Chapter 29
Kereta grab sampai di hadapan rumah. Myrose melangkah keluar dari kereta grab tersebut setelah membayar duit tambang. Seketika kereta grab sudah pun berlalu pergi meninggalkan kawasan perumahan Myrose namun Myrose masih terpacak di depan pintu pagar. Tak masuk - masuk dia lagi. Dia hanya memandang kosong ke arah segenap rumahnya itu. Hmmm betul ke Haqeem just nak tolong Feesya aje ?
FLASHBACK.
" Kau ada dekat sini rupanya ? "
Myrose tersentak dan automatik menoleh memandang ke arah empunya suara. Macam mana dia tahu aku datang sini ?
" Kau buat apa dekat sini ? "soal Myrose sambil menyelitkan rambut ditepi telinganya.
Danny terdiam sejenak. Dia hanya memandang tepat ke wajah Myrose. Hatinya sedikit terusik. Mata Myrose bengkak. Hmm dah berapa jam dia menangis ni ? Tak guna kau Haqeem...kau tak datang cari Myrose pun ? Kau biar dia nangis sendirian dekat sini ?
" Aku tanya kan ? Kau buat apa dekat sini ? Mana kau tahu aku ada dekat sini?"kata Myrose bernada tinggi. Emosinya turun naik sekarang.
" Err...sorry....hmmm aku tengok gps yang aku letak dekat phone kau.."jujur Danny.
Myrose jelas sekali terkejut. Apa ? Danny letak gps dekat phone aku ? Bila masa pulak ? Aku tak perasan pun ?
" Mesti kau tak perasan enn bila aku letak ? Hmmm sorry aku letak masa kau pergi beli bunga petang tadi...aku tergerak hati nak letak gps dekat phone kau...aku pun tak pasti kenapa aku boleh terfikir nak buat macam tu...hmm tengok - tengok jadi macam ni pulak...nasib baik.."ngomel Danny sendiri.
Myrose hanya mencebik. Seketika dia membelakangi Danny semula. Dia menghadap ke arah keyboard...
" Kenapa kau tak balik lagi ni ? Haqeem mesti cari kau.."kata Danny seraya mendekati Myrose.
" Hmm sudah lah tak payah sebut - sebut nama dia lah..Dia siapa nak cari aku ?"kata Myrose sinis.
Danny menggeleng kecil.
" Apa kau cakap ni Myrose ? Dia suami kau kan ?"kata Danny cuba membetulkan keadaan.
" Suami ? Dia pun tak mengaku yang dia dah kahwin...kau sendiri dengar juga kan ? Buat apa aku nak balik dekat dia lagi..."balas Myrose tidak mahu mengalah.
Seketika Danny bergerak mendapatkan tempat di satu kerusi yang berdekatan.
" Haqeem buat semua tu bersebab..bukan saja - saja.."jelas Danny akhirnya.
Myrose terdiam kali ini tidak membalas.
" Dia cakap macam tu sebab nak tolong mama Feesya sembuhkan Feesya...dia..."kata Danny menceritakan segalanya dari A-Z mengenai apa yang diceritakan oleh Haqeem di hospital tadi.
END FLASHBACK.
Disebabkan penjelasan Danny itu lah, Myrose akhirnya mengalah dan pulang ke rumahnya. Hmmm Haqeem ni kalau nak tolong orang pun lain kali jangan lah nak sorokkan dari aku. Hmm kan aku dah salah faham.
Myrose akhirnya sudah sampai di hadapan pintu rumah. Baru saja dia nak memegang tombol pintu rumah tetiba pintu kebetulan dibuka dari dalam..
Dia bertembung dengan Haqeem di hadapan pintu rumah jadinya...
" Sayang ?"kata Haqeem.
Myrose hanya memandang Haqeem tidak berkutik. Sekelip mata tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Haqeem.
" Sayang pergi mana ni ? Saya risau tahu tak ? Please jangan buat macam ni lagi...saya baru aje ingat nak buat laporan polis...Saya minta maaf...saya boleh jelaskan semuanya dekat awak...tolong jangan salah faham dengan saya...saya tak maksudkan apa yang saya cakap dekat Feesya...saya.."
Myrose membalas pelukan Haqeem. Erat. Dia menangis teresak - esak semula di dalam pelukan Haqeem. Haqeem berhenti berkata - kata jadinya. Seketika Haqeem meleraikan pelukan lalu mencari wajah Myrose. Sumpah dia baru perasan yang mata Myrose dah bengkak. Ya Allah aku dah buat dia menangis seteruk ni ?
" I'm sorry sayang...jangan la menangis lagi..."kata Haqeem sambil tangannya ligat menghapus air mata Myrose.
Myrose mengangguk kecil.
" Jom masuk sayang..."kata Haqeem seraya menarik lembut tangan Myrose mengikuti langkahnya ke dalam.
**
Haqeem dan Myrose masing - masing duduk di birai katil. Myrose dah siap mandi, makan semuanya. Sekarang waktunya untuk Haqeem explainkan semuanya even Myrose sebenarnya dah tahu dari Danny. Namun dia buat - buat tak tahu juga sebab takut pulak kalau Haqeem salah faham dengan Danny lagi.
Myrose seketika bersila di tengah - tengah atas katil menghadap Haqeem yang juga bersila time tu.
" Myrose..."kedua - dua tangan Myrose di raih Haqeem.
" Saya minta maaf dah buat awak nangis teruk hari ni...saya tak sangka semuanya jadi salah faham macam ni.."kata Haqeem sambil merenung dalam - dalam anak mata Myrose.
Myrose hanya berdiam diri dan membalas tatapan Haqeem itu.
" Okay..apa yang awak dengar dekat hospital petang tadi tu semuanya hanya lakonan aje...saya terpaksa cakap macam tu....semua sebab Feesya sakit aje....hmmm saya dah janji dengan mama Feesya nak tolong dia sembuhkan Feesya..."jelas Haqeem panjang lebar.
Myrose masih diam dan fokus dengan bicara Haqeem.
" Feesya depression bila dapat tahu tentang perkahwinan kita...hmm saya tak sangka sampai dia sanggup kelar tangan dia semata - mata sebab dah give up nak hidup...dia still tak boleh move dari saya.."kata Haqeem...
Myrose mengangguk kecil. Ye dia tahu, Danny dah cerita tadi...sama sangat dengan apa yang Haqeem jelaskan semula..
" Tapi awak jangan risau..saya akan settlekan semua ni secepat yang mungkin...dan awak jangan risau juga pasal saya dengan Feesya.....saya hanya sayang dan cintakan awak sorang aje....rasa sayang saya dekat awak takkan buat saya berpaling pada Feesya...even saya dah mula dekat dengan dia sekarang....saya janji...saya takkan curang dengan awak Myrose...awak isteri saya satu - satunya di dunia dan akhirat...in shaa Allah..."ucap Haqeem meyakinkan Myrose.
Myrose tersenyum kecil. Dia mengangguk.
" Hmmm baiklah...saya percayakan awak.."kata Myrose akhirnya.
Haqeem akhirnya tersenyum lega. Dia menggenggam erat tangan Myrose.
" Ermmm...awak ada nak cakap apa - apa lagi ke dekat saya ? "soal Haqeem tetiba.
" Hah ? Cakap apa ?"
" Errrr..soal kolej ke ?"kata Haqeem.
Myrose terdiam seketika. Haah lah dia baru teringat soal Puan Linda...
" Ohh pasal kolej...hmmm ada.."
Seketika Myrose terus menjelaskan semuanya yang terbuku di hati. Haqeem pula yang memberi segala tumpuan kepada Myrose. Hmm terbit rasa bersalah lagi di hati Haqeem setelah mendengarkan isi hati Myrose. Hmm dia memang isteri yang baik, dia sanggup tahan telinga mendengarkan setiap bebelan pensyarah, prof dan Puan Linda hanya untuk aku.
Habis saja luahan hati Myrose. Tubuh Myrose terus ditarik ke dalam pelukan Haqeem. Myrose tersentak. Haqeem dah kenapa peluk dia ni tiba - tiba ?
" Terima kasih Myrose...sebab awak dah jadi isteri yang terbaik untuk saya...saya sayangkan awak sangat-sangat...please stay dengan saya sampai hujung nyawa saya...hmm saya janji dengan awak saya akan pergi kelas macam biasa balik...dan saya akan bahagikan masa saya untuk jaga Feesya dan pergi kelas...dengan baik....saya takkan biarkan awak kena marah lagi dengan Puan Linda...saya janji Myrose...."kata Haqeem di tepi telinga Myrose.
Myrose hanya tersenyum kecil dan mengangguk dalam pelukan Haqeem.
Part Of Danny.
Danny asyik memerhati ke screen phonenya. Dia tersenyum sendiri. Alhamdulillah dia dah sampai rumah. Apa yang Danny tengok tu ? Dia tengok gps phone Myrose.
" Aku harap Myrose dah berbaik dengan Haqeem lah..."ngomel Danny sendiri.
Seketika Danny mula bangun dari baring di atas katilnya. Dia meletakkan phonenya di atas meja sebelah katil, seraya bergerak keluar dari biliknya. Dia memerhati kiri dan kanan terlebih dahulu. Hmmm sunyi, sepi macam selalu.
Danny bergerak turun ke bawah.Turun saja di anak tangga yang terakhir dia terserempak dengan bibik rumahnya.
" Eh tuan Danny ? Turun kenapa ? Mau makan ya ?"soal bibik.
Danny hanya memandang kosong ke arah bibik rumahnya itu.
" Ermm bik...papa dengan aunty tak balik lagi ke ?"soal Danny.
" Oh Tuan besar sama nyonya belum balik lagi Tuan...ermm mungkin overtime kali..."jujur bibik.
Danny mengeluh kecil. Dia membuat isyarat tangan kepada bibik untuk beredar dari situ. Bibik mula beredar pergi akhirnya.
" Tak habis - habis dengan kerja....hmm aku dekat rumah ni macam tak wujud aje..."getus hati Danny.
Danny melangkah lagi untuk ke ruang tamu. Dia mengambil tempat duduk di hadapan televisyen. Remote control dicapainya kasar.Dia menyandarkan tubuhnya di sofa empuk di situ.
Rancangan televisyen di ganti - ganti Danny. Hmmm bosannya tv pun tak ada cerita yang best ! Akhir sekali televisyen di tutup Danny. Screen televisyen yang tadinya memancarkan warna dan cahaya kini bertukar hitam.
Danny melihat satu bingkai foto yang terletak elok di atas meja bersebelahan sofa yang sedang didudukinya. Dia mencapai bingkai foto tersebut. Danny meneliti setiap wajah yang tertera di situ sambil posisinya berbaring. Ada papa , arwah mama dan dirinya dalam bingkai foto ni. Kalau tak silap waktu ambik gambar ni dia...masa tingkatan 1 kot ?
" Mama....Danny rindu mama....Danny sunyi maaa...Danny nak sangaat tinggal dengan mama...tunggu Danny tau mama..."gumam Danny sendiri dan akhirnya dia terlena di situ sambil memeluk bingkai foto tersebut.
Dalam beberapa minit selepas itu, kedengaran nya papa dan mama tiri Danny baru balik. Mama tiri Danny dah meminta diri untuk naik ke atas terlebih dahulu disebabkan kelelahan. Papa Danny pula hanya menghampiri Danny yang terlena di ruang tamu itu. Dilihat wajah satu - satunya anak lelakinya...
Selepas itu, papa Danny naik ke atas sekejap dan turun semula bersama satu selimut tebal. Dia datang menghampiri Danny dan menyelimutkan tubuh Danny. Bingkai gambar yang ada di dalam dakapan Danny dialihkan ke tempat asal. Tanpa pengetahuan Danny, papanya mengelus lembut rambut Danny.
" Maafkan papa Danny...atas apa yang terjadi...ni semua permintaan mama kamu..."gumam papa Danny.
" Sayang...abang takkan kahwin lagi..."kata papa Danny a.k.a Kamarul kepada isterinya yang sedang terlantar sakit di atas katil.
" Tak abang...abang kena kahwin juga...ni semua untuk Danny...Danny perlukan kasih sayang seorang ibu..lepas saya pergi nanti...abang pun perlukan pendamping hidup untuk teman abang lepas saya dah tak ada...hmmm hidup saya semakin singkat abang..."kata mama Danny a.k.a Syifa.
Kamarul hanya menggeleng tidak bersetuju dengan permintaan isterinya itu.
" Please abang...saya mohon....tolong tunaikan permintaan saya yang terakhir ni...saya nak tengok abang kahwin sebelum saya tutup mata...."kata Syifa lagi...
Syifa a.k.a mama Danny. Menghidap penyakit kanser payudara tahap 4. Hanya menunggu masa untuk ajal menjemput. Dah berubat merata namun peluang untuk hidup adalah tipis sekali. Kamarul a.k.a papa Danny terlalu sayangkan Syifa dan demi memenuhi permintaan Syifa, Kamarul terpaksa berkahwin dengan isteri barunya sekarang. Beberapa hari selepas perkahwinan Kamarul dengan isteri barunya, Syifa akhirnya di sahkan meninggal dunia. Danny tidak tahu menahu langsung yang perkahwinan Kamarul adalah di atas permintaan Syifa. Perempuan yang dikahwini Kamarul juga adalah perempuan pilihan Syifa...Kamarul hanya mengikut saja permintaan isterinya yang terakhir kali itu.
" Maaf kalau papa busy sangat dekat luar...hmm papa cuma tak nak terus menerus bergaduh dengan kamu Danny...Papa tak kuat bila kamu terus menerus salahkan papa...Papa sayangkan kamu Danny...."kata Kamarul sebak.
Danny hanya tidur tidak berkutik. Setiap bicara papanya malam itu, langsung tidak di dengari. Hmmm harap suatu saat nanti, Danny akan berbaik semula seperti sedia kala dengan papanya dan mama tirinya...
To Be Continued...
#Sorry for late update 🤣🤣 sis baru ada mood nk menaip. Harap you guys suka ya. Heee keep vote and comment please 💕😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro