Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 || 3:00 AM

[POV : Byun Baekhyun]

Aku mencicipi cocktail di dalam gelas itu sambil tersenyum sendiri, memandang kerumunan orang yang ada di majlis resepsi ini. Seperti yang Arabella minta, aku tidak mengajak begitu ramai orang. Hanya ada keluarga belah ayah Arabella dan beberapa orang yang dijemput mereka, teman-teman bisnes terdekat aku, dan Kim Jongin yang sepertinya menolak untuk bercakap dengan aku.

"Kau terlalu senyap, Jongin. Senyumlah." Bisik aku kepada Jongin. Dia tidak membalas kata-kata aku, sebaliknya hanya menatap aku lama sehingga aku tersengih.

"Tak boleh ke kau gembira di hari perkahwinan aku?"

Jongin menghela nafasnya, lalu memaksakan senyuman di bibirnya. "How do I look?"

"Perfect." Aku mengangguk. Mata aku menangkap kelibat dua orang yang sedang menghampiri kami lalu aku memasang senyuman di bibir. Cocktail di tangan aku berpindah ke tangan Jongin sebelum dia mengangguk mengerti lalu beredar meninggalkan kami bertiga.

"Selamat petang, Presiden Kim dan isteri." Aku menunduk hormat lalu merasakan tepukan perlahan di bahu aku.

"I must say, you look great today." Presiden Kim tertawa lalu aku berdiri tegak semula. "Mana Arabella?"

"Dia tak berapa sihat tadi, jadi saya biarkan saja dia berehat di bilik. Apa itu tak apa-apa?"

Presiden Kim mengangguk lalu tersenyum. "Tak apa-apa, biarkan dia berehat. Dia... Tidur sebilik dengan kamu, kan?"

"Iya, Tuan."

"Bagus. Biarkan dia berehat. Nanti malam akan jadi malam yang panjang untuk dia pula." Presiden Kim tersengih penuh makna lalu kepalanya mendekat ke telinga aku. "Saya serahkan dia kepada Baekhyun. Selagi dia di tangan kamu, kamu bebas lakukan apa saja kepada dia. Saya juga mengharapkan seorang cucu, nanti."

Dasar ayah yang kejam.

Aku memaksakan senyuman lalu turut tertawa mengikut rentaknya. Sementara isterinya, ataupun boleh aku panggil Puan Yeonhee, memandang kami penuh jijik. Terutamanya aku. Aku hanya membalas tatapannya seketika lalu memandang Presiden Kim semula.

"Saya cuba yang terbaik, Tuan."

"Baiklah. Enjoy yourself, saya akan tegur tetamu lain sekejap."

Aku mengangguk penuh hormat lalu melihat belakang badannya yang semakin menjauhi kami. Kami itu sudah tentunya aku, dan Yeonhee.

Perlukah aku memanggilnya Puan Yeonhee?

"Puan Yeonhee apa khabar, sihat?" Ucap aku dengan senyuman senget, yang hanya dibalas dengan pandangan tajam daripadanya.

"Apa kau cuba lakukan, Baekhyun?" Soalnya terus tanpa mencuba untuk berbasa-basi dengan aku. Wajahnya kemerahan kerana marah yang ditahan.

"Saya tak faham apa yang Puan Yeonhee cuba-"

"Hentikan, Baekhyun!" Suaranya meninggi. "Sekarang kau bagitahu aku, apa perkahwinan ini terjadi disebabkan aku?"

Aku hanya memandangnya lama dengan senyuman sinis, sengaja menyeksanya. "Apa pendapat kau?"

"Apa kau sudah gila? Yang kau berkahwin itu bukannya wanita tetapi budak sekolahan, Baekhyun! Kalaupun kau lakukan ini demi aku-"

"Whoa whoa whoa, you gotta stop there. Aku, tak lakukan ini demi kau. Buat apa aku lakukan semua ini hanya untuk wanita mata duitan yang sudah lama tinggalkan aku demi harta? Kau fikir kau seberharga itu?" Kaki aku melangkah mendekatinya sehingga dia berada betul-betul di hadapan aku. "Langsung tak berbaloi. Merugikan malah."

Rahangnya mengetat. "Aku bagi amaran, Byun Baekhyun. Jauhi kehidupan aku dan orang-orang sekeliling aku. Dan jangan kau berani sentuh Arabella. Apa kau tak malu berhubungan intim dengan gadis sekolahan? Itu namanya mencabul, Baekhyun."

"Kecuali kalau dia isteri aku." Aku tersenyum kemenangan melihat wajah Yeonhee yang seakan-akan mahu meletup. "Kau sebenarnya cemburu saja kan, dengan gadis polos itu sebab dapat mendekati aku. Di hati kau tu, tak pernah terdetikpun rasa bimbang, tapi dengki. Hati kau busuk, Yeonhee. Sampai aku jijik untuk dekati kau."

"Apa maksud kau? Arabella itu anak tiri aku, mestilah aku bimba-"

"Dan berhenti buat-buat peduli tentang Arabella. Anak tiri kau itu, layak dapatkan ibu tiri yang lebih baik daripada kau. Bagaimana kalau aku ceritakan siapa kau sebenarnya kepada dia, huh? Takpun, kepada Presiden Kim terus. Menurut kau bagaimana reaksi mereka?"

Dia terdiam. Bibirnya diketap sebelum dia melangkah pergi meninggalkan aku dengan langkah yang kuat. Aku tersengih lalu tertawa kecil, puas rasanya dapat melihat adegan seperti ini di depan mata aku sendiri.

Ini baru sahaja permulaan, pengakhirannya jauh lebih menarik lagi daripada ini.

*****

"Kau pasti tak nak memandu?"

Aku mengerling Jongin di sebelah kanan, di tempat duduk sebelah pemandu, menunggu balasan daripadanya. Namun setelah lama jeda, dia akhirnya hanya menggeleng tanpa memandang aku. Kepalanya menoleh ke luar tingkap kereta, menatap pemandangan luar dengan senyap.

Tanpa bertanya lebih banyak, aku memulakan pemanduan. Ketika itu sudah malam, agak lewat. Mujur Jongin sudi menemani aku.

Memang biasanya aku dan Jongin tidak banyak bercakap di dalam kereta, tetapi kali ini suasana di dalam kereta ini sungguh hening, menghimpit dan membuatkan aku tidak senang duduk. Beberapa kali juga aku mencuri pandang Jongin di sebelah, yang masih memandang ke luar tingkap, menantikan kata-kata daripada mulutnya.

Mungkin dia penat.

Aku meyakinkan diri sendiri.

Setelah beberapa minit, tiba-tiba aku merasakan tangan Jongin memegang sebelah tangan aku yang sedang tidak memegang stereng. Aku terkaku buat seketika, mengerlingnya yang masih lagi tidak memandang aku, lalu mendengus perlahan. Tangannya yang memegang tangan aku tadi aku kemaskan pegangannya, lalu aku menggenggamnya erat. Aku dapat merasakan tangannya yang bergetaran apabila genggaman itu dikemaskan.

Tidak ada apa yang salah tentang ini, kerana kami sememangnya... Sahabat yang erat.

Iya.

Aku meneruskan pemanduan dalam keadaan seperti sehinggalah kereta itu berhenti betul-betul di hadapan rumah aku. Namun aku tidak langsung turun, sebaliknya tetap berada di dalam kereta buat beberapa ketika yang agak lama. Tangan Jongin masih lagi menggenggam erat tangan aku.

"Selamat pengantin baru, Baekhyun..." Aku mendengar gumaman Jongin yang perlahan. "Tahniah."

"Iya." Buntu mahu membalas apa, aku hanya mengangguk.

Dan kami terus senyap seperti tadi.

Sehinggalah Jongin tiba-tiba menarik tangan aku menghadapnya dan membenamkan wajahnya di bahu aku. Wajahnya terangkat, berdekatan dengan wajah aku, dan sebelum sempat dia melakukan apa-apa, aku menahannya.

"Jongin."

Cukup dengan memanggil namanya, dia mengerti. Nafasnya dilepaskan dengan berat lalu dia mengangguk. Wajahnya pasrah.

"Aku minta maaf."

Aku tersenyum lembut. Bahunya aku tepuk beberapa kali sebelum aku menariknya ke dalam pelukan. "Aku gembira ada sahabat seperti kau. Kau sentiasa ada untuk aku."

Badannya kaku dipeluk sebegitu. Tetapi pada akhirnya dia menggenggam fabrik pakaian di bahu aku dengan kuat sebelum bersuara dengan lemah.

"Aku sayangkan kau, Baekhyun."

"Aku juga. Kita sahabat, kan?"

*****

Aku memasuki bilik aku sambil membuka jas yang tersarung di badan aku. Mata aku mengerling ke arah katil bilik itu, hanya untuk melihat ia yang langsung tidak disentuh oleh sesiapapun. Kosong, aku tidak menemukan siapa yang aku fikir akan berada di sana. Nafas aku dihela sebelum aku membuka dua butang kemeja aku dari atas. Sepatutnya aku sudah agak ini akan berlaku...

Aku keluar mencari pembantu rumah yang sudi bermalam di sini hari ini. Biasanya semua pembantu rumah ini akan pulang setelah jam 8 malam, cuma hari ini aku menugaskan seorang pembantu rumah untuk menjaga Arabella. Mengawasinya, dalam erti kata yang lebih tepat.

"Cik Arabella minta untuk tidur di bilik yang dia ditempatkan hari itu, Tuan." Jelas pembantu rumah yang agak berumur itu sebaik sahaja aku menemukannya. "Saya tak benarkan mula-mula, cuma dia merayu tadi jadi saya..."

"Iya, tak apa-apa." Aku mengangguk mengerti. "Berehatlah. Maaf mengganggu."

"Tak apa-apa, Tuan. Terima kasih."

Aku menuju ke bilik yang dimaksudkannya tadi, berniat mahu mengarahkan Arabella supaya kembali ke bilik aku tetapi apabila aku sampai, aku jadinya tidak sampai hati melihatkan gadis itu yang tertidur pulas di atas katil bersaiz Queen itu.

Aku menghampirinya lalu mengamati wajah tidurnya. Tidurnya pulas sekali. Dia sudah bertukar pakaian ke pakaian tidur cotton yang agak longgar bermotifkan bunga-bungaan, dan rambutnya tidak dihias melainkan dengan sepit rambut yang terkepit di ubun-ubun kepalanya.

Sepit rambut itu... Tidak pernah meninggalkan kepalanya.

Aku baru sahaja berniat mahu keluar apabila mata aku menangkap parut di pergelangan tangannya. Parut memanjang di pergelangan tangannya yang berukuran kira-kira sepanjang satu jari. Aku tahu kesan luka apa itu, memandangkan aku selalu melihatnya. Ada senyuman ironi yang muncul di bibir aku.

Dia juga terluka rupanya.

Lalu fikiran aku kembali semula ke saat itu. Saat di malam hari jadinya dulu.

"Arabella tak apa-apa?"

"I-iya, saya tak apa-apa. Minuman ni kurang alkohol, kan?" Arabella melambaikan tangannya lalu memegang pipinya. "Saya cuma... Panas."

Aku mengangguk kecil lalu tersenyum senget, meneguk minuman aku. Memang aku memberikan Arabella minuman alkohol berkadar rendah, tetapi tadi aku sempat meletakkan dadah ke dalam minumannya, agar dia berasa seperti diawang-awangan. Perancangan aku mudah sahaja, aku hanya perlu membiarkannya berada di dalam keadaan separuh sedar, lalu memintanya untuk menandatangani kontrak nanti.

"Bila Arabella akan pulang ke rumah papa Arabella semula?" Aku menyoal dengan berhati-hati, tidak mahu niat aku kedengaran begitu ketara. Sambil itu aku memerhatikan gerak badan Arabella, mahu memastikan sama ada dadah itu sudah bereaksi di tubuhnya ataupun tidak.

"Pulang... Uh..." Dia menggosok-gosok matanya. "Siapa kata saya nak pulang?"

"Jadi Arabella tak akan pulang?"

"Ah, bukan juga... Mungkin saya akan. He's gonna kill me if I stay here forever."

Aku mengangguk mengerti, lalu sebelum aku sempat bertanya lebih lanjut lagi, Arabella menyambung.

"I... I actually heard something, from papa, when he was talking to my stepmother." Dia menatap lurus ke depan, dengan matanya yang separuh terbuka. "And it hurts me like hell."

"What was it?" Aku sejujurnya tidak begitu peduli akan apa yang mahu dikatakan Arabella. Aku cuma berfikir caranya untuk menyerahkan kontrak itu kepada Arabella untuk ditandatanganinya.

"I lost interest in her when she reached age 10, he said."

Namun sebaik sahaja mendengarkan kata-kata itu, badan aku menjadi kaku. Mata aku terbuka sedikit luas, lalu aku kembali menoleh ke arahnya.

"Auch..." Dia mengetap bibirnya dengan wajah datar, lalu tidak lama setelah itu, matanya bersinaran, diselaputi air mata. "I remember crying so much just because of that. Stupid me."

"When did you hear that?"

"I was 12. Heard that in my own bedroom, papa thought I was sleeping."

Aku terdiam, entah mahu bersimpati ataupun tidak. Tetapi apa yang aku tahu, that is so fucked up. Meskipun aku sudah kehilangan keluarga aku, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak pernah mendengar kata-kata sekejam itu keluar dari mulut ibu bapa aku sendiri.

Tetapi itu tidak mengejutkan sebenarnya, apalagi ianya keluar dari mulut Presiden Kim sendiri. Dia sememangnya seorang lelaki yang tidak berhati perut. Kerana itu begitu mudah baginya untuk membunuh manusia.

Dia sekejam itu.

"It's okay, maybe he didn't mean that. Just pretend that you are happy, then you will be happy." Ujar aku, kembali meneguk minuman di tangan aku.

Tiba-tiba aku merasakan jari-jemarinya menyentuh lengan aku, lalu tanpa aku sangka dia menarik kolar lengan aku, mendedahkan tangan aku hingga ke siku. Mata aku membulat. Aku mahu bertanyakan apa yang cuba dilakukannya tetapi niat aku terbatal apabila dia mengusap pergelangan tangan aku dengan lembut.

Aku menelan liur, menatap ke arah pergelengan aku yang dipenuhi parut kesan hirisan-hirisan pisau poket. Luka itu sudah lama berada di pergelangan tangan aku, tetapi parutnya tetap tidak pudar.

"You're sad too."

Aku membetulkan suara aku lalu menarik tangan aku kembali, berasa agak malu kerana dia menyedari parut itu. Tidak ada sesiapa yang tahu tentang itu, kecuali orang-orang terdekat aku sahaja. Aku sungguh... Malu. Mungkin Arabella berani mengatakan itu memandangkan dia di bawah pengaruh dadah ketika itu, tetapi kata-kata, yang berupakan penyataan bahawa aku sedih, amat terkesan di hati aku.

"That... That was long time ago. Ada kucing yang cakar tangan saya. No need to worries about that." Aku memaksakan senyuman di bibir lalu berdeham.

"I don't think so." Dia menunjukkan pergelangan tangannya pula. "See? I have it too. It's the same as yours."

Aku terdiam, lalu meneguk lagi minuman tanpa banyak suara. Buat seketika kami hanya mendiamkan diri. Masing-masing sibuk dengan pemikiran sendiri. Aku tidak pasti sama ada aku sudah mabuk ataupun tidak, tetapi aku berasa sangat kosong ketika itu. Semua perkara yang aku mahu lupakan kembali bermain di minda aku, menyeksa aku sehingga aku menambah lagi minuman alkohol ke dalam gelas aku.

Aku dapat merasakan tatapan Arabella terhadap aku tetapi aku hanya mengabaikannya. Namun kerusinya tiba-tiba mendekat dengan aku, tangannya di atas kaunter, menopang kepalanya yang tertoleh ke sisi, ke arah aku. Menyebabkan aku mahu tidak mahu membalas tatapannya kerana tidak selesa. Dengan senyuman paksa, tentunya.

"Kenapa Arabella pandang saya macam itu?"

Ada jeda sebelum dia menjawab dengan suara yang lemah. "Baekhyun, awak... Hampir menangis." Ada air mata yang jatuh daripada kelopak matanya, mengalir ke pipinya yang kemerahan. "Tapi kenapa awak tersenyum juga?"

Secara serta-merta, senyuman aku menghilang. Aku tidak berasa terhina seperti itu. Berani-beraninya dia...

Berani-beraninya...

"Awak menangis juga, akhirnya." Tanbahnya lagi.

Mata aku terbelalak, secara tidak langsung tangan aku bergerak memegang wajah aku, yang dibasahi air mata. Aku bahkan tidak menyedari sejak bila air mata aku mengalir. Aku cuma merasa... Amat malu.

Hari itu sungguh memalukan.

*****

[End of POV]

*****

Malam itu Baekhyun pulang lewat lagi. Disebabkan oleh jawatannya yang tinggi dalam perusahaannya, Baekhyun menggalas tanggungjawab yang lebih berat daripada orang lain. Meskipun ketika semua pekerjanya sudah pulang setelah menyiapkan tugas mereka, dia masih lagi perlu memeriksa kertas kerja mereka, barulah dia dapat pulang dengan tenang. Memang agak memenatkan, tetapi Baekhyun sudah terbiasa seperti itu. Menjadi dirinya, dia tidak boleh meninggalkan kerjanya tidak terselesai kerana dia pasti tidak dapat tidur di malam harinya.

Namun disebabkan kerjanya itu jugalah, Baekhyun rasanya seperti tidak pernah berkahwin. Ketika dia pulang lewat di malam hari, Arabella pastinya sudah ketiduran di dalam bilik yang sama, yang bermakna bukan biliknya, dan keesokan paginya, gadis itu sudah berangkat ke sekolahnya sendiri di waktu subuh. Awalnya itu boleh dikatakan begitu awal, sehingga selama empat hari ini, Baekhyun masih tidak dapat bertemu dengan gadis itu. Dia hanya dapat melihat sisa bekas peninggalan sarapan Arabella yang tidak dihabiskan di meja makan pada waktu pagi.

Bukannya dia terlalu mahu bertemu dengan Arabella, cuma ada beberapa perkara yang perlu dibicarakan dengan Arabella. Baekhyun pasti bahawa Arabella sengaja mengelakkannya selama ini, jadi kerana itulah dia semakin runsing. Kalau sampai akhir perkahwinan pun Arabella tetap berkelakuan sama, Baekhyun tidak tahu harus berbuat apa.

Tali lehernya dilonggarkan lalu dia menuju ke dapur untuk meneguk sedikit wain. Hari itu begitu memenatkan berbanding hari lain memandangkan perusahaan cargo saingannya mengalami masalah internal, sehingga permintaan atas perusahaannya meningkat. Jadi malam ini dia mahu sedikit mabuk, sekadar mahu menghilangkan tekanannya.

Pada waktu selewat ini, semua pembantu rumahnya sudah pulang kecuali ketua pembantu rumahnya yang memang tinggal di sini untuk mengawasi rumah 24 jam. Keputusan itu diambil kerana Baekhyun tidak lagi tinggal berseorangan di rumah ini, ada seorang lagi yang mendiami rumahnya yang perlu diawasi.

Sementara berjalan, Baekhyun membuka telefonnya untuk melihat apa-apa pesanan penting. Matanya menangkap mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Ringkas sahaja mesej itu, berbunyi : 'I'm coming back just for you, wait for meeee'

Huh?

Malas mahu meneka-neka, Baekhyun memadam sahaja mesej itu. Boleh jadi mesej itu datangnya daripada scammer jadi dia harus berhati-hati.

Sedang Baekhyun mengambil gelas kaca di dalam raknya, dia tiba-tiba mendengar bunyi aneh di belakangnya. Tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat. Pada mulanya Baekhyun hanya menganggap bahawa dia tersalah dengar, maklumlah dia juga penat jadi tidak hairanlah jika dia sudah mula berhalusinasi, tetapi pada kali ketiga berturut-turut dia mendengar bunyi yang sama, Baekhyun mula berasa gerun. Jangan-jangan ada pencuri yang masuk ke dalam rumahnya, tidak?

Dengan berhati-hati Baekhyun menoleh ke belakang, sementara matanya meliar mengawasi keadaan sekelilingnya. Tangannya memegang gelas kaca yang diambilnya tadi dengan kemas sebagai perlindungan.

Bunyi itu kedengaran sekali lagi, dan Baekhyun pasti ianya datang dari peti sejuknya.

Kaki Baekhyun melangkah ke arah peti sejuk, dan sebaik sahaja tiba di sana, segala kerisauan dan kemusykilannya tadi sirna begitu sahaja. Bukannya siapa-siapa, hanya... Arabella.

Arabella.

Sudah lama dia tidak bertemu gadis itu.

Arabella sepertinya masih tidak menyedari kehadiran Baekhyun jadi dia meneruskan sahaja apa yang dilakukannya tadi, sementara Baekhyun memerhatikan segala tindak-tanduknya.

Gadis itu sedang duduk bersila di antara bukaan peti sejuk dengan baju tidur cotton aneh yang selalu dipakainya, cuma kali ini coraknya pula yang berbeza. Entah berapa banyak koleksi baju tidur seperti itu yang dibawanya. Padahal Baekhyun sudah membelikan dirinya baju tidur untuk dipakainya setiap malam. Rambutnya dibiarkan terlepas, tetapi ada sepit rambut yang menghiasi kepalanya sehingga ada beberapa juntaian rambut yang jatuh di telinganya.

Di tangan gadis itu terdapat kotak susu untuk diteguknya terus daripada kotak, dan di sisinya terdapat beberapa paket biskut yang akan disuapkan ke dalam mulutnya, bergiliran dengan susu. Kadangkala tangannya membelek-belek isi kandungan peti sejuk itu, mencari makanan yang boleh dijamahnya ketika itu.

Sebegitu laparkah dirinya?

Baekhyun agak aneh, kerana Arabella tidur lewat pula kali ini. Sudahlah sekarang sudah jam tiga pagi, bagaimana nanti dia akan ke sekolah besok?

Oh, esok hujung minggu. Mujurlah.

Baekhyun menghampirinya, lalu mengetuk permukaan pintu peti sejuk itu beberapa kali sehingga gadis itu menyedarinya, dan menoleh ke belakang. Automatik badannya beringsut ke belakang sehingga belakang badannya tertolak ke peti, menyebabkan beberapa buah di dalamnya terjatuh ke lantai akibat tolakannya tadi. Dengan kalut Arabella mengutip satu per satu buah di lantai itu untuk diletakkan kembali ke dalam peti sejuk.

Baekhyun memejamkan matanya, tidak percaya bahawa dia telah mengahwini gadis kekanakan yang kalut ini.

Dengan tidak rela Baekhyun menjatuhkan sebelah lututnya ke lantai lalu mengambil semula buah-buah yang Arabella simpan ke dalam peti semula tadi. Arabella di hadapannya terkebil-kebil memandang Baekhyun di dekatnya dengan pipinya yang kemerahan.

"K-kenapa-"

"Kalau ada buah yang terhempap lantai, kemungkinan besar buah tu akan lebam. Dan lama-lama rosak, jadi kau tak boleh simpan buah tu semula bersama buah-buah yang lain. Mereka akan saling menjangkiti antara satu sama lain." Terang Baekhyun, tidak sedar bahawa dia sudah tidak berbahasa sopan dengan Arabella. "Setidaknya kalau tak lebam sekalipun, kau perlu basuh dulu buah ini. Mungkin kau tak nampak sekarang, tetapi buah ini, dah tercemar dengan berjuta-juta kuman yang ada di lantai. Kau nak makan buah yang tercemar macam ini?"

Arabella menggeleng laju dengan matanya yang membulat.

Baekhyun menghela nafasnya lelah, mempersoalkan tindakan dirinya sendiri tadi yang tidak semena-mena membebel kepada Arabella hanya disebabkan oleh buah. Dia menatap Arabella di sebelahnya yang kini sudah mengalihkan pandangannya kerana segan, lalu melontarkan soalan dengan suara yang merendah.

"Kau lapar?"

Arabella mengangguk.

"Kenapa tak gerak Mrs. Hana?"

"Siapa Mrs. Hana?" Soal Arabella kembali.

"Pembantu rumah berumur yang tinggal di sini. Dia boleh memasak untuk kau kalau kau nak."

"S-saya tak nak susahkan dia... Lagipun sekarang... Dah lewat." Arabella bermain-main dengan kolar lengan bajunya sambil menundukkan kepala. "S-saya dah makan biskut tadi jadi saya tak dah terlalu lapar, tak apa."

Arabella baru sahaja akan berdiri apabila Baekhyun menahannya. "Ke mana?"

"B-bilik, tidur."

"Kau rasa kau boleh tidur dalam keadaan perut kosong macam itu?" Sebelah kening Baekhyun terangkat, menyebabkan Arabella menggigit bawah bibirnya tidak tahu harus menjawab apa.

"Tunggu di meja sana, nanti aku hantarkan makanan." Sambung Baekhyun.

"H-hah?" Arabella terkebil-kebil. "Siapa yang akan memasak?"

"Aku."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro