Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 11 : Mainan Cinta

NINA POV (FLASHBACK)

Sambungan ~

"Dah kenapa U nak duduk di sini? Nak partner dgn i ke? Ke u takde partner.. hahah.." kata lelaki itu..

"Ishh u ni! Ramai laki minat i ok? I reject diorng smua tau.." kata aku kepada lelaki itu..

Aku dan dia bergelak tawa pada malam itu. Ketika itu, aku merasakan bahawa malam ini sangat menyebelahi aku. Lelaki tersebut kelihatan selesa berbual denganku. Malangnya, malam ini menjadi tidak nyaman apabila mak menelefon aku untuk pulang ke rumah segera kerana sudah lewat malam.

"Ishh apa orang tua ni nak haa? Mengganggu aku betulll.." aku bermonolog sambil reject panggilan daripada mak aku..

Aku sudah semakin rimas dengan bunyi telefonku yang berdering tidak henti-henti oleh mak aku. Akhirnya aku menjawab panggilan tersebut..

"Kau nak apaa!!.." bentak aku semasa dalam panggilan..

"Nina.. nina pergi mana ni sayang? Dah pukul 1 pagi dah ni. Mak tunggu Nina daripada tadi lagi. Mak risau.." ujar mak aku..

"Aku lepak kat rumah kawan aku je ni. Kau takyah risau lah pandailah aku jaga diri aku.." kata aku lalu terus mematikan panggilan tersebut..

"Siapa tuh?.." kata lelaki itu..

"Takde sapelah. Rasanya i kena balik dah ni. Macam dah lewat sangat i duduk kt sini.." kata aku kepada dia..

"Jomlah tumpang kereta i? I bawak u pulang ke rumah.." soal lelaki itu..

Awalnya aku menolak pelawaannya kerana aku dan dia baru sahaja berkenalan. Tetapi dia tidak putus-putus mengajak aku untuk menaiki keretanya itu. Kerut mukanya kelihatan agak sedih kerana aku menolak pelawaannya. Akhirnya aku menerima ajakan lelaki itu.

"Hmm, yelah.. i boleh naik dengan U but i kena bagithu kawan i dulu.." ujar aku..

Kelihatan kerut wajah lelaki itu berubah setelah aku berkata sedemikian. Adakah dia telah terjatuh hati padaku? Please jangan perasan. Aku terus pergi ke arah Bella lalu meminta izinnya untuk aku beredar daripada club ini. Aku pergi tadi menaiki kereta Bella jadi aku mesti beritahu dia..

"Wow dah ada biy ke Nina? Hahaha. Dah berpartner jugak kawan aku sorang ni.. haa pergilah. enjoy ok!.." kata Bella yang berada bersebelahan kekasihnya, Ayden.

"Jangan jual mahal ye Nina.." Ayden menyelit..

"Ishh korang ni! Aku dengan dia biasa2 je..haihh.. oklah cauu luu.." kata aku lalu beredar daripada tempat itu..

Aku bergegas keluar dengan lelaki itu lalu terus ke kenderaannya. Aku terkejut dan kagum dengan kemewahan keretanya yang serba cantik dan kelihatan sangat mahal.

"Wow u, hebatnya kereta U ni. I tak sangka pulak U orang yang berada.." kata aku..

Lelaki itu tersenyum lalu membuka pintu untuk aku masuk ke dalam keretanya. Selepas aku masuk ke dalam, lelaki itu terus memakaikan aku tali pinggang. Jantung aku berdegup kencang ketika itu. Bau keretanya sangat wangi seolah-olah perfume disembur pula. Ketika itu juga, aku terasa seperti puteri kerana dilayan dengan sangat manja dan kasih sayang oleh lelaki tersebut. Adakah ini petanda aku telah jatuh hati kepadanya?

Aku berbual dengan lelaki itu dengan rancaknya. Tak sangka pula dia seorang yang suka bergurau. Aku pulang ke rumah dengan selamat pada malam itu. Semasa aku berhajat untuk keluar daripada keretanya, lelaki itu sempat meminta nombor telefon aku untuk berbual bersama di laman sosial.

"Btw u, boleh tak i nak nombor phone u? Kita boleh berjumpa lagi nanti.." kata lelaki itu..

"Umm.. boleh-boleh.." aku dengan rendah dirinya memberi nombor telefonku kepada dia..

Aku tiba di rumah. Kelihatan mak aku belum tidur lagi rupanya. Mood aku terus berubah apabila melihat orang tua itu.

"Ya Allah Nina, baru sekarang Nina balik? Nina tahu tak sekarang dah pukul berapa? Mak risau apa2 jadi kat Nina.." kata mak aku..

"Eh sejak bila kau ambil berat pasal aku? Asal tetiba kau acah jadi mak baik macam ni pulak? Takyah berlakonlah.." bentak aku kepada mak lalu terus beredar masuk ke dalam bilik tidur aku..

"Menyusahkan je orang tua ni. Aku pon ada life lah, sebok je nak ganggu life aku.." aku bermonolog..

*******************************

Selesai saja mandi aku terus melabuhkan punggung ke katil aku. Jam telah menunjukkan pukul 3 pagi. Perasaan ngantuk aku hilang tiba-tiba apabila aku terfikir tentang apa yang berlaku di club malam tadi.

"Auu.. hemsemnya diaa..eee.." aku melamun seketika sambil tersengeh-sengeh keseorangan..

Tiba-tiba..

Aku mendapat satu mesej daripada seseorang..

??? : "Hye Nina!"

Nina : "Hye.. siapa ni?.."

??? : "Tipulah tak tahu, baru je kita jumpa tadi.. hehe.."

Nina : "Oh u ke? i ingat siapa lah tadi 😆"

??? : "U tengah buat ape tu, tak tido lagi ke?.."

Nina : "Tak buat apa2 pon, i punya ngantuk tetiba je hilang bila dapat chat dari U.. hehe.."

Nina : "Btw, sepanjang kita borak tadi, i lupa nak tanya something, siapa nama u?.."

??? : "Nama i? U boleh panggil i Wahid je.."

Nina : "Wow, nice to know u, Wahid.."

Bersambung ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro