Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 10 : Igauan Ngeri

"Aku telah buat apa yang kau mahukan"

"Ingat perjanjian kita, jangan sampai bunuh dia"

"Aku takkan maafkan diri aku kalau dia MATI!!!!"

******************************

ERIN POV

"Mama kenapa mama jerit ni? Terkejut akak sampai luar dengar.." aku membuka pintu bilik mamaku seraya mendengar mamaku menjerit..

"Eh Erin! Takda apa2 lah. Mama termimpi sesuatu tadi.." mamaku menjawab dgn nada yg perlahan dan agak sayu didengari..

"Naufal tak balik2 lagi ke?.." mamaku bertanya..

"Belum lagi, nanti lah akak cuba call dia.." aku menjawab..

Kelihatan mamaku sudah mula mengantuk. Sebelum jadi apa2, lebih baik aku...

"Mama tidur lah dulu, nanti kalau Naufal dah balik, akak bagitahu mama okay, takyah risau sangatlah, budak tu nak pergi mana sgt malam2 mcm ni kan. Kejap lagi balik lah tuu.." aku mula menenangkan mamaku takut2 dia start bebel pulak nanti..

Aku kembali ke bilik aku setelah mamaku beransur tidur. Aku cuba call nombor telefon Naufal seberapa banyak yang boleh malangnya budak ini tidak mengangkat telefonnya. Tapi aku berasa agak pelik dan aneh, setiap kali aku mendail nombor telefonnya pasti aku terdengar sesuatu di bilik Naufal yakni di sebelah bilik aku..

"LET'S KILL THISS LOVEE, RAMPAPAM PAPAM PAPAMM AHH"

"Sapa pulak bukak lagu blackpink malam2 mcm ni?!?!?..." bentak aku keseorangan..

Dengan beraninya aku masuk ke bilik Naufal dan aku dapati..

"Bertuah punya budakk!!! Handphone pon dia tinggal rumahh kerr!!!.." aku agak terkilan sbb bazir topup aku je call dia banyak kali..

"Dimanakah adik aku? Apa yang dia sedang lakukan? Kenapa dia balik lewat? Aku ada buat salah kat dia ke? Hishh, dia ni buat aku risau betul lah..." aku berbicara dalam hati..

Persoalan hati aku menimbulkan seribu tanda tanya kepada diriku. Aku baring di atas katil Naufal sambil merenung frame gambar aku dan dia bersama yang diletakkan di atas meja study bersebelahan katilnya. Bila difikirkan balik, adik aku ni baik orangnya. Dia bukan seorang yang nakal cuma dia tak ramai kawan. Introvert la katakan. Aku berborak-borak dalam hati sendiri. Mataku kian memberat dan aku terlelap di atas katil Naufal seketika..

Tidak lama kemudian, aku terdengar sesuatu ketukan di depan pintu bilik adik aku..

"TUK" .. "TUK" .. "TUK" .. "TUK" .. "TUK" ..

"Siapa tuhh??.." aku bertanya tapi ia tidak menjawab. Kedengaran ketukkan pintu semakin lama, semakin kuat..

"TUKKK" .. "TUKKK" .. "TUUKKK" ..

"Mama ke tuhh??.." aku menyangka itu mamaku..

Tiba-tiba..

Pintu dibuka perlahan-lahan dan alangkah terkejutnya aku apabila terdengar suara seperti seseorang yang aku kenali dan terlihat orang itu adalah....

"Kakakkk..."

"NAUFALL?!?!?!??..." aku terkejut. Tambahan pula aku melihat adik aku dalam keadaan yang tragis dimana pakaiannya berlumuran dengan darah seolah-olah ditikam di bahagian perutnya berkali-kali..

"Kakkk.. aku sakitt.. sakit sangat2..tolong aku kak.."

"Ya Allahhh, NAUFALLL!!! Kenapa dengan kau ni dik, apa dah jadi dengan kau? Cerita kat akak sekarang.." soalku.

Aku kesian dengan keadaan adik aku lalu menggesa dia untuk pergi ke hospital bersama aku dan mama tetapi dia menolak..

"Aku tak boleh pergi sana kak.. aku tidak boleh keluar kakk.. aku tak bolehh..." nangis adikku sehingga aku menyaksikan air matanya berubah berwarna merah seperti darah..

"Tolong aku kakk, Aku terkurung. Aku sudah tidak tahan lagi!!!..." tangisannyaa membuatkan aku semakin lama semakin tidak senang. Bulu romaku meremang seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku yakin dan pasti, ini bukan adikku.

"Naufall..." jawabku tenang..

"Ye kak.."

"Naufal tunggu sini dulu boleh tak? Akak nak keluar sekejap panggil mama.." ujar aku..

"Kenapa?.."

"SEBAB KAU DAH TAHU SIAPA DIRI AKUU?!?!?!.." bentaknya tiba-tiba..

Suaranya mula menggerunkan. Aku panik lalu aku cepat2 lari ke pintu untuk terus keluar daripada bilik itu. Tiba-tiba pintu tertutup. Aku cuba untuk membukanya tapi tidak boleh seakan-akan dikunci. Aku terkurung di dalam bilik bersama dia..

"KAU NAK LARI MANAA??.." dia bertanya dengan sinisnya sambil tertawakan aku..

"KAU BUKANN ADIKK AKUU!!!! LEPASKAN AKUU!!!! MAMA..MAMA..MAMAAAAAAA!!!" kata aku dengan ketakutan sambil memanggil mamaku sekiranya dia mendengar jeritanku yang berada di bilik Naufal.

"Aku tak boleh berdiam dan takut saja tanpa berbuat apa2. Aku mesti buat sesuatu. Masa inilah kau perlu berani, Erin!!.." aku bermonolog sambil memotivasikan diri..

Dalam keadaan begini, pasti dia lebih suka mengganggu aku sekiranya aku tampak lemah dan takut. Jadi, aku mengambil langkah untuk beranikan diri dengan cuba melawan dia..

"Kau takkan pernah sama dengan adik aku! Aku makhluk dan kau juga makhluk ciptaan-Nya, tapi kita berbeza! Apa kau fikir aku takut dengan kau selain yang Esa? Pergi dari sini dan jangan kau berani ganggu keluarga aku!!.." bentak aku kepada dia..

"Jadi? Apa yang kau mahu lakukan terhadapku sekiranya aku tidak mahu pergi?.." dia membalas..

Tiba-tiba tubuhnya berubah. Dia tidak lagi berupa seperti adik aku. Kelihatan mukanya sangat hodoh, hitam dan bernanah. Sangat mengerikan. Dia mendekati akuu dan....

Aku berlindung dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui segalanya..

"ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!"

Aku bertakbir dan menjerit sekuatnya lalu terjaga daripada tidur. Satu bilik kedengaran suaraku. Aku baru sedar bahawa mimpi itu mainan syaitan semata-mata. Aku hampir menganggap ianya betul2 terjadi terhadap diri aku.

"Astaghfirullah.. mimpi ngeri apakah ini ya Allahh? Apa yang kau ingin memberitahuku ya Allah..." aku beristighfar banyak2 setelah aku terbangun daripada lelapan di atas katil adikku ketika aku sedang mimikirkan tentangnya..

Naufal tidak pulang ke rumah lagi sekaligus membuatkan aku sangat2 risau terhadapnya. Tambahan pula aku alami mimpi yang ngeri tadi. Lantas aku mengambil handphone Naufal dan aku segera check di laman perbualannya iaitu WhatsApp. Aku mahu periksa sekiranya Naufal ada merancang dengan kawannya untuk balik lewat atau tidak. Sedang aku khusyuk mencari perbualannya bersama rakan, tiba-tiba aku mendapati satu notification daripada nombor yang tidak dikenali..

"Pasti kau sedang membaca mesej ini"

"Kau kakak dia kan?"

"Adik kau dalam bahaya"

"Pergi cari dia sebelum kau menyesal"

Aku terdiam tanpa seurat kata. Aku buntu. Siapakah dia? Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Bersambung ~

___________________________________

P/S : Hi korang.. ada lagi ke yang setia membaca novel ni? Terima kasih banyak2 author ucapkan.. korang jangan lupa vote yer, bru author semangat nak tulis. Author janji akan ada banyak kejutan di chapter2 akan datang. Stay safe everyone ❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro