Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 || See Me Through

(Saya minta maaf sebab tak balas komen-komen kalian. Maaf sangat. Biasanya saya guna laptop jadi lebih mudah tapi sekarang saya perlu guna telefon, dan wattpad versi mobile sangatlah tidak menyenangkan. Tapi percayalah, disebabkan adanya komen-komen itulah saya masih bersemangat untuk teruskan fic ni. Terima kasih semuanya 😍💕)

.

.

.

.

.

"Minggu depan?"

"Iya. Arabella tak perlu risaukan apa-apa, semua persediaan dah diuruskan pihak belah sana. Tunggu majlis resepsi saja nanti."

Arabella kehilangan kata memandang ayahnya yang terang-terangan gembira dengan berita itu. Sementara dia, dia tidak tahu harus bereaksi apa.

Termasuk hari ini, sudah hampir sebulan dia tidak bertemu dengan Baekhyun. Jangankan bertemu, Baekhyun bahkan langsung tidak mengkhabarinya apa-apa melalui telefon atau melalui ayahnya pun. Sehingga sampai satu tahap, Arabella menyangka bahawa perkahwinan itu akan dibatalkan.

Dan sekarang, dia barusan sekarang mendengar berita bahawa perkahwinannya akan diadakan minggu depan. Minggu depan maknanya 7 hari dari sekarang dan itu maknanya tidak lama lagi!

"S-siapa bagitahu papa?" Arabella bertanya setelah duduk di sofa rumah itu, kakinya terlalu longlai untuk berdiri.

"Secretary Baekhyun. Dia telefon tadi." Ayahnya mendekati Arabella dengan senyumannya lalu menggosok kepala Arabella lembut. "Terima kasih Arabella sebab bersetuju, papa tak sangka yang-"

"Mama tahu tentang ni?"

"Yang itu..." Ayahnya berdehem. "Dah diuruskan. Arabella tak perlu risa-"

"Diuruskan macam mana?"

"Katanya... Baekhyun ada berjumpa dia di Odesse."

"Odesse? Bila masa dia pergi ke sana?"

"Minggu lepas. Dalam dua hari lagi dia akan balik ke sini semula."

Arabella mengetap bibirnya. Entah mengapa, dirinya terasa seakan-akan tersisih. Seolah-olah dia tidak penting dalam hal ini. Padahal Arabella yang akan berkahwin nanti, namun dia langsung tidak diberitahu tentang apa-apa berita sehinggalah hari ini secara mengejut. Itu pun setelah semuanya sudah selesai. Seolah-olah keterlibatannya akan mengganggu rancangan itu. Apapun perancangan itu, Arabella juga mahu terlibat. Dia juga mahu memberikan pendapatnya.

*****

Malam itu, Arabella keluar senyap-senyap daripada biliknya lalu menuju ke telefon rumahnya yang terletak di ruang tamu. Ketika itu semua orang sudah tertidur jadi dia mengambil kesempatan itu untuk keluar.

Buku dail di sebelah telefon rumahnya itu dicapai lalu dia menyelak-nyelak mukasurat sehingga dia menemukan nama yang dicarinya.

CEO Byun Baekhyun (MWN Group)

Arabella terpaku buat sementara. Daripada cara ayahnya itu mencatat nama Baekhyun dan gelarannya, apa itu bermakna bahawa Baekhyun ialah CEO kepada syarikatnya? Padanlah biliknya begitu besar seperti yang pernah dilihat Arabella sebelum ini ketika sedang mencari Baekhyun.

Walaupun lelaki itu tidaklah terlalu muda, tetapi Baekhyun boleh dikatakan agak muda untuk untuk memegang jawatan setinggi itu dalam umurnya. Kalau benarlah dia dapat menjadi CEO atas disebabkan usahanya sendiri, Baekhyun tentunya seorang yang hebat.

Jarinya menekan-nekan punat nombor di telefon rumah itu lalu menunggu beberapa ketika. Sekarang sudah jam 12 malam, jadi itu maknanya baru sahaja jam 6 petang di Odesse. Baekhyun pastinya masih terjaga lagi.

Ttut... Ttut... Ttut...

Arabella tiba-tiba merasa berdebar.

Ttut... Ttut... Ttut...

Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya, dia harus bersedia.

Ttut... Ttu-

"Hello, maaf terlambat. Ada apa Tuan Kim?"

Dan Arabella terus rebah di lantai dalam keadaan terduduk. Kakinya begitu lemah untuk menampung berat tubuh badannya. Mendengarkan suara itu, segala keberaniannya hilang begitu sahaja.

"Hello? Tuan Kim?"

"B-Baekhyun-sshi..." Arabella secara tidak langsung memanggil Baekhyun dengan panggilan formal. Sejak mengetahui bahawa Baekhyun merupakan CEO tadi, dia merasa agak segan untuk memanggilnya dengan namanya sahaja.

Panggilan itu sunyi seketika, yang menandakan bahawa Baekhyun sedang memeriksa kembali nama pemanggil di telefonnya sebelum dia bersuara kembali.

"Arabella?"

Arabella mengangguk malu sebelum menyedari bahawa Baekhyun tidak dapat melihatnya, jadi dia terus menjawab dengan agak tergesa-gesa. "He-hello..."

"Ini Arabella ke?"

"I-iya, ini Arabella... I-ini Baekhyun-sshi, kan?" Arabella memejamkan matanya. Ada apa dengannya? Mengapa dia begitu berdebar?

"Oh... Iya saya. Ada apa, Arabella?"

"Uhm... S-saya..." Berhenti gagap, Arabella! "S-saya ada pertanyaan..."

"Pertanyaan apa?"

"S-saya dengar awak ada berjumpa mama saya di Odesse. Apa katanya...?"

"Oh, itu. Jangan risau, Madame Honchar setuju saja selepas saya yakinkan dia."

Ibunya setuju?

"Awak yakinkan macam mana?"

"Saya cuma kata yang saya betul-betul nak berkahwin dengan Arabella."

Wajah Arabella terasa panas. Dia menepuk pipinya lalu menggeleng-geleng, menyedarkan dirinya. Jangan perasan, bukan itu maksud Baekhyun yang sebenarnya!

"Oh..." Arabella terdiam buat seketika, berfikir-fikir. Dia juga tidak mahu menamatkan panggilan itu kerana masih banyak yang mahu dipertanyakannya. Tadi semasa dia di bilik, banyak pula soalan di fikirannya. Tetapi sekarang, otaknya seolah-olah berhenti berfungsi ketika itu juga. Dia bahkan tidak dapat bertutur dengan baik.

"Uhm, papa Arabella ada bagitahu, tarikh perkahwinan?"

"Ada." Arabella mengetap bibirnya apabila memikirkannya, berasa sedih. "Kenapa Baekhyun-sshi tak bagitahu saya?"

"Saya ada bagitahu papa Arabel-"

"Bagitahu saya sendiri, maksudnya."

"Oh... Itu... Saya tak tahu pula yang Arabella menunggu."

"S-saya tak tunggulah, cuma... C-cuma saya tak nak ketinggalan dalam hal ni." Ekspresi wajah Arabella berubah kecewa. "S-saya tahu saya budak-budak lagi tapi hal ni tetap melibatkan saya. Jadi saya... Saya rasa saya ada hak untuk tahu, bukan melalui orang lain."

Senyap seketika.

Tetapi Baekhyun dan Arabella, kedua-duanya masih tidak menamatkan panggilan. Sehinggalah Baekhyun memecahkan keheningan antara mereka.

"Baiklah. Saya minta maaf, Arabella. Ada apa-apa permintaan yang Arabella nak saya masukkan dalam kontrak sebelum saya sahkan?"

Kontrak?

Arabella sedikit bingung, dia tidak begitu tahu tentang hal-hal seperti itu, tetapi tidak silap, dia ada mendengar Baekhyun menyebut tentang permintaan tadi. Permintaan... Kalau tentang itu, memang dia ada.

"Berapa... Berapa banyak permintaan saya boleh minta?"

"Selagi permintaan itu munasabah saya tak kisah berapa."

"Oh, uhm..." Arabella berfikir sejenak. "Saya... Saya nak perkahwinan ini kecil-kecil sahaja. Kalau boleh, ajak yang terdekat saja."

"Saya cuba. Ada apa-apa lagi?"

"Selepas kita kahwin..." Pipi Arabella seperti terbakar kerana terpaksa menyebut perkataan kita itu. Rasanya terlalu aneh. "S-selepas kahwin, saya boleh terus bersekolah, kan?"

"Ya, sudah tentu."

"Kalau macam tu... Boleh pindahkan saya ke sekolah lain? Kalau boleh saya nak ke sekolah biasa-biasa saja, di kawasan pedalaman pun saya sanggup."

"Sekolah lain? Kenapa?"

"S-saya tak nak perkahwinan ini diketahui sesiapa. Sekolah saya sekarang ni penuh dengan anak orang berada jadi mungkin... Mereka akan... Tahu."

"Papa Arabella tahu tentang ni?"

"T-tak... Jadi saya minta Baekhyun tolong bercakap dengan dia bagi p-pihak saya... Boleh?"

Dia seketika sebelum Baekhyun menjawab. "Baiklah. Ada lagi?"

Arabella menggosok pipinya. "Setakat ini itu saja."

"Kalau macam tu, saya tamatkan panggilan du-"

"S-selamat malam, Baekhyun." Arabella memejamkan matanya, berasa kekok sendiri kerana mengatakan itu.

Eh tetapi di sana 6 petang, bukan? Oh jadi patutkah dia mengucapkan selamat petang tadi? Tetapi pukul 6 petang itu sebenarnya malam atau petang? Bukankah itu hampir malam? Oh, maknanya senja? Jadi selamat senja? Tetapi selamat senja kedengaran lebih aneh-

"Baiklah."

Arabella sedikit hampa dengan jawapan Baekhyun yang sepertinya kurang responsif dengan ucapan selamatnya tadi.

"K-kalau ada apa-apa bagitahu saya, ya?" Kata Arabella dengan kekok.

"Baiklah, saya cuba."

Cuba, katanya dia akan mencuba.

Tetapi Arabella langsung tidak mendengar khabar tentangnya sehinggalah 'minggu depan' itu datang, dan itu maknanya dia akan berkahwin.

*****

Perkahwinan ini tidak bermakna apa-apa.

Arabella mengingatkan dirinya sendiri.

Tetapi tetap, dirinya tidak dapat menahan debaran di dadanya. Beberapa kali dia memeriksa wajahnya di cermin, memastikan bahawa dia kelihatan baik-baik sahaja. Itu merupakan kali pertamanya dia disolek sebegitu rupa, dan sejujurnya dia agak terkejut dengan hasilnya. Sebelum ini Arabella hanya pernah memakai pelembap bibir yang berwarna, tetapi sekarang, seluruh wajahnya dari bawah ke atas telah tersolek.

Buat kali pertamanya, Arabella merasa puas hati dengan wajahnya.

Pandangan Arabella teralih ke jam dinding. Sekarang sudah jam 10.45 pagi, tetapi Baekhyun masih lagi tidak sampai. Sepatutnya mereka sudah bermula jam 10 tadi.

Arabella menggigit bawah bibirnya perlahan, tenggelam dalam lamunan. Walaupun lelaki itu lambat, dia sebenarnya sedikit lega. Kakinya tadi begitu longlai untuk berjalan walaupun semalam dia sudah berlatih. Semalam dia berlatih seorang diri memandangkan Baekhyun sibuk, jadi lelaki itu tidak datang. Dia bahkan sebenarnya tidak berjumpa pun Baekhyun lagi setelah lelaki itu pulang dari Odesse.

"Cik Arabella, ada panggilan untuk Cik Arabella." Seorang wanita, yang Arabella sendiri tidak tahu siapa, menghampirinya. Di tangannya ada telefon yang dihulurkan kepada Arabella.

"Siapa?" Tanya Arabella dengan mata yang membulat. Jangan-jangan itu Baekhyun?

"Saya tak tahu, Cik Arabella."

Arabella mencapai huluran telefon itu lalu menjawabnya. "Hello?"

"Sweetie..."

Mata Arabella membesar. Dia mengenal suara itu. "Mama!"

"Mama minta maaf tak dapat datang. Mama... Ada hal."

"Tak apa." Arabella tersenyum nipis. Dia tahu bahawa ibunya sengaja memberi alasan. Ibunya itu pasti tidak sanggup melihatnya berkahwin dalam umur sebegini.

"Apapun, Mama doakan yang terbaik untuk Arabella. Jaga diri dan... Hati-hati."

Hati-hati?

Huh? Mengapa ibunya kedengaran bimbang? Dia bahkan kedengaran begitu takut.

"Arabella tak apa-apalah, Mama. Jangan risau. Baekhyun akan jaga Arabella." Dia mengatakan ayat terakhirnya lambat-lambat, tidak yakin. Dia hanya berkata seperti itu untuk menenangkan ibunya.

"Mama tahu, cuma Mama nak Arabella hati-hati dengan sesiapapun, termasuk bakal suami Arabella sendiri."

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa, Mama ingatkan saja. Okaylah Bella, Mama tamatkan panggilan dulu. Hati-hati."

Arabella tidak sempat membalas kerana ibunya sudah terlebih dahulu meletak gagang. Dia terkebil-kebil. Mengapa rasanya aneh ya, perlakuan ibunya kali ini?

Sedang Arabella berfikir, ayahnya datang ke bilik itu lalu mengetuk pintu di sebelahnya yang terbuka, yang menyebabkan Arabella langsung menoleh memandangnya.

"Bersedia, pengantin lelaki sudah sampai."

*****

Baekhyun menenangkan dirinya sendiri. Bisikan-bisikan antara tetamu yang hadir kedengaran begitu jelas di belakangnya, tetapi Baekhyun mengabaikan sahaja dan berpura-pura tidak mendengar. Dia memejamkan matanya kesal. Sudahlah dia sudah terlambat, dia juga sakit kepala sekarang.

Jongin yang berada di sebelahnya, sebagai pengiring pengantin, menjelingnya. Semalam, untuk mengakhiri waktu bujangnya, Baekhyun minum dengan begitu banyak sekali bersama Jongin, cuma yang berbezanya Jongin tidaklah minum sebanyak Baekhyun. Dia hanya menemani sahabatnya semalam. Dan pagi tadi, disebabkan Baekhyun minum dengan terlalu banyak sehari sebelumnya, dia hampir sahaja tidak bangun. Mujur Jongin datang untuk memeriksanya. Sangkaannya betul, iaitu Baekhyun masih lagi tidak terjaga.

Baekhyun memandang tepat ke depan, tidak sanggup untuk menghadap tetamu yang berbisik tentangnya. Dan mata Baekhyun bertemu dengan mata pendeta yang sedari tadi juga sedang memerhatikannya. Pendeta itu sepertinya juga sedang menilainya, jadi Baekhyun terpaksa mengalihkan tatapannya ke tepi, hanya untuk menemui wajah Jongin yang menjelingnya. Haih.

Tiba-tiba bunyi piano dimainkan, menandakan bahawa majlis akan bermula. Baekhyun memusingkan kepalanya ke belakang sedikit, hanya sekadar mahu melihat pengantin perempuan dan ayahnya masuk ke dalam dewan. Tetapi sebaik sahaja melihat Arabella, matanya terbuka luas. Buat seketika, dia mengelamun. Badannya secara tidak langsung berpusing menghadap ke belakang tanpa dia sedar.

Sementara Jongin hanya memerhatikan cara Baekhyun memandang Arabella dengan pandangan menilai. Tangannya yang memegang dulang yang berisi cincin itu menjadi keras, sebelum dia mencengkeram pemegang dulang itu.

Baekhyun sungguh kejam kerana memilihnya untuk menjadi pengiring pengantin pada hari perkahwinannya.

*****

Baekhyun menoleh ke arah Arabella yang duduk dengan kekok di tempat duduk sebelah pemandu. Kerusi kereta itu cukup besar untuknya tetapi dia tetap bersikeras untuk beringsut ke sisi, hampir melekat dengan pintu kereta, mencuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripadanya. Bukan itu sahaja, gadis itu juga tidak memandangnya langsung sejak di dewan tadi sehinggakan Baekhyun serba salah mahu menciumnya setelah menyarungkan cincin ke jarinya. Pada akhirnya Baekhyun hanya mencium atas bibirnya, itupun hampir tidak bersentuhan.

Cincin yang tersarung di jari Arabella itu sama dengan cincin di jarinya, membuatkan Baekhyun sedikit sebanyak merasa aneh. Dia fikir, dia tidak akan merasakan apa-apa tentang perkahwinan ini, tetapi dia silap. Baru ada kesedaran yang menghimpitnya tadi, bahawa dia benar-benar sudah berkahwin, dan dia tidak bujang lagi. Dia juga mempunyai seorang isteri muda yang kemungkinan besar sedang merajuk dengannya.

Arabella hanya gugup di sebelahnya sehingga dia terlupa untuk memakai tali pinggang keledar kereta. Baekhyun baru sahaja akan memakaikan untuknya, tetapi Arabella bereaksi cepat dengan memakainya sendiri terlebih dahulu lalu dia menarik nafas lega. Selagi dia tidak perlu berdekatan dengan Baekhyun, dia tidak apa-apa. Sementara Baekhyun hanya menghela nafasnya sebelum mula mengemudi kereta itu tanpa banyak soal. Ikut suka hatilah, Arabella...

Setengah jam memandu, tiada suarapun yang kedengaran. Kedua-duanya tidak mahu memulakan perbicaraan. Baekhyun sudah menyerah jadi dia tidaklah begitu kesah, sementara Arabella, dia terseksa. Tidak pernah dia berasa sekekok ini.

"Turunlah." Baekhyun menegurnya buat kali pertama hari itu, menyedarkan Arabella yang hampir tertidur di dalam kereta itu. Mereka sudah sampai di kediaman Baekhyun.

Baekhyun turun terlebih dahulu, sehinggakan dia hampir terlupa tentang Arabella. Jadi dia kembali ke kereta, menuju ke pintu kereta sebelah pemandu, lalu membukanya, hanya untuk menemukan Arabella yang tertidur kembali. Pasti gadis itu kelelahan.

"Arabella."

"Arabella?"

"Arabella Kim."

Namun gadis itu tidak bergeming. Lena betul tidurnya.

Baekhyun memikir-mikir buat seketika, sehingga dia membuat keputusan untuk mendukung sahaja gadis itu. Tangannya diselitkan di belakang leher dan lutut Arabella lalu apabila dia baru sahaja akan mengangkatnya, gadis itu terus tersedar lalu terpekik kecil ketika menyedari keadaannya sekarang.

"S-saya boleh berjalan!" Kata Arabella dengan cemas.

Baekhyun melepaskannya pegangannya semula. "Dah segar?"

"Y-ya."

"Bagus." Baekhyun menjauhinya lalu menyandarkan belakang badannya di pintu kereta belakang, menunggu Arabella keluar.

Gadis itu menghadapi kesukaran untuk keluar disebabkan oleh gaunnya yang panjang. Baekhyun boleh sahaja menolong, tetapi dia tahu yang Arabella akan menolak pertolongannya nanti, jadi dia menunggu sahaja sehingga Arabella berjaya dengan sendirinya. Dia membiarkan Arabella berjalan di hadapannya sementara dia mengikutinya daripada belakang seperti sebelum ini.

Seperti sebelum ini juga, mata Arabella pasti akan meninjau ruangan kediaman itu dengan takjub. Sehingga dia hampir terlupa bahawa Baekhyun berada di belakangnya, memerhatikan yang tidak lain tidak bukan dirinya.

Sampailah pembantu rumahnya datang menghampiri mereka untuk menyambut kepulangan mereka.

"Selamat atas perkahwinannya, Tuan." Pembantu rumah yang tampak agak berumur itu menunduk hormat yang dibalas dengan anggukan oleh Baekhyun. "Air mandian dah tersedia kalau Tuan dan Puan nak membersihkan diri."

Puan?

Arabella sedikit tersipu mendengarkan gelarannya yang sudah bertukar.

Baekhyun mengangguk lalu menghampiri Arabella di hadapannya daripada belakang. Kepalanya sedikit menunduk untuk berbisik di telinga Arabella.

"Arabella boleh mandi dan bertukar pakaian, selepas ni ada majlis resepsi di hotel."

Bahu Arabella sedikit terangkat, merasa geli dibisik sebegitu dekat. Dia memandang Baekhyun di belakangnya dengan pipi yang merona. "P-pakaian-"

"Semuanya tersedia di bilik saya, jangan risau."

"Bilik Baekhyun...?"

"Bilik kita, maksud saya."

Arabella menelan liurnya. Walaupun dia sudah dapat mengagak bahawa mereka kemungkinan akan tidur di bilik yang sama, tetapi dia masih mengharapkan bahawa Baekhyun akan membenarkan dia tidur di bilik lain. Dia tidak pernah tidur sebilik dengan mana-mana pun lelaki sebelum ini.

Belum sempat Arabella membalas, Baekhyun menyambung. "Saya akan tunggu di bawah sementara Arabella bersiap, jangan risau."

*****

Sudah satu jam berlalu, tetapi Arabella masih lagi tidak turun. Baekhyun melihat jam tangannya beberapa kali sehinggalah dia membuat keputusan untuk memeriksa Arabella di atas.

Tangannya mengetuk pintu bilik beberapa kali sehinggalah pintu itu terbuka separuh, menampilkan Arabella di sebalik pintu yang sudah siap berpakaian, cuma rambutnya masih lagi separa basah. Tetapi bukan itu yang menarik perhatian Baekhyun, kecuali mata Emeraldnya yang berair, menandakan bahawa gadis itu baru sahaja menangis.

"Boleh saya masuk?"

Arabella terdiam seketika sebelum dia mengangguk lalu berundur, memberikan laluan untuk Baekhyun masuk. Lelaki itu masuk lalu menutup kembali pintu dengan perlahan. Kakinya melangkah ke arah Arabella yang berdiri kaku di belakangnya. Kepala gadis itu tertunduk ke bawah. Di tangannya terdapat tuala yang sepertinya digunakan untuk mengeringkan rambutnya tadi.

Tangan Baekhyun mencapai tuala di tangan Arabella sehingga gadis itu melepaskannya. Lalu tuala itu dibawa ke kepalanya untuk mengeringkan rambutnya yang panjang. Mujur Arabella lebih rendah darinya, mudahlah kerja Baekhyun.

Arabella yang terkejut menahan tangan Baekhyun dengan malu. "T-tak perlu, saya boleh buat sen-"

"Saya yang nak lakukannya." Kata Baekhyun lalu menyambung apa yanh dilakukannya tadi. "Mendekatlah."

Arabella mendekatkan dirinya dengan patuh, membiarkan Baekhyun mengeringkan rambutnya. Dia malu, daripada ekspresi wajah Baekhyun tadi, pasti lelaki itu sudah mengesan bekas air matanya tadi. Mungkin kerana itulah Baekhyun melakukan ini untuknya.

"Arabella tak sihat?" Sengaja Baekhyun bertanya.

"Saya tak apa-apa." Perlahan sahaja suara Arabella.

"Kalau Arabella penat, Arabella tak perlu pergi ke majlis resepsi tu pun tak apa."

Arabella mendongakkan kepalanya. "Tak apa ke?"

"Iya, saya boleh bagi alasan untuk ketidakhadiran Arabella nanti. Arabella boleh berehat."

"Baekhyun tak malu pergi seorang diri nanti?"

"Buat apa saya malu, perkahwinan ini bukannya bermakna apa-apapun bagi saya." Jujur Baekhyun. "Kalau adapun orang, itu hanya orang-orang terdekat saya atau keluarga Arabella saja. Jadi jangan risau. Mereka pasti akan faham kalau saya jelaskan yang Arabella kurang sihat."

Arabella tersenyum tipis. Walaupun dia sudah tahu bahawa perkahwinan ini tidak bermakna apa-apa bagi Baekhyun, tetapi dia tetap terluka. Sebegitu mudahkah hidup Baekhyun? Berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dimahunya, dan malangnya sesiapa sahaja itu ialah dirinya. Tidak mustahil nanti Baekhyun akan menceraikannya sesuka hatinya, apabila dia tidak diperlukan lagi.

"Bila awak akan ceraikan saya?" Arabella tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya soalan itu. Dia terlalu memikirkannya sehingga soalan itu merunsingkannya. Kerana itulah dia menangis tadi. Banyak perkara yang menghantuinya. Apa selepas perceraian itu berlaku, dia akan dibiarkan begitu sahaja? Apa hubungannya dengan Baekhyun setelah itu? Apa dia akan menjadi janda muda nanti? Bagaimana dengan masa depannya?

Arabella kesal kerana tidak terfikirkan hal ini sebelum ini. Kalau dia ada memikirkannya, pasti dia tidak akan bersetuju untuk berkahwin dengan begitu mudah.

"Untuk masa ini... Jangan fikirkan tentang itu lagi." Baekhyun memegang pipi Arabella berlapikkan tuala lalu mengangkat wajah gadis itu, memandangnya. Dia sedikit tertegun melihat sepasang mata Emerald Arabella yang begitu indah bersinar disebabkan oleh air mata yang terkumpul di sana.

Sayangnya... Dia tidak dapat menghargai sepasang mata itu seperti dulu.

"Percayakan saya buat masa ini, saya akan jaga Arabella selagi Arabella jadi isteri saya."

Pipi Arabella bersemu merah mendengarkan perkataan isteri itu. Apalagi keluar dari mulut Baekhyun sendiri. Meskipun begitu, Arabella pasti tentang perasaan Baekhyun terhadapnya. Lelaki itu tidak mencintainya, itu sudah pasti. Di mata lelaki berumur 31 tahun itu, Arabella pasti hanya kelihatan seperti gadis 18 tahun yang kebudak-budakan dan tidak matang.

Tetapi Arabella juga tidak mengharapkan apa-apa, jadi tidak mengapa. Selagi dia tidak mempunyai perasaan itu terhadap Baekhyun, dia tidak akan terluka.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Arabella membuka mulutnya kembali.

"Tentang apa?"

"Tentang perkara sebelum ni. Saya... Tak faham kenapa Baekhyun perlu ugut saya untuk berkahwin, sedangkan awak baik saja dengan saya."

Dahi Baekhyun berkerut. "Maknanya?"

"Iyalah, sebab awak baik dengan saya jadi... Kalau awak minta dengan cara yang baik, mungkin saya terima saja tanpa perlu diugut. Kenapa perlu-"

"Arabella nampak saya."

"Huh?" Mata Arabella terkebil-kebil, tidak mengerti.

"Sebab Arabella nampak saya, sebagaimana saya nampak diri saya." Sebelah keningnya terjungkit ke atas sambil dia memandang Arabella dengan lebih dekat. "Arabella pasti saya seorang yang baik? Saya tak rasa begitu."

"S-saya..."

"Saya nampak cara Arabella pandang saya sebelum ni. Arabella pandang saya dengan curiga, walaupun saya tersenyum hampir setiap masa, saya tahu yang Arabella sebenarnya takut dengan saya. Senyuman saya tak dapat tipu Arabella, saya dapat lihat itu melalui mata Arabella." Tangan Baekhyun menuruni bahu Arabella sehinggalah ke pinggangnya. Dia merangkul badan Arabella mendekat dengannya sehingga tangan Arabella terpaksa menahan dada Baekhyun.

"Jadi saya pasti, yang Arabella takkan terima kalau saya lamar Arabella dengan cara baik sekalipun, kan?" Sebelah lagi tangan Baekhyun masih lagi di pipi Arabella, wajahnya menurun sehingga hidungnya menyentuh pipi Arabella. "Saya cuma berfikir, untuk dapatkan Arabella, mungkin saya perlu tunjukkan diri saya yang sebenar."

Baru sahaja Baekhyun akan menciumnya, Arabella segera memalingkan wajahnya, sehingga bibir Baekhyun akhirnya hanya mendarat di tepi telinga Arabella.

"L-lepaskan saya." Pinta Arabella perlahan.

"Baiklah." Baekhyun terkekeh sinis, sebelum melepaskan badan gadis itu.

Arabella langsung menjauhkan diri daripada Baekhyun. Dia kembali berasa gerun akan lelaki itu. Kalau hari pertama pun sudah begini, apalah yang akan terjadi kepadanya di hari-hari yang mendatang? Mampukah dia mengharunginya seperti biasa?

"Berehatlah. Saya akan pulang lewat, jadi tak perlu tunggu saya." Utar Baekhyun mendatar lalu menghampiri pintu. Sebelum keluar, sempat dia menoleh ke belakang untuk memberikan senyuman penuh makna kepada Arabella.

"Sampai ketemu lagi malam ini, my wife."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro