Chapter 28
Dimuka pintu ruang rawatan Feesya, terpacak Myrose di situ diikuti Danny di belakangnya. Tubir mata Myrose sudah bergenang dengan air mata. Ya Allah apa semua ni ?
Tanpa buang masa, Myrose terus menoleh dan ingin berlalu pergi dari situ. Dia menolak sedikit tubuh Danny yang agak menyekat laluannya. Danny jadi terundur sedikit ke belakang.
Haqeem hanya terpaku di samping Feesya. Fikirannya blank. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.Kejar Myrose ? Tapi Feesya ada dekat sini pulak. Apa pulak tanggapan dia nanti ? Kang dah jadi satu masalah pulak kalau dia banyak tanya soal Myrose ?
Danny hanya memandang pelik ke arah Haqeem yang terpaku itu. What? Haqeem tak buat apa - apa ? Dia tak kejar Myrose langsung ?
" Haqeem...kau tak pergi...."kata Danny.
" Eh Danny ? You datang nak melawat I ke ? You datang dengan siapa tadi ? Kenapa dia lari ?"kata Feesya memintas kata - kata Danny.
Danny tersentak. Eh ? Feesya tak kenal Myrose ? Biar betul ? Dia sakit apa ni ?
Dua manusia kini ada di taman rekreasi hospital Parkcity Medical Centre. Masing - masing diam membisu buat seketika.
" Kau sengaja kan Danny ? Nak buat aku bergaduh dengan Myrose ? Apa masalah kau hah ?"kata Haqeem dingin.
Danny hanya mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Haqeem.
" Kau nak salah kan aku pulak? Semua ni salah kau lah. "kata Danny tidak mahu dituduh seperti itu. Hello..tak ada masa lah dia nak laga - lagakan Myrose dengan Haqeem. Dia tahu semua tu akan buat Myrose sakit dan sedih nanti. Hmm kalau tahu lah Haqeem akan kantoi macam ni dan sakitkan Myrose, dia takkan bawa Myrose sekali untuk melawat Feesya lah.
FLASHBACK.
" Kau nak pergi mana ? "soal Myrose tetiba melihat Danny gelabah semacam aje.
Danny hanya memandang tanpa bersuara ke arah Myrose dengan soalannya itu.
" Errr aku nak pergi melawat Feesya dekat hospital..."kata Danny.
" Aku nak ikut boleh ? "pinta Myrose. Hmm dia tak tahu nak pergi mana dan tetiba rasa nak ikut pulak si Danny ni.
" Serious lah ni kau nak ikut ? Kejap lagi kalau Haqeem marah macam mana ? Aku tak nak dia salah faham lagi dengan aku.."kata Danny.
" Ermmm tak apa...dia tak tahu tak apa..aku nak melawat Feesya juga...."kata Myrose.
Akhirnya Danny mengalah.Dia membawa Myrose turut bersama dengannya untuk pergi melawat Myrose. Sumpah Myrose kelihatannya agak teruja sehingga kan dia suruh stop dekat kedai bunga sebab nak belikan sebagai hadiah untuk Feesya. Danny terharu sangat tengok tindakan Myrose itu. Yelah gila kot nak beli bunga untuk musuh , untuk pembuli yang dah banyak buat salah dan jahat dengan Myrose. Myrose memang manusia baik yang pernah Danny kenal.
Namun hampa apabila sampai saja dekat ruang rawatan si Feesya, dia kena dengar semua kata-kata Haqeem yang benar- benar mengecewakan hati Myrose.
END FLASHBACK.
Haqeem terdiam. Sedikit sebanyak dia tahu semua ni juga salah dia.
" Tapi...kenapa kau cakap macam tu hah dekat Feesya ? Kau tak kahwin lagi ? Kau boyfriend Feesya ? Sejak bila kau jadi boyfriend dia ? Dan satu lagi...kenapa dia tak kenal Myrose ? Dia sakit apa sebenarnya ? " bertubi - tubi tanpa henti Danny mengajukan soalan kepada Haqeem.
Haqeem hanya mendengus kasar.
" Aku terpaksa cakap macam tu...aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap...Hmmm Feesya..dia depression...dia cuba bunuh diri dengan kelar tangan dia...sebab dia terlampau cintakan aku dan tak boleh terima kenyataan atas perkahwinan aku dengan Myrose...Soal dia tak kenal Myrose tu...maybe effect dari depression tu.."jelas Haqeem panjang lebar. Tetiba jadi terluah perasaan pulak dengan Danny..sedangkan dia masih bencikan Danny sebenarnya. Dia juga cerita dekat Danny soal janjinya pada aunty Maria.
" Heh..kau sanggup tolong orang lain tapi kau biarkan isteri kau sorang - sorang hadap bebelan dan tanggapan orang dekat kolej pada kau ? "kata Danny membalas. Ye dia tahu Haqeem baik sebab nak tolong Feesya dan dah janji pada aunty Maria, tapi semua ni jadi tak adil pada Myrose. Dia juga perlukan perhatian dari Haqeem.
Haqeem mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Danny. Apa maksud Danny ? Dia tak faham.
" Apa yang kau nak maksudkan ni ? "
Danny menggeleng kecil. Nampak sangat , Haqeem tak pernah nak ambil tahu pun pasal Myrose sejak kebelakangan ni.
" Kau tak tahu ke ? Semua pensyarah, prof dan Puan Linda...membebel dekat Myrose ? Tanya pada Myrose, mana perginya kau tak masuk kelas diaorang ? Myrose hadap sorang - sorang kau tahu tak ? "kata Danny terus terang.
Haqeem sedikit terkesima. Apa ?
" Kau tahu tak, hari ni Myrose kena warning dengan Puan Linda..supaya kau datang kelas dia, dia tak nak hanya disebabkan seorang pelajar nama COSAA jadi buruk...and satu lagi cara Puan Linda cakap dah guriskan hati Myrose...dia macam salahkan perkahwinan korang sebab tu kau berubah dan tak datang kolej..."hambur Danny. Dia geram bila tengok reaksi Haqeem yang memang macam tak tahu apa langsung yang jadi dekat kolej. Semua Myrose tanggung sorang-sorang..
Haqeem menggeleng lantas dia menarik kolar baju Danny.
" Mana kau tahu semua ni ? Kau tipu kan ? Kau sengaja nak buat aku rasa bersalah kan ? Ke kau nak buat aku dengan Myrose salah faham ? "balas Haqeem kasar.
Danny menghembus nafas kasar seraya meleraikan tarikan kolar baju itu. Dia menjauh sedikit dari Haqeem. Budak ni ego juga nampaknya. Dah salah tapi tak nak mengaku salah.
" Suka hati kau lah..Qeem..kau dah besar kan ? So pandai - pandai kau lah nak fikir apa...aku dah bagitahu hal yang sebenar...hmmm aku harap kau pergi cari Myrose....jangan buat dia macam ni...kesian dia...Dah ahh..aku cauuu dulu..."kata Danny seraya melangkah pergi.
Haqeem hanya memandang Danny yang berlalu itu.Hmmm betul ke apa yang Danny cakap tu ? Ke dia tipu ? Dia kan memang tak suka tengok aku bahagia dengan Myrose.
**
Haqeem mundar mandir sejak tadi di rumahnya. Hmm dia dirundung kerisauan. Myrose masih tidak dapat dikesan dimana keberadaannya. Ya Allah , mana Myrose ni ? Dah nak malam tapi dia tak balik pun ? Rumah mama pun dia tak ada.
Haqeem cuba call Myrose , whatsapp Myrose tapi dijawab satu pun. Hmm Myrose betul - betul marahkan dirinya kali ni.
Part of Myrose.
" Ye...I tak kahwin lagi..dan I boyfriend you...you jangan la nangis macam ni..."
Kata - kata itu terus menerus menerjah masuk ke dalam pendengaran Myrose. Myrose menangis teresak - esak jadinya. Sakitnya hati dia dengar kalimat itu diungkapkan oleh suaminya sendiri, Haqeem.
Oh jadi selama ni, yang dia busy sangat tu dia jaga Feesya dekat hospital lah ? Dia dah couple dengan Feesya ? Macam tu ?
Myrose memeluk lututnya. Dia rasa macam diri dia bodoh sangat tika ini. Tangisan juga semakin menjadi - jadi sejak dari tadi.
Ruang bilik muzik lama itu menjadi penemannya.Dia tak tahu nak ke mana. Balik rumah dia dengan Haqeem ? Oh tidak sama sekali. Nak bersua muka dengan Haqeem pun dia tak mahu saat ini. Nak balik rumah mama ? Memang tak lah , nanti mama risau pulak kalau dia tahu aku gaduh dengan Haqeem. Nak merayau entah ke tempat mana juga Myrose tidak berani sebab hari semakin nak senja tadi dan sekarang pun dah malam. Hmm so pilihan terakhirnya adalah bilik muzik lama ini.
Dia tahu guard akan check setiap kawasan bila tamat waktu pembelajaran untuk seluruh pelajar kolej ini, namun Myrose tetap nak menyorok dekat sini. Lagi pun kawasan ni jarang ada orang dan bilik ni tiada pun tahu masih boleh digunakan kecuali Puan Linda , Haqeem dan Myrose. Dia tak mahu balik ke rumah. Dia sakit hati. Dia tak ready nak hadap and tatap wajah Haqeem.
Hmm Haqeem pun sampai hati, tak kejar diri dia langsung. Apa aku ni memang tak penting langsung ke untuk dia ? Oh lupa , dia kan mana kahwin lagi. Aku bukan isterinya pun !
" Aku dekat sini yang kena bebel dengan pensyarah, prof dan Puan Linda ? Dia ? Boleh jaga Feesya dekat hospital ? Cakap benci sangat ? Tapi ? Mengaku jadi boyfriend pulak sekarang ? "gumam Myrose sendiri.
Beberapa minit kemudian,bila tangisan Myrose sedikit reda. Myrose bangun lalu memasang satu lampu di suatu sudut. Dia mengambil tempat duduk di hadapan keyboard. Dia memandang kosong ke arah keyboard tersebut, tetiba terlayar kenangan - kenangan dia dengan Haqeem yang dah banyak luangkan masa dekat bilik muzik tu sama - sama.
" Hmm kenapa awak buat saya macam ni Haqeem ? Apa salah saya ? "desis hati Myrose sedih.
Klak ! Pintu bilik muzik tetiba dibuka dari luar dan seseorang masuk ke dalam bilik tersebut.
" Kau ada dekat sini rupanya ? "
Myrose tersentak dan automatik menoleh memandang ke arah empunya suara. Macam mana dia tahu aku datang sini ?
To Be Continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro