Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 6

Bukkk ! Tepat bola keranjang mendarat terkena kepala milik Myrose.

Myrose tersentak ! Terhapus lamunannya terus.Kepalanya mula terasa sakit dan berdenyut. Mangkuk ayun betul siapa yang lempar bola tiba - tiba ni ?

" Kau berangan apa dari tadi aku panggil kau tak dengar ? " soal Haqeem.

" Hah ? " Myrose tercengang sambil menggosok - gosok kepalanya.

Lahhhh ! Semua benda yang berlaku tadi tu just imaginasi Myrose aje ? Alahhh ingatkan Haqeem memang betul - betul dah sedar tentang kewujudan Myrose Aeera. Myrose menghembus nafas berat.

" Asal kau ni ? Ada problem ke "

" Sakit lah kepala saya...yang awak pergi lempar bola tu dah kenapa ? "

Haqeem tersengeh kecil.

" Aku just nak test kau aje....pandai tangkap bola ke tak...Tak tahu pulak tengah sibuk duk berangan !"perli Haqeem lalu menyambung menjaringkan bola nya.

Myrose mencebik. Ish geram ! Seketika dia mula menoleh untuk melangkah pergi namun tiba - tiba Myrose jatuh terjelopok dan pengsan tidak sedarkan diri.

Tertoleh terus Haqeem melihat Myrose yang jatuh pengsan tidak jauh dari posisi dirinya berdiri.

" Rose ! " teriak Haqeem seraya berlari anak ke arah Myrose.

Haqeem menyelak sedikit rambut Myrose yang menutupi wajahnya.

" Rose ? Kau kenapa ni ? Bangun lah Rose ! Kau jangan main - main pengsan dekat sini ? "kata Haqeem cemas. Dia mengoncang - goncangkan sedikit tubuh Myrose.

Masih sama. Tiada respon ! Fikiran Haqeem dah bercelaru. Dia risau kalau balingan bolanya tadi yang menjejaskan keselamatan Myrose. Sebab tu Myrose pengsan sekarang. Semua ni salah dia. Kalau dia tak terniat nak test Rose ni tangkas macam Myrose,mesti Rose tak pengsan macam ni.

Akhirnya, Haqeem nak angkat Myrose untuk dibawa ke bilik rawatan kesihatan COSAA. Terasa kekok juga lah nak pegang perempuan yang bukan mahram buat Haqeem, tapi dah darurat nak buat macam mana kan ?

Baru saja Haqeem nak sentuh tubuh Myrose tetiba....

" Bahhhhhhh ! Hahahahahaa " Myrose terus tersedar dan duduk macam tak ada apa - apa.

Haqeem terkejut.

" Hahahaha tahu pun takut ! Lawak lah muka cemas awak tadi Haqeem...Hahahahaha "ujar Myrose bersama gelak tawanya.

Haqeem mengetap giginya kuat. Tak guneee ! Dia terkena lah ni ?

" Kau kena kan aku ehh ?! " kata Haqeem seraya ingin menggeletek pinggang Myrose.

Myrose tunggu lagi ? Memang tak lah ! Dia terus bangun dan lari lah. Maka terjadi lah aksi kejar mengejar di sekeliling gelanggang basketball.Masing - masing kelihatan bahagia dengan gelak tawa masing - masing.

**

Myrose asyik ulang tengok aje tempat kosong yang masih belum diisi di borang penyertaan untuk kokurikulum kolej ni.

Hmmm dia buntu tak tahu nak pilih apa untuk satu kelab ni.

" Aku nak masuk apa ? Nak pilih apa ? Semuanya nampak macam tak menarik aje ?"

Seketika Myrose bangun bersama borang tersebut. Dia melangkah untuk ke mesin air yang berdekatan. Tetiba rasa haus pulak.

Di hadapan mesin air, Myrose membuat pilihan. Setelah di masukkan duit, dia menekan button air milo.Sekelip mata kedengaran bunyi tin air jatuh.

Myrose tertunduk untuk mengambil tin air tersebut namun tiba - tiba ada sepasangan tangan yang mengambil tin air tersebut terlebih dahulu.

Tersentak Myrose dibuatnya. Dia menoleh ke arah orang itu. Dengan selamba badak orang itu minum air milo yang dipilih Myrose tadi.

" Ermmm sedap air awak..."kata Danny sinis.

Myrose terkelu. Langkahnya terundur sedikit. Cuba menjauhkan diri sedikit daripada Danny. Kenapa mamat ni suka kacau aku hah ? Apa masalah dia sebenarnya  hah ? Dulu aku gemuk kot lah dia nak kacau...sekarang ? Aku dah kurus dah cantik pun still nak buli lagi ?

" Awak...ni kenapa hah ? Kenapa awak ganggu saya ? "Myrose mula bersuara.

Air yang diteguk Danny terhenti. Dia memandang tepat ke wajah Myrose.

" Aku ? Ganggu kau ? Mana ada lah..."kata Danny sinis.

" Habis apa yang awak buat sekarang ni ? Tak ganggu lah ? " balas Myrose geram.

Danny ketawa sinis kedengarannya.

" Aku...tahu...kau dengan Haqeem tak bercinta pun kan ? "

Myrose terkedu.

" Dia ingat aku bodoh kot senang - senang aje nak percaya yang korang berdua ni couple ? "kata Danny.

Myrose mengetap bibirnya.

" Hmmm kau silap besar....sebab ada kaitan dengan Haqeem..."

" Maksud awak apa ? "

" Aku takkan pernah suka tengok dia bahagia or seronok - seronok dengan apa yang dia ada....Dia dah berani tekad keluar dari group R4...so pandai - pandai dia nak hadap aku...dan kau..."kata Danny terhenti dengan jari telunjuknya di hadapan wajah Myrose.

" Akan jadi mangsa seterusnya untuk aku buli selepas budak gemuk dulu tu..."kata Danny sinis.

Myrose tersentak ! Apa semua ni ? Aku dengan budak gemuk tu orang yang sama lah ! Takkan benda 2 tahun lalu akan berulang kembali ? Cukup apa yang terjadi 2 tahun lalu dan ragut nyawa orang yang aku sayang...Dah buat aku kehilangan papa !

FLASHBACK.

Myrose ditolak masuk ke dalam stor lama sekolahnya. Pintu dikunci dari luar. Dia takut. Stor tu gelap dan menakutkan.Myrose terus mengetuk pintu stor tersebut bertalu - talu. Cuba meminta simpati.

" Tolong ! Buka wehhh tolong ! Jangan kunci aku kat sini !  "teriak Myrose.

Beberapa minit kemudian, pintu stor tersebut dibuka dari luar. Myrose terundur ke belakang jadinya. Diingat Myrose dia telah dibebas namun benda lain pula yang menimpa dirinya.

Benda apa ?

Tubuh Haqeem yang tidak disedarkan diri dilempar pulak masuk ke dalam stor. Haqeem terjelopok jatuh di atas lantai.

" Haqeem....apa yang korang buat dengan Haqeem hah ? Dia kan geng korang ? "

" Diam kau perempuan gemuk ! "kata Danny kasar sambil mengcengkam pipi Myrose kuat !

Myrose teriak kesakitan.

" Dia bukan lagi group R4 ! Disebabkan kau dia dikeluarkan dari group R4 ! "hambur Danny.

Myrose tersentak ! Apa ? Kenapa ?

" Tapi korang jangan ingat aku akan biarkan korang hidup bahagia macam tu aje ! "kata Danny.

" Apa...maksud kau...? "kata Myrose tersekat - sekat..

" Haqeem lebih pilih kau dari kitaorang..so kitaorang akan hancurkan korang berdua..terima lah nasib yang baru lepas ni..."kata Danny sinis.

Nasib yang baru ? Myrose masih tidak mengerti..Namun tiba - tiba dunianya gelap apabila dia dipukul dari belakang kepala.

Sedar - sedar aje dari pengsan , memang semuanya berubah. Hidup Myrose. Orang sekeliling Myrose. Myrose tak sangka semuanya jadi macam ni. Apa salah dia sampai diperlakukan dirinya seperti ini. Salahkan dia jadi seorang yang gemuk ? Salahkan dia tak cantik ?

Satu sekolah tersebar gambar yang tidak senonoh dirinya dengan Haqeem. Siap statement diberikan " Pelajar gemok tak sedar diri ! Buat benda terkutuk ! Memalukan mak ayah sendiri ! "

Myrose dipaksa berkahwin dengan Haqeem. Namun Myrose menolak ! Dia tidak mahu berkahwin di usia muda. Dia tak mahu mengaku yang dia salah. Dia tak salah ! Geng - geng tu yang salah ! Haqeem juga tak cuba membela diri masa tu. Dia sendiri tak tahu kenapa ? Takkan Haqeem nak buat semua benda tu memang kitaorang yang buat ?

Disebabkan benda tu juga lah, papa diserang sakit jantung sampai meninggal dunia ! Semua sebab benda - benda bodoh tu. Aku kehilangan papa. Buat selama - lamanya.

Beberapa bulan lepas tu, Myrose betul - betul tak tahan dengan cacian dan tomahan orang sekelilingnya. Dia dipandang rendah , serendah - rendahnya.

Akhirnya dia buat keputusan untuk angkat kaki keluar dari SOSAA dan meninggalkan bumi Malaysia selama 2 tahun.

END FLASHBACK.

" Awak..memang kejam Danny..."gumam Myrose akhirnya. Ada aura dan getaran dendam yang begitu lama.

Danny terkelu. Bila mendengarkan kata - kata yang keluar dari mulut gadis di hadapannya itu. Entah dia rasa lain macam...

" Rose ! "

Danny melihat si gerangan yang memanggil gadis di hadapannya. Dia tersenyum sinis.

" Tu...boyfriend acah - acah kau dah sampai.."kata Danny sinis seraya melangkah pergi.

Myrose mengenggam erat penumbuknya. Seketika Haqeem sampai di hadapan Myrose.

" Kau okay ? Dia buat apa lagi dengan kau ? Dia kacau kau lagi ke ? Dia sentuh kau ? "tanya Haqeem cemas.

Myrose hanya memandang kosong ke arah reaksi Haqeem.

Lantas dia menatap borang yang belum di isinya tadi. Myrose mengeluarkan pen dari poket seluarnya , selepas itu dia menekap borang tersebut pada mesin air lalu dia mengisi sesuatu dalam ruang tersebut.

Haqeem hanya menjadi pemerhati. Apa yang Rose buat ? Sampai soalab aku pun tidak diendahnya ?

" Kau buat apa rose ? "soal Haqeem.

Myrose memandang tajam ke arah Haqeem. Seketika dia menunjukkan borang tersebut di hadapan wajah Haqeem. Haqeem tercengang.

" Taekwondo ? " ujar Haqeem sambil menatap wajah Myrose.

To Be Continued.....



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro