Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 31

Pintu bilik diketuk bertubi - tubi oleh Haqeem. Kenapa dia ketuk pintu sampai macam tu sekali ? Yelah dah Myrose kunci pintu bilik diaorang.

" Myrose ! Buka pintu ni ! Awak nak berkurung dalam bilik tu dah kenapa ? Saya pun nak guna juga bilik ni.."teriak Haqeem. Hmm tak ada langsung niat nak memujuk. Dia masih panas lagi..

Beberapa minit selepas itu, pintu bilik di buka dari dalam. Muncul Myrose bersama beg bagasinya. Haqeem sedikit terkejut. Myrose nak pergi mana ? Dia nak keluar dari rumah ni ke ? Dia nak tinggalkan aku ke ?

" Awak nak pergi mana ni ?"soal Haqeem.

Myrose hanya berdiam diri dan tidak memandang langsung ke arah Haqeem. Dia ingin melangkah pergi bersama beg bagasinya namun pantas saja Haqeem menarik pergelangan tangan Myrose.

" Awak nak pergi mana ni Myrose ? Awak nak tinggalkan saya ke ?"soal Haqeem mendatar.

Myrose memandang tajam ke arah Haqeem. Tangan yang digenggam Haqeem ditariknya kasar.

" Awak ambil bilik awak ni...saya stay dalam bilik tetamu.." kata Myrose seraya terus bergerak ke bilik yang tidak jauh dari bilik dia dengan Haqeem pun. Hmm nak sangat kan bilik dia ? Ambik ! Mulai hari ni aku tak nak tinggal satu bilik dengan dia. Aku mogok. Merajuk !

Haqeem terkebil - kebil jadinya. Namun dia sedikit lega,apabila Myrose hanya hendak keluar ke bilik lain saja dan bukannya keluar daripada rumah mereka ni. Hmm nampaknya Myrose kali ni betul - betul merajuk teruk dengan aku. Macam mana aku nak pujuk dia kali ni ? Aku sedar kata - kata aku tadi dah sakitkan hati Myrose sangat - sangat. Hmmm aku betul - betul emo tadi..semuanya disebabkan kata - kata si Feesya.

" Hmm by the way Haqeem..ermm budak perempuan yang selalu dengan you tu classmate you ea ? "soal Feesya.

" Hah...err yaaa classmate I.."kata Haqeem acuh tak acuh.Hmm dia tahu siapa yang Feesya cakapkan tu.

" Cantik lah budak tu...hari tu dia datang nak melawat I kan dengan Danny...tapi kenapa tiba - tiba dia lari macam tu aje ? I baru nak kenal - kenal dengan dia....I nampak dia macam rapat aje dengan Danny ? Diaorang bercinta ke ?"kata Feesya bertubi.

Membahang Haqeem jadinya apabila dia mendengarkan kata - kata  Feesya yang beranggapan Myrose yang bercinta dengan Danny. Hmmm ye Haqeem tahu yang Feesya tak ingat langsung soal budak gemuk Myrose yang kini dah berubah menjadi cantik tidak seperti dulu. Namun tetiba Feesya boleh pulak buat spekulasi yang Myrose bercinta dengan Danny ? Memang panas telinga dengan hati Haqeem lah jawabnya.

" Makcik bungkus nasi ayam satu ea..."kata Danny yang kebetulan membeli nasi ayam berdekatan dengan tempat duduk Haqeem dan Feesya.

" Ehh Danny lah...siap bungkuskan nasi ayam lagi..mesti untuk girlfriend dia la tu.."kata Feesya lagi.

Haqeem terdiam tetiba dia teringatkan kata - kata Myrose.

"Ermmm nak makan nasi ayam lah tetiba rasa teringin sangat nak makan nasi ayam.." itu yang dikatakan oleh Myrose.

Kata - kata Feesya dan apa yang Danny beli tu sedikit sebanyak dah menganggu fikiran dan emosi Haqeem akhirnya. Selepas beberapa minit kepergian Danny, Haqeem jadi tidak senang duduk. Dia terus meminta diri kepada Feesya untuk pergi ke toilet katanya.

Hakikatnya dia nak pergi cari Myrose.  Begitu lah bagaimana Haqeem boleh naik angin bila dia sampai di bilik muzik lama. Semuanya berlaku di hadapan matanya sendiri. Memang betul nasi ayam tu untuk Myrose !

Seketika Haqeem mengalah dan masuk ke dalam biliknya. Hmm dia nak berikan sedikit ruang kepada Myrose. Kalau dia terus menerus memaksa Myrose untuk memaafkan dirinya sekarang, hal itu hanya menyakitkan hati Myrose saja. Aku kena pujuk Myrose slow - slow. Aku kena cari jalan macam mana nak dapatkan hati dia semula.

**
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Myrose masih terperap di dalam bilik tetamu sejak petang tadi. Perutnya juga tidak di isi sejak petang tadi. Last makan pun nasi ayam yang Danny beli tu aje lah...Hmm perut Myrose tetiba rasa sakit sedikit.

Haish ni mesti disebabkan aku kejap makan kejap tak lah ni. Semua ni sebab Haqeem yang kuat cemburu tu lah ! Apa yang dia bengang sangat dengan Danny entah? Aku pun dah maafkan Danny lah. Malas nak perpanjangkan masalah yang dah lama.

Hmm Myrose terduduk di birai katil. Dia berfikir sejenak. Hmm sejak dari tadi Myrose berpindah ke bilik tetamu, Haqeem sikit pun tak pujuk dia ? Dia dah give up nak pujuk aku ke ? Sampai hatinya !

Perut Myrose mula terasa meragam teruk. Myrose memegang perutnya kejap, wajah juga kelihatan berkerut - kerut jadinya..Hish perut ni pun satu, dah kenapa teruk sangat ? Tak pernah - pernah jadi macam ni. Kalau sebab aku tak makan banyak hari ni....tapi tak mungkin lah...sebab aku pernah aje sebelum ni tak makan enn ?

Tok ! Tok !

Tetiba pintu bilik Myrose diketuk.

" Sayang...awak memang tak nak keluar bilik ke ? Sampai bila awak nak berkurung macam ni ? "soal Haqeem.

Hmmm cehh baru sekarang nak datang pujuk ke ?

" Awak tak makan apa lagi kan dari balik kolej tadi kan...keluar lah sayang....kalau ye pun awak marahkan saya...tapi jangan la kurung diri awak dalam bilik ni..."pujuk Haqeem lagi.

Myrose mencebik lalu dalam diam dia mengajuk kata - kata Haqeem itu perlahan - lahan even tengah sakit perut tu...Hahaha sempat lagi ye kau nak derhaka dengan suami.

" Sayang...please ? Jangan macam ni....I'm sorry okay pasal tadi dekat kolej..."kata Haqeem.

Myrose menghembus nafasnya berat. Bukan aku sengaja nak buat macam ni, tapi tu lah...Haqeem betul - betul dah melampau kali ni..Aku tak boleh tengok dia buat macam tu dekat rezeki. Dah tu berlagak pulak boleh beli nasi ayam tu banyak. Hmmm.

" Sayang ? Keluar makan jom....saya dah siapkan makanan dah ni..."kata Haqeem lagi...

Myrose mula bangun dan ingin bergerak untuk buka pintu bila terdengar Haqeem dah menyediakan makanan untuk dirinya. Myrose bukan mengalah atau dah cair dengan pujukan Haqeem tapi dia tak nak bazirkan makanan lagi.

Baru beberapa langkah Myrose hendak mendekati pintu tiba - tiba langkahnya terhenti. Dia terdiam seketika. Peluh dingin di dahi mula mengalir sedikit. Ehh kenapa pulak dengan Myrose ni.

Dengan serta merta, Myrose mula berlari anak ke toilet yang ada di dalam bilik tetamu tersebut. Masuk - masuk aje ke dalam toilet, Myrose terus memuntahkan isi yang ada di dalam perutnya...Huishhh pelik tetiba dia rasa loya nak mateyyy dah kenapa ? Dah lah tak makan apa, yang keluar pun hanya air dan sisa makanan yang sempat dijamahnya di kolej tadi saja.

Haqeem di luar yang mendengar suara Myrose muntah itu, mula kerisauan. Dia mengetuk bertalu - talu pintu namun masih tidak dibuka Myrose. Selepas itu, tanpa membuang masa dia terus mencari kunci ganti bilik tetamu tersebut.

Dalam sekelip mata dia membuka bilik tetamu tersebut dengan kunci ganti yang dijumpainya.

" Sayang ! Awak kat mana ?"meliar mata Haqeem mencari Myrose di segenap ruang bilik tersebut.

" Hmm saya kat sini lah..."sahut Myrose sedikit lemah setelah dia muntah tadi dan dia sudah mula melangkah keluar dari toilet.

Haqeem tunggu apa lagi ? Dia terus menerpah ke arah sang isteri lah.

" Awak okay tak ni ? Saya dengar awak muntah tadi ? Tak sihat ke ? Jom kita pergi hospital..ea?"kata Haqeem cemas. Memang terpancar wajah cemas tu.

Myrose menggeleng pantas.

" Tak payah lah pergi hospital..saya okay lah maybe sebab tak makan kot...tu yang muntah...masuk angin.."kata Myrose. Malas nak perpanjangkan masalah lagi.

" Hmm betul ni ? Saya risau lah..."kata Haqeem lalu meraih tangan Myrose.

" Dah lah..saya nak turun makan..awak cakap awak dah sediakan makanan kan ? Saya tak nak la membazir makanan lagi macam petang tadi dekat kolej.."kata Myrose pedas. Pegangan tangan Haqeem juga dileraikan.

Haqeem terdiam.Deep bhaii.

Setelah Myrose telah selesai makan makanan yang Haqeem dah masakkan tu, dia langsung bergerak membasuh pinggan dan mencuci tangannya. Dia tidak mengendahkan Haqeem langsung sejak dari tadi. Haqeem juga hanya mendiamkan diri sejak makan tadi. Hmm dia sendiri juga buntu. Dah tak tahu macam mana nak pujuk Myrose lagi.

Seketika kelihatannya Myrose hendak berlalu pergi dari ruang makan tersebut. Namun pantas saja Haqeem menahan dengan menarik lembut pergelangan tangan Myrose.

" Sayang...."

Myrose menoleh.

" Hmm ya apa lagi ? "soal Myrose dingin.

" Sampai bila kita nak macam ni ? Sampai bila awak nak marahkan saya ? Saya minta maaf dekat awak ni pasal dekat kolej tadi..." pujuk Haqeem lagi.

Myrose memandang kosong seketika ke wajah Haqeem yang dari tadi asyik buat muka kesian aje tak habis-habis.

" Hmm nanti saya fikirkan...sama ada saya nak maafkan awak atau pun tak....saya nak naik atas dulu..."kata Myrose seraya menarik tangannya dari pegangan Haqeem lalu cepat - cepat beredar dari situ.

Haqeem hanya memerhati Myrose yang berlalu pergi itu. Sumpah kali ni memang Myrose susah nak maafkan dirinya. Haish ni semua sebab Danny. Dia memang sengaja nak buat aku gaduh dengan Myrose. Tak guna kau Danny ! Aku benci kau ! Sampai bila - bila pun aku takkan maafkan kau.

To Be Continued..







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro