Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 || Mine

Pagi itu, ketika Arabella baru sahaja akan bersarapan di ruang makan, niatnya terbatal begitu sahaja apabila melihat Baekhyun dan Jongin di sana. Matanya sedikit melebar, lalu dengan pantas dia berpusing balik untuk menuju ke pintu rumah. Apapun yang terjadi, dia tidak mahu bersarapan dengan dua lelaki itu. Jadi lebih baik dia ke sekolah dengan lebih awal.

Selepas menyarungkan kasut sekolahnya, tiba-tiba dia merasakan kehadiran seseorang di belakangnya. Sangkanya itu ialah Mrs. Hana, tetapi air liur Arabella tercekat apabila mendapati bahawa itu ialah Baekhyun.

Lelaki itu, dengan pakaian kerjanya yang sudah lengkap, rambutnya yang sudah digayakan dan tangannya yang disilangkan di dada, menatapnya dengan tatapan menyelidik sehingga sedikit sebanyak Arabella merasakan tidak selesa.

"Ada apa?" Tanyanya dengan matanya yang masih sibuk meneliti Arabella.

"Hah?"

"Kau tak akan bersarapan?"

Baru sahaja Arabella akan menjawab, namun lelaki itu terus mencelahnya kembali, tidak memberikan dirinya peluang untuk membuka mulut. "Apa kau berniat untuk menyusahkan aku, Arabella? Aku pernah kata sebelum ini, kau, di bawah tanggungjawab aku. Kalau apa-apa yang terjadi kepada kau, aku yang akan disalahkan pada akhirnya."

Arabella terkedu mendengarkan ton suara Baekhyun yang sudah berubah dingin. "S-saya tak lapar..."

"Jangan berikan alasan semacam itu kepada aku, Arabella."

Semakin gelisah Arabella dibuatnya. Dia mencuba membuka mulutnya untuk membela dirinya, tetapi ditatap seperti itu oleh Baekhyun, lidahnya serta merta menjadi kelu sehingga tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya.

"Sudah tiga hari, Arabella, tiga hari. Apa niat kau larikan diri daripada aku seperti ini?"

Tiga hari... Arabella tidak dapat menafikannya.

Memang semenjak dua menjak ini dia sering mengelakkan dirinya bertembung dengan Baekhyun. Bukannya Baekhyun ada melakukan apa-apa kesalahan kepada dirinya, cuma Arabella sahaja yang tidak sudi melihatnya.

Semuanya sejak... Dia melihat sesuatu...

"Aku tak suka bercakap seorang diri." Baekhyun berkata lagi, sedikit demi sedikit kesabarannya menurun.

"Saya... Minta maaf." Arabella menundukkan kepalanya. Hanya itu sahaja yang mampu diucapkannya. Dia tahu, sekuat manapun dia cuba untuk memberikan alasan kepada Baekhyun, lelaki itu tidak akan mempercayainya. Di mata Baekhyun, pasti Arabella hanya memberikan alasan untuk menutupi kesalahannya.

"Aku tak perlu permohonan maaf kau. Cakap saja apa yang kau pendam selama beberapa hari ini."

Arabella menggenggam sisi uniform sekolahnya, teragak-agak sama ada dia perlu memberikan alasan yang sebenarnya ataupun tidak.

"S-saya... Cuma... Saya-"

"Ini bekalnya, Puan Arabella." Tiba-tiba ada bekalan makanan yang dihulurkan ke arahnya. Di sebelah Baekhyun, Mrs. Hana berdiri di sana yang entah sejak bila.

"O-oh..." Arabella keliru pada mulanya tetapi dia segera memahami mengapa bekalan itu diberikan kepadanya. Wanita berumur itu seperti tahu-tahu sahaja bahawa dia memerlukan bantuannya ketika itu.

"Selamat pagi, Tuan." Sempat lagi Mrs. Hana menunduk hormat kepada Baekhyun. Lalu dia menyambung dengan lancar. "Puan Arabella minta saya siapkan bekal ini untuknya. Dia sudah berada di akhir tahunnya, jadi sekarang kelas awal pagi sudah bermula. Harap Tuan mengerti."

Dengan teragak-agak Arabella mengambil bekalan makanan itu meskipun keliru mendengarkan penjelasan Mrs. Hana tadi. Dia tidak pernah sekalipun meminta Mrs. Hana untuk menyediakan bekalan makanan untuknya, apalagi menceritakan tentang kelasnya kepada wanita berumur itu. Fahamlah dirinya bahawa Mrs. Hana mencuba untuk menolongnya. Pasti wanita itu menyedari ketegangan antara mereka tadi.

Jelas terpancar riak ketidakpuasan hati di wajah Baekhyun. Tetapi yang anehnya, lelaki itu mendiamkan diri sahaja, seolah-olah dia menerima alasan itu yang diberikan oleh Mrs. Hana meskipun hatinya tidak rela. Arabella menyedari itu. Setiap kali berhadapan dengan Mrs. Hana, kuasa Baekhyun seakan-akan berkurangan.

Arabella mengemaskan pegangannya terhadap bekalan makanan itu sebelum menunduk hormat. "S-saya bergerak dulu."

Lalu dia terus pergi meninggalkan mereka tanpa memberikan pandangan terakhirnya.

*****

"Ahreum, saya minta maaf sebab tak sempat siapkan bahagian saya lagi. Kebelakangan ni saya tak berapa semangat untuk belajar. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya dah cuba tapi saya betul-betul tak boleh. Awak faham saya, kan?"

"Mn." Arabella menjawab pendek tanpa memandang Ryujin di depannya itu. Tangannya sibuk menulis-nulis laporan di kertas kosong dengan laju. Kerja itu sepatutnya dilakukan oleh Ryujin, tetapi disebabkan alasan yang diberikan oleh gadis itu tadi, Arabella terpaksa melakukan di pihaknya.

Empat hari yang lepas, mereka ditugaskan bekerja berpasangan untuk tugasan baru mereka. Ketika itu Arabella baru sahaja masuk ke sekolah itu, jadi dia tidak mempunyai kawan untuk bekerja bersamanya. Mujur ketika itu Ryujin tiba-tiba menegurnya, mengajaknya untuk bekerja bersama-sama.

Arabella sudah tentunya berasa lega, kerana selain menawarkan diri untuk bekerja bersamanya, Ryujin juga turut berkawan dengannya. Dan mulai saat itu, mereka sering bersama-sama. Ryujin banyak berkongsi tentang kehidupannya, masalahnya dan minatnya kepada Arabella.

Ryujin seorang otaku, Arabella tidak pernah melihat seseorang yang sebegitu gila akan anime selain Ryujin. Pernah sekali dia pergi ke rumah Ryujin untuk menghantar kerja bahagiannya, dan dia ternampak ruangan bilik Ryujin yang dipenuhi dengan poster-poster chibi, sama ada yang dibeli atau dilukisnya sendiri, dan barang-barang perhiasan yang lainnya. Malah tempat tidurnya juga bertemakan anime kegemarannya, dengan cadar dan sampul bantal bergambar watak anime yang tidak dikenali Arabella. Terdapat juga patung yang kelihatan seakan-akan watak anime itu di atas katilnya.

Arabella kagum pada mulanya, tetapi lama-kelamaan ada ketidakpuasan di hatinya melihatkan Ryujin yang begitu fokus dengan minatnya sehingga menyebabkan kerja mereka berdua sedikit tergendala. Padahal kerja ini perlu dihantar esok.

"Saya minta maaf sebab susahkan awak..." Ryujin berkata lagi dengan suaranya yang semakin merendah. "Awak tahu kan yang saya memang tak bersemangat lagi untuk belajar macam dulu... Saya malah tak tahu pun yang kita sebenarnya perlu buat apa. Sebab tu saya teragak-agak. Saya rasa bodoh sangat. Semalam saya menangis tak henti sebab tak dapat lakukan apa-apa. Maafkan saya, Ahreum."

Arabella tahu.

Ryujin pernah menceritakan kepadanya yang dia sebenarnya tidak minat belajar, dan dia dipaksa oleh ibu bapanya untuk belajar, jadi dia tertekan kerana itu bukan minatnya.

Arabella menghela nafasnya. "Kalau macam tu, saya datang rumah awak hari ini nak? Kita siapkan bahagian awak ni sama-sama." Arabella menawarkan pertolongan. Dia sebenarnya sudah siap dengan kerja bahagiannya meskipun bahagiannya lebih banyak daripada Ryujin, tetapi melihatkan Ryujin yang tertekan, dia merasa serba salah.

"Bila? Hari ni?"

"Ya."

"Oh hari ni... Saya tak bolehlah. Saya... Ada hal."

"Hal apa?"

"S-sesuatu..."

Arabella kehilangan kata-kata. Padahal kerja ini perlu dihantar esok, bagaimana lagi caranya untuk menyiapkannya kalau begini?

"Ahreum, awak tolonglah saya... Kali ni saja. Saya janji, nanti bila ada presentation, saya akan siapkan skrip untuk kita berdua. Masa tu awak tak perlu buat apa-apa, okay?"

Setelah lama mendiamkan diri, Ryujin memujuknya sekali lagi. "Tolonglah, Ahreum... Semalam masa saya cuba siapkan, saya hampir menangis sebab tak boleh buat apa-apa. Saya sedar yang saya ni bodoh. Saya pun sedar yang saya... Tak berguna. Saya-"

"Baiklah." Arabella menjawab pasrah.

*****

Pulang sahaja daripada sekolah, Arabella terus menuju ke biliknya dan bergegas menyiapkan kerja bahagian Ryujin. Fikirannya serabut ketika itu, apalagi mendapati bahawa Ryujin bukan sahaja tidak menyiapkan kerjanya, tetapi dia malah tidak melakukan apa-apapun. Jadi Arabella terpaksa melakukan semuanya sendirian, memeriksa kerja bahagiannya sendiri sebagai rujukan.

Hampir lima jam dia melakukan kerja itu tanpa henti. Arabella bahkan masih memakai uniform sekolahnya, tidak sempat untuk menukarnya terlebih dahulu. Makan juga tidak sempat. Sehingga tanpa dia sedar, dia ketiduran di meja itu kerana kepenatan.

Entah buat berapa lama dia tertidur. Dia hanya tersedar apabila mendengar bunyi pergerakan menyelak-nyelak kertas di sebelahnya. Apabila Arabella sedikit terjaga, matanya melotot apabila menyedari Baekhyun sedang berdiri di sebelah mejanya itu, memeriksa kerja yang dilakukannya tadi.

"B-Baekhyun..." Arabella membetulkan rambutnya. "Awak balik awal."

"12 tengah malam itu awal bagi kau?"

12 tengah malam?!

Badan Arabella menegak. Matanya terus mencari jam dinding dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bahawa apa yang dikatakan Baekhyun tadi benar. Memang sudah jam 12 tengah malam, dan Arabella masih tidak menyiapkan kerjanya lagi!

"Kenapa kau masih berpakaian sekolah?" Baekhyun bertanya sambil melihat kertas yang mengandungi kerja Arabella tadi, tidak menyedari perubahan riak wajah Arabella yang sudah berubah cemas.

"S-saya..." Fikiran Arabella berserabut. Dia tidak dapat menyusun ayat dengan baik. Tangannya sibuk mencari kertas kerjanya yang sudah hilang daripada meja dengan cemas. "M-mana... M-mana kerja saya tadi..."

"Di sini." Baekhyun sedikit menggoyangkan tangannya yang memegang kertas itu. "Ini kerja kau?"

Arabella sedikit lega. Sangkanya, kerjanya itu sudah hilang. Baru sahaja dia akan mengambil semula kerja itu, Baekhyun tiba-tiba menyelaknya kembali, memeriksanya.

"Kerja semacam apa ini, Arabella? Ini draft pertama atau memang hasil kerja kau semacam ini?" Wajah Baekhyun berkerut. "Penulisan kau tak kemas, terlalu berderet tapi tak mempunyai apa-apa isi. Dengan susunan yang tak teratur, penggunaan terma yang tak betul. Apa ini sebenarnya?"

Arabella berasa terhina. Dia baru sahaja terjaga setelah penat melakukan kerja yang sepatutnya disiapkan dalam masa seminggu, dan apabila terjaga dengan lapar dan lelah, kerjanya dikritik seperti itu oleh Baekhyun tanpa berlapik.

"Apa-"

"Berikan kepada saya." Suara Arabella mendatar, tangannya terulur ke arah Baekhyun.

"Kenapa, kau akan betulkannya?"

"Berikan kepada saya." Arabella mengulangi ayat yang sama, terlalu lelah.

"Kau tak akan hantar kerja yang seperti ini kan?"

"Beri."

"Jawab, Arabella. Apa kau akan-"

"iya, saya akan hantar kerja ini macam ini dan saya tak akan betulkannya! Jangankan betulkan, tengok pun saya tak akan!" Suara Arabella meninggi. Dia bangun lalu merampas kertas itu dari tangan Baekhyun dengan geram sebelum memandang lelaki itu dengan tajam. "Sekarang puas hati awak?!"

Wajah Baekhyun berubah dingin. Rahangnya mengeras. "Arabella."

"Apa, awak kecewa sebab saya tak sebijak awak? Saya minta maaf, Baekhyun, tapi isteri awak ini memang tak pandai. Tahniah sebab kahwin dengan gadis remaja hingusan yang dungu macam saya! Awak boleh ceraikan saya sekarang!"

Baekhyun terdiam lama. Mereka bertatapan buat beberapa ketika sebelum Baekhyun bertutur dengan suara yang ditekan.

"Biadab."

Ditatap sebegitu keji oleh Baekhyun dengan tatapan menilainya, Arabella berasa begitu terhina. Serta merta matanya terasa panas, sebelum pandangannya dikaburi air mata. Bibirnya diketap lalu ada air mata yang membasahi wajahnya.

Arabella sendiri terkejut akan apa yang baru diucapnya barusan tadi. Seumur hidupnya, tidak pernah dia sebiadab itu kepada orang dewasa. Malah meninggikan suaranya pun dia jarang. Dia sebenarnya berasa bersalah dan malu kerana berkelakuan seperti tadi di hadapan Baekhyun. Cuma dia tidak menyangka yang Baekhyun akan memandangnya sekeji itu, apalagi ketika Arabella begitu sensitif ketika itu. Dia cuma tertekan, tetapi dia juga tidak pandai mengawalnya, menyebabkan dia sedikit meledak tadi.

"S-saya..." Matanya sedikit terpejam akibat mahu menahan tangisnya, lalu lengannya menutupi mulutnya sebelum dia betul-betul menangis. "Salah saya!"

Lalu dia terus berlarian keluar daripada bilik itu untuk menangis sepuas-puasnya di luar.

*****

Arabella mengelap air matanya beberapa kali sambil menyambung kerjanya di ruang yang menempatkan grand piano Baekhyun. Dia tidak mahu masuk ke biliknya memandangkan Baekhyun ada di dalam sana, dan Arabella sejujurnya sudah malu untuk menunjukkan wajahnya di depan lelaki itu setelah apa yang berlaku tadi.

Pada mulanya dia bercadang mahu menyiapkan kerjanya di ruang tamu, tetapi entah mengapa dia tidak boleh lagi ke sana setelah terlihat sesuatu beberapa hari yang lepas. Dia pasti, jika berkekalan di sana, dirinya akan teringat-ingat sesuatu itu sehingga dia tidak dapat menyiapkan kerjanya. Terdapat juga pejabat kecil Baekhyun, yang terletak di sebelah biliknya, tetapi Arabella tidak berani untuk ke sana. Jadi pada akhirnya, dia memilih untuk melakukan kerjanya di ruangan yang menempatkan grand piano itu juga meskipun pencahayaan di tempat itu minimalis.

Sejak dia mula melakukan kerjanya kembali tadi, air matanya tidak henti-henti mengalir, apalagi melihatkan waktu yang sudah suntuk di awal pagi. Tambahan pula, Arabella amat lelah dan lapar. Sehingga buat beberapa ketika, dia terpaksa berhenti melakukan kerjanya seketika, hanya untuk menangis sepuas-puasnya, mengasihani dirinya sendiri. Dia berasa begitu menyedihkan.

Hari itu seakan-akan begitu malang buatnya.

Sehinggalah Arabella mendengar derapan tapak kaki seseorang yang menghampirinya, baru Arabella segera mengesat air matanya dan berpura-pura sibuk dengan kerjanya kembali. Kerana daripada bunyi derapan kaki itu, dia sudah dapat mengenali pemiliknya dengan begitu mudah.

Baekhyun.

Mujur Arabella tidak duduk di grand piano itu, sebaliknya di meja kecil berdekatan dengan tingkap besar di dinding ruangan. Kedudukannya itu menyebabkan dia tidak menghadap pemandangan di belakangnya, iaitu lokasi terletaknya grand piano dan kemungkinan besarnya, Baekhyun.

Arabella meneruskan kerjanya dengan perlahan. Separuh sisinya meminta dirinya untuk mengabaikan kedatangan Baekhyun, namun separuh lagi sisinya menunggu Baekhyun datang untuk menegurnya.

Sehinggalah bunyi alunan piano kedengaran di belakangnya, begitu mendayu dan pada masa yang sama, begitu mendamaikan. Tahulah Arabella bahawa Baekhyun yang memainkannya.

Buat masa yang lama, lelaki itu hanya memainkan piano tanpa mengatakan apa-apa dengan begitu fokus, seolah-olah Arabella tidak ada di situ. Arabella merasakan dorongan kuat untuk menoleh ke belakang dan meminta maaf, tetapi keegoannya membatasi tindakannya.

Setelah lelaki itu menyelesaikan tiga buah lagu, barulah lelaki itu bersuara perlahan. Begitu perlahan sehingga Arabella menyangka bahawa Baekhyun bercakap dengan orang lain.

"Berhati-hatilah."

Itu sahaja yang dikatakannya. Ayat itu kedengaran tergantung, seakan-akan masih ada sambungannya, jadi Arabella tidak dapat menahan dirinya daripada menunggu.

"Dengan cara kau memaafkan orang lain, cara kau bertoleransi dengan orang lain... Berhati-hatilah."

Arabella masih tidak menjawab. Dia tidak berani membuka mulutnya. Jadi tangannya bergerak-gerak, melukis bulatan yang berpusing beberapa kali di sudut kertasnya.

"Dengan cara kau lakukan semua itu, kau sebenarnya sedang mengajar orang lain, bagaimana caranya untuk melayan kau. Kau menunjukkan kepada orang lain, berapa nilai diri kau."

Pensilnya yang tadinya membentuk bulatan berulang kali, kini sudah berhenti. Tiada pergerakan, sebaliknya hanya kesunyian yang menghimpit, menunggu untuk diisi.

Bagaimana..... Caranya untuk melayan kau...

Arabella tiba-tiba sahaja teringat akan Ryujin.

"Kalau kau biarkan diri kau dilangkah, kau akan dipijak pada akhirnya. Tapi kalau kau berani memberikan halangan, kau dapat menetapkan had limit kepada orang lain, sampai di kawasan mana mereka patut berpijak."

Arabella menggigit bibirnya. Berperang dengan dirinya sendiri sama ada dia patut menjawab kembali ataupun tidak.

"Tengoklah kau sekarang, betapa menyedihkan. Atau kau memang suka dipijak orang lain?" Baekhyun menyambung, sehingga Arabella tidak dapat menahan dirinya lagi untuk menjawab.

"Apa yang Baekhyun cuba sampaikan sebenarnya?" Dia mencuba untuk berbahasa sopan, meskipun hatinya sudah panas mendengarkan segala ucapan lelaki itu barusan tadi.

"Kau sendiri faham." Kedengaran bunyi tapak kaki lelaki itu semakin jelas di telinga Arabella, menandakan bahawa lelaki itu sedang menghampirinya. Lalu tiba-tiba, kertas kerja di tangan Arabella diangkat oleh lelaki itu sebelum sempat Arabella menghalangnya.

"Ryujin... Jadi itu namanya?" Baekhyun berdecit. Tangannya kembali meletakkan kertas kerja itu di meja di hadapan Arabella lalu tangannya mendepa sebelum ianya direhatkan di atas meja itu. Badannya sedikit menunduk, matanya memerhatikan wajah Arabella yang tidak sudi memandangnya.

"Kau fikir dengan berbuat baik begini, kau akan dibalas dengan kebaikan semula?" Sebelah keningnya terjungkit ke atas. "Salah, Arabella. Dunia bukan begitu lagi. Hapuskan segala fantasi kau dan hiduplah di dunia yang nyata."

Akhirnya Arabella membalas pandangan lelaki itu. Baekhyun sungguh aneh. Ketika Arabella cuba berbaik dengannya, Baekhyun selalu menolak, tidakpun, mengabaikannya. Namun apabila Arabella menjauhkan dirinya sesuai keselesaan lelaki itu, Baekhyun pula yang tidak henti-henti mencuba untuk berbicara dengannya, meskipun ianya tidak boleh dikatakan untuk berbaik.

"Apa kaitannya masalah saya dengan Baekhyun?"

"Aku cuma tak suka lihat orang lemah seperti kau terus-terusan digunakan."

"Digunakan?" Wajah Arabella berkerut. "Siapa pula yang kata saya digunakan?"

"Tak ada siapa. Perbuatan kau menunjukkannya."

"Saya tak digunakan, dan saya tak lemah. Berhenti cakap perkara macam itu tentang kawan saya. Awak tak kenal pun dia, apa yang dia harungi selama ini untuk bertahan. Jadi awak tak ada hak untuk tentukan baik atau salah dalam hal ini."

Sudut bibirnya terangkat, mempamirkan senyuman mencemuhnya. "Iya, sudah tentulah... Dia sahaja yang terseksa, dia seorang sahaja yang menyedihkan. Jadi kau, sebagai hero, perlu memahami segala kesalahan dia. Senang saja, sebab dia menyedihkan, sebab hidupnya sengsara. Itu sudah cukup untuk tutup segala kesalahan dia, kan? Sebab walau apapun kesalahan yang dilakukannya, itu terjadi disebabkan oleh hidupnya yang menyedihkan. Bukan salah dia."

Arabella terdiam. Kali ini dia tidak tahu harus menjawab apa. Apalagi melihatkan riak wajah Baekhyun yang mulai berubah.

"Masalah tak menggambarkan keperibadian seseorang, Arabella. Kalau memang adapun masalah, itu sesuatu yang perlu kau harungi, bukannya diambil kira dalam perjalanan kau. Mengadu tentang betapa menyedihkan hidup kau kepada seseorang, that's pathetic. Alasan sebegitu tak boleh diterima. Sebab masalah bukannya untuk menghentikan kau, sebaliknya untuk menguatkan kau. Semuanya terletak di tangan kau sendiri."

Tiba-tiba Baekhyun menyentuh wajah Arabella, lalu ibu jarinya mengusap pipinya yang dibasahi sisa air mata gadis itu sebelum matanya tertumpu di sana.

"Lihatlah kau sekarang... Agak-agaknya pilihan mana yang kau pilih?"

*****

"Bagaimana? Dah hantar?"

"Iya."

"Fuh, mujurlah..." Ryujin mengelap peluh yang tidak wujud di dahinya sebelum dia terduduk di atas kerusinya dengan lega. Kepalanya ditolehkan ke arah Arabella di sebelahnya lalu dia tersenyum lebar. "Terima kasih, Ahreum. Saya tak tahu apa nak buat kalau tak ada awak. Awak penyelamat hidup saya, my hero. Hehe..."

Hero...

Entah mengapa Arabella tidak berapa suka mendengarkan perkataan itu.

Sejak pagi tadi lagi dia sudah pasif sebegitu. Mulutnya membeku, tidak sudi bersuara sementara matanya hanya manatap ke bawah, dengan lingkaran hitam di bawahnya akibat berjaga semalaman semata-mata demi menyiapkan kerja bahagian Ryujin.

Tidak mahu bertatapan mata dengan Ryujin, kerana Arabella tidak mahu memarahi gadis itu, Arabella mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sehingga matanya tertumpu terhadap sekeping kad yang terlekat di beg Ryujin yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Ada lukisan gambaran anime kegemaran Ryujin terlakar di situ, namun bukan lukisan itu yang menarik perhatiannya. Sebaliknya... Tarikh yang tertulis di sana.

Tarikh yang tertulis di sana adalah semalam.

"Ahreum! Ryujin!"

Tiba-tiba nama mereka berdua dipanggil dengan suara yang lantang oleh cikgu yang sedang memeriksa kertas kerja di depan kelas. Arabella dan Ryujin kedua-duanya tersentak, lalu mereka bergegas bangun sebelum menuju ke depan untuk menemui cikgu di depan.

"Iya, cikgu?" Ryujin bersuara dengan takut. Antara Arabella dan dirinya, dia lebih berani untuk berkomunikasi dengan cikgu berbanding Arabella. Disebabkan itulah, dia sentiasa mewakili kumpulan mereka untuk bercakap dengan cikgu.

Sementara Arabella hanya mendiamkan dirinya. Kalau dirinya tidak menahan kepenatannya, dia pasti sudah lama pengsan di situ juga.

Cikgu di hadapan mereka itu memang tegas. Meskipun dia seorang lelaki, dia tidak pernah berlembut dengan perempuan. Matanya menatap Arabella dan Ryujin bergiliran, lalu dia mendengus kasar.

"Wajah saja cantik, tapi..." Dia tidak meneruskan ayatnya lalu menghempas kertas kerja yang tertera nama Arabella dan Ryujin di atas mejanya. "Apa ini?"

"I-itu..." Ryujin tidak tahu harus berkata apa, sementara mata Arabella sedikit melebar.

"Do you expect me to give you marks on something like this, really?" Badannya sedikit menegak lalu dia menjeling mereka berdua di hadapannya. "Either you guys are not trying hard enough or you guys are just plain dumb, I don't know. But one thing for sure, I won't accept this kind of shitty work just because you gave it to me on time."

Arabella dan Ryujin kedua-duanya terdiam. Kepala mereka tertunduk ke bawah.

"Ryujin, jelaskan kenapa di bahagian kerja awak, awak campurkan antara faktor pertama dan kedua? Bukan saya pernah kata, jangan campurkan apa-apa faktor berlainan sebab semua faktor mempunyai kesan tersendiri?"

Ryujin tergeragap. Dia tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan itu kerana bukan dia yang melakukannya. Jangankan bahagian itu, malah semua bahagian dia tidak tahu sebenarnya. "I-itu... Sebab..."

Ryujin menelan liurnya. Matanya terarah ke arah Arabella yang hanya mendiamkan diri dari tadi, meminta pertolongan.

"Sebab apa?! Awak dengar atau tak arahan yang saya bagi hari itu?!" Suara cikgu lelaki itu meninggi, menyebabkan bahu Arabella dan Ryujin sedikit terhinjut ke atas.

"S-sebab saya..." Ryujin menoleh ke arah Arabella. "B-bukan saya yang buat bahagian tu jadi saya... Tak tahu..."

"Bukan awak? Tapi di sini tertulis nama awak!"

"S-saya..."

"Jadi kenapa awak biarkan Ahreum buat kerja di bahagian awak?!"

"D-dia yang bersetuju... Saya... S-saya tak tahu pula yang dia tak dengar arahan cikgu hari itu..."

Telinga Arabella berdesing. Apa katanya tadi?

Memang tidak anehlah jika dia tidak mendengar arahan cikgu ketika itu kerana itu bukan bahagiannya! Ryujinlah yang sepatutnya mendengarkannya, lalu mengabarkannya kepada dia!

"Ahreum, awak dengar atau tak arahan saya hari itu?! Bila saya jelaskan awak buat apa di belakang? Tidur?!"

Arabella menguatkan dirinya untuk membela dirinya. "Dengar, cuma itu... Bukan bahagi-"

"Bukan bahagian awak, jadi awak tak perlu tumpukan perhatian untuk bahagian itu? Oh, jadi kalau saya nasihat kepada orang lain, awak tak perlu dengar sebab itu bukan ditujukan untuk awak, begitu? Awak rasa awak dah cukup sempurna, begitu?"

Mata Arabella terbeliak mendengarkan tuduhan sebegitu terhadap dirinya.

"Saya tak sangka awak begini, Ahreum. Bukan kerja awak sahaja yang teruk, malah personaliti awak lebih teruk. Saya tak percaya yang awak bersetuju untuk siapkan semua kerja ini sendiri, padahal ini kerja berpasangan. Kenapa, awak rasa otak awak sahaja yang perlu diperah dalam kerja ni sampai awak tak reti bekerjasama dengan orang lain? Awak nak bersinar seorang diri? Sampai awak pandang rendah dengan ahli kumpulan awak?"

Tangan Arabella menggepal penumbuk. Satu demi satu tuduhan yang diterimanya, namun Ryujin langsung tidak cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Awak tengoklah hasil kerja awak ni! Kalau awak minta kerja dewasa nanti dan hantar laporan seperti ini, awak rasa orang akan terima awak? Tak! Cara awak buat kerja ni, buatkan awak nampak macam tak pernah belajar sebelum ini! Macam orang terencat yang dipaksa buat kerja!"

Mata Arabella terasa kering. Lalu tidak lama kemudian pandangannya semakin kabur. Tahu bahawa dia akan mula menangis, Arabella terus mengedipkan matanya beberapa kali, menahan air matanya daripada mengalir keluar. Dia tidak mahu kelihatan lemah hanya disebabkan dimarah sebegitu.

Tetapi ditengking sebegitu lantang, di hadapan semua pelajar yang lain, sesungguhnya amat memalukan.

"Kenapa senyap?! Awak bisu?!"

Arabella menggigit bawah bibirnya. Dia mahu menjawab tetapi mulutnya kaku. Apalagi yang dikatakan oleh cikgunya tadi itu semua adalah asumsi kosong dan tidak benar belaka. Arabella tidak tahu bagaimana harus membalas untuk perkara seperti itu.

"Ahreum Kim!!!" Cikgu lelaki itu mula berdiri.

"C-cikgu..." Ryujin tersentak. "Ahreum cuma-"

"Awak senyap! Sekarang saya sedang bercakap dengan Ahreum Kim!"

Ryujin mengunci mulutnya. Matanya menatap Arabella dengan kasihan. Meskipun dia sejujurnya agak lega, kerana bukan dia yang ditengking sebegitu.

"Apa awak cuba cabar saya, Ahreum Kim?!!"

Seluruh ruangan kelas itu senyap semenjak cikgu lelaki itu berdiri tadi. Badan Arabella menggeletar walaupun tidak kelihatan oleh orang lain. Sehinggalah ada sesuatu yang dilempar ke arah wajahnya.

Itu adalah kertas kerjanya.

Kerja yang disiapkan oleh dirinya semalaman tanpa henti semalam, sehingga dia tidak sempat makan dan tidur.

Ketika itu Arabella tidak dapat menyorokkan ketakutannya lagi. Badannya bergetar hebat lalu pandangannya berkabut. Nafasnya terasa sesak seakan-akan saluran pernafasannya sudah tersekat. Rasanya seolah-olah dia tidak harus bagaimana harus bernafas seperti kebiasaannya.

Sehinggalah pandangannya berubah gelap sepenuhnya.

*****

Baekhyun terus bergegas menuju ke sekolah Arabella apabila dikhabarkan bahawa gadis itu diserang panic attack di sekolahnya. Tanpa menunggu-nunggu lagi keretanya memecut laju ke sana, tanpa ditemani sesiapa.

Sampai sahaja di sana, kakinya terus menuju ke unit kesihatan kerana katanya, Arabella sudah direhatkan di sana. Setelah meminta izin, Baekhyun baru sahaja akan membuka pintu bilik rehat itu apabila mendengar teriakan penuh frustasi Arabella di dalam sana.

"Saya pun terseksa juga!"

Baekhyun terkaku di hadapan pintu itu. Itu kali pertama dia mendengar Arabella berteriak seperti itu.

"Hidup saya pun menyedihkan juga! Saya pun kalau boleh tak nak belajar juga! Saya pun ada masalah juga! Saya pun tak faham apa-apa juga!" Seketika Baekhyun mendengar Arabella meringis, dan tangisan halus gadis itu. "Jadi kenapa pula saya perlu faham keadaan awak setiap masa?? Kenapa pula saya hero awak??"

Gadis itu mula menangis teresak-esak, seperti dia sudah menahan kemarahannya itu buat masa yang lama.

"S-saya minta maaf, Ahreum. S-saya cuma..." Kedengaran pula suara orang lain di dalam sana. Tahulah Baekhyun bahawa itu adalah Ryujin, orang yang sepatutnya kerja berpasangan dengan Arabella.

"S-saya ada masalah. A-awak tahu kan s-saya bagaimana..." Kali ini Ryujin itu pula yang seperti akan menangis.

Baekhyun menghela nafasnya. Di umur sebegitu, Baekhyun sepertinya faham mengapa gadis-gadis itu mudah mengalirkan air mata.

"Masalah? Ada apa dengan masalah?"

"M-masalah saya-"

"Awak seorang sahaja ke yang ada masalah? Awak fikir hidup saya senang?"

Senyap.

Baekhyun baru sahaja akan membuka pintu, namun Arabella terlebih dahulu membuka mulutnya, menyebabkan pergerakannya terhenti.

"Seseorang ada bagitahu saya, yang masalah tak menggambarkan keperibadian seseorang. Kalau memang adapun masalah, itu sesuatu yang kita perlu harungi, bukannya diambil kira dalam perjalanan kita. Mengadu tentang betapa menyedihkan hidup kita kepada orang lain, that's pathetic."

Sedar akan siapa seseorang yang dimaksudkan oleh Arabella itu, Baekhyun terdiam. Itu kata-katanya semalam.

"...Sebab alasan sebegitu tak boleh diterima. Sebab masalah bukannya bertujuan untuk menghentikan kita, sebaliknya untuk menguatkan kita. Semuanya terletak di tangan kita sendiri..." Sambung Arabella dengan sisa tangisan di suaranya, yang menyebabkan suaranya kedengaran parau dan serak.

Tidak lama kemudian Baekhyun mendengar tangisan Ryujin berlanjutan sebelum gadis itu bersuara. "Saya minta maaf..." Tangisannya semakin lama semakin kuat. "Saya minta maaf, salah saya..."

Sudut bibir Baekhyun sedikit terangkat. Mendengarkan perbualan antara dua anak gadis ini, Baekhyun jadinya teringat semula akan dirinya di masa lampau yang kuat menangis. Dia begitu juga dulu, terlalu sensitif dan selalu bertindak mengikut emosinya.

Lamunan Baekhyun terhenti apabila pintu dihadapannya itu dibuka oleh seseorang dari dalam bilik. Lalu Baekhyun berhadapan dengan seorang gadis yang berkemungkinan besar ialah Ryujin, dengan wajahnya yang dibasahi air mata. Gadis itu tersentak melihatnya, seperti dia tidak menyangkakan bahawa ada orang lain yang mendengarkan perbualan mereka tadi. Tanpa sempat Baekhyun mengatakan apa-apa, gadis itu terus melarikan dirinya.

Meninggalkan Baekhyun dan Arabella berduaan di situ.

Buat seketika mereka berdua hanya bertatapan lama sebelum Arabella memutuskan tatapan itu. Gadis itu sepertinya tidak menjangkakan kehadirannya. Dia terus mengelap air mata diwajahnya lalu duduk dengan sopan di atas katil itu, khuatir Baekhyun akan memarahinya.

Baekhyun menutup pintu di belakangnya lalu menghampiri Arabella seperti biasa, berkelakuan seperti dia tidak pernah mendengar apa-apa sebelum ini.

"Aku dengar kau diserang panic attack."

Arabella menundukkan kepalanya, bersuara rendah. "S-saya tak apa-apa."

Baekhyun berhenti betul-betul di hadapan Arabella lalu tangannya memegang wajah Arabella, mengangkatnya lembut sehingga sepasang anak mata kehijauan indah itu bertatapan dengan sepasang anak matanya yang gelap. Meskipun Baekhyun tidak tersenyum, namun pandangannya melembut.

Terdapat satu kesan calar baru di wajah Arabella yang tidak begitu besar. Cuma disebabkan kulit gadis itu yang cerah, kesan itu kelihatan jelas di mata Baekhyun. Jarinya bergerak untuk menyentuh kesan itu.

"Siapa yang menyebabkan wajah kau tercalar seperti ini?"

Mulut Arabella teragak-agak mahu menjawab. Luka itu diperolehinya ketika cikgunya tadi melempar kertas kerjanya ke wajahnya. Tetapi tidak mungkin dia akan menceritakan itu kepada Baekhyun.

"Saya tak sakit manapun..."

"Aku tak tanya sama ada sakit ataupun tak, aku cuma mahu tahu..." Wajah Baekhyun mendekat dengannya sehingga hidung mereka saling bersentuhan antara satu sama lain, sementara jarinya mengusap pipi gadis itu. "...siapa yang berani-beraninya sentuh kepemilikan aku. Hak aku."

Wajah Arabella merona merah meskipun dia tidak begitu mengerti apa maksud disebalik ucapan Baekhyun itu. "Kepemilikan...?"

"Isteri aku." Baekhyun separuh berbisik. "Gadis aku."

.

.

.

.

.

Maaf sebab chapter ni tak terlalu banyak scene main couple. Sebelum saya masuk ke jalan cerita utama, saya nak fokuskan tentang personaliti Arabella dulu melalui chapter ni, ehehe :)

Btw Novel dan ebooks masih tersedia! Boleh hubungi saya :

Whatsapp : 01139205213
Instagram : @tyratella

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro