Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

"Ouch..."

Nadia mengaduh bila lengannya direntap kasar. Nadia terus tertoleh.

Ah, aku dah agak dah. Siapa lagi nak rentap tangan aku kalau bukan Ez, rungut Nadia dalam hati. Wajahnya jelas menunjukkan riak kurang senang. Apa lagilah Ezuan mahu daripadanya.

"You nak balik mana?"

"Apa you peduli, Ez?"

"Kenapa you terima tawaran ayah?"

"Apa salahnya? I dapat naik gaji, siapa tak nak?" balas Nadia. Dia dengan beraninya menjawab dengan suara penuh yakin. Kalau dahulu Nadia tidak seberani ini, ini Nadia yang baru membuat transformasilah.

"You nak lari dari I, kan?"

"Tanya lagi." Nadia membalas persoalan Ezuan.

Ezuan semakin tidak puas hati, Nadia di hadapannya bukan yang dia kenal dulu.

"You jangan ingat you boleh lari dari I, you dah lupa selama ni siapa yang bela you?"

Biadab, dia cakap macam aku ni binatang.

Nadia menghembus nafas dengan kasar, geram bila Ezuan mengungkit.

"Kalaulah you lupa, dulu you bagi I tinggal di rumah you tu dengan alasan suruh I jaga rumah you, kan? Bersihkan rumah you, kemas, kadang-kadang cuci baju you, masak untuk you kalau you balik jenguk rumah tu, dah serupa amah I masa tu. Kadang-kadang tolong you buat assignment masa you belajar dulu. Bukan I duduk free. Kemudian apa lagi? Kerja, bukan you bagi. Bapak you yang bagi I kerja sini, you cuma cadangkan aje. Lagi apa? Kereta you yang bagi, I tak minta pun. Itupun I dah pulangkan. Semua harta you bagi I, yang I tak minta tu semua I tinggal kat rumah you. Ingat ya, I tak pernah minta, you yang bagi semua tu. Sekarang you ungkit macam I bawa lari semua harta you."

Nadia berhujah panjang, dia memang tak puas hati. Ezuan yang mendengar semakin geram, tangannya mencengkam lengan kurus Nadia dengan lebih kuat. Nadia mengaduh sakit, wajahnya berkerut walaupun dia cuba mengawal riak marahnya.

Mata Ezuan tajam menikam mata Nadia. Nadia makin tidak selesa.

"Lepaslah," ucap Nadia separuh menjerit, tangannya cuba untuk lepas daripada cengkaman Ezuan. Jari-jemari tangan kanannya cuba untuk mengumpil jari-jemari Ezuan yang masih melekap pada lengannya.

"Nadia!" laung satu suara. Nadia menoleh.

"Alan!"

Nadia menyebut namanya separuh menjerit. Ezuan juga menoleh ke arah Alan yang semakin menghampiri, cengkamannya menjadi longgar bila fokusnya beralih ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Nadia mengambil peluang untuk meloloskan diri daripada cengkaman Ezuan, laju sahaja kakinya berlari anak ke arah Alan. Cepat-cepat Nadia memaut lengan Alan dan mengajak Alan pergi dari situ, mereka sama-sama beriringan pergi ke salun kecantikan Alan.

"Nasib baik you ada. Kalau tak, tak tahulah apa jadi." Nadia mengadu. Lengan kirinya masih lagi sakit kerana perbuatan Ezuan tadi. Mesti biru lengannya nanti.

"That's your ex?"

Nadia mengangguk sahaja.

"You tak rugi apa-apa kalau lepaskan lelaki macam itu," balas Alan lalu tersengih senget. Okeylah, kacak tetapi boring, lelaki macam itu boleh jumpa kat mana-mana.

"Baguslah kalau you rasa macam tu," ujar Nadia.

Nadia mengambil tempat di satu sofa panjang yang ada di hujung salun itu. Dia menyapa dua orang pekerja Alan, Anna dan Ming. Nadia baru sahaja tahu nama mereka bila ternampak tag nama di dada mereka, walaupun tak kenal antara satu sama lain sebelum ini, tetapi pernah sahaja mereka berselisih.

Nadia kemudian menjenguk ke luar dinding kaca salun itu, melihat kalau-kalau kelibat Ezuan masih ada. Dia mahu pulang cepat, sekarang kena naik kenderaan awam, jadi penatnya lebih.

"You tengok apa?"

"Ex I la."

"Why?"

"Kalau dia dah tak ada, I nak balik."

"Janganlah balik lagi, you tak nak sembang dengan I ke?" Alan menghalang niat Nadia untuk pulang segera.

Nadia memandang Alan hairan, terus hatinya mengomel. Eh, aku nak balik dia ajak berbual pula. Tahulah tak ada pelanggan sekarang.

"Nadia, siapa mekapkan you ni?" tanya Alan. Dia yang duduk mengiring menghadap Nadia sambil tangan menongkat kepala itu merenung ke wajah Nadia.

"I mekap sendirilah, kenapa?" soal Nadia kembali, hairan.

"Your bare face looks better. Siapa ajar you mekap macam ni?" Alan bertanya, daripada pandangan matanya memang mekap itu terlalu biasa. Tak menarik.

"I belajar sendiri, kenapa? Tak cantik?" Nadia bertanya semula. Yalah, Alan kan profesional dalam bidang kecantikan ni. Mesti ada pandangan profesionalnya.

Alan angguk sahaja sebagai jawapan, risau kalau beri jawapan pakai mulut nanti terasa pula.

"I tak ada barang mekaplah, ini pun pinjam kawan." Nadia beralasan.

Memang betul yang dia pinjam kawan, dia pinjam bedak, eyeliner dan gincu Diana. Maklumlah, semua barang mekapnya dia tinggalkan di rumah Ezuan, sebab semuanya Ezuan yang beli. Tak ada satu pun dia ambil. Itu sebab dia terpaksa pinjam daripada Diana, Diana bukan jenis mekap tebal-tebal, dia mekap sekadar tidak mahu wajah nampak terlalu pucat. Mana yang ada, itu saja yang tertempek di wajah Nadia sekarang.

"Better daripada you bagi I pakai maskara kena air, cair." Nadia membalas dengan sindiran.

"Ya ke?"

Alan buat muka tak bersalah, memang dia tak perasan maskara yang dia guna semasa mekapkan Nadia bukan kalis air. Dia pakai capai aje. Lagipun bab mekap-mekap ni bukan kepakarannya, dia pakar gaya rambut. Itu major bagi Alan, mekap cuma sampingan yang dia belajar daripada adik perempuannya, bukan dia nak mekap diri sendiri pun. Hanya sebagai pengetahuan sahaja, lagipun ada makeup artist di salun kecantikannya ini yang khas bila khidmat mereka diperlukan.

"Yalah, habis hitam pipi I, Jumaat hari tu. Malu tau."

"So, you cried that day." Alan berkata. Nadia terus terdiam.

"Kalau you berpisah dengan kekasih you, you tak menangis ke?" soal Nadia dengan nada perlahan dan serius.

Alan tersentak, sedikit sebanyak dia memahami Nadia. Nadia perempuan, tak mungkin dia tidak menitiskan air mata bila berpisah dengan teman lelakinya. Alan tidak tahu bagaimana hendak menjawab persoalan Nadia, dia juga kehilangan kata-kata. Tak tahu apa yang patut dia katakan sekarang. Buat pertama kali dia tidak dapat memberi jawapan kepada seseorang, selama ini dia sangat pandai berkata-kata.

Kedengaran bunyi tapak kasut dari tangga, ada seseorang yang menuruni tangga. Bunyi detak kasut tinggi ikut memecahkan kesunyian antara Alan dan Nadia. Nadia yang tadi mula terasa sebak sudah hilang sebaknya.

Gadis yang menuruni tangga itu berpeluk tubuh sambil merenung tajam ke arah Alan, wajahnya masam mencuka.

"What?" Alan bertanya dengan muka pelik. Gadis itu memandang ke arah Nadia pula, kecut perut jadinya melihat renungan tajam gadis itu. Badan sahaja kecil tetapi renungannya seperti dia hendak menelan orang.

"Who is this?"

"Errr..."

Belum sempat Alan menjawab, mata gadis itu terlihat pada kasut yang tersarung di kaki Nadia. Dia kenal kasut itu, kenal sangat... Sebab dia yang beli!

"Ahhh... This is my shoe. So, this is the girl that you gave my brand new bikini, new dress, and my brand new shoe?!" jerit gadis kecil molek itu. Suaranya teramatlah nyaring dan kuat, semakin cuak Nadia jadinya, terus dia menelan liur.

Tadi depan Ezuan bolehlah dia beranikan diri, sebab dia tahu tempat dia berdiri, siapa dia dan siapa Ezuan. Memanglah dia berani melawan. Sekarang dia seolah-olah termasuk ke kubu lawan yang dia tidak kenal tanpa apa-apa persediaan, rasanya macam termasuk kandang harimau lapar.

"Yes," jawab Alan pendek.

"Cik, er... Nanti. Maaf, saya janji saya akan pulangkan balik. Semua. Saya minta maaf sebab ambil tak minta kebenaran dahulu."

Nadia cepat-cepat bersuara sebelum gadis itu melenting lagi, dia dah beberapa kali menelan liur sebab takut. Nampak kecil molek, tapi boleh tahan garangnya.

"Not your fault actually, I yang ambil tak tanya dia dulu." Alan cuba menenangkan Nadia yang ketakutan macam ada along minta hutang. Gadis itu terus menjegil matanya kepada Alan, Nadia jadi serba salah.

"Sorry, baju ada kat rumah. Kalau cik nak kasut ni sekarang pun tak apa, ambillah. Saya boleh balik kaki ayam." Laju sahaja lidah Nadia menutur kata sambil menanggalkan kasut itu dengan kalut. Diri sendiri tak sedar yang dia baru sahaja cakap yang dia nak balik berkaki ayam. Sudahlah naik kenderaan awam, memang nak kena gelak.

"Wah... You serius boleh balik berkaki ayam?" tanya si gadis terkejut. Rasa geram tadi lenyap begitu sahaja, terkejut mendengar ada perempuan yang sanggup berjalan tanpa kasut. Pertama kali dia jumpa.

"I cakap I nak balik berkaki ayam ke?" tanya Nadia balik kebingungan, tak perasan yang kasut itu sudah pun ditanggalkan daripada kaki kesan riak spontannya tadi. Terus sahaja gadis tadi menampar dahinya, Alan pula tertawa kuat.

"This is my little sister, Clara." Alan perkenalkan gadis kecil molek ini kepada Nadia setelah tawanya reda.

"Oh... Ingatkan girlfriend tadi," balas Nadia.

Aku dah cuak dah. Nadia bersuara dalam hati, baru sekarang dia mampu menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya kalau Clara hendak apa-apakan dia, pasti Alan akan menghalang. Takkan dia nak biar sahaja adik dia serang orang.

"I will buy you a new one, so please be nice," kata Alan kepada Clara.

"This is Nadia." Alan perkenalkan Nadia kepada Clara pula.

"Helo," sapa Clara dengan senyuman, tak kesahlah dengan kasut baju dan bikini tu, sebab Alan sudah janji akan ganti lain. Clara dan Nadia bersalaman, secara tak sengaja Nadia ternampak jarum jam di tangan Clara menunjukkan jam sudah hampir pukul tujuh petang.

"Oh... Dah lewat. I kena balik, nak kejar bas lagi. Babai." Suara Nadia panik, dia cepat-cepat bangun daripada sofa itu hendak bergegas ke arah pintu.

"Eh, pakai kasut you dulu," kata Alan dan Clara serentak.

Dengan kalut Nadia menyarung kasut lalu melangkah. Sebelum keluar, sempat lagi Nadia menoleh.

"Thanks sebab tolong I tadi, jumpa lagi esok." 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro