chapter three
"Saya..?" aku tunjuk diri aku. Lelaki tu mengangguk dan tersenyum. "Boleh kita jumpa kejap?"
Err, okay...
Dia motion suruh aku duduk dekat salah sebuah meja kosong. Aku usha sekeliling takut takut kalau bos tetiba datang menjenguk. Bukan apa, bos tu menakutkan jugak. Asal kitorang baru nak slack off kejap, tetiba dia buat lawatan mengejut.
Lelaki tu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Lolipop perisa strawberi, vanilla, coke, anggur, mangga diletakkan atas meja. Mak aih banyak gila.
"Favourite?" soalnya sambil menunjukkan kesemua lolipopnya. "Strawberi." aku jawab je, bukan aku nak pun. Tak mintak pun. Tapi dia yang bagi. Dia membuka lolipop vanilla dan terus memakannya.
"Ni pasal haritu ke? Tak payahlah, saya ikhlas bagi kot. Tak perlu bagi balik." aku tolak lolipop tu dekat dia.
"Saya pun ikhlas bagi." dia tolak dekat aku balik.
"Takpe, saya tak kisah." aku tolak balik.
"Saya pun tak kisah." lagi sekali dia tolak.
Aku mengeluh. Aku tak selesalah kalau aku ikhlas buat benda tapi orang tu balas balik. Nanti aku pulak yang rasa terhutang dekat dia.
"Macam ni, encik-"
"Encik? Nah, I'm still too young for that. Nama saya Hairi." potongnya tiba tiba.
"Okay look, Encik Hairi-"
"Hairi."
Omg itu pun nak bother ke aku lagi muda dari kau kan salah ke aku panggil encik ei.
Muka dia nampak tersentak. Shoot, aku tercakap kuat. Matilahnak. Kali kedua nak tanam muka dalam tanah. Selamat tinggal semua.
"Okay, cik Luna, you can call me anything. I don't mind. Anyway, ambik jelah. Lolipop je pun. Bukannya saya bagi rumah dekat awak." dia menghulurkan lolipop tu kepadaku.
Aku ambik jugak lolipop tu akhirnya. "Terima kasih."
"Sama sama." dia mengerling jam tangannya dan mengambil beg laptopnya. "Em, saya kena pergi sekarang ni. Bye, cik Luna. Jumpa lagi." katanya sambil melambai ke arah aku dan ketawa.
Lagi sekali dia sengaja panggil aku macam tu. Tunggu, nama aku?
"Wait, macam mana awak tahu nama saya?" aku menyoal keliru.
Dia menunjuk nametag dekat baju aku. Oh, patutlah. Lembap gila bapak aku ni.
"Anyway, thanks pasal haritu. Rasa terharu sikit ada orang ambik kisah pasal saya." katanya sambil tersengih.
Lepas dia pergi, aku kembali kemas meja pelanggan lain.
Tiba-tiba ada satu makhluk tinggi berdiri dekat dengan aku. Automatik aku terus mengeluh. "Kau nak apa lagi ni?" soal aku sambil mengelap meja.
"Wuhu, apa tadi tu?" katanya sambil menjongketkan kening beberapa kali.
Aku meneruskan kerja aku tanpa menghiraukan Amir yang asyik tersengih je dari tadi.
"Cik Luna, layanlah saya. Hahahaha!" sindirnya dengan kuat lalu terus berlari ke dapur.
"Kau curi dengar! Hoi tak guna!" aku nak aja kejar dia tapi meja ni tengah kotor lagi. Heh, siap kau mir.
Lepas shift kitorang habis, aku dengan Amir pergi makan dekat kedai mamak seberang kafe. Kebulur sangatlah katakan.
Lepas kitorang cari meja, baru aku perasan kedai ni sesak dengan jantina berlawanan. Mata diorang tertumpu ke arah skrin besar di kedai.
Padanlah, bola rupanya.
"Ceh, padanlah kau beria ajak aku makan. Bola rupanya." aku mencebik.
Amir tersengih. "Mana ada. Aku ajak kau sebab aku laparlah."
"Please lah. Tengok muka kau tersengih macam ni pun aku dah tahulah."
Serta merta mukanya berubah menjadi serious. "Takyah ah acah acah buat muka serious pulak. Takpe, nasib aku ni baik. Aku tahu kau takda kawan nak lepak tengok bola."
Amir baru saja hendak protes namun dia menutup mulutnya kembali dan terdiam. Dia tahu aku betul so, memang tak boleh nak deny.
"Memanglah aku takda kawan sebab kau ajak aku kerja area sini. Nasib baik abang aku ada apartment macam kakak kau." dia memberi alasan.
Abang Amir pun satu universiti dengan kakak aku, dan dia pun ada apartment sewa dekat sini, so kitorang pun takda masalah nak pergi kerja.
"Eh eh, aku yang ajak? Setahu aku, masa aku bagitau aku nak kerja sini, kau yang sibuk nak ikut aku kan?"
"Entah. Tak ingatlah pulak. Rasanya kau yang ajak." balasnya selamba.
"Tak kuasa aku-"
"Eh, tu bukan ke customer yang panggil kau tadi?" potong Amir sambil memandang ke arah seseorang.
Hairi?
Dan memang betul pun, lelaki yang dia pandang tu ialah Hairi. Dia tengah sibuk menelaah buku di hadapannya. Sekali dengan... air kosong? Eh kenapa tak order nescafe latte macam dia biasa order dekat kafe kitorang? Maybe banyak minum manis sangat kot.
"Jom tegur dia." cadang Amir tiba tiba. Cadangan paling random dan pelik pernah dibuatnya. Aku pun pandang Amir macam dia cakap bahasa german.
"Hah? Dah kenapa tiba tiba nak tegur? Kau bukan kenal dia pun."
"Tapi dia kenal kau. Alah, jomlah. Kejap je." katanya dan terus bangun dari kerusi. Serta merta aku terus gelabah sebab muka dia nampak serious.
Walaupun serious, aku tahu tujuan dia sebenarnya nak sakat aku. Aku pun tak tahulah apa masalah dia ni tapi aku kena halang dia.
"Amir, nanti dulu."
Dia pandang aku. "Hm?"
"Tarik lengan baju kau dan buat macam ni." aku menyuruh dia mengangkat tangannya. Nasib baik sweater yang dia pakai ni lengannya terlebih labuh sikit dan longgar ya amat, so aku pun tarik jelah lengan dia pergi dari situ.
"Woi nak pergi mana ni? Makanan tak sampai pun lagilah gila."
"Nanti kau nak tegur dia."
"So?"
"Aku taknak."
Seketika Amir terdiam sambil memerhatikan riak wajah aku. Pahal dia ni?
"Okay, jomlah. Aku nak balik." katanya tiba tiba. Dia terus berjalan ke hadapan tanpa mempedulikan aku.
"Weh, kau merajuk ke ni? Alah janganlah macam ni, aku belanja kau nak? Kau kan suka ais krim goreng, takpun kau nak-"
"Menyesal aku test kau tadi."
"Apa?" aku tanya semula sebab aku agak jauh dari dia. Amir sudah laju jalan ke hadapan. Lagipun aku tengah bercakap tadi.
"Ah? Takda apa apa. Jomlah balik. Ke kau lapar?" soalnya sambil pandang ke belakang.
Tadi dia yang kata dia lapar... Aku ada buat salah ke tadi?
"Aku boleh makan kat rumah je. Tapi kau yang nak makan kan tadi? Jomlah, aku teman kau. Janganlah merajuk camni. Aku mintak maaf okay?"
Amir terdiam sambil mengeluh. "Takpalah. Lain kali je. Aku belilah apa apa yang patut nanti."
Aduh, sah dia merajuk ni. Muka pun nampak sugul je. Apa patut aku buat ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro