Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 3

Mata Haqeem dibuka perlahan. First dia nampak syiling putih dan kipas yang berpusing. Dia mengurut sedikit belakang lehernya. Aku dekat mana ni ?

Haqeem melirih sekeliling. Kelihatannya seperti bilik rawatan kolejnya saja. Seketika dia mengubah posisi daripada baring ke duduk. Dia cuba mengingat apa yang berlaku sebelum dia sedar ini.

" Oh aku pengsan.."

" Kamu  dah sedar ? "kata salah satu doktor yang bertugas di situ yang dikenali sebagai doktor Murni.

Haqeem mengangguk.

" Macam mana saya boleh ada dekat sini doktor ? "soal Haqeem.

" Oh kamu pengsan dekat bilik vokal tadi. Ada classmate kamu yang bawa kamu ke sini..Kamu demam...saya dah bagi suntikan tadi....In shaa Allah kamu akan sembuh
nanti...Sekarang kamu berehat lah ya...Saya masuk ke dalam sekejap..." jelas Murni panjang lebar.

" Classmate aku ? Siapa ? "desis hati Haqeem pelik.

Sejak dia melangkah masuk ke dalam kolej ni, dia tidak pernah dekat dengan sesiapa pun. Malah pelajar lain pun buat tak tahu aje dengan dirinya. Ni semua sebab...

Haqeem terpandang satu nota kecil berbentuk love di atas meja di sebelah katil yang sedang dia duduk.

Nota kecil itu dicapainya. Ada tulisan di dalam nota itu.

Get Well Soon Qeem. Long time no see.

" Siapa dia ni ? "

Dari tadi Myrose asyik melirih jam di tangannya. Alahai kalau aku tak ada kelas dah lama aku tunggu dia sampai dia sedar. Hmm ni tak, ada kelas pulak. Adeh. Cepat lah habis please..

" Okay itu aje untuk class kita hari ni...kita sambung esok ya.."kata pensyarah waktu itu.

Dengar saja kata - kata pensyarah itu, seperti formula one Myrose bergerak keluar. Dia nak melawat Haqeem. Nak tahu macam mana dengan keadaan Haqeem. Risau.

Sedang Myrose berjalan pantas tiba - tiba di suatu kawasan dia berlanggar seseorang. Habis jatuh semua buku - buku di tangannya. Begitu juga dirinya jatuh terduduk.

" Aduhhh.."mengaduh Myrose.

" Eh sorry..."kata seseorang itu seraya terus mengutip semua buku - buku Myrose yang terjatuh itu.

Myrose juga tergopoh gapah mengutip bukunya. Wajah orang yang dia berlanggar tu pun dia tak pandang. Setelah selesai mengutip semuanya barulah dia mendongak memandang wajah orang itu. Namun Myrose pulak yang tersentak hebat ! Dia ? Kenapa aku kena jumpa dia dekat sini jugak ?

" Awak okay ? "soal Danny dengan pandangan yang dia terpukau dengan kecantikan Myrose.

Jantung Myrose berdegup kencang. Dia jadi tak tentu arah bila dia tengok Danny semula selepas 2 tahun ini. Dia seakan - akan trauma. Muncul semua kenangan - kenangan silam di mana dia dibuli teruk oleh Danny.

" Awak ? Okay tak ni ? "soal Danny seraya mula menyentuh bahu Myrose.

Myrose sedikit terkejut lantas menepis tangan Danny itu. Dia terus berlalu pergi.

Danny hanya melihat langkah Myrose yang berlalu pergi. Dia tersenyum sinis.

" Heh i like...jual mahal macam tu.."gumam Danny gatal. Selain dikenali sebagai kaki buli, dia juga dikenali playboy paling hot dekat COSAA ni..

**

Myrose membasuh wajahnya di toilet. Dia cuba untuk menenangkan dirinya. Dia melihat dirinya di dalam cermin. Rileks Myrose. Dia tak kenal kau pun. Kau bukan budak gemuk yang dulu lagi. Dia takkan boleh buli kau. Rileks ea.

Setelah Myrose yakin yang dia dah tenang , dia mula berlalu keluar dari toilet. Rambut diselitkan di telinga kanan. Dia menghembus nafas berat. Fuhhh ! Jom kita pergi tengok Haqeem ...

Di bilik rawatan. Myrose teragak - agak untuk masuk melawat Haqeem. Hmm dia agak nervous jadinya.

" Nak masuk ke tak nak ea ? "ngomel Myrose sendiri.

Dia menarik nafas dan menghembusnya.

" Haish masuk aje lah.."kata Myrose.

Namun tiba - tiba langkahnya terhenti apabila dia terdengar akan suara orang berbicara di dalam.

" You ... kenapa macam ni ? "

" Kau yang buat apa dekat sini ?"

" I nak melawat you lah..Terkejut tau I dengar you pengsan.."

Haqeem cakap dengan siapa tu ?

Myrose mencuri - curi menjenguk ke dalam bilik rawatan. Matanya sedikit terbuntang. Minah ni pun study dekat sini jugak ?

Siapa ?

" Sudah lah...kau blah dari sini Feesya...nanti kang tak pasal - pasal si Danny tu tengok....aku juga yang disalahkan..."kata Haqeem kasar. Dia rimas dengan kegedikan Feesya.

Ye perempuan yang tak habis - habis fans dengan Tengku Haqeem dari zaman sekolah lagi...Feesya Aliana.

" Ish biar lah dekat Danny tu...I tetap nak melawat you..by the way kenapa you boleh sampai sakit ni ? You main hujan ea ? "bebel Feesya.

Myrose hanya mendiamkan diri dan mencuri - curi dengar saja perbualan diaorang tu.

" Hmm Haqeem demam...sebab aku semalam ke ? "getus hati Myrose.

" Sibuk lah kau ni...Dah lah blah kau dari sini...aku nak rest...jangan ganggu aku.."kata Haqeem seraya menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya hingga ke kepala.

Feesya mencebik. Dia menghentakkan kakinya tanda protes. Akhirnya dia mengalah lalu mengangkat kaki berlalu pergi di situ.

Kebetulan dia terserempak dengan Myrose di hadapan pintu bilik rawatan. Dia menjeling tajam ke arah Myrose. Myrose hanya menunduk memandang lantai.

Tidak berani dia nak bertatapan dengan Feesya. Ya Allah, kenapa dalam hari ni aje aku kena jumpa diaorang semua ni balik ? Asal diaorang ni tak study dekat tempat lain aje ?

" Ehh ? Kamu kan yang bawa Haqeem ke bilik rawatan ? Kamu datang ni nak melawat dia ke ? "sapa doktor Murni yang baru nak masuk bilik rawatan.

Myrose terkejut dengan sapaan tersebut, dia lantas melangkah pergi.

" Ehhh ? "

" Doktor ! Mana budak tu pergi ? "soal Haqeem yang tiba - tiba muncul. Ye dia terdengar bila doktor Murni mention dan bercakap dengan orang yang bawa dia pergi bilik rawatan.

" Dia dah pergi..."kata Murni.

Haqeem sedikit kecewa mendengarkan kata - kata doktor Murni itu.

**
Myrose berjalan tanpa arah tuju yang pasti. Hmmm kenapa setiap kali aku jumpa dengan orang - orang yang suka buli aku dulu tu, aku jadi takut ? Aku jadi gelabah. Aku trauma ke ?

Roti yang baru di beli di koperasi tadi terus menerus disumbat ke dalam mulut Myrose oleh geng Black pink.

" Nah makan ! Makan lah ! Kau kan gemuk ! " kata Feesya sambil menyumbat - nyumbat roti ke dalam mulut Myrose.

Myrose tersedak dan tak cukup nafas dibuatnya.

" Hahahahahaa "ketawa lagi 2 orang ahli Black pink.

Setelah puas diaorang mengerjakan Myrose dengan roti yang dibelinya tadi di koperasi. Mereka berlalu begitu saja meninggalkan Myrose.

Myrose memandang sedih ke arah roti yang sudah bersepah di atas rumput hijau itu.

" Kenapa ? Hina sangat ke kalau aku gemuk ? "soalnya sendiri.

Tetiba ada tangan yang menghulurkan sebungkus roti yang sama kepada Myrose.

Myrose mendongak memandang ke arah empunya tangan yang menghulurkan roti itu.

" Haqeem.."

" Bangun lah...sampai bila kau nak duduk dekat situ.."kata Haqeem. Ye dia dah tengok segalanya. Hmmm Feesya and the geng memang dah melampau tapi apakan daya Haqeem juga tak boleh nak buat apa - apa sebab dirinya juga masih terikat dengan group R4.

Seketika Myrose bangun lalu menepuk - nepuk baju sekolahnya. Dia menyambut huluran roti daripada Haqeem itu.

" Sorry bagi pihak diaorang..."ucap Haqeem simpati.

Myrose tersenyum kecil. Dia menggeleng.

" Bukan salah awak pun..."

" Heyyy..awak.."tegur seseorang yang memang saat ini Myrose tak nak jumpa pun !

Langkah Myrose terhenti. Dia memandang ke hadapan. Kelihatannya Danny , Amrie dan Hairul sedang memandang ke arahnya. Myrose tersentak. Dia mula mengundur langkahnya setapak demi setapak.

" Ni ke budak baru yang kau cakap cantik tu Danny ? "soal Hairul.

Danny tersenyum sinis lalu mengangguk.

" Mata kau ni memang tajam ahh..sumpah memang cantik siot..."kata Hairul juga tersenyum sinis melihat Myrose atas bawah.

" Oh budak perempuan ni memang tengah hot sekarang satu collage..diaorang cakap diaorang terpegun dengan kecantikan dia..."tambah Amrie pulak.

Danny mengangguk - angguk lagi.

Myrose ingin melangkah pergi dari situ. Namun cepat saja Danny menyambar pergelangan tangan Myrose. Tertoleh terus Myrose menghadap Danny.

" Heyy awak nak pergi mana ? "tanya Danny dengan nada gatal.

" Lepaslah.."kata Myrose sambil merentap pergelangan tangannya semula namun tidak terlepas.

" Haish awak ni rileks lah...asal garang sangat ni ? Kitaorang bukan nak buat apa pun...kitaorang cuma nak berkenalan aje..."kata Hairul.

" Haah betul tu...heee awak ni comel lah..."kata Amrie pulak lalu mencuit sedikit pipi gebu milik Myrose.

Myrose terkejut. Diaorang dah berani nak cuit - cuit dirinya pulak ?

Seketika Danny mendekatkan wajahnya dengan wajah Myrose.

" Nama awak apa ? Saya Danny.."kata Danny di hadapan wajah Myrose.

Myrose gugup. Tangannya menggigil.

" Takkan aku nak cakap aku Myrose pulak...kalau diaorang ingat aku macam mana ? Aku tak ready lagi nak kena buli macam dulu..."desis hati Myrose.

Melihatkan respon Myrose sebegitu, tiba - tiba Danny cuba bertindak drastik. Dia cuba - cuba mencium pipi Myrose. Dia mendekatkan bibirnya ke arah pipi Myrose.

Dekat...makin dekat..dan...

Bukkkk !

Wajah Danny ditumbuk seseorang.

" Kurang ajar ! "

To Be Continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro