Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 23

Myrose berpisah arah dengan Haqeem setelah sampai di kolej. Kenapa pulak berpisah arah ? Bukan diaorang satu course ke ? Yelah even satu course tapi ada juga subjek yang Myrose ambil dan Haqeem tak ambil.

" Take care tau sayang...apa-apa call aje saya..."pesan Haqeem.

Myrose mengangguk sambil tersenyum. Haish risau sungguh hubby aku ni. Seketika Myrose mula melangkah ke arah lain. Dia hendak ke kelas Bahasa keduanya iaitu kelas mandarin. Dia tambah subjek mandarin sebagai Bahasa keduanya.

Sesampainya Myrose di depan pintu kuliah tetiba Myrose terlanggar dengan seseorang. Habis berterabur buku ditangannya. Seseorang itu juga terus menolong Myrose mengutip buku tersebut.

" Sorry rose.."kata Danny seraya menyerahkan buku-buku yang dikutipnya itu.

Myrose tidak menjawab malah dia terus menyambut huluran tersebut dan masuk ke dalam dewan kuliah. Danny mengetap bibirnya. Hmm Danny benar-benar tak percaya yang Myrose dah kahwin. Kau dah terlambat Danny untuk tawan hati dia. Dia dah jadi milik Haqeem yang sepenuhnya.

Seminggu yang lepas.

" Danny..bila you nak bertindak ni ? I dah tak boleh nak sabar you tahu tak ? I nak Haqeem pandang I..."keluh Feesya.

" Hmm I dah bertindak...I dah cuba ambik perhatian dia... tapi Haqeem jauh lebih dulu tarik perhatian dia semula.."kata Danny juga mengeluh.

Feesya menghembus nafas kasar sambil mengibas-ngibas wajahnya. Panas rasa hatinya tika ini. Cousin aku si Waniey tu pun tak boleh harap herrrrr ! Baik sangat kenapa entah ?

" Ikutkan hati I....I nak aje hapuskan si Myrose tu...lenyap dari pandangan I ...dari dulu sampai sekarang menyusahkan aje !"luah Feesya tanpa bertapis.

" Apa you cakap Feesya ? You elok-elok sikit ea...Myrose tu bukan lagi budak gemuk yang kita buli dulu tau...."kata Danny membela gadis yang dah berjaya mendapat tempat di hatinya kini.

" Heh, you ni pun dah kenapa ? Dalam banyak – banyak budak perempuan dekat COSAA ni...budak gemuk tu juga yang you jatuh cinta ?"hambur Feesya.

Mula terjadi pergaduhan mulut di situ jadinya.

" Kenapa ? Suka hati I lah nak suka dia pun ke apa..habis you tu ? Tak habis-habis dari zaman sekolah terkejar-kejarkan Haqeem...yang sikit pun tak pernah nak pandang you. You tu yang kena move on sebenarnya !"

Pap ! Seperti terhempap sebiji batu di atas kepala Feesya rasanya. Bertambah panas hati Feesya bila mendengarkan kata-kata Danny yang menyuruh dirinya untuk move on itu.

" You kan memang ahhhhh idiot !"kata Feesya seraya menolak tubuh Danny kasar serta berlalu pergi dari situ.

Danny mencebik melihat langkah Feesya yang semakin menjauh itu.

Pap !

Ada tangan yang bertepuk di hadapan wajah Danny menghentikan lamunannya. Tersentak Danny melihat wajah Miss Chan betul-betul di hadapannya sekarang.

" You buat apa dekat luar ni ? Tak masuk kelas I ke ?"kata Miss Chan fasih berbahasa melayu.

" Hah? Ehh miss ye....saya masuk sekarang..."kata Danny lalu tergopoh gapah dia melangkah masuk ke dalam dewan kuliah itu. Ye Danny juga mengambil kelas Bahasa mandarin. Satu kelas dengan Myrose.

**

Myrose melajukan langkahnya lagi, dia nak menjauh dari Danny. Dia tahu Danny mengekori langkahnya sejak dari kelas mandarin lagi tadi. Hmm Haqeem dah pesan suruh aku jauhkan diri dari Danny. Kalau tak habis Haqeem kerjakan Danny. Aku tak nak diaorang gaduh lagi sebab aku. Diaorang dulu kawan baik, tapi disebabkan aku. Persahabatan diaorang musnah !

Langkah Myrose terhenti. Dia terus menoleh ke belakang. Dia lari macam mana pun, Danny takkan berhenti untuk mengekorinya.

Tepat sekali tekaannya. Danny berada di belakang. Myrose merenung ke arah Danny. Danny pula hanya memandang sayu membalas renungan Myrose.

" Kau jangan ikut aku boleh tak ? Aku tak nak Haqeem gaduh lagi dengan kau.."kata Myrose straight to the point.

" Aku nak cakap dengan kau sikit boleh ?"pinta Danny tetiba.




Suasana menjadi krik krik seketika di taman mini COSAA. Burung - burung berterbangan di situ bebas. Angin juga kekadang sepoi - sepoi bahasa menampar lembut pipi dua manusia itu.

" Ermmm..kau nak cakap apa dengan aku ? " soal Myrose akhirnya. Dia tidak memandang Danny yang berada di sebelah.

Danny menarik nafas panjang sebelum berbicara.

" Ak..aku..nak minta maaf..."luah Danny akhirnya. Sudah tiba saatnya, dia akhiri segalanya.

Sepi. Tiada balasan dari Myrose seolah-olah memberi laluan untuk Danny berbicara dan mengungkap segala isi hatinya.

" Hmm aku minta maaf atas apa yang aku dah buat dekat kau waktu zaman sekolah sampai lah sekarang....aku sedar aku dah banyak sangat buat salah dekat kau... Aku.....sebenarnya dah mula sayangkan kau...sukakan..kau..cintakan kau...."kata Danny akhirnya.

Myrose tersentak ! What ? Danny suka aku ? Cintakan aku ? Myrose masih mengawal riak wajahnya yang agak terkejut itu.

" Tapi...sejak aku dah dengar yang kau dah kahwin dengan Haqeem...aku undur diri....dan aku akan cuba untuk berhenti sukakan kau....cintakan kau....hmm memang aku jahat tapi aku takkan kacau hak milik orang.." jujur Danny. Itu prinsip hidupnya. Dia tidak mahu menjadi seperti papanya. Dirampas oleh perampas yang dah jadi mama tirinya beberapa tahun yang lalu.

Myrose menoleh akhirnya ke arah Danny. Danny juga memandang Myrose masa tu.

" Aku tak kesah kalau kau tak sudi maafkan aku....janji aku dah minta maaf dekat kau...hmm aku harap kau bahagia dengan Haqeem ea ? Dia baik...dia memang lelaki yang terbaik untuk kau....Aku kenal sahabat aku tu...."kata Danny sebak. Ye Danny sebenarnya masih anggap Haqeem tu sahabat baik dia. Dia dah kawan lama dengan Haqeem, sejak sekolah tadika lagi. Namun tak sangka disebabkan perempuan persahabatan diaorang diuji sehingga putus terus.

Myrose jadi terharu mendengarkan kata-kata Danny itu. Danny ni baik sebenarnya. Masih ada perasaan sayang dia pada manusia. Namun sejak kejadian di rumah Danny tempoh hari, Myrose tahu Danny jadi pembuli , jadi jahat sebab dia kekurangan kasih sayang dari parentsnya. Alahaii sabar aje lah Danny oiiii.

" Aku maafkan kau Danny...."kata Myrose akhirnya bersuara.

" Betul ni ?"soal Danny teruja.

Myrose mengangguk sambil tersenyum lebar kepada Danny.

" Kita lupakan kisah lama....kita buka kisah baru....okay ?"kata Myrose seraya jarinya membentuk tanda okay !

Danny mengangguk pantas. Okay ! Alhamdulillah dia maafkan aku. Kau memang gadis yang baik Myrose.

" Tapi dengan satu syarat ..."kata Myrose lagi.

" Syarat ? Apa ?"

" Kau janji dengan aku...yang kau akan stop buat kerja-kerja jahat...dan stop buli orang....aku nak kau jadi baik...boleh?"pinta Myrose.

" Ermmm boleh..."

Myrose mengangguk sambil menepuk-nepuk belakang Danny. Hahaha.

**

Haqeem berjalan-jalan di sekitar fakulti muzik sementara menunggu kelas yang seterusnya. Namun tetiba dia terserempak dengan Hairul dan Amrie dari jauh. Dia tengok Hairul dan Amrie macam tercari-cari sesuatu. Diaorang ni dah kenapa ? Cari siapa ? Mangsa ? Eh tapi...tak nampak pulak Danny dengan diaorang ?

Seketika Hairul dan Amrie hilang dari pandangan Haqeem. Lantak diaorang lah. Selepas itu, Haqeem mula beredar untuk ke toilet, tetiba nak buang air kecil pulak rasanya.

Setelah selesai urusannya di toilet, dia mula melangkah keluar namun tetiba dia tak sengaja ternampak Myrose berdua dengan Danny di mesin air. Bergelak ketawa pulak tu sambil memilih air di hadapan mesin air. Dadanya berombak. Dia mula melangkah mendekati mereka berdua. 

Scroll lagi sis belanja hahaha  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro