Chapter 33
" Tahniah Myrose....kau dah pregnant 2 bulan...ni kalau Haqeem tahu mesti dia happy kan ?" kata Danny agak teruja. Hahaha macam isteri dia pulak yang mengandung haih.
Myrose hanya tersenyum hambar. Danny juga perasan akan hal itu.
" Kenapa ni ? Kau tak happy ke ?"
Myrose berdiam diri seketika. Hmmm Haqeem happy ke bila dia dapat tahu yang aku pregnant ? Ada masa ke dia nak jaga aku lepas ni ? Dia kan terlalu sibuk dengan Feesya. Aku takut. Takut aku lagi diabaikan.
" Rose..."panggil Danny lagi setelah Myrose tidak memberi apa-apa respon pun.
Myrose menoleh kea rah Danny di sisi yang sedang memandu kereta saat ni.
" Kau jangan bagitahu apa-apa lagi dekat Haqeem ea pasal ni. Aku tak ready nak bagitahu dia lagi. Nanti bila aku dah ready aku bagitahu sendiri..."kata Myrose akhirnya.
Danny sedikit tersentak dengan permintaan. Tertoleh dia kea rah Myrose di sisi. Apa ? Myrose nak rahsiakan berita gembira ni dekat Haqeem ?
" Tapi....Haqeem...."
" Please..nanti bila waktu yang sesuai aku akan bagitahu dekat dia okay ?"
Danny menghembus nafas berat.
" Yelah aku tak bagitahu.....tapi kau janji dengan aku..."kata Danny.
" Janji ? Janji apa pulak ?"
" Janji dengan aku yang kau akan bagitahu Haqeem walau lambat atau cepat....okay ? and one more thing...selama tempoh kau pregnant ni....kalau kau mengidam nak makan apa-apa cakap dekat aku..aku akan carikan untuk kau..."kata Danny ikhlas.
Myrose mengangguk kecil. Dia tersenyum kecil jadinya. Alahaiii baiknya budak Danny ni. Alhamdulillah, dia dah berubah sepenuhnya. Hmm Ya Allah, kau bukakan lah pintu hati Haqeem untuk memaafkan Danny...Aku nak sangat tengok diaorang berbaik semula macam zaman sekolah dulu.
Seketika mereka berdua sampai di hadapan rumah Myrose.
" Thanks Danny...tolong aku tadi...sorry kalau menyusahkan...aku terhutang budi sangat dengan kau..ermm"
Danny tersengeh kecil,sambil tergeleng- geleng kepalanya.
" No hal lah....bukan selalu kan aku nak tolong orang macam ni .... Heee dah la pergi lah masuk...."kata Danny seraya terjenguk – jenguk melihat ke dalam perkarangan rumah Myrose. Hmm kereta Haqeem tak ada pun ? Dia tak balik lagi ke ?
" Hmm yelah...thanks sekali lagi...."
" Eh Myrose ? Haqeem tak balik lagi ke ?"soal Danny.
" Hah....ohh yela kot...dia keluar dengan Feesya..teman pergi shopping...ermm okay lah aku masuk dulu ehhh bye Danny...."kata Myrose seraya cepat-cepat menutup pintu kereta Danny. Dia tak nak Danny soal banyak pulak pasal Haqeem keluar dengan Feesya nanti.
Danny hanya memerhati Myrose sehingga dia selamat masuk ke dalam rumah.
" Haqeem keluar dengan Feesya ? Bukannya dia nak pujuk Myrose ? Ada masa pulak dia dengan minah tu ? Hmmm Feesya pun satu...dia betul-betul dah melampau !"gumam Danny seraya kakinya menekan pedal minyak kuat. Seketika keretanya bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan Myrose.
***
Myrose baru terjaga dari tidurnya. Hmm sejak dapat tahu yang dia mengandung 2 bulan hari tu, tubuhnya cepat terasa letih. Dah tu kejap – kejap rasa lapar, tapi bila makan banyak sikit aje asyik nak termuntah balik. Hmm hampir aje aku terkantoi dengan Haqeem. Nasib aku pandai cover balik cakap tak ada apa-apa.
Pejam celik pejam celik, dah seminggu juga lah aku jarang bercakap dan nak sweet menyuweet macam dulu-dulu. Hubungan kami masih sama, dingin macam ais batu ! Hmm tapi bila dekat dalam kelas Puan Linda, kami pandai berlakon. Hahaha berkepit memanjang dan buat latihan nyanyi macam biasa dan macam tak ada apa – apa yang berlaku dengan rumah tangga kami.
Hmmm pertandingan menyanyi pun dah dekat sangat ni. Rasanya lagi 3 hari, Risaunya...harap baby dalam perut ni tak buat hal ehh bila aku perform nanti.
Seketika Myrose mengikat rambutnya sanggul tinggi. Dia merenggang tubuhnya seketika. Selepas itu dia mengusap perlahan perutnya. Hmm dah 2 bulan lebih tapi perutnya tak ada lah nampak berisi sangat. Hmm tak ada lah Haqeem perasan sangat.
Jam loceng di meja bersebelahan katil di lirik Myrose. Oh baru pukul 10 malam. Hmmm Myrose nak turun lah minum air. Haus lah pulak. Seketika Myrose bergerak untuk turun ke bawah. Semasa dia keluar dari biliknya sempat dia melirih ke arah pintu bilik Haqeem. Hmm dia dah tidur kot ?
Seketika Myrose menapak kecil menuruni anak tangga, namun apabila baru sahaja menapak beberapa anak tangga, dia terdengar bunyi alunan piano di bawah. Langkah Myrose terhenti seketika. Haqeem tak tidur lagi ? Dia main piano dekat bawah ? Ye memang dekat rumah diaorang ada sediakan sebuah piano di ruang tamu.
Myrose turun sedikit lagi, lalu dia mengambil tempat duduk di atas anak tangga tersebut. Dia dapat menangkap tubuh Haqeem yang membelakanginya , sedang bermain piano yang menghadap ke arah jendela rumah di situ. Myrose mencuri – curi dengar nyanyian dan mainan piano oleh Haqeem itu.
Peluang Kedua By Nabila Razali.
Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi
Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkan ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Maaf andai kau terluka
Maaf ku tak sengaja tanpa sedar
Sakitimu...
Sesalku...
Maaf kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta darimu....
Menitis air mata Myrose jadinya bila mendengarkan nyanyian dan mainan piano penuh emosi oleh Haqeem itu. Setiap bait-bait lirik nyanyian lagu Peluang Kedua itu sedikit sebanyak hampir sama dengan hubungan Myrose dan Haqeem saat ini. Myrose menangis teresak-esak kecil sambil menekup mulutnya sendiri. Dia tak nak Haqeem dengar yang dia menangis di situ. Haqeem, saya rindukan awak.tapi maaf saya tak boleh nak maafkan awak lagi. Akhirnya Myrose bangun dan berlalu pergi dari situ masuk ke dalam biliknya semula. Tidak jadi dia hendak minum air.
**
Keesokan harinya, Myrose bersiap untuk pergi ke kelas. Hmm dia masih terfikir - fikir nak pergi kelas sekali dengan Haqeem ke tidak..Hmm ke pergi asing aje ?
Hm Myrose berfikir sejenak. Ahhh malas lah nak pergi sekali dengan Haqeem...Aku pergi dulu aje lah. Seketika macam biasa Myrose akan whatsapp Haqeem terlebih dahulu untuk beritahu yang dia pergi kelas dulu.
Setelah itu, Myrose mula bergerak keluar dari rumah. Dia memesan grab untuk ke kelasnya.
Tamat juga akhirnya kelas Puan Linda. Hmm tapi Myrose masih tak habis fikir. Haqeem nak buat hal lagi ke ? Kenapa dia tak datang semua kelas hari ni ? Busy lagi dengan Feesya ke ? Haish. Nasib baik Puan Linda tak membebel dekat aku. Kalau tak ? Memang nak kena luku Haqeem dengan aku ni.
Myrose berjalan keluar dari dewan kuliah. Hmm sepanjang perjalanan keluar tu, dia ada cuba chatt dan call Haqeem. Namun hampa tiada satu pun yang dibalas. Baru Myrose perasan jugak yang chatt pagi tadi pun Haqeem tak seen langsung ! Dah kenapa dengan Haqeem ni ?
" Ermm..hai Myrose..."tegur seseorang di hadapan Myrose yang tiba - tiba saja muncul hari ni.
Myrose tersentak bila dia terpandangkan Feesya berdiri terpacak di hadapan Myrose. Myrose sedikit gelisah jadinya. Dia mana boleh berhadapan dengan Feesya macam ni. Hmm rasa gelisah semacam. Fobia mungkin ?
" You classmate Haqeem kan ?"soal Feesya lembut. Bukan macam Feesya yang dulu lagi.
Lambat - lambat Myrose mengangguk. Rileks Myrose...Dia tak kenal kau...Jangan tunjuk yang kau gelisah sangat dengan kehadiran dia...
" Haqeem mana ehh ? Dia tak datang kelas ke hari ni ? I cari dia merata tempat, tapi tak jumpa pun..ermm whatsapp , call pun dia tak jawab..kenapa ehh ?"soal Feesya. Hmmm ikutkan Feesya tak perlu dan tak patut pun cari Haqeem. Patutnya Myrose aje sebab Myrose isteri kepada Haqeem.
" Errrr...haah Haqeem tak datang...tapi..tak tahu lah kenapa dia tak...."
" Heyy girls ... buat apa dekat sini ?"soal Danny yang tiba - tiba datang menyapa. Akal ingin menyelamatkan Myrose dari Feesya.
" Ehh Danny..Hi ? "sapa Feesya langsung.
" Heh...Hi Feesya...korang borak apa ni ?"kata Danny lagi.
" Hah ? Oh nothing...just tanya pasal Haqeem aje..ermm its okay lah....thanks ya Myrose...bye i got to go..."kata Feesya mula beredar begitu saja.
Nafas Myrose mula teratur semula. Hmmm dia betul - betul tak selesa dengan kehadiran Feesya. Buat ruang untuk dia bernafas terhad.
" Kau okay ? Dia kacau kau ke ?"soal Danny risau. Ye dia duk usya aje dari jauh tadi. Hmm dia tahu Myrose tak selesa sebab tu dia datang menyapa.
Myrose mengangguk kecil.
" Aku okay....jangan risau..."
**
Kereta Haqeem masih terpakir elok di perkarangan rumah. Hmmm kenapa dengan Haqeem hari ni ? Dia betul - betul tak datang kolej lah tapi..kenapa ? Sampaikan Feesya pun tercari - cari dia. Semalam elok aje Haqeem main piano sambil nyanyi ?
Seketika Myrose mula menapak masuk ke dalam rumah. Dia mula bergerak naik ke atas dan terus menuju ke arah pintu bilik Haqeem. Ditekap telinganya seketika pada pintu bilik Haqeem. Hm sunyi aje ?
Myrose cuba mengetuk pintu bilik Haqeem.
Tok ! Tok !
" Haqeem...awak ada dekat dalam ke ?"soal Myrose.
Sunyi. Sepi. Tiada sahutan pun. Hmm pelik.
Seketika Myrose cuba memulas tombol pintu.
Klakkk !
Pintu tak berkunci pun ? Myrose membuka pintu perlahan. Dia menapak masuk ke dalam bilik Haqeem. Kosong. Haqeem tak ada pun ? Seketika Myrose bergerak ke bilik air. Masih sama kosong. Mana Haqeem pergi ni ?
Selepas itu, Myrose tak sengaja menapak ke bahagian kanan katil sebab dia melihat selimut tebal katil jatuh di bahagian tersebut. Bila dia jenguk aje dekat sebelah situ, Myrose tersentak !
" Haqeem ! "
Kelihatan tubuh Haqeem terkulai pengsan di situ. Myrose dengan pantasnya mendapatkan Haqeem. Ya Allah kenapa dengan Haqeem ni ?
To Be Continued...
#Guys sampai bila hubungan Myrose dengan Haqeem nak jadi macam ni ? Hmm btw story MA ni hanya tinggal 2 chapter aje lagi sebelum tamat. So u guys dah ready ke nak baca pengakhiran kisah Myrose Aeera ni ? Hee keep vote and comment pls 🙈💕 happy fasting guys !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro