."
"Jadi ibu mohon kamu gantikan abang, Aira. Tak apa kalau kamu tak suka isteri kamu, asalkan kamu jaga dan layan dia dengan baik." Tanganku ditarik ibu lalu digenggam.
Aku terdiam buat seketika. Jadi abang tinggalkan ini untuk aku? Aku harus menjaganya? Apa yang dapat aku berikan untuk gadis itu? Tiada. Aku tiada apa-apa.
Tetapi raut ibu yang memohonku buat aku ragu-ragu. Selama ini aku hidup sesuka hati, tidak mendengar cakap ibu dan ayah, akhirnya aku jadi begini. Apa kali ini aku dapat menolak ibu?
"Ayah tak paksa kamu, Aira. Keputusan di tangan kamu. Kalau kamu rasa pilihan yang benar untuk menikah, menikahlah. Ayah dan ibu akan cari cara untuk batalkan perkahwinan jika itu yang kamu inginkan." Giliran Imran, ayahku mencelah.
Aku mengepal tanganku. Keputusan apa yang harus kubuat? Menikah? Apa aku dapat menggalas tanggungjawab untuk membahagiakannya? Jika diingat-ingat semula, aku selalu lari daripada tanggungjawab.
Aku tak belajar ketika masih remaja, sedangkan itu tanggungjawab sebagai murid. Aku tak mendengar cakap ibu ayah untuk berhenti merokok, sedangkan itu tanggungjawab aku sebagai anak untuk mentaati ibu apa. Aku jarang mengingat Allah kerana mementingkan duniawi, sedangkan itu tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya.
Solatku sahaja tidak teratur, bagaimana aku mahu mendidiknya? Aku sahaja membahayakan diri dengan merokok, bagaimana mahu hidup lama untuk menjaganya?
Ah, aku tiada jawapan untuk semua ini.
"Bagi Aira masa untuk fikirkan. Esok Aira bagi jawapan."
Aku harus mencari jawapan, secepatnya.
Ayah dan ibu sekadar tersenyum.
"Terima kasih, Aira."
Tinggal tiga hari lagi.
[ ♡ ]
SETELAH sekian lama aku tinggalkan solat Jumaat, aku kini berada di masjid. Itu pun kerana ayahku memaksaku, mahu tidak mahu aku akur. Mungkin kerana aku tiada kerja di rumah. Kelihatan ayah sedang berborak dengan kawan-kawannya usai solat Jumaat.
Tiba-tiba ada seorang ustaz menghampiriku. Aku lantas bangkit lalu mahu menyalamnya.
"Tak pernah nampak kamu kat sini."
"Saya ikut ayah saya," jawabku canggung. Ustaz bernama Zamri itu mengajakku duduk.
"Apa nama kamu, nak?" soalnya mesra.
"Aira. Syawal Aira."
"Dari tadi ustaz nampak Syawal ada masalah, apa masalahnya, Syawal?"
Aku sedikit kaget saat nama depanku dipanggil. Jarang orang memanggilku Syawal. Saat mendengar soalan ustaz, aku menundukkan kepala.
"No problem, ustaz."
Ustaz Zamri sekadar tersenyum tipis.
"Kalau Syawal tak selesa, tak apa. Ustaz faham."
Lama aku berdiam diri, Ustaz Zamri masih tidak berganjak. Aku pula yang rasa canggung. Kalau aku pergi, macam tak kena je.
"Ustaz," panggilku. Ustaz Zamri berpaling memandang aku.
"Kalau seseorang harus buat pilihan antara dua jalan yang akan dia tujui, tapi dia masih ragu-ragu. Apa yang dia harus lakukan?" soal aku masih menundukkan kepala. Mungkin Ustaz Zamri ada jawapannya yang aku tiada.
Ustaz Zamri tersenyum kecil.
"Lakukan solat istikharah. Mohon petunjuk daripada Allah. Insya-Allah, ada jawapannya. Apa ni cerita tentang kamu?"
Aku angkat kepala menatap wajah bersih Ustaz Zamri. Bercahaya seperti matahari. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala.
"Terima kasih, ustaz," ucapku.
"Sama-sama."
[ ♡ ]
Sorry hambar 🤧
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro