Chapter 30
Haqeem mula pergi kelas macam biasa. Puan Linda pun dah tak beleter lagi. Semua latihan berjalan dengan lancar. Hanya menanti tarikh pertandingan aje yang kian hampir. Heee Puan Linda dah bahagikan semua perserta ke dalam kategori masing - masing. Semua ada 3 kategori. Kategori tu terdiri daripada Solo, Duet dan Group. Solo ada untuk perserta perempuan dan lelaki. Manakala duet pulak hanya ada satu pasangan aje yang akan dipilih dan semestinya sudah pun Puan Linda membuat pilihan.Duet diberikan kepada Myrose dan Haqeem. Untuk group pulak terdiri daripada beberapa lagi perserta yang lain.
Kategori solo masih di dalam tapisan Puan Linda. Dia masih melihat setiap latihan para perserta untuk dipilih sebagai penyanyi kategori solo nanti.
" Okay guys...itu saja untuk latihan kita hari ni...jangan lupa untuk buat latihan di rumah awak semua nanti ya.."kata Puan Linda sejurus keluar dari kelas..
Semua pelajar juga mula beransur pulang ke rumah masing - masing. Hanya tinggal Haqeem dan Myrose saja belum balik lagi.
" Jom kita sambung buat latihan dekat bilik muzik lama nak ? "ajak Myrose sambil mengemas - ngemas begnya.
" Hah ? Errr..." Haqeem kelihatan sedikit gelisah. Hmmm dia lepas ni nak kena pergi hospital jemput Feesya sebab dia dah boleh keluar dari hospital hari ni..
" Bibiy ? Jom lah..."panggil Myrose lagi yang sudah siap menunggu di pintu kelas.
Haqeem mula berlari anak ke arah Myrose. Seketika dia melangkah keluar dari kelas bersama Myrose. Namun hanya untuk beberapa langkah, dia meraih tangan Myrose..
" Hmm ?"
" Ermm sorry sayang..bibiy...tak dapat nak sambung buat latihan dengan sayang...bibiy nak kena jemput Feesya...dia dah boleh keluar hospital hari ni..."
" Oh yaka..ehhh its okay...bibiy pergi la jemput Feesya...mesti dia tunggu lama tu.."kata Myrose sambil menghadiahkan senyuman lebar.
" Ermm okay....take care tau sayang...tunggu bibiy ambil nanti tau lepas dah hantar Feesya balik.."kata Haqeem seraya mencium kedua belah pipi Myrose.
" Eh tak apa lah......saya balik naik grab aje...tak payah lah awak nak patah balik ambil saya...kan jauh dari rumah Feesya nanti..."kata Myrose.
" Ermm ye tak ye jugak...okay lah kalau awak dah cakap macam tu...saya gerak dulu ea...bye...jumpa dekat rumah..."kata Haqeem seraya menggosok kepala Myrose lalu beredar meninggalkan Myrose sendiri di situ.
Myrose hanya melihat langkah Haqeem yang semakin menjauh itu. Senyuman lebar yang dihadiahkan tadi kian pudar. Myrose menghembus nafas berat. Hmmm aku harap semua benda akan settle dengan secepat yang mungkin. Jujur aku tak rela bila waktu Haqeem untuk luangkan masa dengan aku terpaksa dikongsi dengan perempuan lain.
Seketika Myrose beredar untuk ke bilik muzik lama. Dia nak teruskan latihannya even tanpa Haqeem. Diikutkan dia kena berlatih dengan Haqeem sebab diaorangkan kategori duet. Nevermind.
**
Keesokan harinya, Myrose dengan Haqeem pergi kelas macam biasa. Diaorang jalan beriringan sambil berpegangan tangan antara satu sama lain. Hm kelas bahasa english tadi baru aje selesai, so diaorang nak ke kafe lah untuk lunch.
" Nak makan apa nanti dekat kafe ? "soal Haqeem semasa diaorang dalam perjalanan..
" Ermmm nak makan nasi ayam lah tetiba rasa teringin sangat nak makan nasi ayam.."kata Myrose sambil terbayang - bayangkan nasi ayam.
Haqeem ketawa kecil melihat sisi Myrose.
" Kenapa pulak ketawa ? Orang tak buat lawak pun..."kata Myrose setelah sedar dirinya diketawakan.
Cupp !
Pipi Myrose dicium pantas oleh Haqeem. Membulat mata Myrose. Haqeem cium pipi dia dekat depan umum ? Wah berani nampak ?
" Sayang comel sangat lah...bibiy geram !"kata Haqeem.
" Eeee bibiy ni.."pipi Myrose mula blushing.
" Haqeem ! "
Langkah Haqeem terhenti begitu juga Myrose. Mereka menoleh ke arah empunya suara. Haqeem sedikit tersentak. Feesya ? Dia dah datang kolej hari ni ? Bukan dia baru keluar dari hospital semalam ke ?
Myrose terdiam di sisi Haqeem. Pegangan tangan Haqeem digenggam erat.
" You dekat sini rupanya...I cari you merata tau..."ngomel Feesya seraya melangkah mendekati Haqeem.
Haqeem dengan tiba - tiba meleraikan pegangan tangan Myrose. Agak kuat sehingga Myrose sedikit tersentak.
" You dah datang kolej ? Kenapa tak rest dekat rumah dulu ?"soal Haqeem prihatin.
Langkah Myrose terundur sedikit ke belakang apabila Feesya tetiba masuk di antara dia dengan Haqeem. Feesya terus memaut dan memeluk tangan Haqeem.
" Bosan lah duduk rumah...better I datang kolej kan ? Boleh jumpa you..."kata Feesya sambil kepalanya dilentokkan di bahu Haqeem.
" Ohh err ya..tapi..."
" Haqeem..jom teman I pergi kafe....I lapar lah...tak makan lagi dari pagi tadi..."pintas Feesya seraya menarik tangan Haqeem. Figura Myrose disitu tidak dihiraukan dan hanya dianggap sebagai patung.
Haqeem jadi terdorong mengikuti langkah Feesya. Namun dia sempat menoleh ke arah Myrose dan membuat wajah sayu kepada Myrose. Ikutkan dia nak lunch dengan Myrose tapi dia tak mampu nak tolak ajakan Feesya.
Myrose hanya tersenyum lalu mengangguk sebagai tanda "tak apa pergi lah..."
Akhirnya Haqeem akur lalu mengikuti langkah Feesya yang semakin laju menarik tangannya. Tinggallah Myrose terpacak dekat situ seorang diri lagi. Seketika Myrose mengusap perutnya. Hmmm teringin sangat nak makan nasi ayam...tapi tetiba rasa tak ada selera pulak nak makan...
Myrose menukar arah laluannya. Tidak jadi dia ke kafe. Hmm nanti kang terjumpa Haqeem dengan Feesya pulak...Aku yang makan hati.
**
Bilik muzik lama semestinya menjadi tempat dia luang dan habiskan waktu bila tak ada kelas apa - apa lagi. Myrose bermain keyboard di dalam bilik muzik lama itu seketika. Perut yang terasa lapar tidak diendahkannya.
Dengan Caraku by Arsy Widianto Feat Brisia Jodie.
Tak mengerti,
Apa yang telah terjadi,
Kau tak lagi sama,
Engkau bukan engkau,
Yang selalu,
Mencari dan meneleponku,
Dering darimu,
Tak ada lagi,
Walau kau menghapus,
Menghempas diriku,
Mengganti cintaku,
Semua tak mampu,
Hilangkan cinta,
Yang telah kau beri,
Walau kau berubah,
Aku 'kan bertahan,
Di sepanjang waktuku,
Biarkan aku mencintaimu,
Dengan caraku...
Alunan keyboard dan nyanyian lagu Dengan Caraku yang dimainkan Myrose sedikit sebanyak menghiburkan hatinya. Hmmm muzik memang satu hal yang penting untuk hidup Myrose. Memang ada sesetengah orang, menganggap muzik adalah satu hal yang remeh dalam hidup tapi tidak pada Myrose. Bagi Myrose, muzik ini menghiburkan hati dan kekadang setiap bait - bait lirik yang disampaikan kenakan dengan situasi seharian hidup kita. Hmm Myrose harap bila Myrose dah keluar dari COSAA nanti, Myrose akan dapat mencipta nama dekat luar sana sama macam abang Han. Hmm mesti arwah papa akan bangga kan dengan aku ?
Krekkkk !
Bunyi geseran pintu bilik muzik dibuka menghentikan mainan keyboard Myrose. Myrose menoleh ke arah pintu jadinya. Hmm siapa pulak yang datang time - time macam ni ?
Seketika muncul Danny bersama satu bungkusan di sebalik pintu tersebut. Haish Danny rupanya. Hmm dia ni pun sekarang dah kerap menyinggah dekat bilik muzik ni.
" Kau buat kat sini Danny ? Tak ada kelas ke ?"soal Myrose.
Danny menapak masuk menghampiri Myrose.
" Saja datang nak kasi kau ni...aku dah habis dah kelas tadi..."kata Danny seraya menghulurkan satu bungkusan.
" Benda apa ni ?"soal Myrose tapi tetap menyambuat huluran Danny itu.
" Nasi ayam...dengan air milo tin..."jelas Danny.
" Hah ? Nasi ayam ? Wahhhh..."kata Myrose teruja lalu membuka bungkusan tersebut. Tetiba dia rasa lapar balik dan ada selera nak makan.
Danny hanya tersengeh sendiri melihat telatah Myrose itu. Hmmm kesian Myrose, dia memang teringin sangat nak makan nasi ayam. Hmm actually, apa yang berlaku tadi masa di antara Haqeem, Myrose dan Feesya..Danny tengok dan dengar semuanya dari mula Myrose dan Haqeem berjalan siap main kiss - kiss pipi lagi....sampai lah si Feesya muncul.
" Eh...kejap...mana kau tahu aku teringin nak makan nasi ayam ni ? Kau stalker aku ke ? " kata Myrose tetiba.
" Hah ? Errr...mana ada aku tahu kau teringin nak makan nasi ayam...hmm aku baru aje lepas lunch tadi...pastu kebetulan aku lunch makan nasi ayam so aku teringatkan kau..aku tapau lah sekali untuk kau..."bohong Danny.
Myrose mengangguk kecil. Seketika Myrose tersenyum bahagia ke arah Danny..
" Thanks Danny..."kata Myrose.
" Your welcome...."
Seketika Myrose ingin memulakan aktiviti makannya. Hahahaha wehhh akhirnya dapat juga aku makan nasi ayam.. Ingatkan tak dapat dah tadi. Danny setia menemani Myrose di situ. Dia hanya memerhatikan saja gelagat Myrose yang comel itu. Hmmm alahai Myrose, kenapa lah kau kahwin cepat sangat hah ? Kalau tak boleh lah aku melamar kau...
Sudah 3 suapan sudu selamat masuk ke dalam mulut Myrose. Myrose makan dengan lajunya sehingga tersedak dibuatnya. Sepantas kilat Danny membuka tin milo lalu disuakan ke mulut Myrose. Tangan kanan menyuakan tin milo, manakala tangan kiri menepuk - nepuk kecil belakang Myrose.
" Ishh kau ni...makan slow - slow lah...kalau ye pun..."kata Danny.
Myrose hanya tersengeh kecil bila sedar akan kegelojohannya. Setelah selesai minum, Danny mendapati bibir Myrose yang sedikit comot dengan nasi, tanpa dipinta Danny terus mengusap perlahan butir nasi tersebut.
Terkebil - kebil mata Myrose dibuatnya. Dengan keadaan Danny yang agak dekat dengan dirinya ketika itu membuatkan Myrose terkaku dan berdebar - debar.
" Mulut kau comot.."ucap Danny perlahan.
" Danny ! " teriak seseorang di muka pintu...
Tersentak Danny dan Myrose dibuatnya. Danny terus menjauhkan sedikit dirinya daripada Myrose seraya menoleh ke arah empunya suara itu. Seketika seseorang itu pantas menapak masuk ke dalam bilik muzik dan menarik kolar baju Danny..
" Kau ni kenapa hah ? Tak faham - faham lagi ke apa yang aku cakap selama ni ? Jangan kacau Myrose lagi ! Apa masalah kau hah ?! "kata Haqeem kasar.
Ye orang yang dimuka pintu tadi adalah Haqeem..
" Haqeem...dah lah...jangan la macam ni...Danny tak kacau saya lah...awak jangan la tuduh dia yang bukan - bukan..."kata Myrose mula membela Danny sambil cuba meleraikan tarikan kolar baju Danny itu.
Haqeem tersentak ! Tak sangka pulak dia kali ni Myrose membela Danny. Terlepas tarikan kolar baju Danny. Haqeem mula memandang tajam ke arah Myrose.
" Awak bela dia Myrose ?"soal Haqeem sinis.
Myrose menggeleng.
" Saya bukan nak bela siapa - siapa...tapi saya cuma..."
" Awak bela orang yang dah pernah malukan diri awak dekat depan umum ni ? Hah ? Awak dah gila ke Myrose ? "marah Haqeem tetiba.
" Qeem...kau dah salah faham ni...aku bukannya nak kacau Myrose...aku just nak bagi dia makanan tu aje...kau jangan lah salahkan Myrose...."pintas Danny pula cuba meleraikan pergaduhan yang tengah berlaku sekarang.
Haqeem melirih seketika makanan yang dimaksudkan Danny itu. Dia melemparkan pandangan sinis seraya menyempak bungkusan makanan tersebut.
Myrose tersentak hebat ! Apa Haqeem buat ni ? Rezeki kot tu ! Dia sepak macam tu aje ? Dah la makanan tu aku teringin sangat nak makan tadi...baru aje sempat makan beberapa suap aje dah kena sepak pulak makanan tu.
" Apa awak buat ni Haqeem ! Tu makanan kan ?"kata Myrose.
" Heh...pergi mati la dengan makanan tu...nasi ayam aje pun...aku pun boleh beli lah ! "kata Haqeem sinis dan kasar.
Kprakkkk ! 💔
Patah hati Myrose dibuatnya. Kata - kata Haqeem itu betul - betul merobek hatinya. Wehhh Haqeem dah betul - betul melampau. Memang lah tu hanya nasi ayam biasa dimata Haqeem , tapi tu makanan yang paling Myrose teringin nak makan saat ni.
" Kenapa ? Awak kebulur sangat ke nak makan nasi ayam tu ? Saya boleh beli nanti...tak payah nak mengemis lagi dekat si Danny ni....saya still mampu lah nak belikan makanan tu dekat awak..."kata Haqeem sombong..
Danny hanya terdiam. Dia mengenggam penumbuknya kejap. Ikutkan hati nak aje dia bagi penumbuk dekat muka si Haqeem ni. Dia tak tahu ke kata - kata Haqeem tu sedikit sebanyak dah mengguris hati Myrose ? Aku yang nak bagi nasi ayam tu dekat Myrose bukannya Myrose yang mengemis dekat aku !
Myrose menggeleng bersama matanya yang dah mula berkaca. Tak sangka Haqeem menghinanya sebegitu sekali.
Tanpa membalas kata - kata Haqeem yang berbaur sinis itu, Myrose segera mengemas bungkusan makanan tersebut dan lalu mencapai begnya dan ingin berlalu pergi. Dia penat nak layan sikap Haqeem yang kebudak - budakkan sangat ni. Sebelum berlalu dia sempat berkata sesuatu kepada Danny.
" Danny...saya minta maaf atas apa yang berlaku...terima kasih untuk nasi ayam ni....lain kali awak tak payah susah lagi belikan untuk saya..."kata Myrose seraya berlari keluar dari bilik muzik.
" Myrose ! Awak nak pergi mana ?"teriak Haqeem dah macam orang gila. Dah kenapa dengan Haqeem ni ? Jadi tak tentu pasal ?
Danny menggeleng.
" Hmm kau jangan macam budak - budak sangat boleh tak Qeem ? Fikiran tu matang sikit....kau tengok apa yang kau dah buat ? Kau sakitkan hati Myrose lagi ! "kata Danny seraya juga berlalu pergi..
Tinggallah Haqeem sendiri di situ, dia menghembus kasar nafasnya sambil meraup rambutnya ke belakang. Hmmm kenapa dia emo sangat ni lepas dia jumpa Feesya ? Hmm ni semua sebab kata - kata Feesya dekat kafe tadi ke ?
To Be Continued...
#Alahaiii pasal nasi ayam aje pun nak gaduh ke ? Hahahaha nevermind. Agak - agak apa yang Feesya dah cakap ehh sampai Haqeem boleh emo macam tu dgn Myrose ? Hmm btw untuk pengetahuan korang, cerita MA ni maybe akan tamat dalam beberapa chapter lagi ya 🤧 so you guys keep stay tuned , vote and comment ya 🥰❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro