Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 8

Keesokan harinya seperti yang dikatakan oleh Myrose , dia meminta Sir Razali untuk menggantikan Haqeem daripada terus mengajar dirinya. Sir Razali tiada masalah maka dia menggantikan posisi Haqeem dengan seorang senior belt hitam yang pangkatnya jauh lebih tinggi dari Haqeem. Muqriz nama diberi, senior diaorang dekat COSAA.

Muqriz ni ajar Myrose agak tegas tapi dengar orang cakap dia pun playboy dekat COSAA. Ada juga lah masa tengah ajar Myrose dia soal macam-macam pasal hal peribadi Myrose. Tanya dah ada boyfriend ke belum la apa lah. Naik rimas dibuatnya Myrose. Namun disebabkan dah tak ada siapa nak ajar lagi, Myrose redho aje lah.

Dalam diam ada mata yang memerhati tidak senang hati. Dia kenal sangat siapa Muqriz senior belt hitam tu. Kaki perempuan ! Hmm macam mana Sir Razali boleh gantikan tempat aku dengan dia hah ? Hmm nampaknya Rose betul-betul terasa dengan aku. Tu lah kau Qeem , lain kali cakap jangan main lepas aje.

Aku kena buat sesuatu supaya Rose jadi budak latih dekat bawah aku semula. Hmmm but.......how ?

Kelas taekwondo hari ini sudah selesai, Myrose melangkah lalu mencapai beg sandangnya. Sebelum bergerak keluar dari kelas tersebut, dia merapikan ikatan rambutnya terlebih dahulu. Peluh di dahi juga dilap segera dengan sapu tangan kecil miliknya.

Baru dia melangkah setapak tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik dari belakang. Dia tertoleh jadinya.

" Dah nak balik ke ?"soal Muqriz.

Terkejut Myrose dibuatnya. Jarak mereka terlalu lah dekat. Myrose menarik tangannya dari pegangan Muqriz lalu melangkah ke belakang sedikit.

" Haah dah nak balik. Kenapa ea abang Muq ? "

Abang Muq ? Euwwwwwwwwww ! Terpaksa okay aku panggil dia macam tu sebab dia yang suruh. Hmmmm aku just hormat dia sebagai abang senior aku aje.

" Jom kita lepak dulu minum nak ?"

" Err its okay.. Rose memang nak kena balik sekarang..next time okay..."tolak Myrose. Dia ingin melangkah semula.

Namun cepat saja Muqriz merentap semula pergelangan tangan Myrose. Kali ni agak kasar.

Tersentak Myrose dibuatnya. Pergelangan tangannya juga terasa pedih.

" Apa ni abang Muq ?"soal Myrose kasar.

" Heyyy....kau jangan nak tunjuk mahal sangat lah.....berlagak kau ye aku ajak minum aje pun...bukannya nak buat apa !"tempik Muqriz tetiba. Dia mula rasa menyampah dengan sikap Myrose yang acuh tak acuh dengan dirinya. Please lah....tak pernah budak perempuan reject ajakan aku macam tu aje.

Myrose terkejut dengan tempikan tersebut. Dia mula menggigil. Kenapa perangai Muqriz macam ni pulak ? Ke dia berani buat macam tu sebab kelas tu dah mula kosong ? Hanya tinggal dirinya dan Myrose saja sekarang ni ?

" Ma..na..ada...Rose....berlagak....Rose....nak balik...."Myrose mencuba menarik pegangan tangan Muqriz namun hampa sebab Muqriz cengkam kuat. Mesti akan tinggalkan kesan punya lah.

" Kau ikut jugak aku pergi minum sekarang ! "teriak Muqriz lalu menarik kuat tangan Myrose yang mulai luka itu.

Myrose jadi terikut langkah Muqriz terus. Namun hanya untuk beberapa langkah saja. Kenapa ? Seseorang muncul menahan langkah mereka di pintu masuk utama kelas.

" Kau nak bawa dia pergi mana tu ?"

Myrose rasa macam nak menangis juga sekarang ni bila dia nampak seseorang yang memang selalu dia harapkan muncul. Hanya dia yang selalu jadi hero aku.

" Haqeem..."getus hati Myrose.

**

Myrose menangis teresak – esak jadinya. Tak boleh nak berhenti pulak. Huwaa aku dah tak nak belajar dengan Muqriz tu lagi ! Dia jahat ! Creepy ! Playboy ! Gatal ! Semuanya lah.

" Sampai bila kau nak menangis macam ni hah ? "soal Haqeem disebelah yang dari tadi jadi teman nangis Myrose.

Myrose stop nangis lalu memandang Haqeem di sisi. Namun selepas itu dia merengek semula menangis macam budak kecik. Haqeem hanya tayang muka annoying sambil tergeleng-geleng kepalanya.

" Sini aku tengok tangan kau..."kata Haqeem seraya menarik pergelangan tangan Myrose yang luka itu perlahan.

Myrose hanya membiarkan hal itu. Haqeem membelek pergelangan tangan Myrose dengan penuh teliti.

" Jom lah kita pergi bilik rawatan... teruk juga ni tangan kau...dah lah esok kita ada kelas piano kan ? Macam mana kau nak main piano kalau tangan kau macam ni ?"kata Haqeem.

Myrose hanya memandang Haqeem tidak berkutik. Tangisannya terhenti. Dia terharu dengan sikap prihatin Haqeem. Haqeem memang baik. Dia selalu care pasal aku.

" Kau tenung aku pun luka kau takkan sembuh, dah jom ! "kata Haqeem seraya menarik pergelangan tangan Myrose yang sebelah lagi.

Myrose hanya membuntuti langkah Haqeem sehingga ke bilik rawatan.

Di bilik rawatan, Haqeem hanya membiarkan doktor yang bertugas menguruskan luka tangan Myrose itu. Haqeem hanya tunggu di luar. Dia memeluk tubuh sambil tersandar pada muka pintu bilik rawatan.

" Hmm nasib baik , aku tergerak hati nak patah balik tadi..."getus hati Haqeem sendiri.

FLASHBACK.

Haqeem dah melangkah keluar bersama begnya dari kelas taekwondo. Hampir dah separuh jalan tiba-tiba dia teringatkan Myrose yang masih belum keluar tadi. Hmm Haqeem terfikir nak patah balik and minta maaf dengan Myrose tentang kata-katanya semalam.

Dia mula patah balik semula. Sampai – sampai saja dia di kelas taekwondo tersebut, dia ternampak Muqriz dengan Myrose berdua – duaan di dalam kelas tersebut.

" Hmm dia dengan budak si Muqriz tu rupanya...menyesal aku patah balik..."ujar Haqeem dan ingin melangkah pergi namun tiba-tiba terhenti.

" Apa ni abang Muq ?"soal Myrose kasar.

" Heyyy....kau jangan nak tunjuk mahal sangat lah.....berlagak kau ye aku ajak minum aje pun...bukannya nak buat apa !"tempik Muqriz tetiba.

Haqeem menoleh semula bila terdengar tempikan Muqriz itu. Tak sangka pula yang sebenarnya diaorang tengah gaduh. Haqeem hanya mencuri-curi dengar dari luar sehinggallah dia melihat yang Myrose diheret oleh Muqriz dan dia mula menahan langkah Muqriz di muka pintu kelas.

" Kau nak bawa dia pergi mana tu ?"

" Yang kau sibuk pehal ? " balas Muqriz.

Haqeem tersenyum sinis. Dia menapak masuk mendekati Muqriz.

" Lepaskan tangan dia tu..."kata Haqeem selamba.

Dahi Muqriz berkerut.

" Dah kenapa aku nak kena lepaskan tangan dia pulak ? Kau jangan masuk campur boleh tak ?"

" Hmmmm aku cakap lepaskan tangan dia , lepaslah ! Kau pegang tangan girlfriend aku lah siot !"kata Haqeem straight to the point.

Jelas sekali riak wajah terkejut yang dipamerkan oleh Muqriz. Bila masa pulak Haqeem bercinta dengan budak hot ni ?

" Ke kau tak faham bahasa ? Nak aku guna penumbuk aku ni dekat muka handsome kau tu ke ? Baru nak faham ?"kata Haqeem sambil melayang-layangkan penumbuknya di hadapan wajah Muqriz.

Dengan spontan Muqriz melepaskan tangan Myrose dan menutup wajahnya. Takut terkena penumbuk padu Haqeem. Ye prinsip hidup Muqriz sememangnya tak suka dan tak boleh orang apa-apa kan wajah handsomenya. Itu saham terbesar dirinya. Nanti dah tak boleh tackle awek –awek dekat luar sana dah.

" Kau blah sana ! Dan ingat jangan kacau girlfriend aku lagi !"kata Haqeem.

Terus Muqriz terkedek – kedek berlari keluar dari kelas taekwondo tu. Hmm bagi Haqeem tak kesah lah orang tu senior ke coach sekali pun , kalau tak tahu nak hormat orang jangan harap Haqeem nak hormat dia !

END FLASHBACK.

Terasa beg sandang Haqeem ditarik-tarik kecil. Haqeem menoleh. Terpampang wajah Myrose yang sudah tersenyum lebar.

" Saya dah siap dirawat ... ni ...."kata Myrose lalu menunjukkan tangannya yang sudah dibalut rapi. Myrose tersengeh lebar macam kerang busuk.

Haqeem usya Myrose dari atas sampai bawah. Biul betul budak perempuan ni. Kejap merengek macam baby ! Sekarang tersengeh macam baaaaa......ahhhh lupa kan hahaha.

" Dah...kau nak balik dah kan ? Driver kau datang ambik ke macam mana ?"

" Oh hmmm saya tak call lagi pun driver saya...sebab tadi kan....tak apa lah saya call sekarang...."kata Myrose seraya ingin mengeluarkan phonenya.

Baru saja Myrose nak dail nombor drivernya tiba –tiba Haqeem menarik phone milik Myrose itu. Myrose tercengang memandang Haqeem.

" Apa awak ni ? Saya nak call driver saya lah.."

" Tak payah...kau boleh balik lambat tak ?"

" Hah ? Balik lambat ? Kenapa pulak ?"

" Ermmm teman aku pergi makan boleh ? Aku lapar lah..."putus Haqeem.

" Ohhhhhhh makan .....heee boleh aje....kebetulan saya memang tengah lapar pun...ehek...tapi saya tak bawa baju ganti lah....takkan saya nak pergi jalan dekat public pakai baju taekwondo ni ? "

" Alaaaa okay apa baju taekwondo...kau still nampak cute...pedulikan orang-orang public tu...so tak payah call driver kau...nanti aku hantar kau balik..."kata Haqeem seraya melangkah pergi.

Dia cakap aku cute pakai baju taekwondo ni ? Auchhhhh ! Wahhhh first time ni aku nak keluar makan berdua dengan Haqeem ni. Date ke ni ? Ehek !

" Awak tunggu lah saya..."kata Myrose seraya mengejarlangkah Haqeem

To Be Continued....

#Tq yg mana support dri bab satu smpai lah sekarang ! Keep vote and comment ya  ❣🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro