14 || Mentor
Mata Arabella melebar mendengarkan ucapan Baekhyun barusan tadi. Itu kali pertamanya Baekhyun mengatakan sesuatu seperti itu kepadanya dengan serius. Sehingga tanpa Arabella sedar, seluruh wajahnya sudah kemerahan, apalagi dengan wajah Baekhyun yang begitu hampir dengan wajahnya.
Baekhyun masih lagi tidak menjauhkan wajahnya, jadi Arabella tertanya-tanya sama ada lelaki itu mahu menciumnya. Dirinya sendiri merasa segan kerana soalan itu boleh terlintas di fikirannya. Kedua-dua tangannya terggenggam erat di ribanya sambil dia mengetap bibirnya cemas. Kalau memang benar lelaki itu mahu menciumnya, bagaimana? Apa dia harus membenarkannya ataupun tidak?
'Ttok Ttok'
Seperti doanya dikabulkan, tiba-tiba bunyi ketukan di pintu kedengaran, menghentikan segala pergerakan Baekhyun sebelum dia berdiri tegak semula seperti biasa dan membuka pintu.
Masuklah seorang wanita yang berkemungkinan ialah orang yang ditugaskan untuk menguruskan unit kesihatan itu. Dia sedikit tersenyum kepada Baekhyun sebelum meminta kebenaran untuk memeriksa Arabella.
Arabella hanya membiarkan dirinya diperiksa dengan kaku. Kadangkala wanita itu cuba bersembang dengan dirinya tetapi menjadi dirinya sendiri, Arabella tidak menjawab dengan begitu responsif. Arabella memang begitu, dia menjadi amat pemalu dengan sesiapa yang baru ditemuinya.
"Semua baik-baik saja, mujurlah..." Kata wanita itu dengan senyuman di bibirnya. Bagi Arabella raut wajah wanita itu amat manis sehingga Arabella sedikit cemburu. Badannya juga menarik, berisi di tempat yang sepatutnya. Arabella berharap agar nanti apabila dia sudah dewasa nanti, dia ingin menjadi seperti itu juga.
"Mungkin Ahreum terkejut tadi, jadi disebabkan itu Ahreum pengsan. Tapi selain itu, semuanya baik-baik saja. Kalau Ahreum nak pulang ke kelas sekarang pun boleh."
Pulang ke kelas?
"Ah, itu..."
Arabella melirik jam dinding, waktu sekarang masih tidak melepasi subjek cikgu lelaki yang menakutkan itu lagi. Sudah tentunya dia tidak mahu pulang ke kelasnya. Boleh jadi cikgu lelaki itu akan memarahinya dengan lebih teruk jika dia pulang ke sana semula.
Tetapi Arabella juga tidak mahu menyusahkan Baekhyun untuk menghantarnya pulang ke rumah. Sudahlah dia telah menyusahkan Baekhyun dengan menyebabkan lelaki itu bergegas ke sekolahnya hanya disebabkan hal remeh sebegini. Selama dia berada di rumah itu, dia tidak pernah melihat Baekhyun pulang ke rumah di waktu tengah hari atau awal petang. Lelaki itu sudah tentunya terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga dia tidak mempunyai masa untuk singgah ke rumah.
Biarlah dirinya dimarahi cikgunya sekalipun, Arabella sudah cukup malu kerana menyebabkan Baekhyun datang ke sini. Dia tidak mahu berhutang budi dengan lelaki itu lagi.
"Baik-"
"Saya akan bawa dia berehat di rumah." Baekhyun memotongnya.
Arabella tidak tahu sama ada dia patut gembira ataupun tidak. Bukannya apa, dia cuma tidak mahu membuang masa Baekhyun.
"S-saya boleh balik dengan ahjusshi." Ujar Arabella kepada Baekhyun. Ahjusshi itu adalah gelaran yamg digunakannya untuk memanggil pemandu peribadi Baekhyun yang menghantarnya pergi dan pulang ke sekolah setiap hari.
Kening Baekhyun berkerut. "Aku dah ada di sini, kenapa pula kau nak balik dengan dia?"
"S-saya tak nak menyusahkan awak..." Arabella bersuara perlahan.
"Tak apa, balik sajalah kalau Ahreum nak berehat. Saya boleh sediakan surat kebenaran." Wanita itu mencelah dengan senyuman di bibirnya.
Baekhyun mengangguk kecil. "Please do so."
Wanita itu menulis sesuatu dengan pennya sebelum bertanya kembali. "Maaf, tapi apa hubungan sebenar Encik dan Ahreum? Encik abang dia?"
Arabella meneguk liurnya. Dia tidak mahu statusnya terbongkar oleh sesiapa di sekolah itu. Matanya mengerling ke arah Baekhyun yang tampak tenang berbanding dirinya.
"Saya penjaga dia."
*****
Setelah menghantar Arabella pulang, Baekhyun terus berangkat ke tempat kerjanya semula tanpa singgah terlebih dahulu. Dia hanya menemani Arabella sehingga ke bilik tidurnya, memesan sesuatu kepada Mrs. Hana, dan pergi tanpa mengucapkan apa-apapun kepada Arabella.
Di rumah Arabella hanya menyambung tidurnya setelah menjamah sedikit makanan. Disebabkan dia telah menghabiskan satu malamnya dengan melakukan tugasannya, dia terus terlelap sebaik sahaja dia terbaring di atas katil.
Sedar-sedar sahaja, waktu sudah hampir menjelang malam. Arabella baru sahaja akan bangun dari pembaringannya apabila dia menyedari bahawa dia tidak berseorangan di dalam bilik itu. Baekhyun ada di sana, di depan almari, dengan hanya tuala yang terlilit di pinggangnya. Mujur sahaja badannya tidak menghadap Arabella.
Niat Arabella untuk bangun tadi terbatal. Dia terus memejamkan matanya semula dan berpura-pura tertidur kembali, menunggu masa yang lebih sesuai untuk dirinya bangkit. Namun lelaki itu mengambil masa begitu lama hanya untuk memilih pakaian, sehingga tanpa ditahan-tahannya, Arabella mencuri memandang Baekhyun dari bukaan kecil matanya.
Pemandangan itu amat asing di mata Arabella. Selama dia tinggal di rumah itu, tidak pernah sekalipun dia melihat Baekhyun bertelanjang dada. Lelaki itu biasanya memakai pakaiannya siap di dalam bilik air barulah dia keluar. Barangkali kerana Baekhyun menyangka Arabella ketiduran, jadi dia berani bertelanjang dada seperti itu.
Arabella tidak dapat melihat tubuh badan lelaki itu dari depan, tetapi dia tetap merasakan wajahnya memanas. Baekhyun tidak boleh dikatakan terlalu sasa tetapi tubuh badannya tegap meskipun dengan pinggangnya yang ramping. Namun kalau dibandingkan dengan Arabella, tubuh badan Baekhyun lebih besar menyebabkan Arabella kelihatan kecil di sebelahnya.
Setelah lelaki itu siap berpakaian, barulah Arabella bangkit dari pembaringannya. Dia berpura-pura menguap kecil, lalu menggosok-gosok matanya. Seolah-olah mempunyai sepasang mata di belakang kepalanya, Baekhyun terus menolehkan kepalanya untuk memandang Arabella. Pandangannya datar tanpa apa-apa ekspresi.
"Pergi mandi. Datang ke bilik kerja kecil aku selepas kau selesai." Ujarnya sebelum dia keluar dari bilik itu.
Arabella akur. Dirinya sedikit berdebar dipanggil seperti itu tetapi dia bukannya mempunyai pilihan. Jadi dia terus membersihkan dirinya dengan sedikit pantas.
Sambil Arabella memakai pakaian tidurnya, dia sedikit mengelamun memikirkan apa yang bakal terjadi selepas itu. Cara Baekhyun memanggilnya tadi membuatkan dia merasakan seakan-akan dia akan dimarahi sebentar lagi. Mungkin benar, memandangkan kebelakangan ini mereka jarang berkomunikasi, tambahan lagi dengan Arabella yang mengabaikannya.
Setelah berusaha mengeringkan rambutnya, Arabella segera turun ke tingkat bawah untuk menuju ke bilik kerja Baekhyun, ataupun dipanggil sebagai pejabat kecilnya di rumah itu. Baekhyun ada di sana, sedang membaca sesuatu dengan kaca mata di matanya. Itu kali pertama Arabella melihat Baekhyun memakai kaca mata.
Arabella masuk ke dalam bilik itu setelah mengetuk pintu beberapa kali, yang dibalas dengan 'hmm' oleh lelaki itu. Dia sudah menyiapkan dirinya secara mental dan fisikal tadi, bersedia untuk dimarahi. Arabella bahkan turut berjanji untuk tidak menangis sekiranya lelaki itu menengkingnya.
Namun riak wajah Baekhyun tidak dingin seperti yang disangkanya. Lelaki itu malah kelihatan seakan-akan dia menunggu kehadiran Arabella dengan sabar tadi. Arabella bahkan dapat melihat matanya yang sedikit membesar apabila Arabella muncul di hadapannya.
"B-Baekhyun..." Arabella menegur dengan kekok. Kedua-dua tangannya digenggam di paras perutnya dengan sopan.
"Duduklah." Baekhyun melirik ke arah kerusi di hadapannya, mengisyaratkan Arabella supaya melabuhkan punggungnya di sana. Arabella mengikut arahannya dan duduk dengan tertib.
"Kau pening lagi?"
Arabella menggeleng laju.
"Saya dah membaik. Tadi saya tidur agak lama jadi tenaga saya penuh semula." Katanya dengan bersungguh-sungguh, meyakinkan Baekhyun sebelum dia tersenyum segan. "Untuk tadi... Maaf sebab saya susahkan awak. Terima kasih juga."
"Tak perlu. Memang kau di bawah tanggungjawab aku sekarang."
"Tapi tetap... Awak sanggup datang ke sekolah semata-mata untuk perkara remeh macam tadi, jadi saya betul-betul berterima kasih."
"Perkara remeh?"
"Iya. Papa saya pun tak pernah datang ke sekolah dulu kalau saya pengsan."
Baekhyun menatap Arabella buat seketika sebelum mendengus sinis. Dasar Presiden Kim, anaknya sendiri pengsan pun dia tidak peduli?
"Kau selalu pengsan di sekolah dulu?" Soal Baekhyun, mencuba untuk mengorek perkara yang pernah berlaku sebelum mereka berkahwin. Dia perlu mengetahui banyak perkara tentang Arabella bagi mengenali keluarga gadis itu dengan lebih dekat.
"Ah, itu..." Arabella tampak gelisah. "I-iya..."
"Berapa kali?"
"Jumlah kesemuanya ke?" Mata Arabella terkebil-kebil. Mana mungkin dia dapat mengiranya, dia sudah terlalu kerap pengsan sehingga dia sendiri terlupa berapa kali dia pernah melaluinya.
"Seberapa kerap, maksud aku."
"Oh, dalam dua kali seminggu?" Arabella menjawab tidak yakin. Jarinya mengira-ngira semula sebelum dia menjawab kembali dengan semakin tidak yakin. "Entah, mungkin? Kadang-kadang tiga kali tapi bukan selalu."
Berkerut dahi Baekhyun dibuatnya. Jumlah itu agak banyak, bagaimana pula Presiden Kim boleh mengabaikannya? Bukankah itu bermakna gadis itu agak parah?
"Kenapa Presiden Kim tak datang untuk jemput kau kalau kau pengsan sekerap itu?"
"Entah, saya rasa dia fikir yang saya sengaja buat macam itu untuk dapatkan perhatian dia. Sebab itu saya cuba untuk... Kurang pengsan." Suara Arabella semakin lama semakin tenggelam. "Tapi saya memang baik-baik saja sebenarnya, jangan risau."
Risau?
Siapa pula yang risau?
"Kenapa Baekhyun panggil saya?" Arabella bersuara kembali. Dia kelihatan takut-takut meskipun dengan riak wajahnya yang tidak berubah. Baekhyun dapat melihat anak matanya yang bergetaran. Pasti dia menyangka bahawa Baekhyun mahu memarahinya.
"Kenapa kau rasa aku panggil kau?"
Kali ini mata gadis itu sedikit membulat. "S-saya tak tahu. Saya minta maaf."
Baekhyun boleh sahaja tertawa di situ juga sekiranya dia tidak mengawal riak wajahnya. Gadis kolot, kenapa pula dia harus meminta maaf? Baekhyun malah tidak mengatakan apa-apapun lagi.
"Ini." Baekhyun menghulurkan helaian kertas-kertas yang mengandungi data tentang pembelajaran Arabella selama ini di sekolah lamanya ke arah Arabella.
Mata Arabella semakin membesar sebaik sahaja membaca sedikit isi kandungan kertas itu. Riak wajahnya berubah cemas. "M-mana awak dapat ini?"
"Di sekolah lama kau."
"Bila?"
"Tadi?" Bukankah Baekhyun pergi ke tempat kerjanya tadi? "Awak pergi ke sekolah lama saya? Tadi?"
Baekhyun mengangguk kecil. "Aku baca sedikit tentang prestasi pembelajaran kau sebelum ini. Dan sejujurnya aku agak terkejut, sebenarnya."
Wajah Arabella memanas. Dia malu. Dirinya sendiri sedar akan prestasinya yang tidak begitu baik selama ini tetapi dia tidak pernah merasa malu, kerana papanya tidak begitu peduli walau apapun keputusan yang diperolehinya. Tetapi kali ini lain. Ini Baekhyun...
"Ada apa-apa yang kau nak bagitahu aku, Arabella?" Badan Baekhyun menuju sedikit ke depan melepasi meja. Matanya menatap tepat mata Arabella yang sedang mencuba untuk mengalihkan tatapannya.
"B-bagitahu apa..."
"Penjelasan, mungkin? Sebab-sebab kenapa prestasi kau semacam ini, atau apa-apa sahajalah."
"S-saya..." Kepala Arabella tertunduk ke bawah. "Saya minta maaf..."
"Aku tak suruh kau minta maaf, Arabella. Aku perlukan penjelasan."
Bibir Arabella sedikit bergementaran. Dia seakan-akan mencuba untuk menahan dirinya daripada menangis.
Ketika itu Baekhyun sedar bahawa dia tanpa sengajanya telah menakutkan gadis itu. Pasti nada suaranya kedengaran kasar di telinga Arabella. Padahal dia bukannya sedang marah, cuma memang cara dia berbicara seperti itu.
"Apa nada suara aku menakutkan kau?" Soalan itu meluncur keluar dari mulutnya tanpa disedarinya.
"A-ah?" Arabella sedikit terkejut. Matanya kini kembali menatap Baekhyun. "B-bukan, saya cuma... S-saya minta maaf..."
"Berhentilah meminta maaf." Baekhyun lama-kelamaan berasa tidak senang setiap kali mendengar permohonan maaf tanpa makna seperti itu.
"O-oh... Saya minta-maksud saya, baiklah."
"Begitulah." Sudut bibir Baekhyun sedikit terangkat. "Sekarang saya akan berbahasa formal dengan Arabella, jadi Arabella perlu bantu saya, boleh?"
"Bantu apa?"
"Bantu saya untuk bantu Arabella."
"Bantu saya...?" Gadis itu sedikit keliru. "Untuk apa?"
"Untuk tingkatkan prestasi Arabella dalam pembelajaran. Arabella pernah kata sebelum ini, yang saya berkahwin dengan gadis dungu. Tapi saya sebenarnya lebih tak suka dengan gadis yang malas berbanding gadis dungu. Dan saya yakin, yang Arabella bukannya dungu, cumanya Arabella kurang berusaha."
Arabella mengetap bibirnya. Dia jadinya teringat semula akan apa yang dikatakannya sebelum ini kepada Baekhyun. Ketika itu dia begitu biadab dengan lelaki itu.
"Jadi Arabella, berjanjilah dengan saya, yang Arabella akan berusaha mulai sekarang. Kalau bukan demi saya, lakukannya demi Arabella sendiri."
"T-tapi saya memang tak berapa pandai..."
"Percayakan saya, tak. Arabella bukannya tak pandai. Cuma kurang kesedaran, mungkin? Apapun, saya akan bantu Arabella, jadi Arabella kena bantu saya untuk bantu Arabella."
"Macam mana Baekhyun akan bantu saya?"
"Berjanjilah dahulu. Dan saya jamin yang saya akan bantu Arabella sedaya upaya saya."
Arabella agak ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila matanya bertatapan dengan mata lelaki itu, dia dapat merasakan keikhlasan dari pandangannya. Seolah-olah lelaki itu benar-benar mahu membantunya. Dan lelaki itu peduli terhadapnya.
"Saya janji."
*****
Baekhyun benar-benar menepati janjinya.
Sudah dua minggu berlalu, tetapi tidak ada seharipun lelaki itu terlupa untuk menghabiskan masanya mengajar Arabella di pejabat kecilnya itu. Setelah dia pulang dari tempat kerjanya, dia akan segera mandi lalu menuju ke ruang kerjanya itu meskipun dia kelelahan. Arabella juga biasanya sudah siap sedia di ruangan itu, menunggu Baekhyun dengan sabar. Biasanya Baekhyun akan terlewat sedikit tetapi Arabella memahaminya. Setidaknya lelaki itu sudah mencuba untuk pulang lebih awal daripada kebiasaannya sebelum ini jadi Arabella sudah cukup bersyukur.
Baekhyun tidak benar-benar mengajarnya, sebaliknya mementorinya. Dia akan menerangkan apa sahaja yang Arabella kurang jelas dengan sabar meskipun dia harus mengulanginya beberapa kali, memandangkan Arabella biasanya lambat tangkap. Arabella biasanya tidak suka belajar, tetapi entah mengapa dia setiap hari menantikan waktu itu, waktu di mana Baekhyun akan mengajarnya. Tidak dinafikan Baekhyun memang amat hebat kerana dia mampu membuatkan sesuatu yang susah dipelajarinya di sekolah selama ini menjadi ringkas begitu sahaja. Sehingga seronok pula.
Arabella sejujurnya agak terharu dengan apa yang dilakukan Baekhyun itu cuma dia berasa malu untuk meluahkan rasa syukurnya. Lelaki itu juga sepertinya mempunyai alahan terhadap ucapan seperti terima kasih, minta maaf, atau apa-apa pujian lain, jadi... Tidak mengapalah.
Malam itu, Arabella sedang belajar lagi bersama Baekhyun di ruangan itu. Lelaki itu menolongnya dengan tugasannya yang baru daripada cikgu lelaki yang menakutkan itu. Mujur atas bantuan Baekhyun, Arabella sudah dapat menyiapkan tugasannya dengan kurang tertekan berbanding dulu.
Kebelakangan ini juga, entah mengapa tetapi Ryujin sentiasa menawarkan dirinya untuk melakukan kerja bagi pihak Arabella walaupun Arabella tidak pernah memintanya. Secepat itu gadis itu berubah. Barangkali dia berasa bersalah akan apa yang pernah terjadi sebelum ini.
Arabella sedang sibuk melakukan tugasannya sehingga dia tidak sedar bahawa Baekhyun sudah hampir terlelap di hadapannya. Mereka duduk bertentangan di meja kerja Baekhyun, tidak begitu dekat dan tidak begitu jauh. Sehinggalah lelaki itu betul-betul tumbang di hadapannya, barulah Arabella menyedarinya. Lelaki itu tidak tumbang ke lantai, sebaliknya hanya kepalanya sahaja yang terlantar di meja berlapikkan dengan lengannya yang memang sudah ada di sana sejak tadi.
Sebaik sahaja mendengar bunyi gedebuk itu, Arabella menghentikan segala pergerakannya lalu memandang Baekhyun dengan matanya yang membulat. Pasti lelaki itu begitu kepenatan sehingga dia mampu terlelap di situ juga. Biasanya Baekhyun tidak akan dapat tidur selagi dia tidak berada di katilnya tetapi kali ini, dia ketiduran dalam posisi seperti itu. Arabella jadinya berasa bersalah. Disebabkan janjinya itu, Baekhyun terpaksa mengorbankan waktu rehatnya demi mengajar Arabella.
Arabella mahu menggeraknya, tetapi sebaik sahaja matanya terpaku ke arah wajah tidur Baekhyun, dia teragak-agak. Baekhyun tampak begitu tampan meskipun dalam keadaan seperti itu. Perlahan-lahan Arabella mengemaskan segala kertas-kertas di hadapannya dan menempatkannya ke tepi, lalu mengambil peluang itu untuk mengamati wajah Baekhyun.
Meskipun mereka tidur di atas katil yang sama, Arabella tidak pernah berpeluang untuk meneliti Baekhyun seperti ini. Kerana setelah habis waktu belajarnya, Arabella yang akan pulang ke biliknya untuk tidur terlebih dahulu. Kerana kata Baekhyun, dia masih mempunyai kerja lain yang perlu diselesaikan. Walaupun jauh di sudut hati Arabella, dia tahu Baekhyun sengaja berbuat begitu bagi mengelakkan Arabella berasa segan untuk tidur di waktu yang sama bersamanya.
Arabella tersenyum kecil. Selama dia berkahwin dengan Baekhyun, tidak pernah sekalipun lelaki itu mencuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Memang dia pernah mencuba menakutkan-nakutkan Arabella sebelum ini sehingga Arabella hampir terpengsan, tetapi kata Mrs. Hana, Baekhyun tidak berniat jahat seperti itu, dia hanya mahu menakutkan-nakutkan Arabella supaya Arabella berhenti berkelakuan buruk.
Arabella jadinya keliru. Dia tidak tahu sama ada mahu mempercayai lelaki itu ataupun tidak.
Berada di dalam posisi seperti ini, Arabella jadinya teringat akan apa yang pernah dilihatnya sebelum ini. Adegan yang terjadi di antara Baekhyun dan kawannya itu, Jongin. Sehingga ke hari ini dia tidak dapat melupakannya.
Ketika itu sudah lewat malam tetapi Arabella masih tidak terlelap kerana dia dahagakan air. Jadi dia turun ke tingkat bawah seorang diri meskipun sudah gelap. Mujur ketika itu Baekhyun dan Jongin ada di ruang tamu, jadi dia tidak begitu takut. Tetapi Arabella silap. Dia tidak ditakutkan dengan hantu, sebaliknya perkara lain.
Di sana, di atas sofa besar itu, Baekhyun dan Jongin sedang duduk bersebelahan masing-masing. Nampaknya Baekhyun sudah ketiduran, kerana kepalanya ketika itu tersandar di bahu Jongin. Posisi itu sendiri sudah cukup aneh, namun apa yang paling menakutkan Arabella adalah apabila Jongin mendekatkan wajahnya dengan wajah Baekhyun, seakan-akan dia mencuba untuk mencium Baekhyun.
Ketika itu Arabella sudah berada di atas tangga, baru sahaja akan naik ke biliknya, dan dia tanpa sengaja menyaksikan perkara seperti itu. Arabella begitu terkejut sehingga dia tanpa menjaga langkahnya terus mendaki anak tangga selaju mungkin sehingga menghasilkan bunyi yang agak jelas. Apapun yang terjadi, dia tidak mahu menyaksikannya. Itu menjijikkan.
Entah Jongin menyedarinya ataupun tidak, Arabella tidak tahu. Tetapi keesokan harinya, ketika Arabella sudah bersiap sedia untuk ke sekolahnya, dia tidak berani untuk masuk ke ruang makan memandangkan Baekhyun dan Jongin ada di sana. Jadi dia hanya menunggu di ruangan peribadi Baekhyun yang menempatkan grand piano itu. Dan ketika dia sedang menunggu itu, tiba-tiba dia menyedari kehadiran seseorang di sekelilingnya.
Benarlah sangkaannya, Jongin ada di sana, menatapnya dengan musykil.
Musykil?
Mengapa pula lelaki itu beriak seperti itu? Arabella juga tidak mengerti. Pandangannya antara keliru dan marah, tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata. Dan yang paling anehnya, adalah kerana lelaki itu tidak mendekatinya. Bukan kerana dia tidak mahu, tetapi lebih kepada dia tidak boleh, entah atas sebab apa. Dia hanya berdiri di muka pintu di sana dengan sebelah tangannya yang diselukkan ke dalam poket seluarnya.
Lalu dengan nada suara melengking dia bertanya, "Apa yang Puan Arabella lakukan di sini?".
Arabella tidak tahu harus menjawab apa untuk itu. Cara Jongin bertanya itu, seolah-olah membuatkan apa yang dilakukan Arabella ketika itu kedengaran begitu salah, padahal ketika itu Arabella tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia hanya duduk di dalam ruangan itu dengan senyap tanpa melakukan apa-apa. Tetapi Jongin menatapnya dengan keningnya yang hampir bertaut seolah-olah dia mahu menghentikan Arabella, cumanya dia tidak mampu.
Dan sebelum Arabella sempat menjawab, Jongin sudah beredar dengan wajahnya yang boleh dikatakan jauh dari senang. Dia bahkan kelihatan seolah-olah dia tidak berpuas hati dengan Arabella. Tetapi mengapa?
Lamunan Arabella terhapus apabila Baekhyun di hadapannya itu menukar posisi tidurnya di meja. Arabella ragu-ragu, tetapi entah atas dorongan apa, dia menarik kerusinya lalu menggesotnya sehingga dia berada di sebelah Baekhyun. Aroma maskulin dari tubuh badan Baekhyun yang bertentangan dengan aroma tubuh badan Arabella menerpa deria baunya.
Tangan Arabella diangkat perlahan-lahan sehingga ianya menyentuh rambut di dahi Baekhyun. Ketika lelaki itu tidak menggayakan rambutnya, rambutnya agak keriting, seakan-akan berombak, membuatkan lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding umurnya sekarang. Baekhyun memang kelihatan muda, kerana itulah Arabella tertipu ketika lelaki itu mengatakan bahawa dia berumur 24 tahun dulu.
Sepertinya Baekhyun begitu sensitif akan sebarang sentuhan ketika dia tidur, jadi kerana itulah dia terus bereaksi terhadap sentuhan Arabella di dahinya. Matanya mengernyit beberapa kali sebelum ianya terbuka sepenuhnya, memandang Arabella dengan tatapan musykil.
Arabella mulai cemas. Dia khuatir sekiranya Baekhyun salah faham terhadap dirinya.
"B-Baekhyun, saya-"
"Kau sudah selesaikan tugasan kau?"
"Ah, itu... Belum." Arabella semakin malu. "S-saya nak sambung esok saja."
"Apa kerana aku tertidur kau berhenti?"
"B-bukan! Tak! Saya... Saya memang mengantuk sekarang." Arabella bingkas berdiri lalu membetulkan rambutnya sebelum dia menunduk kecil kepada Baekhyun tanpa melihatnya. "Saya tidur dulu."
Sebaik sahaja dia akan melangkah pergi, lengannya ditarik dengan cukup kuat sebelum dia terduduk semula. Atau yang lebih tepatnya, dia terduduk mengiring di atas riba Baekhyun dengan bahunya yang menyentuh dada lelaki itu.
Arabella cemas. Dia mencuba untuk melepaskan dirinya tetapi badannya direngkuh erat sehingga mahu tidak mahu dia terpaksa mendiamkan diri.
"Bertenanglah."
Arabella tidak mengerti bagaimana lelaki itu boleh mengatakan perkataan itu dengan begitu tenang sedangkan wajahnya sudah kemerahan seperti itu. Duduk di posisi seperti itu di atas riba lelaki, rasanya amat memalukan. Apa lelaki itu akhirnya akan mengambil kesempatan ke atas dirinya?
"A-apa yang awak cuba lakukan??"
"Kenapa kau terlalu takut dengan aku?" Dahi Baekhyun sedikit berkerut. "Bertenanglah. Aku tak akan lakukan apa-apa yang melampaui batas."
"Hah??" Arabella terkebil-kebil. Apa pula maknanya itu??
"Boleh kau bertenang?"
"Kenapa-"
"Boleh kau bertenang?" Baekhyun mengulangi soalan yang sama dengan riak wajahnya yang serius. Namun suaranya melembut pula. Sehingga Arabella kehilangan kata-katanya.
"B-bertenang?"
"Iya. Boleh kau lakukannya?"
Ada beberapa jeda sebelum Arabella menjawab dengan ragu-ragu. "S-saya cuba."
"Bagus."
Sebelah tangan Baekhyun bergerak melingkari pinggang Arabella sementara sebelah lagi tangannya menyentuh dagu gadis itu. "Sekarang pandang aku."
Arabella begitu malu sehingga dia tidak mampu meskipun hanya untuk mengangkat wajahnya.
"Pandang aku, Arabella." Lelaki itu terus-terusan berbisik di telinganya sehingga menyebabkan seluruh badannya meremang.
Setelah mengetap bibirnya, Arabella mengangkat wajahnya untuk bertatapan terus dengan Baekhyun. Meskipun dia duduk di atas riba Baekhyun, ketinggiannya tetap tidak dapat melepasi Baekhyun.
Seketika dia melihat tatapan Baekhyun melembut. Ibu jari lelaki itu di dagunya tadi menyentuh bibirnya pula, sebelum dia bersuara datar tanpa perasaan.
"Aku nak cium kau."
Hah?!
Mata Arabella terbeliak. Dia hampir sahaja ternganga di situ juga kalau dia tidak mengawal emosinya. Entah bagaimana dia harus menjawab kepada lelaki itu, kerana ayatnya itu tidak kedengaran seperti soalan, tetapi dalam masa yang sama Baekhyun tidak melakukan apa-apa selain daripada merenung matanya sedalam-dalamnya, seolah-olah dia sedang meminta kebenaran Arabella.
"Un-untuk apa?"
"Kalau aku cium, apa kau akan pengsan?"
"Uh..." Suara Arabella semakin mengecil. "Saya tak tahu...?"
Tangan Baekhyun yang melingkari pinggangnya tadi menariknya semakin mendekat, sehingga mereka betul-betul dekat. Arabella menyelitkan tangannya di antara dadanya dan Baekhyun, merasakan detak jantung lelaki itu. Seketika dia meneguk liurnya, mengambil nafas beberapa kali.
"Bertenang..." Bisik lelaki itu. Arah pandangannya menurun dari mata Arabella ke bibirnya lalu tangannya mencekup pipi gadis itu, sedikit menarik ke arahnya.
Sebelum kedua-dua bibir itu menyatu bersama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro